Pages

Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

BAR COUNCIL HILANG INTEGRITI?

Foto ehsan The Mole 

Elemen dan pengaruh Pakatan Rakyat dalam BAR Council atau Majlis Peguam terus berkuasa. Pemilihan terbaru majlis ini sekali lagi didominasi peguam-peguam pro-PR yang dimenangi dengan cara yang cukup disangsikan, penuh kontroversi, bacul lagi menjelikkan di sebalik slogan  BERSIH yang dilaung-laungkan selama ini. 

Memetik tulisan blogger tersohor tanah air, Rocky Bru, SINI bukan rahsia lagi bahawa BAR Council ialah kumpulan pendokong di belakang BERSIH, sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Malangnya, dalam pemilihan badan mereka sendiri, konsep bersih tersebut tidak pula diamalkan.

Salah seorang calon yang bertanding, Mohamed Reza Abu Hasan, mendedahkan kecelaruan pemilihan kali ini yang menyaksikan hanya 20% atau 3, 372 orang daripada 15, 926 ahli Majlis Peguam turun mengundi - suatu jumlah yang sebenarnya tidak mengukuhkan kedudukan 12 pemenang teratas yang akan membentuk jawatankuasa majlis tersebut. SINI 

Paling mengejutkan ialah kaedah pemilihan kali ini yang penuh kontroversi. Menurut salah seorang peguam Muslim UPro yang turut bertanding, Khairul Azam atau Buzze Azam di laman sosial Facebook beliau, proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup di mana tiada rakaman dibenarkan manakala calon-calon yang bertanding diwajibkan mengisi borang aku janji (LOU) sekiranya ingin menyaksikan proses pengiraan. 

Menurut Azam lagi, beliau hanya dapat mengikuti proses pengiraan menerusi CCTV dengan jarak bilik pengiraan dan pemantauan sejauh 300 meter. Sementera menurut Reza pula, beliau dihalang mengikuti live streaming proses pengiraan kerana enggan menandatangani LOU. 

Apa sudah jadi dengan Majlis Peguam? Di mana slogan BERSIH yang dilaung-laungkan? Di mana ketelusan? Di mana keadilan? Walau apa pun keputusannya, kita tidak boleh lagi mengharapkan badan peguam ini akan bertindak adil untuk rakyat Malaysia kerana sesama mereka sendiri, mereka gagal berlaku adil. 

Berikut ialah keputusan penuh pemilihan BAR Council 2014 yang menyaksikan sekurang-kurangnya 9 daripada 12 calon yang menang ialah pro-PR termasuk Syahredzan Johan, anak kepada Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar. 

1. Hendon Mohamed 1,948
2. Haji Sulaiman Abdullah 1,788
3. Brendan Navin Siva 1,638
4. Andrew Khoo Chin Hock 1,609
5. Richard Wee Thiam Seng 1,519
6. Honey Tan Lay Ean, 1,470
7. George Varughese1,445
8. Syahredzan Johan 1,429
9. Ravi Nekoo 1,392
10. Low Beng Choo 1,388
11. Datuk Khutubul Zaman bin Bukhari 1,362
12. Roger Chan Weng Keng 1,346   Sumber : SINI 

Sebagai penutup, fahami proses pemilihan BAR Council dalam infografik di bawah dan jangan lupa untuk ketawakan mereka. 



Friday, 29 March 2013

MAHASISWA USIM DESAK AHMAD SYIHAN MOHON MAAF KEPADA NC DAN TNC!!


1. Dalam pendedahan sebelum ini, SB telah menceritakan serba ringkas berkenaan pelajar USIM bernama Ahmad Syihan Ismail yang telah mendesak Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor USIM meletakkan jawatan secara biadap dan kurang ajar. Klik SINI. Juga klik SINI untuk pendedahan yang dibuat oleh The Most Wanted.



2. Ahmad Syihan ialah pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (No. Matrix 1090897) yang kini sedang dalam tempoh penangguhan pengajian di USIM kerana menyambung pelajaran dalam kursus lain di Riyadh. Berdasarkan maklumat yang diterima, pelajar ini ialah penerima biasiswa JPA. Justeru bagaimana beliau boleh menangguhkan pengajiannya di USIM dan melanjutkan pelajaran dalam bidang baru di universiti luar negara?

