Pages

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

PEMIMPIN PAS BELA SISTERS IN ISLAM, APA KATA NIK AZIZ?

Sejak mengamalkan 'nikah muta'ah' dengan parti sekular PKR dan parti komunis DAP, PAS yang dulunya merupakan parti Islam totok, semakin menyimpang jauh. 

Terkini, sekumpulan Ahli Parlimen PAS diketuai YB Mujahid Yusof,  mempertikaikan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memfatwakan kumpulan Sisters In Islam (SIS) sebagai sesat kerana menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme akidah. 

Adakah YB Mujahid menyokong SIS secara tidak langsung dan menentang usaha MAIS dalam menangani pengembangan fahaman sesat tersebut? 

Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat PAS ini menyedari bahawa liberalisme dan pluralisme sudah didefinisikan sebagai suatu fahaman yang sedang berkembang di seluruh dunia dan menjadi anutan sebahagian besar umat Islam moden sehingga dilabelkan sebagai agama baharu yang sesat lagi menyesatkan? 

Semoga perkembangan muktahir membabitkan pemimpin-pemimpin PAS ini diambil maklum oleh Mursyidul Am parti tersebut, YB Nik Aziz Nik Mat yang selama ini lantang mengkafirkan UMNO siang dan malam. 

Monday, 2 December 2013

KENAPA TOK GURU MENIPU.. ISH..ISHH..

23 tahun payah nak jumpa PM, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. 23 tahun dia perintah Kelantan, rupanya payah nak jumpa PM. Betul ke? 


Klik SINI.

Wednesday, 8 May 2013

NIK AZIZ MAHU LUDAH SIAPA?



Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz

KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.

"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.

Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.

..................................................................................................................................................................

Rujuk artikel di bawah (klik pada tajuk) :

Thursday, 2 May 2013

NIK AZIZ MUNAFIK BESAR?

Tergamak Nik Aziz sembunyikan fakta ni? Kita boleh terima lagi kalau benda tu menjadi rahsia antara kedua-dua pemimpin (antara Nik Aziz dan Tun Dr. Mahahir), tapi kenapa Nik Aziz balas jasa Tun dengan tuba setelah berkoyan-koyan susu Tun bagi kepada rakyat Kelantan? 

Pastinya berita sebegini tidak akan dimuatkan dalam mana-mana akhbar atau media pro-PAS. Kalau ada pun, ia akan diputarbelitkan.

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Sumber: Utusan.


Insaflah Tok Guru.

Wednesday, 1 May 2013

NILAI SEKEPING GAMBAR TOK GURU

Sejak akhir-akhir ini, jentera siber PAS begitu ghairah memainkan gambar-gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam pelbagai gaya. 

Ini baru satu contoh. Nik Aziz sedang makan nasi bungkus, sedang berdoa, sedang solat, sedang menangis, dan macam-macam aksi kandid lagi sudah dimainkan di alam maya ini.

Bagi orang-orang PAS, mungkin foto-foto Tok Guru seperti di sebelah ini lebih penting daripada isu-isu berkaitan rakyat yang lain. 

PAS juga seolah-olah bergantung penuh kepada Tok Guru untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai khususnya umat Islam dan orang Melayu. Tanpa Tok Guru, PAS tidak mampu mencapai sebarang kemenangan dalam pilihan raya.

Sepatutnya jentera siber PAS menjadi lebih kreatif berbanding memancing sentimen orang ramai dengan foto-foto macam ni. Bukan tidak boleh, tapi soalnya sampai bila? Setiap kali pilihan raya kecil atau umum, foto-foto macam inilah yang diketengahkan seolah-olah sosok Tok Guru itu terlalu penting untuk diberikan perhatian.


Sunday, 28 April 2013

GAMBAR NIK AZIZ DIPUJA??

Apa tafsiran anda setelah melihat foto dibawah?


Pada SB, hampir mustahil foto ini ialah hasil ubahsuai. Berdasarkan penelitian yang dibuat dari semua sudut teknikal, foto ini boleh disahkan sebagai tulen. Kalau tulen, maknanya apa? Jawapan SB mudah sahaja, TAKSUB.

Foto ini juga mengingatkan SB ketika berkunjung ke Kelantan dua minggu lepas. Ketika di sana, SB lihat ramai anak muda Kelantan memakai t-shirt yang tertera gambar Tuan Guru Nik Aziz dan perkataan FAITH pada gambar tersebut.

Faith dan Taksub sebenarnya tidak jauh berbeza, dan ia wujud dengan ketara dalam fahaman Syiah.

Cerita lebih lanjut, sila kunjungi blog Pena Minang di SINI.

Thursday, 11 April 2013

ENTITI MAKHLUK DALAM KAIN NIK AZIZ DIKENAL PASTI

Semalam, sekeping gambar kontroversi membabitkan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat berlegar riuh di alam maya. Gambar yang didakwa diambil oleh seorang penyokong totok PAS itu telah menimbulkan tanda-tanya kerana terdapat imej 'makhuk dalam kain' Tok Guru yang tidak begitu jelas ketika Tok Guru menyelak kainnya.


Namun begitu, imej tersebut akhirnya diperjelaskan oleh Dr. Novandri melalui blognya, Minda Intelek Melayu yang menjangkakan ia sebagai urine bag atau beg urin. Kebiasaannya beg urin dipakai oleh golongan warga emas yang mempunyai masalah mengawal air kencing. 

Penjelasan dari sudut perubatan ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan 'nakal' tentang 'makhluk dalam kain' Tok Guru itu. Hentikanlah sebarang usaha mengaibkan keperibadiannya.

Tuesday, 9 April 2013

GEMPAR!!! PETUGAS MPKB BELASAH PEMANDU DI KOTA BHARU???


Kecoh ketika ini di Kelantan kononnya Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sedang terdesak mengumpul dana untuk menghadapi PRU13 yang dijangkakan akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Berdasarkan maklumat yang sampai ke meja kami, SB dimaklumkan PAS Kelantan telah menjanjikan alokasi bajet sehingga RM2 juta bagi setiap DUN.

Pagi ini SB diminta oleh seorang rakan dari Kota Bharu supaya menjenguk sebuah blog yang mendedahkan kejadian sebenar yang sedang berlaku di Negeri Serambi Ulamak PAS tersebut. Klik SINI.

Jika perkara ini benar, SB fikir PAS sudah melampau dan benar-benar terdesak kali ini.



BETTERNATION

Monday, 8 April 2013

HOT!!! HATI NIK AZIZ TERLAMPAU HITAM - HARUSSANI


BETTERNATION

TAKABURRRRNYA NIK AZIZ - ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN??

Nik Aziz takbur.

SB teringat petikan kuliah yang pernah disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz bahawa pada akhir zaman, fitnah akan berleluasa keluar dari mulut para ulamak sebelum akhirnya fitnah-fitnah tersebut berbalik ke atas ulamak-ulamak itu sendiri.

SB harap kita tidak hidup hingga ke zaman itu. Biarlah kita jahil sekalipun tapi janganlah sampai kita terjerumus ke dalam fitnah-fitnah oleh golongan ulamak seperti yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagaimana yang disampaikan oleh Ustaz Kazim di atas.

Dosa pahala bukan urusan manusia.

Nik Aziz memang diakui berilmu tinggi tetapi mustahil dia ada kebolehan menentukan dosa pahala mana-mana individu atau pihak lain.

Thursday, 4 April 2013

SOLAT 3 JUTA UMAT ISLAM MALAYSIA DIDAPATI TIDAK SAH SELAMA LEBIH 65 TAHUN??


SB ni walaupun tak baik sangat, tapi tidaklah jahil sangat. Seingat SB, tak pernah mana-mana guru agama yang mengajar hukum-hakam kepada SB dahulu dan kini, termasuk ayah SB sendiri, memberitahu bahawa ada rukun Islam yang ke-6.

Apa rukun Islam yang ke-6 tu? Sokong PAS, baru Islam. Sokong PAS, maka segala amal ibadat akan diterima terutamanya solat, puasa dan haji. Sokong PAS, maka sempurnalah Islam kita. Tak pernah SB diajarkan begitu.

Jadi, dalam kenyataan Tok Guru Nik Aziz ni, macam mana letak hukumnya?

Tuesday, 2 April 2013

KENALI KAFIR HARBI MALAYSIA YANG BERJAYA ROSAKKAN PAS

24 Disember 2008, di Kuala Lumpur, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan  pedas terhadap PAS.

"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum Hudud kerana DAP akan menentangnya."

Pada 30 Julai 2012, sekali lagi Karpal mengulangi kenyataan tersebut. Kali ini lebih tajam, keras dan tepat ke muka Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Hadi Awang.

Lihat kenyataan tersebut dalam petikan berita seperti di bawah :



Karpal tegaskan tiga perkara di sini. Pertama, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat. Kedua, ia juga tidak dimasukkan dalam Buku Jingga. Dan ketiga, TIDAK MUNGKIN ia akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin itu maksudnya tidak akan sama sekali! 

Kerana ketegasan Karpal Singh itu, maka pada 11 Jun 2011, Nik Aziz secara rasmi mengubah hala tuju PAS daripada memperjuangkan negara Islam kepada sebuah negara kebajikan sebagaimana yang diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana akhirnya anda tunduk kepada kafir harbi ini.

Thursday, 28 March 2013

HEBAT!!! LAGI STADIUM BAHARU DIBINA UNTUK RED WARRIORS!!!

1. Seronok baca Harakah edisi 28 Mac 2013. Kalau SB ni orang Kelantan, memang seronok tak terkatalah agaknya. Mana tidaknya, Kerajaan Negeri umumkan akan bina stadium baharu yang serba lengkap di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kos bernilai RM320 juta!


2. Dua tahun lepas iaitu pada 11 Mei 2011, Kerajaan Negeri dah umumkan projek ini. Kiranya ini pengumuman kali kedualah. Walaupun bayang-bayang pun tak nampak lagi, tapi sebagai orang Islam, kita percaya cakap ulamak. Dulu Tok Guru janji nak bina dua buah stadium dengan salah satu daripadanya khusus kepada wanita sahaja. 

Sudah dua kali Mac bertemu, bayang-bayang stadium pun tak nampak!

3. Kerja-kerja pembinaan bagi projek yang pertama itu dikatakan akan bermula pada Mac 2012. Selepas setahun, masih tak ada apa-apa. Tapi kita sebagai orang Islam, jangan pertikaikan cakap ulamak. Mungkin ada masalah hingga projek ini masih tidak berjalan. Kita kena bersangka baik sesama saudara, lebih-lebih lagi terhadap ulamak.

4. Tapi kali ini, SB fikir dah merapu banyak sangat Kerajaan Negeri Kelantan ni. Projek yang diumumkan pada 11 Mei 2011 pun belum siap, tup-tup Kerajaan Negeri umumkan projek baharu di tapak yang sama. Apa sudah jadi dengan projek pertama dahulu?

5. Adakah kelulusan tender sudah dikeluarkan bagi projek pertama? Siapa yang dapat anugerah tender tu? Kenapa mesti ada dua projek di satu tapak yang sama sekali gus?? Malah lebih memeranjatkan, kedua-dua projek mempunyai reka bentuk yang berlainan sama sekali!!

6. Dari segi politik, kita boleh nampak bahawa Kerajaan Negeri tak senang duduk dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan membina sebuah stadium baharu sekiranya diberikan mandat memerintah Kelantan.

7. Walaupun Perdana Menteri bukan ulamak, tapi Tok Guru tahu Najib bukan tabur janji munafik. Najib tak tabur janji dicapati tapi Najib tawarkan janji yang boleh ditepati. Sebab tu Tok Guru gelabah sangat sampai terpaksa buat pengumuman kali kedua. 

8. Yang jadi persoalan, kenapa sekarang baru diumumkan projek tersebut? Dan kenapa mesti ada pengumuman kedua selepas pengumuman pada 11 Mei 2011? Ini janji ditepati, dicapati atau janji munafik?


SB : Ulamak mungkin tak buat dosa, tapi dia tak terlepas dari dosa syubahat!

Wednesday, 20 March 2013

KISAH TOK GURU YANG DISAYANGI RAKYAT

1.  Sebuah kisah menyayat hati dan menyentuh perasaan sesiapa saja yang membaca. Inilah kisahnya, tentang seorang lelaki yang kononnya zuhud apabila ditawarkan jawatan besar. Tapi itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya seperti di bawah: 


Rombongan Yang Gagal

Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.

Kemudian menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.

Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya. Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok hari.

Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar

Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.


 2. Pada SB, ini usaha pemurnian tahap dewata ke atas sosok Bentara Guru yang diagung-agungkan oleh ahli PAS   yang dikhabarkan akan terus bertanding dalam pilihan raya selagi mampu.

3. SB teringat satu lagi kisah di mana Bentara Guru ini pernah mencabar Tun Dr. Mahathir supaya meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Tun Dr. Mahathir berbuat demikian, dia juga akan turut serta meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

4. Kini sudah lebih 10 tahun berlalu. Tun Dr. Mahathir telah lama bersara. Tapi apa jadi dengan Bentara Guru kita ni? Kelihatan seolah-olah semakin enak bersemayam di takhta pemerintahannya. Adakah Kelantan begitu ketandusan pemimpin yang boleh diangkat menjadi Menteri Besar?

5. Adakah Bentara Guru masih relevan atau perlu diganti dengan yang baru? Hanya orang Kelantan yang boleh jawab persoalan ini. Satu undi kepada Pakatan Rakyat bermakna anda masih mahukan beliau sebagai Menteri Besar, atau anda mahu TUKAR dengan mengundi Barisan Nasional?





Wednesday, 16 January 2013

MAT SABU KACAU BILAU


Hampir 2 tahun yang lalu Barisan kepimpinan Tertinggi PAS membenarkan Kristian menggunakan Khalimah Allah di dalam kita bible versi Bahasa Melayunya. SB masih ingat ketika itu Pak Ajis dan yang paling lantang bersuara menyokong penggunaan Khalimah Allah ini ialah Mat Sabu. Disebabkan membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada Kristian, perpecahan dan pertelingkahan berlaku di kalangan umat Islam. 

Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang berlaku pada 12 Jan 2013, PAS di dalam Majlis Syuranya menarik balik kebenaran itu. SB menyelidik apa yang berlaku sebenarnya di dalam Majlis Syura tersebut. Dapat disimpulkan hasil bedah siasat HKR yang dijalankan mendapati sokongan akar umbi PAS mula goyah di sebabkan isu ini. Lantas disebabkan itu PAS menarik balik kebenaran Kristian menggunakan Khalimah ALLAH.



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Dek kerana undi, habis agama digadaikan. 


Artikel blogger kapak yang terbaru di sini dan sini.

Wednesday, 16 May 2012

"SAYA SERONOK TAYANG BAJU BERSIH DI DEPAN KAABAH"

Saya seronok tayang baju BERSIH di depan Kaabah.


Salah seorang dalang demonstrasi BERSIH 3.0 di Tanah Suci Makkah, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa beliau seronok dapat bergambar di hadapan Kaabah sambil menayangkan baju BERSIH dan menganggap ia sebagai lambang kebebasan manusia.

Nik Abduh juga dengan angkuhnya menyifatkan kerajaan Barisan Nasional sebagai dungu kerana cuba menghalang tindakan kumpulan demonstran ini dengan megheret pihak kerajaan Arab Saudi supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Adakah beliau lupa bahawa kerajaan Arab Saudi sendiri yang memburu mereka dan menghantar nota amaran kepada kerajaan Malaysia kerana tindakan mereka itu telah mencemarkan Tanah Suci? Lebih malang, blogger Pena Minang yang membongkar identiti kumpulan demonstran ini turut digodam hingga blognya yang beroperasi sejak bertahun-tahun akhirnya ditutup.

Sekiranya Nik Abduh dan konco-konco kuningnya begitu yakin dengan perjuangan Ambiga yang mereka bawa ke Tanah Suci itu, kenapa tidak menyerah diri saja dan berdepan dengan tindakan undang-undang di Arab Saudi?

Sayang sekali, orang bijak pandai agama seperti Nik Abduh pun boleh terpesong hingga tergamak membawa kekotoran BERSIH pimpinan Ambiga ke Tanah Suci dan mencemarkan nama baik Jemaah Malaysia di sana.

Saturday, 28 April 2012

AKSI ANEH DI DATARAN - LIVE UPDATE JAM 2.00-3.00

Macam-macam gelagat sudah boleh disaksikan secara langsung live dari sekitar Dataran Merdeka ketika ini. Kelaku kelayak mereka ini adakalanya menghiburkan kita.

Yang solat 5 orang saja. Yang lain mungkin sebab musaffir kot.

Masjid Jamek dan Masjid Negara bukan jauh pun. Tapi dipilihnya tempat begini untuk solat. Soal kesucian dan kebersihan jatuh No.2. Matlamat menghalalkan cara? Hanya mereka dan Allah SWT saja tahu apa yang diniatkan.

Aksi sekumpulan pemuda yang sedang bersedia mencetuskan
 provokasi ke atas pihak Polis.
Gambar atas ni pula menunjukkan sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi. Duduk bantah yang katanya aman, tinggal janji manis saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar