Pages

Thursday, 4 April 2013

SOKONGAN SAHABAT-SAHABAT LAMA BAKAL NAIKKAN SEMANGAT DAN MORAL ANWAR IBRAHIM??


Prof. Dr. Sidek Baba bukan satu nama asing di negara kita. Lelaki ini pernah berjuang bersama Anwar Ibrahim dan bertanggungjawab membangunkan ABIM suatu ketika dahulu. Namun, sama seperti gerombolan besar bekas kawan baik Anwar yang lain, hari ini Prof. Dr. Sidek Baba juga telah meninggalkan Anwar Ibrahim.
Sejak itu juga, pelbagai pihak cuba membongkar kisah sebenar di sebalik keputusan Prof. Dr. Sidek Baba meninggalkan Anwar Ibrahim ini. Bagaimana seorang ahli akademik seperti beliau boleh mengambil keputusan sedemikian? Bagaimana seorang ilmuan Islam seperti beliau boleh ‘putuskan’ satu ikatan persahabatan yang telah lama dibina?

AIDCNews – 04/04/12 – Faktor salah laku moral Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca utama Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat karibnya itu kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Prof. Dr. Chandra Muzaffar.
Dr Chandra dilaporkan Utusan berkata faktor tersebut juga merupakan pendorong utama beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan Anwar yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik.
“Saya berpendapat Sidek Baba membuat keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.
“Selain salah laku Anwar, saya begitu kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana kerakusan mahu berkuasa,” katanya.
Menurutnya, hubungan ‘luar biasa’ Anwar dengan pemimpin tertentu dari luar negara semakin membuatkan beliau berasa sangsi dengan kepimpinannya yang seolah-olah mahu membuka penguasaan Amerika Syarikat ke atas negara ini.
Beliau mengambil masa kira-kira satu setengah tahun sebelum sedar segala tindak-tanduk Anwar adalah bertentangan dengan kepentingan negara.
“Saya amat kecewa beliau rapat dengan golongan tertentu luar negara yang saya anggap sebagai golongan berkepentingan Zionis.
“Beliau lebih mementingkan kuasa dan populariti berbanding prinsip walaupun segala perbuatannya jelas bertentangan dengan kepentingan negara,” katanya lagi.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata keputusan Dr Sidek itu dibuat berdasarkan pemrhatian mendalam daripada persahabatan mereka yang lama.
“Saya sendiri kenal Sidek dan sepanjang bersama Anwar, beliau merupakan seorang tokoh yang berpendirian teguh dan berwaspada dengan maklumat yang diterima.
“Jadi saya yakin keputusan Sidek meninggalkan Anwar itu berdasarkan pengalaman beliau sendiri selama hampir 40 tahun berjuang bersama Ketua Pembangkang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad pula, beliau yakin akan lebih ramai ‘orang kuat’ Anwar akan turut mengikuti jejak langkah Dr Sidek untuk meninggalkan pemimpin pembangkang itu.
Dakwanya, setiap individu dan pihak yang rapat dengan Anwar termasuk pemimpin pembangkang yang lain turut sedar dan mengetahui sikap sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
“Buat masa ini, mereka yang masih berdiri di sebelah Anwar adalah kerana menjaga kepentingan diri sendiri berikutan ‘kejayaan’ besar Anwar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan memilih jalan selamat untuk terus berjuang bersama sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri.
“Namun jika Anwar kalah pada pilihan raya akan datang, lebih ramai pihak akan mengikuti jejak langkah Sidek, malah segala rahsia berkaitan salah lakunya bakal didedahkan satu persatu,” ujarnya.
Nordin turut yakin karier politik Anwar dan keluarganya akan turut berakhir sekiranya beliau gagal menang pada pilihan raya umum tidak lama lagi sekali gus misi menjadi Perdana Menteri bakal berkubur.
Mari kita imbau sepintas lalu. Berapa ramaikah orang-orang kanan Anwar yang sudah tinggalkan beliau? Dan kenapa mereka tinggalkan Anwar? 


Kita yang tak berapa kenal Anwar Ibrahim ni tak perlulah taksub gila khinzir sangat... Belajarlah daripada pengalaman mereka.

KENAPA LIM GUAN ENG TAKUT LAWAN TENG CHANG YEOW?

Peperangan dalam PRU 13 di Pulau Pinang bakal menempa satu lagi sejarah apabila penyandang jawatan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, tidak berani menentang Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, secara satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan ditetapkan oleh Chang Yeow sendiri.

Kenapa Guan Eng takut?



Dalam laporan media bertarikh 3 Februari 2013, Guan Eng dianggap sudah angkat tangan tanda mengaku kalah walaupun dia sendiri yang terlebih dahulu bertanggungjawab mengemukakan cabaran tersebut kepada Cheng Yeow. 

Guan Eng mengaku kalah selepas Cheng Yeow mengenakan syarat seperti pertandingan haruslah berlaku di kawasan pelbagai kaum dan kerusi ditentukan sendiri oleh Cheng. Soalnya, kenapa Guan Eng takut dengan syarat yang dikemukakan oleh Cheng Yeow kalau dia sendiri sudah begitu yakin dengan sokongan orang Pulau Pinang terhadap DAP?

Sama ada Guan Eng tahu akan kalah, atau memang DAP menang pada 2008 hanya semata-mata kerana undi sabotaj. Dua faktor inilah yang sebenarnya sangat menghantui Guan Eng serta DAP ketika ini.

