Presiden Gabungan Mahasiswa Islam
Malaysia (GAMIS), Akram Ikrami Taib Azamudden, menyelar UMNO kononnya campur
tangan dalam pilihan raya kampus yang kini sedang berlangsung di seluruh Negara.
Dalam kenyataannya itu, Akram
berkata, “..Sangat memalukan. Sepatutnya UMNO perlu menghabiskan masa untuk
melakukan persiapan menghadapi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum
ke-13 (PRU13) bukannya masuk campur dalam urusan mahasiswa.”
Eh, SB nak tanya, siapa yang
sebenarnya dok sibuk berpolitik sekarang ni?
Siapa yang mendalangi gerakan
Malaysia Bangkit dahulu? Siapa yang mendalangi pelbagai siri demonstrasi yang
kononnya dianjurkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional? Siapa yang melatih
demonstran-demonstran mahasiswa di negara ini?
Akram patut malu dengan diri
sendiri. Sebagai anak pemimpin PAS, Akram patut tahu membezakan jenis peluru
yang nak ditembak, takut-takut berbalik pada diri sendiri!
Satu Malaysia tahu GAMIS yang
dipimpinnya itu adalah proksi PAS di peringkat mahasiswa. Semua pun tahu PAS
merekrut anggota baru untuk dibentuk menjadi pemimpin masa depan PAS melalui
GAMIS. Akram sendiri adalah pemimpin harapan PAS lebih-lebih lagi dia tu ialah
anak YB PAS di Baling, Kedah.
Akram sepatutnya bertaubat
daripada menggunakan Islam untuk naik lebih cepat. Kamu sendiri yang SANGAT
MEMALUKAN!
No comments:
Post a Comment