Anwar dah ucapkan tahniah kepada Pro-M Universiti Utara Malaysia di atas kemenangan kumpulan tersebut dalam pilihan raya kampus di sana.
Anwar sangat mengambil berat akan perjuangan Pro-M di dalam kampus. Sebarang keputusan membabitkan kumpulan ini dalam mana-mana pilihan raya kampus akan menterjemahkan kekuatan sokongan mahasiswa kepada pembangkang.
Pihak media konvensional yang memberikan label Pro-Mahasiswa kepada kumpulan dokongan Anwar dan pembangkang ini sepatutnya berhenti menggunakan label tersebut. Label paling sesuai ialah kumpulan mahasiswa propembangkang kerana jelas sekali ia menjadi alat pembangkang di dalam kampus di seluruh negara.
Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat sendiri kumpulan mahasiswa ini mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan pembangkang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk dalam pelbagai siri demonstrasi yang diadakan seperti BERSIH dan sebagainya.
Itupun masih ada pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam kumpulan ini yang cuba menafikan hubungan mereka dengan pembangkang dengan memberikan alasan mereka bergerak secara bebas tanpa ada campur tangan atau pengaruh mana-mana parti politik pembangkang.
1 comment:
Slm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com tq
Post a Comment