Baru-baru ini Malaysiakini memfitnah Menteri Pendidikan Tinggi, DS Idris Jusoh berhubung isu pelajar universiti kelaparan melalui laporan berita yang disediakan oleh Shakira Buang. Rujuk SINI.
Semalam, portal penyambung lidah dajjal itu sekali lagi memuatnaik berita yang lebih dahsyat fitnahnya dengan mendakwa kerajaan akan menghapuskan pemberian biasiswa JPA kepada para pelajar universiti di dalam dan luar negara.
![]() |
Laporan Msiakini bertarikh 21 Januari 2016. |
Berita ini ternyata telah mencetus kepanikan yang besar khususnya dalam kalangan pelajar dan menarik perhatian pelbagai pihak untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengecam kerajaan.
Tak sedikit yang terpedaya dan terperangkap dalam permainan fitnah Malaysiakini ini. Mujurlah ia dengan pantas dijawab tetapi kesan daripada fitnah ini tetap besar bahkan sehinggi kini masih berlegar laporan berita tersebut khususnya melalui aplikasi Whats App dan Telegram.
![]() |
Laporan Utusan juga pada 21 Januari bagi menjawab
fitnah Msiakini.
|
Ternyata orang kita lebih tertarik kepada fitnah berbanding kebenaran. Jawapan kepada fitnah dalam isu ini misalnya tidak pula diviralkan sebagaimana fitnah Malaysiakini itu yang menggegarkan seluruh alam semesta, bukan saja di Malaysia bahkan hingga ke seluruh pelosok dunia.
1 comment:
IA ATAU TIDAK.....?????????
Post a Comment