Bolehkah masalah diselesaikan dengan berbaring di atas jalan? |
Bagi yang baru mengikuti blog Suara Baru (SB), ingin SB tegaskan di sini bahawa SB tidak memusuhi Pro-M sebagai sebuah entiti politik, sebaliknya SB menentang metod yang dibawa oleh kumpulan ini. Sejak dari awal lagi SB kenali kumpulan ini, mereka sering membawa agenda yang tidak konsisten atau selari dengan tindakan yang diambil.
Pro-M umpamanya memperjuangkan agenda memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Selain itu mereka juga menuntut autonomi diserahkan kepada mahasiswa termasuk dalam memilih dan melantik Naib Canselor Universiti, kebebasan bersuara dan berpolitik di dalam kampus dan beberapa lagi seperti yang terkandung dalam memorandum BEBAS baru-baru ini.
Pada SB, mereka berhak menyuarakan tuntutan-tuntutan sebegitu. Tapi yang menjadi masalahnya ialah apabila mereka menggunakan apa-apa sahaja kaedah yang boleh untuk menyuarakan tuntutan yang dibuat. Hal ini termasuklah berdemonstrasi, mencaci para pemimpin negara bahkan hingga ke tahap memburuk-burukkan universiti sendiri.
Maka kita dapat melihat beberapa tindakan biadab dan tidak intelektual hingga mencetuskan tension dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sendiri seperti yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) baru-baru ini.
Ingat lagi watak Adam Adli dalam insiden menurunkan bendera DS Najib di hadapan bangunan PWTC? Ingat lagi watak Safwan Anang dalam episod rempuhan klinik di UPSI hingga beliau tercedera? Adam Adli menerima hukuman setimpal dengan tindakannya apabila digantung 3 semester. Dari segi masa depannya bersama UPSI boleh dikatakan sudah pudar dan peluangnya untuk kembali bergelar graduan pendidikan juga sudah tercemar.
Persoalannya, bukankah dalam Pro-M ada organisasi Islamis iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) yang dianggotai oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dari seluruh IPTA? Sebagai organisasi berasaskan Islam, sukar sangatkah saf pimpinan GAMIS atau tokoh-tokohnya untuk menasihatkan ‘watak-watak nakal’ tersebut dari berkelakuan liar?
Insya-Allah, SB akan buat pendedahan lanjut dengan bantuan inner-circle informer dari GAMIS dan SMM sendiri. Masalah dan konflik dalaman dalam organisasi Pro-Mahasiswa sebenarnya semakin jelas ibarat bom jangka. Bermula dari level tertinggi hingga ke level bawahan, konflik dan krisisnya semakin ketara. Nantikan.
No comments:
Post a Comment