Kultusisasi |
Angin bertiup kencang dari selatan tanah air membawa berita tentang hasrat Pro-Mahasiswa UTHM yang mahu menggulingkan HEP universiti berkenaan.
Satu kempen juga telah dilancarkan – Mahasiswa Ganti HEP – selain propaganda menyeru mahasiswa agar tidak mempercayai HEP.
Semua ini tak lain dan tak bukan adalah strategi kempen mereka menjelang pilihanraya kampus yang dijangkakan akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Persoalannya, rasionalkah kempen tersebut dilancarkan? Adakah kumpulan Pro-Mahasiswa UTHM mahu mengambil alih peranan dan tanggungjawab bahagian HEP melalui pilihanraya kampus? Seandainya mereka menang, maka seluruh tenaga kerja HEP bakal dirombak dan digantikan dengan komrad-komrad Pro-M?
Besar sungguh nafsu politik mereka sejak akhir-akhir ini. Bukan saja mahu berkuasa dalam MPP, malah mahu menawan HEP sekaligus.
Adakah mereka cuba menafikan peranan yang dimainkan oleh HEP dalam membantu memudahkan urusan para penuntut di university? Dalam hal kebajikan, aktviti kelab dan persatuan hinggalah kepada penyediaan program-program yang bertujuan meningkatkan sahsiah mahasiswa, semuanya diuruskan oleh HEP universiti.
Justeru logikkah semua urusan tersebut mahu diambil-alih oleh para penuntut khususnya Pro-M sendiri hanya kerana dendam dan rasa tidak puas hati semata-mata?
Jelas sekali kempen tersebut bersifat tin kosong yang bising bila diketuk dari luar kerana isinya tiada. Itulah cerminan pemikiran kumpulan mahasiswa ini. HEP tidak memusuhi mahasiswa sebaliknya menjadi pengurus dan pemudahcara dalam urusan kita di kampus.
No comments:
Post a Comment