Salah satu tuntutan Pro-M ialah pilihan raya kampus yang bebas daripada sebarang pengaruh parti politik. Kononnya, ia demi menjamin kebebasan intelektual mahasiswa. Tapi apa yang anda dapat selepas menonton video di bawah?
Video ini adalah bukti jelas persekongkolan pemimpin-pemimpin mahasiswa propembangkang dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Antara yang jelas ialah pertemuan sulit antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan sekumpulan mahasiswa diketuai bekas Pengerusi Pro-M Nasional, Safwan Anang pada 1 September 2012 di sebuah lokasi rahsia di ibu negara.
Dalam pertemuan tersebut, Rafizi telah menyampaikan amanat dan strategi yang perlu dilakukan oleh Pro-M di setiap kampus untuk memenangi kempen Pemilihan MPP/MPM Sidang 2012-2013 ini.
Secara peribadi, SB tidak kisah dengan pertemuan sulit mereka itu. Sememangnya diketahui umum kumpulan Pro-M menerima bantuan langsung daripada Pakatan Rakyat. Tetapi sikap hipokrit dan kemunafikan melampau mereka yang menafikan perkara ini amat menjelikkan kita.
Ini cuma pendedahan kecil. SB dan blogger Malaysia Bangkit yang mempunyai akses langsung dalam gerakan Pro-Mahasiswa Nasional akan terus membongkar pembohongan mereka. Kebenaran itu wajib ditegakkan walau bergolak bergadai.!!
Ketika SB ditanya apakah
sebenarnya Konspirasi Ops 2020 yang dimainkan oleh kumpulan mahasiswa
propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, SB sendiri tidak dapat
menjawab dengan tepat.
Hasil penelitian yang dibuat, isu
ini dibangkitkan semata-mata untuk mengaitkan Perdana Menteri dan beberapa
jabatan kerajaan yang lain serta UMNO dalam keputusan penangguhan pilihan raya
kampus pada bulan April yang lalu.
Penangguhan ini dipercayai memberi
kesan besar kepada semua yang terlibat secara langsung termasuk kumpulan
Aspirasi Mahasiswa.
Justeru bagi mengekalkan momentum
politik sedia ada, Pro-M dengan bantuan PKR yang beribu pejabat di Tropiccana,
Damansara telah merekayasa cerita kononnya penangguhan PRK itu didalangi antara
lain oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
Biro Tatanegara (BTN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan UMNO seperti yang
didedahkan dalam satu minit mesyuarat baru-baru ini.
Mengukuhkan lagi cerita ini, PKR
turut menyediakan slides khas yang
memperincikan gerakerja pilihan raya kampus di kesemua IPTA yang berjumlah 20
buah dengan sasaran menang di semua kampus tersebut. Justeru terciptalah nama
yang direkayasa oleh thinkers di headquarter PKR itu iaitu Operasi 2020
atau Ops 2020, iaitu operas khas memenangi 20/20 IPTA di seluruh Malaysia.
Bermodalkan dua bukti inilah
(minit mesyuarat tanpa tandatangan dan slides), Pro-M dan kepimpinan Pakatan
Rakyat menjaja cerita ke seluruh pelosok negara kononnya Perdana Menteri
terdesak untuk meraih kemenangan dalam PRU-13 hingga terpaksa mencampuri urusan
pilihan raya kampus. Alasannya, Dato’ Seri Najib memerlukan masa yang lebih lama untuk
membina kekuatan sokongan dalam kalangan mahasiswa! Masuk akalkah?
Namun, cerita ini terus dijaja
hinggalah akhirnya ia lekat sebagai persepsi dalam minda orang ramai
terutamanya mahasiswa kononnya Ops 2020 ini ialah konspirasi jahat pihak
kerajaan dalam meracuni akal fikiran penuntut universiti di Malaysia.
Hakikatnya, penangguhan pilihan
raya kampus ini bertujuan menyelaraskan semula jadual akademik di
semua IPTA selepas anjakan tarikh permulaan semester dibuat bermula sidang ini
dari bulan Jun ke bulan September. Ia juga antara lain bertujuan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar diploma untuk turut serta dalam pilihan raya
kampus kerana jika diadakan pada tarikh asal, ia bertembung dengan cuti
semester akhir kumpulan pelajar ini.
Namun bagi pembangkang di negara kita,
apa-apa sahaja tindakan atau keputusan yang diambil membabitkan kerajaan atau
institusi-institusi awam, semuanya bersifat politik dan menguntungkan UMNO dan
Barisan Nasional semata-mata. Lebih dahsyat lagi, ia akan dilabel sebagai
konspirasi terancang untuk menindas parti-parti pembangkang. Geleng kepala SB!
Adakah SB juga sedang merekayasa
konspirasi melalui entri ini? Adakah SB membuat cerita perkaitan ibu pejabat
PKR dengan gerakan mahasiswa propembangkang membabitkan kepimpinan utamanya
seperti Safwan Anang, Khalid Ismath dan Adam Adli? Nantikan bukti yang bakal SB
lampirkan dalam entri-entri selepas ini.
Sebelum itu, SB tinggalkan kepada anda dua rujukan di bawah sebagai klu pendedahan selanjutnya selepas ini. Tiada huraian. Fikir-fikirkan dahulu.
Agak aneh apabila membaca status
yang dikemaskini oleh Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Sains Malaysia (PMIUSM) di dinding Facebooknya,
semalam. Lihat printscreen kenyataan tersebut seperti di bawah.
Dalam kenyataan rasminya selaku
Setiausaha Agung itu, Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani mendakwa Persatuan Mahasiswa
Islam USM tidak sama dengan Pro-Mahasiswa tetapi secara peribadi, beliau
menyokong gerakan mahasiswa pro-pembangkang tersebut.
Adakah ia cubaan untuk
membersihkan nama baik PMI selepas imej Pro-M teruk diaibkan oleh gelagat pemimpin-pemimpin
utamanya sendiri?
Atau PMI USM sudah malu untuk
mengaku mereka sebagai teras utama Pro-Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia?
SB turut mendapat maklumat sahih
tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-Mahasiswa di USM
tatkala mereka sedang berhadapan asakan daripada kumpulan Aspirasi Mahasiswa
dalam pilihan raya kampus kali ini.
Umum mengetahui Pro-Mahasiswa
tidak mampu berdiri teguh kalau tidak ada Persatuan Mahasiswa Islam di USM.
Sekiranya PMI menarik diri daripada gerakan ini, maka Pro-M boleh sahaja
dianggap lumpuh atau mati mengejut.
Hal ini kerana, hanya PMI sahaja
yang benar-benar menjadi tunjang bagi Pro-M di USM walaupun terdapat beberapa
persatuan lain yang turut bergabung di bawah gabungan tersebut seperti Student
Progressive Front (SPF) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement
(DEMA).
Hal yang sama turut berlaku di
peringkat kebangsaan di mana Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap IPTA
yang bergabung di bawah label Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)
menjadi komponen utama Pro-Mahasiswa Nasional.
Justeru tanpa PMI dan GAMIS,
bolehlah dianggap gerakan mahasiswa propembangkang ini tempang sama seperti
Pakatan Rakyat tanpa keanggotan Parti Islam Semalaysia (PAS).
Di USM, gerakan mahasiswa seperti
SPF dan DEMA lebih bersifat perkauman kerana hanya melibatkan keanggotaan
daripada kaum Cina sahaja. Situasi ini amat memerlukan Persatuan Mahasiswa
Islam memainkan peranan yang lebih untuk menarik sokongan daripada
pelajar-pelajar Melayu.
Ia sama sekali berbeza dengan kumpulan
Aspirasi Mahasiswa USM yang tidak berasaskan kaum atau agama. Kumpulan Aspirasi
Mahasiswa di USM wujud dengan kukuh atas nilai kesukarelawan dan semangat
cintakan universiti yang dipupuk melalui teras-teras Rasional, Toleransi dan
Realistik.
Hal ini menjadikan kumpulan
Aspirasi Mahasiswa USM sentiasa mendapat sokongan dan perhatian daripada para
pelajar USM tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Bahana politik sempit. Inilah akibatnya bila dalam hati ada busuk hasad dan bila dalam akal cuma fikir diri sendiri saja yang betul.
Video ini adalah gambaran jelas siapa sebenarnya Pro-Mahasiswa, atau lebih tepat, Mahasiswa Pro-Pembangkang di negara kita.
Kumpulan mahasiswa ini sering menggunakan metod demonstrasi dan memilih jalanan sebagai tempat memanifestasikan suara dan tuntutan mereka.
Adakah ini gelagat mahasiswa yang layak dipilih sebagai pemimpin dan mengemudi barisan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/M) di universiti anda?
Untuk makluman, video ini dirakamkan oleh Krew Media Blogger Kapak semasa Demonstrasi Liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di sekitar ibu negara.
Video yang SB paparkan ini hanya sebahagian daripada aksi buruk kumpulan mahasiswa ini. Untuk menonton lebih banyak video mereka, sila berkunjung ke Suara Baru's Channel di saluran Youtube.
Selepas berjaya menggungguli pemilihan di UTHM, UNiMAP, UTeM, UiTM dan UNISZA, kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa terus mengorak langkah kecemerlangan apabila meraih lebih banyak kerusi di beberapa IPTA lain.
Di USM, kumpulan Pro-Aspirasi telah menang 15 kerusi TANPA BERTANDING seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini selepas kumpulan Pro-M dan Cap Ayam gagal menghantar wakil mereka.
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris pula, dikhabarkan selepas tamat tempoh bantahan semalam, kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa telah membolot 23 kerusi yang turut dimenangani TANPA BERTANDING.
Perkembangan ini membuktikan bahawa kumpulan Pro-M sebenarnya ting kosong yang hanya layak membuat bising di jalanan sahaja. Bila tiba pilihan raya kampus, mereka sendiri yang gagal menampilkan calon-calon yang sepatutnya bagi menentang kumpulan Pro-Aspirasi.