3. Adakah perkara ini dibenarkan oleh JPA?

4. Berhubung kenyataan biadap yang dikeluarkannya itu pula, SB dimaklumkan majoriti mahasiswa di USIM sendiri tidak menyokong beliau. Mereka berpendapat ia hanyalah kenyataan peribadi yang dibuat oleh Ahmad Syihan dengan menjual nama baik seluruh mahasiswa USIM bahawa kononnya mereka malu dengan kejadian yang telah berlaku.

5. SB juga dimaklumkan sebentar tadi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar USIM bahawa pihak universiti akan menyiasat dakwaan beliau menangguhkan pengajian kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang tidak berkaitan di universiti luar negara. Siasatan terperinci akan dijalankan dalam masa terdekat.

6. Siasatan juga akan dijalankan berdasarkan bukti bahawa pelajar ini pernah terlibat dalam beberapa demonstrasi haram pada tahun lepas.



7. SB berharap pihak universiti khususnya HEP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mahasiswa sebegini. Meskipun AUKU sudah dipinda dan mahasiswa dibenarkan berpolitik di luar kampus, namun ia haruslah dipraktikkan dengan berhemah. Membuat kenyataan yang biadap dan kurang ajar seperti yang dilakukan oleh Ahmad Syihan ini ternyata tidak berhemah. 

8. Kalau dah tak minat nak belajar di USIM, tolong berhenti dan serahkan kembali biasiswa yang diterima kerana di luar sana masih ramai yang lebih memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA


Monday, 17 September 2012

HIMPUNAN BERSIH KAMPUS : SATU LAKONAN YANG DIARAH OLEH DIREKTOR LAMA

Sekali lagi Modus Operandi Pro-M untuk menonjolkan isu politik kampus ditiupkan semula apabila mereka mengadakan program Himpunan Bersih Kampus pada 16  September  2012, selepas berapa bulan dihentikan kerana tidak mendapat  sambutan dikalangan warga kampus (walaupun mereka cuba tonjolkan Adam Adli sebagai ikon mahasiswa tetapi masih lagi tidak melekat di hati warga kampus IPT) .


Jadi para pemikir strategi Pro-M terpaksa mencari kaedah dan pendekatan baru untuk “ engage ”kan warga kampus dengan Pro-M. Oleh kerana itulah dalam konvensyen Pro-M Nasional pada 6 Sept 2012 yang lalu mereka telah mengeluarkan 6 tuntutan dan 3 resolusi  untuk dijadikan modal kempen. Ia juga sebagai satu cara untuk pastikan mereka kembali  “ relevan ”  di minda warga kampus menjelang pemilihan MPP yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Bagi Pak Zad, perhimpun yang diadakan di SOGO, Kuala Lumpur yang didakwa dihadiri oleh 600 orang pelajar dan juga sebagai merealisasikan tuntutan dan resolusi Konvensyen Pro-M Nasional, adalah satu lakonan saja yang “director” nya masih director yang lama yang masih membawa “tuntutan” lama. Sedangkan barisan MPP/MPM Pro-M yang memerintah di UM,UKM dan UIA pada pemilihan MPP yang lepas telah mengunakan sistem pemilihan yang sedia ada yang didakwa tidak telus dan bias oleh Pro M tetapi Pro-M tetap menang dan memerintah kampus. Begitu juga di universiti – universiti lain yang mana Pro-M tidak memerintah tetapi masih memenangi kerusi-kerusi tertentu walaupun bukan majoriti.


Adakah tujuan Perhimpunan Bersih Kampus adalah untuk menyatakan pemilihan MPP di kampus tidak bersih? 

Sekali lagi Pak Zad lihat para Strategis Pro M cuba untuk menolak realiti yang berlaku dalam pemilihan MPP yang lepas. Bukankah Pro-M telah menang di UM sebagai Universiti Premier dengan mengunakan sistem E-Voting? Ironinya mereka sangat radikal membantah sistem tetapi tetap menang.  Jadi ramai warga kampus agak keliru, apa sebenarnya yang dikatakan tak bersih itu ? Adakah bila Pro-M menang maka pemilhan MPP adalah bersih ataupun apabila mereka kalah maka pemilihan MPP adalah tidak bersih? Jadi bagi Pak Zad, Pro-M telah menjadikan pemilihan MPP sebagai satu “political game” macam parti-parti politik di luar.


