Himpunan mahasiswa propembangkang desak Najib berundur. |
Satu soalan, mana pergi team We Love PM? Mana pergi Shahar Abdullah?
Tempoh hari ketika seluruh negara sedang hangat dengan demam PRU13, Shahar Abdullah selaku Presiden Alumni Aspirasi gah mengemudi jelajah Aman Kampus dengan tagline We Love PM mereka.
Hari ini, mana pergi mereka ini? Sudah berpatah arang berkerat rotan dengan PM ke?
SB hadir ke himpunan hambar mahasiswa propembangkang selepas solat Jumaat tadi di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya dan melihat sendiri betapa lesunya sokongan mahasiswa terhadap Najib Razak.
Barangkali 'hujan' tak turun, maka sang pelaba We Love PM dahulu dah tak berselera nak payung adik-adik kampus turun ke lapangan mempertahankan maruah Najib Razak muktahir ini.
Shahar Abdullah ketika mempromosikan kempen We Love PM melalui Aman Kampus sebelum PRU13 yang lalu, atau lebih tepat, sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda ******. |
Shahar dan rakan-rakanya patut tahu bahawa nama baik Aspirasi dan perjuangan Aspirasi di kampus-kampus seluruh negara telah rosak dan tercemar melalui tindakan-tindakan politiknya suatu ketika dahulu dan sekarang, dia semacam sudah lupa asal usulnya selepas mendapat jawatan yang dicita-citakan selama ini.
Kalau beginilah moodnya, usah mimpilah mahasiswa nak sokong PM lagi!
No comments:
Post a Comment