Pages

Showing posts with label Meja Bulat PTPTN. Show all posts
Showing posts with label Meja Bulat PTPTN. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

#unisel4free KHALID IBRAHIM MANIFESTO PAKATAN HANYA RETORIK POLITIK



Saya Akui Unisel Belum Sedia Beri Pendidikan Percuma - Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik penangguhan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) selepas menerima rayuan pengurusan universiti berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata surat rayuan kepada beliau itu antara lain memaklumkan UNISEL yang dimiliki kerajaan Selangor masih memerlukan PTPTN dan belum bersedia memperkenalkan pendidikan percuma untuk pelajarnya.

“Selepas meneliti surat rayuan Naib Canselornya dan selain menimbang nasib pelajar, penangguhan pembiayaan ditarik balik,” katanya semalam.

Mohamed Khaled juga menjelaskan penangguhan pembiayaan PTPTN hanya bersifat sementara kerana PTPTN memerlukan masa untuk mengkaji implikasi berhubung cadangan dan gesaan memperkenalkan pendidikan percuma.

Sebelum ini PTPTN menangguhkan sementara pinjaman kepada pelajar UNISEL selepas beranggapan universiti yang dimiliki Kerajaan Selangor seperti UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia serta komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar, sekali gus menolak pinjaman PTPTN.

Sementara itu Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohd Said, berkata penarikan balik dibuat selepas mengambil kira kesan terhadap pelajar yang terpaksa berdepan masalah kewangan jika gagal mendapatkan pinjaman.

“Saya menerima panggilan telefon daripada ibu bapa yang merayu pinjaman diteruskan kerana akan ada pelajar terpaksa menamatkan pengajian atau melakukan kerja sambilan kerana ketiadaan pembiayaan.

“Justeru, kami bersimpati nasib mereka dan mengambil keputusan untuk menarik balik penangguhan ini bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian tanpa sebarang masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau juga berkata, tindakan itu memberi peluang kepada kerajaan pakatan pembangkang membuktikan kemampuan memberikan pendidikan percuma.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikhlas dari Khalid Ibrahim, MB PKR Selangor.




Saturday, 14 April 2012

TERKINI DARI DATARAN : DEMO ANTI-PTPTN TIADA SAMBUTAN?? YE

DI SOGO

CENTRAL MARKET

DISYAKI PEMUDA PAS DATANG UNTUK BACK UP

JADI KE TAK BUDAK-BUDAK NI??

TERKINI DARI DATARAN : DEMO ANTI-PTPTN TIADA SAMBUTAN??



Pihak penganjur, SMM dan Malaysia Bangkit menyasarkan lebih 5000 orang akan hadir berdemo jam 1 petang ini di Dataran Merdeka, tapi gambar-gambar ini menceritakan sebaliknya.

Hingga jam ini, belum kelihatan demonstran upahan Anwar Ibrahim berhimpun. SB akan update dari masa ke masa, insya-Allah.

Maklumat diterima juga bahawa ada pertindihan arahan daripada "pihak atasan" berhubung lokasi demonstrasi. Mat Sabu dikatakan lebih suka jika demo diadakan di Putrajaya sebagai simbolik awal menawan kota pentadbiran tersebut. Kita nantikan perkembangan seterusnya.

Friday, 13 April 2012

EDISI RINGKAS PTPTN - TAHUKAH ANDA? # 4

Lebih 2/3 komponen PTPTN adalah untuk menampung keperluan sara hidup pelajar.
Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS mencadangkan para pelajar
berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup selepas PTPTN dimansuhkan



KOMPONEN SARA HIDUP DALAM PINJAMAN PTPTN

TAHUKAH ANDA bahawa hanya 15% hingga 30% sahaja dari jumlah pinjaman PTPTN digunakan oleh pelajar IPTA untuk membayar yuran pengajian mereka. Manakala baki 70% hingga 85% lagi digunakan untuk tujuan perbelanjaan harian dan sara hidup pelajar. Dalam erti kata lain, komponen sara hidup merupakan komponen terbesar dalam pinjaman PTPTN yang secara tidak langsung meringankan beban kewangan pelajar.

Tanpa PTPTN, pelajar khususnya yang datang dari luar bandar dan berpendapatan sederhana perlu mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam konteks hari ini, tiada bank yang menyediakan pinjaman pendidikan dan sekiranya ada sekalipun, ianya adalah dalam bentuk pinjaman peribadi yang memerlukan jaminan atau cagaran.  PTPTN telah memberikan peluang dan ruang kepada pelajar ini untuk merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

EDISI RINGKAS PTPTN - TAHUKAH ANDA? # 3

Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Kenapa tidak Adam Adli?


PEMANSUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

TAHUKAH ANDA bahawa semua peminjam PTPTN layak untuk mendapatkan pemansuhan bayaran balik pinjaman sekiranya lulus dengan cemerlang dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Sehingga 31 Disember 2011, sejumlah 11,764 pelajar telah diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman melibatkan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM339.07 juta.

Dasar untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN telah sedia dilaksanakan oleh kerajaan mulai tahun 2003 lagi melalui pendekatan pengecualian balik pinjaman tetapi terhad kepada pelajar cemerlang sahaja. Tiada had dan kuota untuk pemansuhan ini selama mana pelajar lulus dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Dasar pemansuhan ini diberhentikan sementara pada tahun 2005 atas faktor kekangan kewangan tetapi diadakan semula mulai 1 Januari 2010 atas keprihatinan kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang dan komitmen kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan berilmu serta sebagai galakan kepada pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan. Lantaran itu, idea pemansuhan bayaran balik pinjaman bukanlah satu idea baru tetapi sememangnya telah sedia menjadi dasar kerajaan.

EDISI RINGKAS PTPTN - TAHUKAH ANDA? # 2

Subsidi pendidikan tertiari di Malaysia antara yang tertinggi diberikan oleg kerajaan walaupun
jumlah penerima/pengguna (pelajar) adalah kecil.

SUBSIDI YURAN PENGAJIAN

TAHUKAH ANDA bahawa Kerajaan telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA di antara 85% hingga 95% dari kadar yuran sebenar. Sebagai contoh, untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, pelajar hanya perlu membayar RM5,600 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh empat (4) tahun pengajian berbanding yuran sebenar iaitu RM61,200. Dalam erti kata lain, pelajar hanya perlu membayar 9.2% sahaja daripada jumlah yuran sebenar dan baki 90.8% lagi dibayar oleh kerajaan.

Kadar subsidi yuran pengajian ini kekal sehingga hari dari tahun 90 an lagi tanpa sebarang kenaikan sekalipun pelbagai infrastruktur dan prasarana baru terus disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar di IPTA. Ini dilaksanakan sebagai sebahagian dari tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Bacaan mengapak, di SINI.


EDISI RINGKAS PTPTN - TAHUKAH ANDA? # 1




SUMBER DANA PTPTN



TAHUKAH ANDA bahawa bagi membiayai pinjaman pelajar, PTPTN telah membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dengan kadar faedah di antara 4% – 5% setahun dan kadar faedah di atas pinjaman ini ditanggung oleh kerajaan dan bukan oleh pelajar. Pada tahun 2011 sahaja, kerajaan telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM913.7 juta untuk membiayai kadar faedah di atas, sedangkan pelajar hanya dikenakan 1% sahaja kos pentadbiran setahun yang bersamaan dengan RM280.00 setahun bagi pinjaman berjumlah RM28,000.00.

Dengan matlamat untuk meningkatkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan kohort umur 17 – 23 tahun, Kerajaan amat menyedari akan keperluan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pelajar yang layak dan mempunyai akses kepada pengajian tinggi. Dengan dana awam yang terhad yang perlu dikongsi secara adil dengan sektor-sektor lain, sumber untuk membiayai pelajar diperoleh melalui pinjaman dari institusi kewangan dan bagi meringankan beban pelajar, kerajaan sekali lagi mengambil tanggungjawab dengan menyediakan peruntukan khusus untuk menjelaskan faedah pinjaman yang perlu ditanggung oleh PTPTN. Jumlah dana yang telah dibelanjakan untuk maksud ini dari tahun 2004 hingga 2011 ialah RM3.62 bilion.

Bacaan tambahan, klik SINI

SB suka entri mengapak ini :

Ini Tujuan Utama BERSIH Rupanya.. |SINI|
GEMPAR!! Gambar-gambar Isteri Pro-M |SINI|
Isteri-isteri Pro-M??? HOT!!! PANAS!!! TERBARU!!!! |SINI|

Wednesday, 11 April 2012

INIKAH BUKTI KERAJAAN MEMANG PERAS DUIT RAKYAT??!!

Keluaran siswazah dari UKM mencatatkan peningkatan ketara saban tahun.


Benarkah kerajaan hari ini menjana kewangan melalui universiti-universiti awam di negara ini?

Jika kita ambil hujah daripada pihak pembangkang termasuk SMM sendiri, maka jawapannya pasti ya. Kerajaan dituduh zalim dan memeras duit rakyat. Persoalannya, benarkah?

Berdasarkan info dari PTPTN, kerajaan sebenarnya telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA pada kadar yang relatifnya amat besar iaitu antara 85% hingga 95% mengikut bidang pengajian yang ditawarkan.

Sebagai contoh, bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan kos sebanyak RM166,000.00 (terkini) bagi tempoh pengajian 5 tahun. Daripada kos tersebut, penuntut hanya membayar RM9000.00 sahaja sebagai yuran atau 5.4% daripada keseluruhan kos. Baki 94.6% lagi ditanggung oleh pihak kerajaan.


Subsidi pendidikan tertiari mengurangkan bebanan ibu bapa dan penjaga lebih 90% bagi setiap pelajar.


Satu lagi contoh ialah bidang kejuruteraan. Pelajar hanya membayar RM5600.00 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh 4 tahun, atau 9.2% daripada kos sebenar iaitu sebanyak RM61,200.00.

Walaupun kerajaan tidak menyediakan pendidikan tertiari secara percuma, namun ia ditampung melalui pelbagai subsidi bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Adakah kerajaan tidak mampu menyediakan pendidikan tertiari percuma? Jika diukur dari sudut kewangan negara, sudah tentu mampu. Namun kerajaan hari ini masih mempunyai tanggungjawab membangunkan pelbagai sektor awam lain yang juga penting.

Selain itu, pendidikan tertiari sebenarnya bukan satu kewajipan kepada rakyat sebagaimana pendidikan primer dan sekunder (rendah dan menengah). Peringkat tertiari atau tinggi ialah pilihan kepada rakyat, dan ia sebenarnya bersifat pelaburan individu dan masyarakat berdasarkan laporan oleh George Psacharopoulos dari Bank Dunia.

Jadi pernyataan bahawa kerajaan menjana untung dan memeras wang rakyat melalui pendidikan tinggi sebenarnya satu serangan persepsi yang berniat jahat tanpa disokong oleh fakta yang jelas. Sebagai mahasiswa, kita seharusnya boleh berfikir dan menilai perkara ini secara lebih kritikal berbanding mengambil bulat-bulat setiap info yang disampaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar