Pages

Thursday, 19 September 2013

ADAM ADLI TOUCHING HABIS KALI NI


Sedih kan baca statemen Adam Adli kali ni. Macam tak bersemangat dah dia nak melawan. Kalau dulu, mungkin dah roboh pintu pagar UPSI dia gegar bersama suku-sakatnya. Tapi kali ni Adam seolah-olah sudah tahu untung nasibnya dan masa depannya di UPSI.

Nak salahkan siapa dalam hal ini? Pihak pengurusan berhak melanjutkan penggantungan Adam Adli kerana dia ada kes lain membabitkan mahkamah dan pihak polis. Dalam perlembagaan universiti dan AUKU sekali pun perkara ini sudah cukup jelas. Sebab tu Adam tak bising panjang lebar sangat. Dia memang tahu dia di pihak yang salah. 

Tahniah UPSI kerana berani bertindak demi masa depan universiti dan 99.99% mahasiswa yang lain. Adam Adli cuma 0.01% sahaja, tak rugi apa-apa pun kepada UPSI kalau tak ambil dia ni sebagai pelajar. 

Wednesday, 11 September 2013

VIDEO KLIP BOGEL MILEY CYRUS

Semakin hari, artis Barat semakin hancur nilai ketamadunannya. Mereka semakin terbuka untuk berbogel dalam karya-karya yang dihasilkan seperti dalam klip video Wrecking Ball, nyanyian Miley Cyrus ini. Anehnya, kita di Malaysia juga boleh menonton video ini dan ribuan video seumpamanya yang lain tanpa ada sebarang sekatan. 

Tuesday, 10 September 2013

PULAU PINANG SARANG PENJUALAN VCD CETAK ROMPAK KL GENGSTER 2

VCD cetak rompak KL Gengster 2 begitu mudah diperolehi di Pulau Pinang. SB bukan nak promosi, tapi nak bangkitkan di sini. Salah satu sarang penjualan paling popular ialah di Kompleks Beli Belah Bukit Jambul.



Di kompleks ini terdapat beberapa unit lot niaga yang disewa oleh tokeh-tokeh Cina bagi menjual VCD dan DVD cetak rompak secara terbuka dan sering menjadi tumpuan orang ramai.

Anehnya, hingga kini, tidak ada satu kedai pun yang diserbu. Jika ada serbuan sekali pun sering kali ia berakhir dengan kegagalan kerana sudah dihidu lebih awal oleh pengusaha kedai haram tersebut.

Satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah di KOMTAR dan Pasar Malam Batu Feringghi yang beroperasi setiap malam. 

Diharap dengan pendedahan ini akan membuka mata pihak berkuasa. Usah lindungi lagi para peniaga haram ini. Selamatkan segera industri perfileman negara!

RAFIZI SILAP KIRA LAGI


KUALA LUMPUR - Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka, Dr Marc Faber.

"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy -- Where's the Money?" di sini, hari ini.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

"Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama," katanya. - Bernama

Monday, 2 September 2013

Thursday, 15 August 2013

AGENDA SOSIALIS-SYIAH KHALID ISMATH DI PULAU PINANG

Ia menjadi isu yang hangat dalam masa yang singkat. Ramai yang mengkritik USM berhubung kemasukan aktivis Syiah, Khalid Ismath ke Universiti APEX ini yang mengambil Pengajian Jarak Jauh dalam bidang Sains Politik.

SB sendiri tidak berpuas hati dengan kemurahan hati pihak USM menawarkan tempat kepada budak ini walaupun hanya menerusi program PJJ dan bukannya sepenuh masa seperti yang disangkakan oleh banyak pihak. Namun, dalam hal ini, ia harus dilihat dari sudut teknikal termasuk aspek perundangan yang membenarkan Khalid Ismath membuat permohonan tersebut.

Kita tinggalkan kemelut tersebut buat sementara. SB yakin pihak pengurusan USM mempunyai mekanisme sendiri dalam hal ini dan boleh mengawal pengaruh Syiah serta sikap biadap Khalid Ismath ini kelak.

Apa yang menarik perhatian SB ialah dua keping gambar yang memaparkan Khalid Ismath mengadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama sekumpulan penyokong sosialis termasuk Komrad Haizal yang sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan isu berkaitan bendera kebangsaan. Rujuk SINI.

Khalid Ismath disambut oleh Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama kumpulan
penyokong sosialis Malaysia. Lokasi : Restoran Sri Bawal, Pajak Song, Pulau Pinang. 


Menurut info yang diterima, pertemuan tersebut bukanlah pertemuan biasa-biasa. Jika perkara ini benar, maka sewajarnyalah USM memberikan perhatian yang lebih kepada isu Khalid Ismath menyambung pengajian di USM. Tujuan dia ambil PJJ juga perlu diteliti. Melalui program ini, Khalid Ismath mempunyai banyak masa terluang untuk menjalankan aktivitinya.

Sebelum ini juga ada desas-desus kuat mengatakan parti-parti pembangkang cuba menguasai politi kampus di USM namun gagal kerana proksi mereka seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Student Progressive Front (SPF), Kumpulan Cap Ayam, Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) dan sebagainya sering tewas dalam setiap pilihan raya kampus yang diadakan.

USM menjadi target utama dan juga beban besar kepada pembangkang kerana ia berada di dalam negeri di bawah pemerintahan DAP tetapi sehingga kini mereka belum berjaya menawan kampus ini secara mutlak.

Beberapa siri cubaan membawa masuk pengaruh politik luar yang pro-pembangkang juga sering gagal, malah dipatahkan lebih awal. Ia termasuklah cubaan menganjurkan siri demonstrasi tertentu di luar pagar USM, membawa masuk aktivis sosialis mahasiswa seperti Adam Adli dan Bawani dan banyak lagi. Hal ini menceritakan betapa sukarnya bagi pembangkang menembus masuk ke dalam USM seperti yang dilakukan oleh mereka di Lembah Klang.


Justeru dengan kehadiran Khalid Ismath ini, ia menjadi harapan baru kepada pembangkang dalam merealisasikan usaha terdesak mereka itu . SB tidak pasti adakah perkara ini menjadi perhatian pihak USM setelah pelbagai maklumat diberikan. Namun yang jelas, Khalid Ismath datang bersama pengaruh dan agenda yang besar dan ia menuntut perhatian yang sewajarnya oleh USM.


Sementara itu, maklumat yang diterima sehingga lewat petang semalam, Khalid Ismath masih belum mendaftarkan diri di USM. Justeru statusnya sebagai pelajar masih belum disahkan walaupun rekod dalam senarai kemasukan jelas memaparkan namanya sebagai calon pelajar PJJ di universiti ini. 

Tuesday, 13 August 2013

KANTOI DI UiTM, KHALID ISMATH KE USM - TAHNIAH MUHYIDDIN YASIN

Sahabat blogger di utara, Brader C4 hari ni dalam posting terbarunya memberitahu kononnya Khalid Ismath melanjutkan pelajaran ke USM. Dalam laporannya itu, C4 turut memuatnaik sekeping foto yang didakwa sebagai salinan surat tawaran USM kepada Khalid Ismath. 

Klik SINI. 


Baguslah. Tak habis belajar di UiTM, sambung ke USM. Syukurlah Malaysia ni masih aman untuk golongan Syiah dan sosialis tegar macam Khalid Ismath ni mencari ilmu. Harap USM boleh menginsankan anak adam ini. Jangan pula nanti USM yang dicemarkan dengan anasir Syiah dan sosialisme. 

Monday, 12 August 2013

KELAKAR!! LIM KIT SIANG CUBA AJAR POLIS BUAT KERJA

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan bagaimana senjata api begitu mudah didapati di negara ini berikutan peningkatan kejadian tembakan sehingga membunuh banyak nyawa.

Macam biasa, sebagai pemimpin agung pembangkang di Malaysia, menjadi tugas mudah untuk Lim Kit Siang untuk mempersoalkan sambil mencetuskan polemik berhubung sesuatu isu.

Dalam isu ini, Kit Siang seolah-olah menduga kredebiliti pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan negara termasuk mengawal sempadan negara yang saban waktu terdedah kepada pencerobohan pihak asing. 

Adakah Kit Siang sedar bahawa terdapat lebih 260,000 orang penjenayah berat sedang bebas di negara ini pasca pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011? Adakah Kit Siang diserang nyanyuk peringkat lapan hingga lupa bahawa dia sendiri merupakan antara pemimpin politik yang cukup lantang menuntut pemansuhan akta tersebut?  Kini dia sewenang-wenangnya mempersoalkan kredebiliti pihak berkuasa seolah-olah negara ini tiada jaminan keselamatan langsung. 

Paling melucukan bila Kit Siang sendiri cuba mengajar pihak polis tentang bagaimana menjalankan tugas. Menurut Kit Siang, hanya 9% sahaja anggota polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah ketika ini berbanding keperluan kira-kira 56,000 anggota polis bertugas di jabatan tersebut. 

Tapi apa mekanisme yang boleh diambil bagi merealisasikan hasrat ini? Adakah Kit Siang sedia mengerahkan anak-anak muda Cina menyertai perkhidmatan polis di Malaysia? Jangan mimpilah. 

Tanya Kit Siang, apa lelaki-lelaki Cina di Malaysia buat ketika berhadapan sesuatu insiden jenayah? Adakah mereka berusaha mencegah dengan tangan mereka sendiri? Jawapanya, belum tentu. Yang mereka pandai buat ialah merakamkan setiap kejadian kemudian menyiarkan di media sosial sambil menyalahkan pihak polis semata-mata! 

KENYATAAN MEDIA YABHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI



Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara yang dibuat pada tahun 2011 ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.

TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
12 Ogos, 2013

266, 000 PENJENAYAH BERPROFIL TINGGI BEBAS DI MALAYSIA


Blogger Semut Hitam melaporkan terdapat 266,000 penjenayah berprofil tinggil sedang bergerak bebas di seluruh negara ketika ini pasca pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Beliau memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peningkatan jenayah indeks sejak akhir-akhir ini. Selanjutnya klik SINI.

266,000 ini bukan jumlah yang kecil. Kita juga tidak tahu keupayaan dan rangkaian pengaruh mereka. Tapi pihak pembangkang di Malaysia cukup mudah melepaskan segala tuduhan di atas peningkatan jenayah berat ke bahu kerajaan. Siapa yang kemaruk mendesak pemansuhan akta-akta pencegahan dahulu? SIAL!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar