Setelah lama SB tidak menulis. Tetapi hari ini SB digerakkan hati untuk mendedahkan pembohongan Safwan Anang yang tidak habis-habis dengan lakonan gagalnya. Ikuti apa yang SB ingin dedahkan ini.
1. Apa sudah jadi dengan SMM pimpinan Safwan Anang? SMM yang merujuk kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia didakwa oleh Safwan sebagai BUKAN PEMBANGKANG. Dakwaan ini dibuat oleh beliau dalam satu wawancara panjang lebar dengan wartawan Sinar Harian edisi 23 Disember 2012. Boleh lihat link di gambar yang SB sertakan.
2. Ironinya, kenyataan terbaru ini hanya menyerlahkan sikap muka tembok kumpulan pelampau mahasiswa abad 21 di Malaysia ini kerana rakyat negara ini sama sekali tidak akan melupakan kedurjanaan yg pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini termasuk tragedi memalukan dlm Demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.
3. Justeru apakah muslihat sebenar Safwan mengeluarkan kenyataan sedemikian?
4. Safwan tidak boleh menyembunyikan hakikat penglibatan secara terbuka gerakan tersebut dgn pihak pembangkang terutamanya PKR.
5. Sejak 'berjaya' menurunkan bendera DS Najib di PWTC oleh Adam Adli dan rakan-rakannya pada penghujung tahun 2011, SMM terus mendapat sokongan oleh PKR hingga kumpulan pelampau mahasiswa ini semakin berani mencabar undang-undang negara dan kesabaran orang ramai dlm beberapa siri demonstrasi jalanan.
6. Safwan juga tidak boleh menyembunyikan peranan yang dimainkan oleh beliau dan SMM ketika menganjurkan perkhemahan Occupy Dataran bersama kumpulan pro-sosialis pimpinan Fahmi Reza rentetan Demonstrasi Anti-PTPTN tersebut.
7. Perkhemahan itu jugalah yg membawa kpd penahanan aktivis mahasiswa, Umar Muhammad, yg ketika ini ditahan di Penjara Kajang atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa DBKL.
8. Ironinya juga, kenyataan oleh Safwan ini dibuat ketika SMM semakin lantang berkempen membantah penahanan Umar. Dua hari lepas mereka berkhemah di luar Penjara Kajang dan terkini, perkhemahan dianjurkan sekali lagi di Dataran Merdeka.
9. Pimpinan pembangkang juga turut menyokong bantahan yang dibuat oleh SMM itu. Peguam yg juga aktivis Suaram dari PKR, Latheefa Koya dlm beberapa keyataan di twitternya turut menyokong usaha SMM dan mempertahankan Umar Muhammad. Begitu juga, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Chegu Bard, turut menyokong kempen Solidariti Untuk Umar ini.
10. Sekiranya benar SMM bukan pembangkang, sudah pasti kumpulan ini tidak akan didekati pemimpin pembangkang kerana adalah diketahui, pembangkang sama sekali tidak akan menyokong mana-mana kumpulan, Ngo ataupun gerakan yg tidak membangkang kerajaan!
11. Adakah Safwan cuba bermain tarik tali dgn media arus perdana sedangkan pada masa yg sama, mereka jugalah yg menggerakkan aktiviti 'bawah tanah' dlm menyemai kebencian mahasiswa terhadap kerajaan?
12. Pendedahan ini hanya permulaan. Kami akan menghuraikan lebih banyak puzzle yg dibina oleh Safwan Anang dlm masa terdekat. Ketua pelampau mahasiswa ini wajar ditelanjangkan termasuk kaum keluarganya juga.
Nantikan episod seterusnya siapa keluarga Safwan.
No comments:
Post a Comment