Pages

Wednesday, 20 November 2013

SIMBOL HIPPIE CEMARKAN KAMPUS UNIVERSITI MALAYA - SIAPA FAHMI REZA?

Agak aneh sebenarnya. Bagaimana sebuah kumpulan yang kononnya mendokong perjuangan Islam boleh bergelumang dengan Fahmi Reza yang jelas-jelas menyeleweng daripada akidah Islam? 


Semakin hari, semakin kita dikelirukan dengan dasar perjuangan mahasiswa-mahasiswi yang berimej Islami ini tetapi masih duduk satu saf berjuang bersama manusia-manusia yang menyimpang daripada landasan Islam seperti Fahmi Reza. 

Sebagai contoh, di Universiti Malaya, kumpulan mahasiswa ini memilih bersama dan menyokong perjuangan beliau sehingga tergamak membawanya ke dalam kampus untuk bercakap tentang perjuangan mahasiswa. Perjuangan apa? Perjuangan Islam atau sosialis??? Dah tak ada tokoh lain ke? 

Antara penyelewengan yang dibawa oleh Fahmi Reza ialah budaya Hippie dan penggunaan imej Vendetta melalui topeng V yang telah difatwakan sebagai haram oleh ulamak di negara ini. 



Selama ini kita dimomokkan dengan imej bersih lagi warak kumpulan ini. Kononnya merekalah yang paling lantang menolak budaya sosial melampau seperti seks bebas, bersekedudukan, hiburan melampau dan macam-macam lagilah. Tapi adakah mereka tahu, Fahmi Reza sedang mempromosikan budaya Hippie yang mengandungi semua elemen sosiaL tersebut? 

Lihat logo Hippie ini dan bandingkan dengan poster yang dihasilkan oleh Fahmi Reza berkaitan program yang dihadirinya pada malam semalam di Universiti Malaya.

Budaya Hippie ialah budaya hidup bebas yang melampau dan songsang  dari sudut
akidah dan akhlak Islam. Kenapa PMI UM tolong promosi? 


Tahukah anda wahai pejuang-pejuang Islam kampus yang alim lagi warak bahawa simbol Peace No War itu sebenarnya adalah simbol Hippie yang pernah menjahanamkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an? Sekarang anda nak bawa ke dalam kampus pula? 



TOLAK PRO-MAHASISWA KALAU ANDA SAYANG KAMPUS KITA


PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA PROMOSI BUDAYA HIPPIE?

Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya yang dianggap sebagai ibu bagi semua pilihan raya kampus di negara ini dimulai dengan satu lagi perbuatan tidak bertamadun yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan tertentu di dalam kampus utamanya di Kuala Lumpur.

Sejak malam semalam, beberapa kawasan tumpuan telah dicemari perbuatan menconteng logo hippie seperti di perhentian bas dan kolej-kolej kediaman. Lebih parah, beberapa buah kenderaan rasmi universiti seperti van dan bas turut diconteng dengan logo yang sama.





Perkembangan ini menimbulkan tanda-tanya kerana ia berlaku selepas Fahmi Reza, aktivis sosialis mahasiswa membangkitkan isu beliau dihalang memasuki Universiti Malaya untuk menyampaikan speech di laman Facebooknya sejak malam semalam.



Fahmi Reza memang diketahui kuat berpegang kepada budaya hippie sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat sebelum ditamatkan pengajian akibat pelbagai masalah peribadi.



Hippie merupakan salah satu budaya yang pernah merosakkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Sejak budaya ini popular, pelbagai bentuk gejala sosial seperti seks bebas, dadah dan hiburan tanpa sempadan merebak ke seluruh dunia.



Walaupun budaya ini dikatakan sudah berakhir pada penghujung tahun 70-an selepas Perang Vietnam, namun dipercayai ia masih dianuti oleh sejumlah besar aktivis sosialis di peringkat global. Di Malaysia, budaya ini cuba dipopularkan oleh Fahmi Reza dan para pendokong fahaman sosialis yang beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur diketuai Hishamuddin Rais.

Fahmi Reza cuba menyebar fahaman ini bersama-sama dengan fahaman sosialis lain seperti kebebasan sosial dalam kalangan mahasiswa kerana beliau percaya golongan ini paling mudah ditanam dan disemai dengan ideologi-ideologi kebebasan hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Namun apa yang SB cuba bangkitkan di sini ialah, adakah mahasiswa Universiti Malaya bersedia atau mengalu-alukan budaya ini di dalam kampus? Jika benar budaya ini diterima di dalam kampus, maka Universiti Malaya secara dasarnya sudah ditawan oleh sosialis Hippies yang dibawa oleh Fahmi Reza. Selepas ini, SB percaya lebih banyak bentuk budaya bebas ini akan diperkenalkan selain logo-logo yang diconteng di sekitar kampus. 

Tahniah Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana membawa masuk pengaruh negatif ini ke dalam kampus.  

Tuesday, 29 October 2013

LAGI HUBUNGAN INTIM ANWAR IBRAHIM DENGAN MAHASISWA

Anwar dah ucapkan tahniah kepada Pro-M Universiti Utara Malaysia di atas kemenangan kumpulan tersebut dalam pilihan raya kampus di sana.

Anwar sangat mengambil berat akan perjuangan Pro-M di dalam kampus. Sebarang keputusan membabitkan kumpulan ini dalam mana-mana pilihan raya kampus akan menterjemahkan kekuatan sokongan mahasiswa kepada pembangkang. 

Pihak media konvensional yang memberikan label Pro-Mahasiswa kepada kumpulan dokongan Anwar dan pembangkang ini sepatutnya berhenti menggunakan label tersebut. Label paling sesuai ialah kumpulan mahasiswa propembangkang kerana jelas sekali ia menjadi alat pembangkang di dalam kampus di seluruh negara. 

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat sendiri kumpulan mahasiswa ini mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan pembangkang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk dalam pelbagai siri demonstrasi yang diadakan seperti BERSIH dan sebagainya.

Itupun masih ada pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam kumpulan ini yang cuba menafikan hubungan mereka dengan pembangkang dengan memberikan alasan mereka bergerak secara bebas tanpa ada campur tangan atau pengaruh mana-mana parti politik pembangkang. 

TINDAKAN TIDAK CERDIK JENTERA CINA BOIKOT PRK BAKAL MAKAN DIRI



Pilihan raya kampus (PRK) USM telah siap dijalankan pada 24 Oktober yang lalu menyaksikan kumpulan Pro-Aspirasi berjaya mengekalkan kemenangan buat tahun kesepuluh berturut-turut. Jarang sekali kita dengar di mana-mana universiti, sebuah kumpulan dapat mengekalkan kemenangan secara berturut-turut untuk satu tempoh yang panjang selepas UUM yang dikuasai Perubahan selama 13 tahun.

Rahsia kejayaan ini sebahagian besarnya disumbang oleh konsep “jaringan kawan-kawan” yang dibina oleh para pendokong Aspirasi USM sejak dari awal dan bertautan daripada generasi ke generasi tanpa putus.

Lebih manis, ramuan ini turut dikongsi bersama oleh pelbagai kaum sambil bersulamkan prinsip toleransi yang cukup tinggi terutamanya dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. Namun begitu, akibat terlalu tamak dan ego yang cukup tinggi, jentera Cina telah menarik diri daripada mewakili Aspirasi USM pada saat-saat akhir menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi penting di Kampus Induk dalam pemilihan tahun ini.

Tindakan ini ternyata memakan diri kerana tiada wakil kaum Cina baik dari Pro-Aspirasi atau dari kumpulan mahasiswa propembangkang yang memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan walaupun percaturan asal menunjukkan harapan untuk membolot sekurang-kurangnya dua kerusi adalah tinggi.

Keputusan menarik diri saat akhir telah memberi tamparan yang besar kepada jentera Aspirasi USM. Dalam masa kurang 5 jam sebelum penamaan calon dibuka, mana mungkin jentera dapat mencari calon ganti. Namun mujurlah pihak jentera sendiri sudah mempunyai calon back up di setiap kerusi termasuk di kerusi-kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh wakil dari kaum Cina tersebut. Hasilnya, dua kerusi di Konstituensi Pusat Pengajian Pengurusan berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh calon back up yang ternyata jauh lebih berkualiti dan komited walaupun nama mereka dicalonkan saat-saat akhir setelah kumpulan Pro-Mahasiswa tidak menghantar wakil.

Insiden ini secara tidak langsung telah memberikan isyarat jelas betapa sikap keras kepala dan enggan bertolak ansur kaum Cina dalam hal politik di kampus tidak jauh bezanya dengan sikap keras kepala pemimpin-pemimpin politik mereka di luar kampus. Baik dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan Rakyat, politik kaum Cina ternyata lebih tegas dan penuh muslihat.

