Cadangan Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia yang mahukan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan ragut wajar disokong oleh semua pihak.
Malah, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga sudah menyatakan sokongan terhadap cadangan ini.
Dalam satu undian dalam talian yang dijalankan oleh portal berita Astro Awani, sebanyak 95% pengundi bersetuju dengan cadangan tersebut.
Hal ini seharusnya dibawa ke peringkat yang lebih tinggi supaya satu undang-undang dapat digubal segera bagi membela nasib mangsa ragut di negara ini. Buat masa ini tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut sebaliknya pesalah hanya didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak melibatkan kekerasan.
Cadangan oleh Pesatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia supaya peragut disebat dan dipenjara tentunya satu alternatif hukuman yang lebih efektif bagi kesalahan tersebut.
Namun, jangan pula isu ini dipolitikkan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia terutamanya COMANGO. Jika jenayah meningkat, mereka hanya tahu menyalahkan pihak kerajaan. Apabila kerajaan mahu bertindak, mereka jugalah yang paling lantang menentang dengan pelbagai alasan yang kadang-kala tidak masuk akal atas nama hak asasi manusia.
No comments:
Post a Comment