Pilihanraya kampus (PRK) diuruskan sendiri oleh mahasiswa? Bunyi macam mudah. Tapi percayalah ia tak semudah yang diusulkan. Ia tak semudah bagi mereka yang bercakap berdegar-degar atau apa yang kepala hotak mereka fikirkan. Ia langsung tak semudah apa yang mereka beritahu pada kita.
Apa yang mereka beritahu? Kononnya mahasiswa berdaya menguruskan pilihanraya kampus sendiri. Dey, lu cakap sama itu dinding nanti itu dinding balas balik sebijik-sebijik apa yang lu cakap!
Paling tak boleh blah bila ada pulak sorang Timbalan Menteri ni bercakap dengan nada yang sama. Alo Dato’ kemonlaa..ini bukan pilihanraya bilik darjah untuk lantik ketua kelas. Ini peringkat tinggi. Dato’ duduk atas diam-diam sebab tempoh Dato’ sudah mau abes. Kalau Dato’ rasa sudah hilang harapan dipilih semula dalam pilihanraya umum akan datang pun, janganlah sampai tikam-tikam belakang pulak!
Suara Baru (SB) tak mahu cakap banyak. Tapi SB nak kawan-kawan faham bahawa ini semua bukan hal kecik dan kita tak ada masa untuk bereksperimentasi dengan hal-hal besar macam ni. Buruk padahnya kalau kita silap langkah.
Berdaya menguruskan sendiri pilihanraya pun sukar untuk kita terjemahkan. Belum ada data emperikal yg boleh kita guna sebagai rujukan. Ketika ini PRK diuruskan oleh HEP yang bertindak sebagai SPR. Soal telus atau tidak sebenarnya sengaja dipolemikkan oleh puak-puak Pro-M ni. Bila kalah baru tak telus. Tapi kalau mereka menang?? Sendiri fikirkan. Lihat video di bawah ni.
Ini rakaman demonstrasi mendesak TNC UM letak jawapan kerana kekal dgn pendirian untuk gunakan sistem e-undi dalam PRK. Bukan main gasak lagi Shazni Munir dan gerombolan mahasewelnya seolah-olah UM tu bapak dia yang punya. Eh, suka-suka hati nak mintak TNC letak jawatan. Kau bagi gaji kat dia ke bai?
Reaksi-reaksi beginilah yang sebenarnya perlu kita pertimbangkan. Kenapa? Kerana kita bimbang jika berlaku keputusan yang tidak diingini oleh mana-mana calon atau kumpulan, mereka akan bertindak di luar batasan. Macam-macam dakyah boleh dicipta. Tak telus, beli undi, rasuah, berat sebelah…semuanya tak mustahil sebab yg uruskan PRK tu pun mahasiswa jugak kan?
Bayangkan kalau idea-idea yang bersifat idealistic begini dibawak ke luar. Bayangkan jika satu hari nanti kumpulan mahasewel begini menuntut pulak supaya SPR dimansuhkan dan kuasa diberikan kpd rakyat untuk uruskan sendiri pilihanraya umum. Benda ni tak mustahil. Ia adalah idea dan idea sentiasa akan dicipta. Manusia-manusia yang berfikir akan terus mengeluarkan idea, tapi perlu ada manusia lain yang counter idea-idea tu supaya mereka tak fikir bahawa mereka sentiasa betul.
No comments:
Post a Comment