Muka-muka kat atas ni ialah muka-muka yang makan hasil daripada perjuangan orang lain. Kenapa SB cakap macam ni? Tanya Najib, siapa yang selama ini bertungkus-lumus membantu beliau bertahan dalam PRU-13?? Waktu Najib nyawa-nyawa ikan, siapa yang sambut dia dalam setiap program semata-mata nak bagi dia nampak hebat dan gah? Waktu dia berdepan asakan mahasiswa pro-pembangkang, siapa yang paling banyak berkorban masa dan tenaga siang dan malam untuk menyerang balas?
Najib tak faham politik anak muda. Anak muda mahu politik baharu yang lebih adil, bukan politik yang mementingkan sweet talker atau penampilan bergaya semata-mata. Anak muda mahu pejuang diangkat, bukan kaki temberang yang diberikan ruang.
Tanya KJ, kenapa dalam mesyuarat kabinet selepas PRU yang lepas, dia cadangkan setiap kementerian mengambil mahasiswa luar negara bekerja? Adakah KJ lupa jasa dan pengorbanan mahasiswa tempatan? Waktu dia kena hentam, kena balun dek anak-anak ikan Anwar Ibrahim dulu, siapa yang jadi pertahanan hadapannya? Siapa yang bersengkang mata berjuang di alam siber untuk maruahnya sebagai Ketua Pemuda? Siapa yang asyik memuja-muji dia sampai dia diangkat jadi ikon baru?
PRU-13 sudah berlalu. Kini masa untuk mereka mengisi tembolok. Siapa yang tidak bersama mereka maka akan rugi, pasti.
Najib, ini masa yang anda wajar nikmati. Masa anda untuk jatuh juga semakin hampir. Nikmatilah.


