Apa yang kita tunggu selama ini dalam isu membabitkan syarikat milik kerajaan, 1MDB, bakal berakhir tak lama lagi.
SB puji atas kesabaran pihak-pihak yang diamanahkan menguruskan isu ini terutamanya Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Semalam, laporan interim 1MDB telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan diserahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang kepada Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Selama ini, pembangkang sentiasa menantikan laporan-laporan audit yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara. Mereka juga sentiasa menjaja nama Tan Sri Amrin apabila berlaku sebarang penyelewengan membabitkan agensi-agensi kerajaan.
Kali ini kita lihat, apakah pula reaksi mereka terhadap laporan audit 1MDB? Hal ini kerana, berdasarkan laporan interim tersebut, Jabatan Audit Negara, menurut Datuk Nur Jazlan, telah menyediakan laporan yang amat teliti, terperinci dan mendalam membabitkan penyata kewangan dari 2010 hingga 2014 milik 1MDB.
Ia tentunya lebih teliti dan menyeluruh berbanding laporan-laporan bertaraf sampah yang disediakan oleh portal Sarawak Report atau WSJ yang lebih dipercayai macai-macai Anwar Ibrahim.
PAC dalam kenyataan kepada media telah menyatakan penghargaan mereka terhadap laporan interim tersebut dan berpuas hati dengan skop analisa yang dilakukan.
Sementara itu, laporan penuh pula hanya akan disiapkan sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.
Jadi kita tunggu dan lihat apakah putar belit seterusnya daripada pembangkang selepas laporan interim ini diserahkan kepada PAC, yang turut dianggotai wakil DAP, YB Tony Pua.
No comments:
Post a Comment