Berikut merupakan rakaman berita pendedahan taktik jahat kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang dalam usaha mereka mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak dengan konspirasi Ops 2020.
Selepas berjaya mencipta persepsi negatif terhadap Perdana Menteri sebelum ini melalui pendedahan minit mesyuarat yang didakwa sebagai perancangan UMNO-KPT-BTN dalam menguasai pilihan raya kampus di kesemua kampus IPTA di negara, kini mereka terdesak untuk menampilkan 'bukti' yang lebih kukuh termasuk mencipta surat palsu dengan menggunakan nama Perdana Menteri.
Klik SINI untuk mengikuti laporan awal berkenaan isu ini.
SB dengan bantuan rakan-rakan akan mendedahkan lebih banyak pelan taktikal kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini dalam masa terdekat.
Surat palsu ini hanya sebahagian daripada strategi jangka masa singkat mereka. Terdapat lebih banyak perancangan yang telah diatur sebenarnya dan bagi kumpulan ini, fitnah adalah halal demi harakah perjuangan yang dibawa. Nauzubillah.
Parti Cap Ayam? Ya itulah gerangan kumpulan BEBAS yang tiba-tiba muncul entah dari mana di USM. Seperti yang pernah SB bangkitkan sebelum ini SINI, kumpulan mahasiswa yang kononnya bebas ini benar-benar muncul di hari penamaan.
Lebih menarik, mereka turut mengeluarkan kenyataan akhbar khas bagi menyatakan sebab musabab penyertaan mereka dalam pilihan raya kampus di USM kali ini. Lihat kenyataan akhbar tersebut seperti di bawah.
Hasrat sudah murni. Tetapi benarkah mereka ini benar-benar bebas?
Menurut sumber dari USM, kumpulan ini sebenarnya didalangi 'pihak' tertentu yang menaja gerakan mereka sepanjang kempen pilihan raya kali ini.
Jadi siapa sebenarnya mereka?
Mengikut nama calon yang ditampilkan, antara yang akan bertanding ialah Saudara Norasrizal Aswad (Konstituensi UMUM) dan Ramli Salleh (Konstituensi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan). Kedua-dua calon ini dikatakan sering muncul dalam program-program universiti termasuk yang digerakkan oleh Pro-Aspirasi Mahasiswa USM.
Berdasarkan analisa kekuatan pula, calon UMUM mereka ini tidak mempunyai pengaruh yang besar di dalam kampus. Hal ini dibimbangi akan menjejaskan peluang calon Melayu dari kem Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kerana berpotensi memecahkan undi kaum.
Terdadapat juga desas-desus mengatakan kesemua calon ini dihantar oleh Pro-Mahasiswa USM sebagai salah satu strategi merendahkan moral calon-calon Aspirasi. Sekiranya menang kelak, kesemua calon ini akan bertindak mengisytiharkan sokongan kepada Pro-Mahasiswa seperti yang pernah berlaku dalam siri pilihan raya sebelum ini.
Kalau ini yang berlaku, memang ayam betullah kumpulan Cap Ayam ini. Begitu mudah diumpan!
Hari ini SB bawakan bukti
kemunafikan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Saudara Akram
Ikrami Taib Azamudden, yang kononnya memperjuangkan politik kampus yang bersih
daripada pengaruh parti politik luar.
Presiden GAMIS, Akram Ikrami Taib Azamudden.
Adakah GAMIS yang dipimpinnya itu
benar-benar bebas dan bersih? Apa kata Akram yang SB maksudkan? Lihat di bawah atau klik SINI.
Kenyataan Akram yang bersifat munafik.
Surat daripada bekas Ketua Dewan
Pemuda PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar seperti di bawah mungkin boleh menjawab
persoalan ini.
Walaupun surat ini sudah lama didedahkan,
namun ia relevan bagi membuktikan GAMIS mempunyai hubungan secara langsung
dengan PAS sejak sekian lama.
Surat bertarikh 2hb Mac 2000 ini
antara lain menyeru kepimpinan GAMIS dan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di
setiap kampus yang bergabung di bawah organisasi tersebut menggunakan segala
kekuatan yang ada demi memastikan kemenangan perjuangan konon suci mereka itu.
Apa yang mengejutkan ialah,
Mahfuz Omar secara terbuka menyeru GAMIS mempergunakan sesiapa sahaja termasuk
Cina, India, dan kaum bukan Islam yang lain atas nama harakah perjuangan.
Kini tanggungjawab tersebut
digalas oleh Akram selaku Presiden GAMIS. Namun seperti biasa, selaku ketua
gerakan politik, Akram tidak terlepas daripada bermain sandiwara sama seperti
kepimpinan PAS yang lain termasuk menyembunyikan hakikat dan kebenaran.
Buat Saudaraku Akram, ingatlah. Kamu
boleh menipu atas nama harakah perjuangan, tapi kebenaran tidak boleh
disembunyikan daripada pengetahuan umum selama-lamanya.