Hampir 2 tahun yang lalu Barisan kepimpinan Tertinggi PAS membenarkan Kristian menggunakan Khalimah Allah di dalam kita bible versi Bahasa Melayunya. SB masih ingat ketika itu Pak Ajis dan yang paling lantang bersuara menyokong penggunaan Khalimah Allah ini ialah Mat Sabu. Disebabkan membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada Kristian, perpecahan dan pertelingkahan berlaku di kalangan umat Islam.
Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang berlaku pada 12 Jan 2013, PAS di dalam Majlis Syuranya menarik balik kebenaran itu. SB menyelidik apa yang berlaku sebenarnya di dalam Majlis Syura tersebut. Dapat disimpulkan hasil bedah siasat HKR yang dijalankan mendapati sokongan akar umbi PAS mula goyah di sebabkan isu ini. Lantas disebabkan itu PAS menarik balik kebenaran Kristian menggunakan Khalimah ALLAH.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Dek kerana undi, habis agama digadaikan.
No comments:
Post a Comment