Di Pakistan, undang-undang membela Islam sangat tegas. Adakah di Malaysia perlu dilaksanakan hukuman yang sama? |
Berita ini tentu sekali tidak disenangi oleh para musuh Islam khususnya mereka yang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia, apatah lagi si pesalah yang dikenakan hukuman itu seorang kanak-kanak yang masih mentah.
Namun, di sebalik itu semua, ada perkara yang jauh lebih utama untuk dipelihara iaitu keharmonian hidup masyarakat dan maruah Islam amnya.
Sikap tidak menghormati sensitiviti agama seperti ini walaupun dilakukan oleh seorang kanak-kanak boleh mengundang ketegangan kaum yang lebih dahsyat dan meninggalkan kesan yang berpanjangan jika tidak dibendung dari awal.
Dulu, kita pun ada undang-undang pencegahan melalui ISA. Sayangnya, Najib lebih utamakan populariti dirinya berbanding mementingkan nasib Islam dan orang Melayu serta rakyat seluruhnya.
Lantaran itulah kita lihat semakin hari semakin ramai golongan kuffar mencela Islam secara terbuka kerana pemerintah yang kita ada ialah pemerintah populis yang mementingkan kedudukan kuasa mereka berbanding membela maruah Islam dan keharmonian kaum.
No comments:
Post a Comment