Namun pada SB, keputusan jentera kaum Cina di USM untuk tidak menghantar wakil dalam PRK tahun ini bukanlah satu tindakan politik yang cerdik. Populasi kaum di USM memerlukan wakil kaum Cina dalam Majlis Perwakilan Pelajar kerana jumlah pelajarnya yang besar ditambah faktor demografinya yang terletak dalam negeri Pulau Pinang. Keputusan ini hanya akan memberikan impak negatif sekurang-kurangnya sepanjang Sidang 2013/2014 kepada persatuan-persatuan mahasiswa daripada kaum Cina kerana mereka tidak lagi mempunyai wakil yang boleh bersuara di peringkat kepimpinan tertinggi dalam MPP.

Moralnya di sini juga, jentera Aspirasi di seluruh IPT perlu lebih berhati-hati dengan permainan politik kaum Cina. Mereka bukan sahaja boleh bertindak pada saat-saat akhir, malah boleh menyebabkan seluruh jentera kucar-kacir, sabotaj, boikot dan sebagainya lagi.

Untuk rekod, sehingga kini, dua buah universiti iaitu UKM dan UUM telah jatuh ke tangan mahasiswa propembangkang.


Monday, 14 October 2013

BUKTI ORANG KRISTIAN PERCAYA PADA ALLAH!!

Nak tahu macam mana orang Kristian beriman dengan Allah ikut cara mereka? Mari baca screenshot di bawah. 


Kisah lanjut, klik blog C4 di SINI.  

GILA!! 

PRO-M PRO PLURALISME

Thursday, 19 September 2013

ADAM ADLI TOUCHING HABIS KALI NI


Sedih kan baca statemen Adam Adli kali ni. Macam tak bersemangat dah dia nak melawan. Kalau dulu, mungkin dah roboh pintu pagar UPSI dia gegar bersama suku-sakatnya. Tapi kali ni Adam seolah-olah sudah tahu untung nasibnya dan masa depannya di UPSI.

Nak salahkan siapa dalam hal ini? Pihak pengurusan berhak melanjutkan penggantungan Adam Adli kerana dia ada kes lain membabitkan mahkamah dan pihak polis. Dalam perlembagaan universiti dan AUKU sekali pun perkara ini sudah cukup jelas. Sebab tu Adam tak bising panjang lebar sangat. Dia memang tahu dia di pihak yang salah. 

Tahniah UPSI kerana berani bertindak demi masa depan universiti dan 99.99% mahasiswa yang lain. Adam Adli cuma 0.01% sahaja, tak rugi apa-apa pun kepada UPSI kalau tak ambil dia ni sebagai pelajar. 

Wednesday, 11 September 2013

VIDEO KLIP BOGEL MILEY CYRUS

Semakin hari, artis Barat semakin hancur nilai ketamadunannya. Mereka semakin terbuka untuk berbogel dalam karya-karya yang dihasilkan seperti dalam klip video Wrecking Ball, nyanyian Miley Cyrus ini. Anehnya, kita di Malaysia juga boleh menonton video ini dan ribuan video seumpamanya yang lain tanpa ada sebarang sekatan. 

Tuesday, 10 September 2013

PULAU PINANG SARANG PENJUALAN VCD CETAK ROMPAK KL GENGSTER 2

VCD cetak rompak KL Gengster 2 begitu mudah diperolehi di Pulau Pinang. SB bukan nak promosi, tapi nak bangkitkan di sini. Salah satu sarang penjualan paling popular ialah di Kompleks Beli Belah Bukit Jambul.



Di kompleks ini terdapat beberapa unit lot niaga yang disewa oleh tokeh-tokeh Cina bagi menjual VCD dan DVD cetak rompak secara terbuka dan sering menjadi tumpuan orang ramai.

Anehnya, hingga kini, tidak ada satu kedai pun yang diserbu. Jika ada serbuan sekali pun sering kali ia berakhir dengan kegagalan kerana sudah dihidu lebih awal oleh pengusaha kedai haram tersebut.

Satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah di KOMTAR dan Pasar Malam Batu Feringghi yang beroperasi setiap malam. 

Diharap dengan pendedahan ini akan membuka mata pihak berkuasa. Usah lindungi lagi para peniaga haram ini. Selamatkan segera industri perfileman negara!

RAFIZI SILAP KIRA LAGI


KUALA LUMPUR - Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka, Dr Marc Faber.

"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy -- Where's the Money?" di sini, hari ini.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

"Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama," katanya. - Bernama

Monday, 2 September 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar