Lepas satu, satu lagi akan naik harga.
Sempena Tahun Baru Cina ini, harga limau mandarin pula
dijangka akan naik antara 20 hingga 35 peratus bagi setiap jenis kotak yang
dijual. Bagi kotak 4kg akan dijual pada harga RM12.00 manakala bagi kotak 8kg
pula akan dijual pada harga RM24.00.
Limau mandarin merupakan aspek kebudayaan yang penting
ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Apa yang menarik perhatian ialah, kenyataan oleh Setiausaha
Persatuan Pemborong Buah-buahan Kuala Lumpur, David Tey yang memberikan alasan
permintaan tempatan yang meningkat di China menjadi faktor kenaikan harga buah
tersebut di Malaysia.
Dari sudut perniagaan, perkara ini bukanlah sesuatu yang
pelik. Adalah normal jika pengeluaran tidak selari dengan kadar permintaan maka
harga sesuatu produk atau perkhidmatan akan dinaikkan.
Hal yang sama juga berlaku di negara kita. Kadar pengeluaran bagi
barangan atau produk tertentu sering dipengaruhi faktor permintaan. Namun pada
masa yang sama, ada faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pengeluaran.
Sebagai contoh, pengeluaran hasil laut seperti ikan segar amat bergantung
kepada faktor cuaca dan iklim sedangkan permintaan sentiasa tinggi. Pada waktu
itu, harga ikan sudah pasti akan melambung melebihi kadar biasa.
Namun begitu, rakyat kita seolah-olah tidak celik terhadap
hakikat ini akibat sentimen politik yang amat melampau apabila berhadapan
sesuatu kenaikan harga. Semua peluru akan dibedil ke arah pihak kerajaan
seolah-olah setiap harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia ditentukan oleh
kerajaan pusat.
Kita tunggu dan lihat pula selepas ini. Adakah rakyat yang
bodoh bukan kepalang ini akan menyalahkan kerajaan juga selepas harga limau
mandarin dinaikkan sempena Tahun Baru Cina?
No comments:
Post a Comment