Muka-muka kat atas ni ialah muka-muka yang makan hasil daripada perjuangan orang lain. Kenapa SB cakap macam ni? Tanya Najib, siapa yang selama ini bertungkus-lumus membantu beliau bertahan dalam PRU-13?? Waktu Najib nyawa-nyawa ikan, siapa yang sambut dia dalam setiap program semata-mata nak bagi dia nampak hebat dan gah? Waktu dia berdepan asakan mahasiswa pro-pembangkang, siapa yang paling banyak berkorban masa dan tenaga siang dan malam untuk menyerang balas?
Najib tak faham politik anak muda. Anak muda mahu politik baharu yang lebih adil, bukan politik yang mementingkan sweet talker atau penampilan bergaya semata-mata. Anak muda mahu pejuang diangkat, bukan kaki temberang yang diberikan ruang.
Tanya KJ, kenapa dalam mesyuarat kabinet selepas PRU yang lepas, dia cadangkan setiap kementerian mengambil mahasiswa luar negara bekerja? Adakah KJ lupa jasa dan pengorbanan mahasiswa tempatan? Waktu dia kena hentam, kena balun dek anak-anak ikan Anwar Ibrahim dulu, siapa yang jadi pertahanan hadapannya? Siapa yang bersengkang mata berjuang di alam siber untuk maruahnya sebagai Ketua Pemuda? Siapa yang asyik memuja-muji dia sampai dia diangkat jadi ikon baru?
PRU-13 sudah berlalu. Kini masa untuk mereka mengisi tembolok. Siapa yang tidak bersama mereka maka akan rugi, pasti.
Najib, ini masa yang anda wajar nikmati. Masa anda untuk jatuh juga semakin hampir. Nikmatilah.
2 comments:
Hahahah...Sebab KJ kan 'student' luar.... Bukan student tempatan.
Tapi nak tanya jugak pepuak ni, mana dorang waktu PRU13 yang lalu....hurmmmm
sangat betul. tak semua pelajar yg mengikuti fellowship betul2 ikhlas berpolitik negara. setengahnya hanya sekadar mahu mencari ruang dalma hidup, merapati mereka yang punya nama yang gah, tpi kerajaan terutamanya KJ ada ke dia pikir untuk meletakkan ujian yang lebih ketat untuk pengambilan pelajar2 fellow.
sebagai contoh, jujur saya kata,ada setengah nya yg dalam fllow hebat pertahankan kerajaan, namun dibelakang hebat pula membahan kerajaan. KJ tahu ke?
Yelah sebabnya mungkin KJ pun begitu. Wallahualam. Yang cerdik dan mampu buat begini hanyalah student luar negara yg kononnya bijak. simple!KJ pun begitu.mungkin
sedangkan bagi aku, yg peka dengan politik tempatan adalah student dalam negara, tpi kenapa student luar negra bilangannya mereka adalah kurang daripada student luar negra?
aku tidak tahu sama ada KJ ada muslihat atau kerajaan sendri x cakna dengan kepentingan student tempatan berbanding student luar.
Post a Comment