Bagi Pro-M, “ game “ yang mereka mainkan ialah mereka perlu kemenangan dan tidak kira apapun caranya termasuk berkonfrantasi dengan pengurusan university. Sering kali pengurusan universiti akan menjadi “punching beg” sekiranya mereka kalah. Jarang kita dengar Pro-M menyalahkan diri mereka sendiri atas kekalahan dialami. Jarang mereka menerima hakikat yang mereka tewas kerana majoriti pengundi  menolak perjuangan Pro M yang suka berkonfrantasi, terlalu emosi, tidak rasional dan selalu mengunakan pendekatan demonstrasi di jalanan. Walaupun begitu kebenarannya,  perjuangan Pro-M  sangat di kenali oleh warga kampus sebagai Pro M yang radikal.  

Oleh itu bagi Perhimpunan Bersih Kampus, Pak Zad letakkan sebagai satu lagi lakonan hebat Pro-M yang cuba menjadi Champion di kampus, tetapi realitinya Pro-M takut pada bayang-bayang sendikit. Terlalu banyak dosa yang  dilakukan oleh mereka yang telah mencemarkan nama mahasiswa  di IPTA. Oleh kerana itu mereka perlu menebus dosa itu dengan cuba menjadi champion kepada isu-isu mahasiswa dan kampus. Tetapi yang jelas,  isu yang Pro-M bawa sangat tak releven dalam tuntutan mereka,lebih bersifat untuk perjuangan mereka untuk memenangi pemilihan MPP semata-mata.

Perhimpunan Bersih Kampus, adalah satu lagi usaha lakonan semula drama yang penuh kepalsuan yang di “director”kan oleh pengarah lama. Tujuannya hanya satu iaitu menghancurkan kampus dengan kepentingan dan agenda mereka. Para pengundi kampus untuk pemilihan MPP 2012/2013 ini, buatlah pilihan terbaik. Fokuskan pemilihan kepada perjuangan yang “diplomasi, rasional dan toleransi “ dan tolak kumpulan yang membawa “konfrantasi, emosi dan radikal “ yang mencemarkan imej “ mahasiswa yang intelektual”. Negara kita mememerlukan generasi muda yang mempunyai nilai “sederhana” bukan radikal seperti Pro M.

Oleh Pak.Zad (blog : sembang pak zad)


*   Artikel ini dikirim oleh blogger PAK.ZAD yang mempunyai pengalaman luas dalam politik kampus.
** Pro-M ialah kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menjalankan aktiviti politik bertopengkan pembangkang di dalam kampus.

Tuesday, 4 September 2012

PERTANDINGAN CARI ORANG SALAH!!!


MARI BURU MEREKA!!!

KESALAHAN : HINA NEGARA SENDIRI

DIKEHENDAKI OLEH PDRM SEGERA!!!

Thursday, 9 August 2012

JANJI MUNAFIK PAK SAMAD?

Jangan Janji Munafik sudahlah Pak Samad.

14 April 2012, Harakah Daily menyiarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai riak dan takbur kononnya PAS ialah pakar demonstrasi sekali gus menjamin himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 sebagai himpunan yang aman.

Namun apa yang berlaku pada hari kejadian jauh panggang dari api.

Himpunan yang dijanjikan aman telah bertukar menjadi rusuhan yang ganas dalam sekelip mata. Unit Amal yang diharapkan menjaga keamanan sebaliknya bertukar wajah menjadi iblis dan syaitan yang mengganas dan menghasut orang ramai bertindak liar.

Akhirnya BERSIH 3.0 telah terpahat sebagai Rusuhan 28 April yang amat memalukan seluruh rakyat negara ini. Malangnya, hingga kini, belum ada sebarang kenyataan memohon maaf daripada pihak penganjur selepas kecelakaan besar yang dicetuskan oleh mereka.

Baik A. Samad Said mahupun Ambiga, kedua-duanya tetap angkuh dan bertindak seolah-olah negara ini tidak mampu mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka.

Terbaru, A. Samad Said dilaporkan mengumumkan hasrat terbaru BERSIH untuk berhimpun sempena Hari Kemerdekaan hujung bulan ini. Kata Pak Samad, himpunan kali ini Janji Bersih! Alahai Pak Samad. Diri sendiri tu bersih ke?

