1. Ramai yang tanya, kalau betul Anwar meliwat, kenapa dalam kedua-dua kes liwat sebelum ini pihak mahkamah membebaskannya? Sebelum SB lontarkan pandangan, mohon ditelitikan terlebih dahulu petikan ucapan mantan Ketua Hakim Negara, YAA Tun Dato' Seri Abdul Hamid Mohammad pada 2 September 2004 ketika membacakan keputusan penghakiman dalam kes Liwat 1 membabitkan Anwar dan adik angkatnya Sukma Dermawan. Rujuk foto di bawah :
2. Adakah bila dibebaskan, itu membuktikan Anwar tidak melakukan aktiviti seks songsang tersebut?
3. Dalam kedua-dua kes, pihak mahkamah membebaskan tertuduh (Anwar) atas aspek teknikal iaitu pihak pendakwaan kekurangan bukti (bukan tidak ada bukti langsung) untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut.
4. Dalam pertuduhan yang berat sebegini, bukti dan saksi adalah amat-amat-amat mustahak, dan kerana faktor-faktor ini akhirnya Anwar dibebaskan daripada pertuduhan. Apa-apa pun, perlu diulangtegaskan, pembebasan tersebut tidak bermaksud Anwar tidak melakukannya seperti yang dipersetujui secara kolektif oleh para hakim dalam kes pertama. Mereka cenderung mempercayai bahawa aktiviti tersebut sebenarnya berlaku pada masa dan tempat yang dinyatakan.
5. Begitu juga dalam kes Liwat 2 membabitkan Saiful Bukhari bin Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar sendiri. Dalam kes ini, keputusan hakim yang dibacakan pada 9 Januari 2012 turut membebaskan Anwar kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan beban bukti ke atas kes yang dibawakan ke mahkamah tersebut.
6. Tetapi adakah ia bermakna Anwar tidak meliwat? Adakah apabila mahkamah membebaskan Anwar daripada pertuduhan maka Anwar sudah benar-benar berjaya membuktikan bahawa beliau bersih 100%?
7. Walau apa-apa pun sandiwara Anwar dalam kes-kes ini, SB percaya, langit tidak selalunya cerah. Anwar tidak akan selamanya terlepas. Seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo dalam entri terbaharunya petang tadi, lebih banyak bukti video akan dikemukakan sekiranya Anwar tetap dengan keputusannya meneruskan saman ke atas blogger itu atas tuduhan mengedarkan gambar dan video liwatnya yang terkini.
8. Wahai rakyat Malaysia, bersabarlah. Inilah kesannya apabila kita memiliki seorang lelaki yang kemaruk inginkan kuasa tetapi pada masa yang sama, dirinya sendiri dibelenggu pelbagai dosa dan noda.
9. Untuk paparan keputusan pengkahiman dalam kes Liwat 1, anda boleh rujuk blog Penang Most Wanted di SINI.
No comments:
Post a Comment