Pilihan raya kampus (PRK) USM telah
siap dijalankan pada 24 Oktober yang lalu menyaksikan kumpulan Pro-Aspirasi berjaya
mengekalkan kemenangan buat tahun kesepuluh berturut-turut. Jarang sekali kita
dengar di mana-mana universiti, sebuah kumpulan dapat mengekalkan kemenangan
secara berturut-turut untuk satu tempoh yang panjang selepas UUM yang dikuasai
Perubahan selama 13 tahun.
Rahsia kejayaan ini sebahagian
besarnya disumbang oleh konsep “jaringan kawan-kawan” yang dibina oleh para
pendokong Aspirasi USM sejak dari awal dan bertautan daripada generasi ke
generasi tanpa putus.
Lebih manis, ramuan ini turut
dikongsi bersama oleh pelbagai kaum sambil bersulamkan prinsip toleransi yang
cukup tinggi terutamanya dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. Namun
begitu, akibat terlalu tamak dan ego yang cukup tinggi, jentera Cina telah
menarik diri daripada mewakili Aspirasi USM pada saat-saat akhir menyebabkan
mereka kehilangan beberapa kerusi penting di Kampus Induk dalam pemilihan tahun
ini.
Tindakan ini ternyata memakan
diri kerana tiada wakil kaum Cina baik dari Pro-Aspirasi atau dari kumpulan
mahasiswa propembangkang yang memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan
walaupun percaturan asal menunjukkan harapan untuk membolot sekurang-kurangnya
dua kerusi adalah tinggi.
Keputusan menarik diri saat akhir
telah memberi tamparan yang besar kepada jentera Aspirasi USM. Dalam masa
kurang 5 jam sebelum penamaan calon dibuka, mana mungkin jentera dapat mencari
calon ganti. Namun mujurlah pihak jentera sendiri sudah mempunyai calon back up
di setiap kerusi termasuk di kerusi-kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh
wakil dari kaum Cina tersebut. Hasilnya, dua kerusi di Konstituensi Pusat
Pengajian Pengurusan berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh calon back up yang ternyata jauh lebih
berkualiti dan komited walaupun nama mereka dicalonkan saat-saat akhir setelah
kumpulan Pro-Mahasiswa tidak menghantar wakil.
Insiden ini secara tidak langsung
telah memberikan isyarat jelas betapa sikap keras kepala dan enggan bertolak
ansur kaum Cina dalam hal politik di kampus tidak jauh bezanya dengan sikap
keras kepala pemimpin-pemimpin politik mereka di luar kampus. Baik dalam
Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan Rakyat, politik kaum Cina ternyata lebih
tegas dan penuh muslihat.
Namun pada SB, keputusan jentera
kaum Cina di USM untuk tidak menghantar wakil dalam PRK tahun ini bukanlah satu
tindakan politik yang cerdik. Populasi kaum di USM memerlukan wakil kaum Cina
dalam Majlis Perwakilan Pelajar kerana jumlah pelajarnya yang besar ditambah
faktor demografinya yang terletak dalam negeri Pulau Pinang. Keputusan ini
hanya akan memberikan impak negatif sekurang-kurangnya sepanjang Sidang
2013/2014 kepada persatuan-persatuan mahasiswa daripada kaum Cina kerana mereka
tidak lagi mempunyai wakil yang boleh bersuara di peringkat kepimpinan
tertinggi dalam MPP.
Moralnya di sini juga, jentera
Aspirasi di seluruh IPT perlu lebih berhati-hati dengan permainan politik kaum
Cina. Mereka bukan sahaja boleh bertindak pada saat-saat akhir, malah boleh
menyebabkan seluruh jentera kucar-kacir, sabotaj, boikot dan sebagainya lagi.
Untuk rekod, sehingga kini, dua
buah universiti iaitu UKM dan UUM telah jatuh ke tangan mahasiswa propembangkang.
No comments:
Post a Comment