Wednesday, 30 May 2012

HARAM TETAP HARAM! TAK PERLU FATWA BARU

Ramai yang pertikaikan kenapa tidak ada fatwa mengharamkan K-POP yang berimej dan beraksi seksi ketika membuat persembahan pada Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya minggu lepas. Bagi yang masih belum jelas, boleh ikuti sedutan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari seperti di bawah. Sangat jelas dan tegas!


Seperti yang dijelaskan oleh beliau, yang haram dari sudut syariat tetap haram. Tak perlu fatwa baru. Jadi jangan dipolitikkan!

Wednesday, 23 May 2012

HORMATI HAK PRIVASI AMBIGA

"Hormati hak privasi saya," rayu Ambiga.

Ahli-ahli majlis perbandaran Selangor dari DAP hari ini menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail meletak jawatan kerana gagal bertindak terhadap peniaga yang cuba menjaja di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.

"Kami menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan segera," kata ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong yang mewakili 67 ahli majlis DAP dalam negeri Selangor.

Apa pandangan anda?


Hak privasi hanya untuk Ambiga sahaja! Rakyat tidak berhak sebab rakyat tak cerdik undang-undang. Hanya Ambiga dan Majlis Peguam saja layak bertindak di negara ini sebab mereka tahu undang-undang.


Saturday, 28 April 2012

MANGSA LANGGAR POLIS BUAT PENGAKUAN

Kereta polis jadi mangsa.

Gambar di atas telah dijadikan modal besar pihak pembangkang untuk menguatkan dakwaan bahawa POLIS telah bertindak ganas. Soalnya, benarkah seperti yang didakwa?

Kebanyakan blog pro-pembangkang ketika ini menguar-uarkan kononnya kereta polis ini telah merempuh peserta demonstrasi hingga cedera parah. Kereta ini terpaksa diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang kononnya terperangkap di bawahnya.

Dalam rakaman video di bawah, kita boleh lihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku ketika kejadian. Saksikan.



Dalam rakaman ini, kenderaan POLIS tersebut sebenarnya telah diserang bertubi-tubi oleh peserta demonstrasi. Seorang peserta telah memanjat ke atas bumbung dan memijak-mijaknya menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta lain turut membaling batu ke arah pemandu hingga memecahkan cermin hadapan dan sisi.

Dalam situasi yang amat kritikal ini, pemandu dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik di samping cuba mengelak daripada menjadi mangsa balingan batu yang bertalu-talu. Dalam situasi tersebut, kereta yang dipandu akhirnya terbabas ke sisi jalan lalu melanggar dinding  sebuah bangunan berhampiran. Para peserta seterusnya menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut sebelum bantuan tiba.

Justeru dakwaan kononnya pihak POLIS bertindak kejam melanggar peserta demonstrasi adalah tidak benar sama sekali. Rakaman video sebenar akan diupdate dari masa ke masa bagi menangkis fitnah yang dilemparkan terhadap pasukan POLIS.

UCAPAN YANG PALING DIBENCI OLEH PENCACAI PAS DAN PKR

Demi Negara Tercinta!


Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengucapkan syabas kepada semua petugas Op Aman 3 yang telah menjalankan tugas dengan penuh tegas, adil dan berhemah.

Tan Sri Haji Ismail turut berharap petugas-petugas yang dicederakan oleh perusuh agar segera sembuh dan mendapat rehat yang secukupnya sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Beliau sekali lagi berbangga dengan keberanian yang telah ditunjukkan oleh seluruh anggota PDRM ketika penugasan Op Aman 3.

~ Dipetik dan disiarkan kembali daripada  FB Polis DiRaja Malaysia


SB juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota Polis yang bertugas mengawal keadaan pada petang tadi. Tahniah dari kami semua rakyat Malaysia!!

PANAS!! KEGANASAN POLIS BERJAYA DIRAKAM!!

Footage dibawah dirakam oleh pasukan PDRM. Anda saksikan sendiri gelagat demonstran DUDUK BANTAH siang tadi ke atas pihak POLIS. Percayalah, POLIS bukan lawan mereka. Jika benar POLIS kejam dan zalim, sudah tentu puluhan atau ratusan yang telah terkorban kerana POLIS mampu melakukannya pada bila-bila masa sahaja. 



INI SIAPA PROVOK SIAPA??


AKSI ANEH DI DATARAN - LIVE UPDATE JAM 2.00-3.00

Macam-macam gelagat sudah boleh disaksikan secara langsung live dari sekitar Dataran Merdeka ketika ini. Kelaku kelayak mereka ini adakalanya menghiburkan kita.

Yang solat 5 orang saja. Yang lain mungkin sebab musaffir kot.

Masjid Jamek dan Masjid Negara bukan jauh pun. Tapi dipilihnya tempat begini untuk solat. Soal kesucian dan kebersihan jatuh No.2. Matlamat menghalalkan cara? Hanya mereka dan Allah SWT saja tahu apa yang diniatkan.

Aksi sekumpulan pemuda yang sedang bersedia mencetuskan
 provokasi ke atas pihak Polis.
Gambar atas ni pula menunjukkan sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi. Duduk bantah yang katanya aman, tinggal janji manis saja.

KEMATIAN PERTAMA!!! BELUM APA-APA ADA YANG DAH MATI!!!


BERSIH 2.0, PAK CIK SUHARDI DIUPAH SUPAYA BERLAKON MATI. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA DUNIA KHUSUSNYA AMERIKA SYARIKAT YANG KONONNYA PENDOKONG KUAT KEAMANAN BAHAWA POLIS MALAYSIA NI GANAS LAGI ZALIM. KALI NI SIAPA PULA??

Polis ANJING..!!! - Kata Pendemonstran BERSIH 3.0


MEREKA CUMA DUDUK-DUDUK SAJA DAN SEDANG MEMUJI-MUJI ANGGOTA POLIS. INI YANG TUAN GURU MAKSUDKAN DALAM FATWANYA TEMPOH HARI.

Fakta : Dalam insiden serangan di Dataran minggu lepas, mereka melolong meminta pertolongan daripada pihak polis. Dalam keadaan tertentu, mereka perlukan polis. Dalam keadaan tertentu yang lain pula, mereka mencerca polis. Inilah kualiti jemaah PAS di Malaysia.

PAK SAMAD MERADANG!!

Mana satu betul ni? Kata nak duduk-duduk saja. Kata nak aman-aman saja. Tapi sejak pagi tadi sudah berbakul-bakul cacian dan makian dihamburkan.

Khalid Ismath Syiah dijulang. Satu kemenangan kepada Syiah??

Antiestablishment, yang tak tahu apa-apa tapi sokong saja.

PAS Raja Laut. Tak kan tengok dari jauh je kot??

A. Samad Said nak duduk sebab dia dah tak larat, tapi 
orang lain nak ke ikut cara tu?

Kunjungi blog SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT 
untuk lebih live update!!!


Friday, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - LANGSUNG DAN TEPAT DARI KAPAKZ!!


Anda tak perlu bersusah payah ke Dataran untuk mengikuti perkembangan himpunan Duduk Bantah esok. Lebih baik anda manfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan, atau duduk rumah diam-diam atau bergotong-royong memBERSIHkan rumah sendiri.

KENAPA?

Kerana blog GERAKAN 13, SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT akan membawakan secara langsung dari masa ke masa setiap perkembangan sepanjang himpunan Duduk Bantah SAMPAI MUNTAH esok!

Terus ikuti blog-blog ini. Langsung dan Tepat!

Monday, 16 April 2012

HINA NAJIB OK? HINA ISLAM BAGAIMANA??


17 Dis 2011, bendera yang tertera gambar DS Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia diturunkan  oleh Adam Adli dan digantikan dengan bendera SMM di hadapan bangunan PWTC di Kuala Lumpur. Susulan insiden terebut, pelbagai kecaman dihamburkan dan tak kurang juga reaksi balas yang mempertahankan DS Najib daripada mahasiswa sendiri.


14 April 2012, gambar DS Najib sekali lagi dihina bersama salah seorang menteri kabinetnya iaitu DS Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Gambar mereka berdua dikalungkan bunga kematian mengikut adat agama Hindu dan diarak dari Sogo ke Dataran Merdeka di ibu negara.


Gambar kedua-dua pemimpin negara itu bukan sahaja diarak, bahkan disemadikan dan dikebumikan secara cacamerba mengikut adat agama Islam dan Hindu sekaligus apabila batu nesan dan kalungan bunga diletakkan pada kedua-duanya.

Jika dinilai, antara menurunkan bendera dan mengebumikan gambar pemimpin negara ini mengikut adat agama Hindu, yang mana lebih hina lagi menghinakan?

Apakah akan ada reaksi balas daripada mahasiswa yang sayangkan PM dan rakyat Malaysia amnya, selepas ini? Masa masih panjang. 28hb ini pemimpin negara akan dihina lebih teruk. Malaysia bakal mengalami renjatan baru dalam arus politik nasional, dan mahasiswa pula semakin seronok berdemonstrasi.

Kalau nak lihat muka-muka mahasiswa biadap ini, datanglah ke Dataran. Kalau berani, bawa ayahanda sekali turun. Setakat berkokok depan kamera TV, tak payahlah.

Sunday, 15 April 2012

#BLACK14# NAJIB BAKAL UMUM KEPUTUSAN PENTING??

MASIH INGAT GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH??

Kononnya, mereka menolak campurtangan politik luar dalam  kalangan mahasiswa.

Ini AMK N9, Nazri Yunus. 23 Mac 2012, beliau turun berdemo bersama
SMM di hadapan KPT, Putrajaya.

23 Mac 2012, Syahid Zaini menyerahkan batu nesan kepada Setpol Menteri KPT.

KALAU TAK INGAT, KLIK SINI.

DAN SEKARANG LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH PULA 

14 April, Menteri KPT dan PM, dikuburkan secara cacamerba ikut adat Islam
dan Hindu sekaligus. GAMIS menyokong. Syahid Zaini mengepalainya.
Soal akidah Islamiah ditolak ketepi. Nauzubillah.
Kumpulan mahasiswa yang terjejas pengajian. Adam Adli digantung
semester. Shukri Razab ditendang oleh UMS dan kini KUIS, juga gagal.
Lari hutang PTPTN? Patutlah.

Ini siapa? Bebas politik luar? Di mana ada demo mahasiswa,
di situ ada Tian Chua.

Di mana ada Tian Chua, di situ ada Izzah. Di situ jugalah
mahasiswa pro-pembangkang melalak sakan.

Jadi fikir-fikirkanlah. Agenda siapa sebenarnya yang sedang dibawa oleh kumpulan mahasiswa ini?

Isu pendidikan percuma tidak timbul hinggalah akhir-akhir ini ia dilagukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Kenapa baru kini? Kerana dekatnya kita dengan PRU13. Pro-M sudah tidak kisah dengan PRK walaupun itulah medan sebenar untuk mahasiswa berpolitik kerana mereka sudah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan jika berjaya membantu pembangkang ke Putrajaya. SB juga dapat tahu Adam Adli kemungkinan besar dicalonkan oleh PKR di kerusi Dun Bertam, Pulau Pinang. Orang Bertam nak ke manusia biadap begini?


Monday, 9 April 2012

Sunday, 8 April 2012

Tahukah anda, apa akan berlaku selepas PTPTN dimansuhkan?

Bersih 3.o cuba menggula-gulakan rakyat dengan kempen mansuhkan PTPTN tanpa
menyatakan implikasi yang akan berlaku kelak.


Menurut cadangan mekanisme pemansuhan PTPTN yang dikemukakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr. Zuhdi Marzuki, SINI anda digalakkan mencari kerja sambilan bagi menampung kos sara hidup masing-masing.

Rasionalisasi cadangan ini menurut beliau, antara lain supaya negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan pada masa yang sama, dapat mendidik mahasiswa-mahasiswi berdikari.

Logikkah cadangan ini? Fikirkan. Dalam pada PTPTN masih ada pun sudah ramai antara kita yang terpaksa berkerja sambilan kerana tak cukup duit, inikan pula selepas ia dimansuhkan. Anda setuju atau tidak? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.

Kalau rasa nak bagi pandangan, boleh komen di chatbox di sebelah kanan blog ini atau terus mengundi dalam ruangan yang SB sediakan di sebelah atas blog. Terima kasih. Suarakan pandangan anda!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar