Malam tadi berlangsung majlis pelancaran Jentera Pro-Mahasiswa Universiti Malaya. Bertempat di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, kumpulan Pro-M UM nampaknya sudah pun memukul paluan gendang perang pilihanraya kampus 2012 lebih awal.
Tak tahulah apa respon daripada kumpulan Penggerak berhubung program tersebut. Berdasarkan maklumat dalaman yang diterima, acara tersebut sudah bertukar menjadi kempen pengenalan calon dan ia jelas sekali telah melanggar peraturan kempen dalam pilihanraya kampus.
Tapi apalah yang nak dihairankan dengan Pro-M ni. Sudah menjadi resam semula jadi mereka melanggar undang-undang. Siapa boleh halang? Mereka kan jaguh di kampus!
Apa yang menariknya, Ketua Jentera Pro-M UM, Saudara Taufiq Abdul telah melancarkan tagline barunya iaitu Keep On Changing sebelum disambut oleh Siti Zubaidah binti Abdul Rahman, calon dari Akademik Pengajian Islam (API) dalam ucapannya.
Keep On Changing? Kalau dulu mereka megah dengan slogan Mahasiswa Agen Perubahan, kini mahu mencuba tagline baru pula. Sejauh mana kumpulan ini berupaya membawa agenda perubahan?
Bagi membuktikan kehebatan mereka itu, Saudara Adi selaku pengerusi majlis dalam slot pengenalan calon menguar-uarkan kejayaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM sidang lepas yang berjaya menaikkan ranking UM. Soalnya benarkah kenyataan beliau itu?
Berdasarkan ranking universiti seluruh dunia yang terkini bagi suku pertama 2012, UM sebenarnya jauh ditinggalkan oleh empat buah IPTA lain iaitu di tangga ke 788 (5 di Malaysia). Kedudukan pertama masih dikuasai oleh USM (629 dunia), UTM kedua (694 dunia), UKM di tangga ketiga (731 dunia) dan UPM di tangga keempat (771 dunia).
Selain itu, warga penuntut UM turut mempertikaikan sumbangan MPM yang dilihat tidak banyak membawa perubahan terutamanya dalam isu-isu kebajikan.
Justeru tepatlah tagline yang digagaskan oleh Taufiq itu. Keep On Changing. Teruskan Perubahan, teruskan membuat perubahan. Kita pernah menukar MPM yang dikuasai Penggerak dengan harapan Pro-M dapat membawa impak yang lebih bagus, tapi ia hanya janji-janji manis semata. Jadi teruskanlah perubahan. Kita ubah MPM sekarang demi kebaikan semua pihak.
Keep On Changing!
-Peace For Palestine-
Mahasiswa Bersatu Aspirasi Membantu
No comments:
Post a Comment