1. Sebuah kisah menyayat hati dan menyentuh perasaan sesiapa saja yang membaca. Inilah kisahnya, tentang seorang lelaki yang kononnya zuhud apabila ditawarkan jawatan besar. Tapi itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya seperti di bawah:
Rombongan
Yang Gagal
Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.
Kemudian
menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.
Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia
mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya.
Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh
PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok
hari.
Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar
Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat
hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya
berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh
Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah
sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah
tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir
sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan
Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.
1 comment:
no komen lah...kesian...meh aku komen kan.... kalo nak wat cite hangat paling best la macai....pastu gambar tu paling takleh blah...dah lame gua ase najib jd pm...knp dekat nak PRU baru nak wat sume tu...BLIM laa..BRIM laaa...takut kalah la tu....foolll
Post a Comment