Tiga bulan penjara untuk kes serangan dan penghinaan terhadap institusi Islam, adakah adil?
Lee Tian Chong, penyokong tegar DAP yang ditangkap kerana bertindak biadap membaling daging babi ke dalam beberapa buah masjid di sekitar Pulau Pinang pada Februari yang lalu telah dibicarakan dan dipenjarakan selama tiga bulan atas kesalahan-kesalahan yang dilakukannya itu oleh pihak mahkamah hari ini.
Tiga bulan ini pada SB, amat tidak berpadanan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh lelaki ini.
Rumah-rumah suci Allah telah diserang, dihina dan dikotorkan dengan najis berat. Maruah umat Islam ibarat dipijak lumat. Keharmonian masyarakat bahkan telah dicabar dengan dahsyat. Apakah yang mendorong lelaki kafir ini bertindak sedemikian kalau bukan kerana sentimen kebencian yang dipupuk secara berterusan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Islam di negara ini.
Selepas ini, pasti kaum kerabat suku sakat kaumnya akan bangkit menjaja simpati. Maruah umat Islam akan dipijak-pijak lagi, secara berterusan. Ini hanya contoh kecil kesalahan yang telah selesai dibicarakan ketika sejumlah penghinaan yang lain senyap begitu sahaja.
Kepada Lee Tian Chong, SB doakan semoga kamu diberikan hidayah oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment