1. Teori Pak Zad akhirnya benar. SB tabik dengan analisis yang dibuat oleh
Pak Zad. Siapa Pak Zad? Bagi yang kenal, beliau memang seorang pemikir dan
strategis yang hebat dan berpengaruh. Tapi identitinya belum sedia didedahkan.
2. Sebelum ini Pak Zad pernah mengemukakan teori 100 (1+1) + 30% = Putrajaya
yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini. Perkara ini
didedahkan oleh beliau dalam entri bertajuk Strategi Satu Pakatan Rakyat.
3. Dan hari ini, Pak Zad telah memecahkan puzzle terbaru dalam strategi
tersebut dengan memfokuskan kepada aspek perlaksanaan.
Apabila
DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak dan
Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30% =
Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan Rakyat(PR)
ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang saikologi
mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya sudah mula
menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu bermain strategi kerana
mereka pun masih belum yakin dengan Formula tersebut selepas respond yang
mereka terima tidak di yakini oleh pengundi-pengundi PRU 13.
4. Seterusnya, klik SINI atau kunjungi blog Sembang Pak Zad.
SB : Macam mana la strategi Pakatan Rakyat ni begitu senang didedahkan. Jentera BN diharap dapat beri perhatian khususnya di kawasan yang terlibat kerana strategi Pakatan Rakyat ini amat ketara kelemahannya.
No comments:
Post a Comment