Baca ulasan yang lebih jitu daripada penganalisis politik tanah air, Pak Zad. Klik SINI dan SINI

Wednesday, 3 April 2013

19 BULAN CATATAN DOSA NAJIB TERHADAP ANWAR DIDEDAHKAN!!




#GE13

Pada Julai 2009, Najib telah lancarkan AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA (AS1M).

Pada Januari 2010, Najib telah melancarkan KLINIK 1MALAYSIA, TABUNG PENYELENGGARAAN 1MALAYSIA (TP1M) dan program 1AZAM (AKHIRI ZAMAN MISKIN).

Pada September 2010, Najiblancarkan PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.

Pada November 2010, Najib lancarkan SKIM KESELAMATAN MAKANAN 1MALAYSIA (SK1M).

Pada Disember 2010, Najib lancarkan KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA.

Pada Januari 2011, Najib lancarkan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M). Psstt..yang ni Anwar cukup marah!

Pada Februari 2011, Najib lancarkan Transformasi Kedai Runcit (TUKAR).

Pada Jun 2011, Najib lancarkan MENU RAKYAT 1MALAYSIA, KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) dan SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M).

Pada Julai 2011, Najib lancarkan PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA).

Pada Disember 2011, Najib lancarkan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).

Pada Januari 2012, Najib lancarkan PUSAT BERSALIN BERISIKO RENDAH 1MALAYSIA, 
BANTUAN BUKU 1MALAYSIA, SKIM AMANAH RAKYAT  1MALAYSIA.

Pada Februari 2012, Najib lancarkan PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC).

Pada Mac 2012, Najib lancarkan PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT  1MALAYSIA (KAR1SMA).

Pada Mei 2012, Najib lancarkan RAWATAN PERUBATAN PERCUMA BAGI WARGA EMAS.

Pada Jun 2012, Najib lancarkan INTEREKTIF TUISYEN 1MALAYSIA (i-TR1M), TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA (TR1Ma) dan PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC).

Pada Julai 2012, Najib lancarkan KEDAI KAIN 1MALAYSIA (KK1M) dan KAD DISKAUN PELAJAR 1MALAYSIA.

Pada Ogos 2012, Najib lancarkan KAD KEISTIMEWAAN 1MALAYSIA.

Pada Januari 2013, Najib lancarkan INISIATIF KEMBALI KE SEKOLAH.

Pada Februari 2013, Najib lancarkan PASAR BERGERAK 1MALAYSIA dan BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M).


Apa pula Anwar buat? 

Jawapan : Produce lebih banyak video ehem ehem ler.. :p

#GE13 - MALAYSIA DI AMBANG PEPERANGAN!!!

Foto ehsan daripada Blog Nogori Most Wanted

Parlimen dah bubar. Segala teka-teki dah terjawab. Terima kasih Perdana Menteri Dato' Seri Najib kerana dalam empat tahun ini, anda telah banyak mencetuskan transformasi buat negara.

Waktu pengumuman tadi, kelihatan wajah Perdana Menteri sangat ceria dan gembira. Ini menunjukkan beliau sangat yakin untuk menghadapi PRU 13 yang juga PRU pertama beliau sebagai Perdana Menteri. 

Dengan izin Allah SWT, kami juga akan menggandakan usaha dan kudrat untuk membantu kemenangan Barisan Nasional kali ini. Serentak dengan itu, blog ini mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13. Sesungguhnya, kami teruja!

KHIR TOYO KE PENJARA KERANA DENDAM HAKIM?


Adakah INI sebabnya Khir Toyo ke penjara?

AL-KISAH SULTAN KELANTAN


Semoga nasib keluarga para pejuang kita terus dibela.


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Jamalul Kiram Guna Tentera Syaitan??


DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas  pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.



Dipetik daripada laporan Sinar Harian bertarikh 3 April 2013.



#1 DAP MUSUH ABATA


Tuesday, 2 April 2013

KENYATAAN TERBARU BUKTI NAJIB SUDAH BERSEDIA HADAPI PRU 13




Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk memilih calon serta parti yang dirasakan layak untuk diberi kuasa mentadbir negara selama tempoh beberapa tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil.

Pertamanya, SPR telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu. Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang telah didaftarkan.


Keduanya, SPR juga telah mula membenarkan undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal.


Ketiga, penggunaan dakwat kekal juga diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.

Kesemua insiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatandangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama.

Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menghadapi musim pilihan raya yang bakal tiba. Mari maju ke hadapan bersama.



Kenyataan Perdana Menteri dipetik daripada Blog 1 Malaysia.

KENALI KAFIR HARBI MALAYSIA YANG BERJAYA ROSAKKAN PAS

24 Disember 2008, di Kuala Lumpur, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan  pedas terhadap PAS.

"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum Hudud kerana DAP akan menentangnya."

Pada 30 Julai 2012, sekali lagi Karpal mengulangi kenyataan tersebut. Kali ini lebih tajam, keras dan tepat ke muka Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Hadi Awang.

Lihat kenyataan tersebut dalam petikan berita seperti di bawah :



Karpal tegaskan tiga perkara di sini. Pertama, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat. Kedua, ia juga tidak dimasukkan dalam Buku Jingga. Dan ketiga, TIDAK MUNGKIN ia akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin itu maksudnya tidak akan sama sekali! 

Kerana ketegasan Karpal Singh itu, maka pada 11 Jun 2011, Nik Aziz secara rasmi mengubah hala tuju PAS daripada memperjuangkan negara Islam kepada sebuah negara kebajikan sebagaimana yang diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana akhirnya anda tunduk kepada kafir harbi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar