Selepas Khalid Ismath dan Haziq
Abd Aziz daripada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) menyerang Gerakan
Mahasiswa PRU 13 (GM13) pimpinan Safwan Anang, kini timbul pula masalah baru
dalam GM13 sendiri.
Safwan Anang menerima tekanan
dalaman daripada orang kanan beliau sendiri yang didakwa cuba membayangi
peranan Safwan Anang dalam kempen tersebut.
Safwan Anang yang juga Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) baru-baru ini dikecam hebat oleh pimpinan
KAMI dan Anwar Ibrahim Club (AIC) yang diketuai Saudara Saifuddin Shafi kerana
berhasrat menghantar calon GM13 menentang Perdana Menteri di Parlimen Pekan
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Setiausaha Politik Ahli Parlimen
Batu, Tian Chua iaitu Saudara Rozan Azen turut menentang hasrat tersebut.
Mereka menyifatkan GM13 sengaja mengacau undi PR jika menghantar calon di
Pekan.
Hasrat SMM ini dilihat cuba
mengulangi sejarah dalam PRU 12 apabila mereka menubuhkan Parti Mahasiswa
Negara (PMN) dan menghantar wakil di Kepala Batas untuk menentang Tun Abdullah
Ahmad Badawi yang ketika itu ialah Perdana Menteri.
Permohonan PMN yang ketika itu
diketuai oleh Saudara Azlan Hashim telah ditolak kerana mereka masih terikat
dengan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
Namun perubahan yang dilaksanakan
oleh Dato’ Seri Najib dengan memansuhkan Seksyen 15 itu telah membuka ruang
kepada SMM untuk menyertai pilihan raya umum buat pertama kali dalam sejarah
politik moden di negara ini atas nama mahasiswa.
Justeru SB melihat tentangan oleh
kepimpinan KAMI, AIC dan PKR sendiri terhadap usaha SMM ini sebagai tidak
matang dan terlalu emosional. Safwan Anang perlu diberikan peluang bertanding
di Pekan menentang Dato’ Seri Najib.
Safwan Anang juga perlu bertindak
tegas terhadap orang kanan beliau itu kerana dibimbangi ia akan menjejaskan
rentak GM13 ketika PRU tinggal kurang 60 hari sahaja lagi.
3 comments:
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
Post a Comment