Pages

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

HUDUD BAKAL PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT

Hari ini sejarah bakal tercipta di bumi Kelantan. Dengan izin Allah SWT, Kerajaan Negeri akan membentangkan usul pelaksanaan Hudud di negeri tersebut selepas tertangguh akibat banjir hujung tahun lepas, juga di sebalik polemik berpanjangan dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menentang usaha PAS ini. 

Perkembangan ini juga seharusnya membuka mata para penyokong PAS untuk melihat siapakah sebenarnya yang memusuhi Hudud. Sejak sekian lama mereka dimomokkan kononnya UMNO menentang undang-undang Allah ini sehingga dikafirkan parti terbesar orang Melayu itu. 

Ironinya, seperti dalam gambar di atas, Menteri Besar Kelantan sendiri telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus memungkinkan pembentangan hari ini berjalan seperti yang dimahukan oleh PAS.

Dalam pertemuan ini, TPM telah berjanji untuk menyokong pembentangan usul tersebut melalui undi yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dan PAS, boleh teruskan usaha mereka tanpa atau dengan sokongan rakan pembangkang kerana jumlah ADUN UMNO dan PAS sendiri sudah mencukupi. 

Tahniah diucapkan kepada UMNO dan PAS kerana berjaya mencapai persefahaman dalam perkara ini. 

Monday, 1 December 2014

AKSI BANGANG NAJIB

Bangang. 

Najib sekarang pun dah pandai sebut perkataan tidak sopan macam ni. Ingatkan Anwar je yang suka menyebut perkataan-perkataan low class dalam ceramahnya. 

Macam ni lah Najib, kalau tak nak blogger prokerajaan hentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang lain, apa kata you buat checklist dan senaraikan berapa ramai pemimpin kerajaan terutamanya menteri-menteri kabinet yang bangang terlebih dahulu. 

Blogger tak ada masalah untuk backup kepimpinan sekarang sekiranya tiada masalah yang ditimbulkan lebih-lebih lagi jika kesannya ketara ke atas rakyat. 

Blogger prokerajaan pada dasarnya terdiri daripada mereka yang berprinsip. Yang membezakan mungkin dari segi kaedah menegur dan mengkritik. Ada yang direct hentam. Ada yang sipi-sipi tapi tetap kena pada sasaran. 

Sebagai Ketua, you sepatutnya bangga ada jentera yang berprinsip dan sentiasa cakna terhadap sebarang dasar atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan you. Ini bukan zamannya mengampu sepanjang masa. Berak busuk takkan nak cakap wangi, kan? 

Wednesday, 21 May 2014

WANITA INI TAK MALU MENGAKU DIRI SEHEBAT TUN M

Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.

Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.

Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.

Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.

Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan? 

Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.

Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?  

Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.

Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat. 


Tuesday, 20 May 2014

SIAPA DYANA SOFYA TANPA UiTM?

Dyana Sofya, calon DAP dalam PRK Teluk Intan, terus menyerang institusi pengajian tinggi bumiputera UiTM yang pernah mendidiknya hingga diangkat menjadi calon DAP.

Ironinya, tanpa UiTM, Dyana belum tentu layak ke mana-mana institusi pengajian lain di negara ini. Dan Dyana perlu ingat, dia diterima masuk ke UiTM bukan kerana keluarganya atau ibunya orang kuat UMNO.

UiTM sememangnya tidak dibina khas untuk orang UMNO. Dyana ini hanya satu contoh tipikal Melayu yang angkuh hasil didikan UiTM di luar sana yang berasakan UiTM itu hanya untuk orang UMNO dan mendoktrin pelajar menyokong UMNO. Tiada sesiapa yang memaksa sesiapa menyertai UMNO atau menyokong UMNO melainkan ia datang daripada kesedaran diri sendiri untuk membantu perjuangan UMNO yang telah berusaha mewujudkan institusi pengajian tersebut.

Namun, pengaruh pemikiran liberal demokratik yang lebih mudah diterima di luar UiTM menyebabkan golongan muda seperti Dyana keliru dengan tujuan penubuhan UiTM itu sendiri. Ini harga yang perlu dibayar apabila kerajaan melaburkan duit yang banyak untuk menghasilkan mahasiswa tetapi akhirnya mereka dirosakkan dengan mudah oleh pihak pembangkang yang menjadikan universiti sebagai kilang merekrut kepimpinan baru. 

Walaupun Dyana menolak dakwaan bahawa dia dijadikan sebagai boneka oleh DAP khususnya Lim Kit Siang, namun ia tidak dapat menyembunyikan agenda jahat parti komunis tersebut dalam percaturan mereka memenangi kerusi Teluk Intan sekali lagi.

Dyana mungkin tidak menyedari, ramai lagi anak muda Cina yang lebih berkelayakan dan mempunyai pencapaian yang hebat untuk diletakkan sebagai calon. Tetapi kenapa dia yang menjadi pilihan? Apakah sumbangannya kepada rakyat Teluk Intan selama ini? Apakah pencapaian peribadinya selama bergelar mahasiswa? Adakah Uncle Kit Siang memilihnya atas faktor dirinya sendiri atau kerana dia Melayu dari keluarga UMNO? 

Dyana sememangnya tidak nampak betapa halusnya agenda Kit Siang dalam percaturan ini. Teluk Intan ialah kerusi selamat DAP, dikenali sebagai kawasan penyokong kuat gerakan komunisme suatu ketika dahulu. Hari ini, Teluk Intan yang mempunyai taburan penduduk majoriti orang Cina, sama sahaja seperti di tempat-tempat lain, sudah beralih menyokong DAP. Jika mereka mengundi Dyana sekali pun, ia bukan kerana Dyana tetapi kerana menyokong DAP dan kerana benci akan Barisan Nasional khususnya UMNO. 

Dyana, hakikatnya, tidak sedar bahawa jika DAP memilih seekor babi betina mongel dan montok sebagai calon di Teluk Intan sekali pun, tetap akan disokong oleh pengundi-pengundi Cina di situ. 

Semua ini merumuskan dengan mudah akan fakta bahawa Dyana bukanlah pilihan terbaik daripada DAP tetapi untuk jangka panjang, Dyana ialah boneka paling cantik dan mulus untuk dijadikan sebagai umpan mengaut sokongan Melayu muda liberal supaya menyokong DAP.

DAP sejak awal lagi menyedari betapa mereka tidak boleh bergantung kepada PKR dan PAS untuk memerintah negara ini. DAP malah menyedari bahawa cabaran sebenar mereka ialah menguasai undi Melayu tanpa melalui kedua-dua parti pakatan tersebut. Bagi DAP, Melayu perlu diselenggara semula supaya melihat DAP sebagai sebuah parti liberal yang memperjuangkan hak semua kaum. Justeru, dengan meletakkan Dyana di Teluk Intan, sebuah kerusi selamat, sekurang-kurangnya orang Melayu muda liberal mula melihat DAP dari satu jurus pandang yang baharu, apatah lagi Dyana sendiri merupakan bekas Puteri UMNO dan keluarganya juga merupakan penyokong kuat UMNO. 

Stretagi DAP ini sebenarnya cukup ampuh dan tidak pernah terfikirkan oleh UMNO sendiri. Ia ibarat memotong berlian dengan berlian. Untuk memusnahkan penguasaan UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional, maka DAP memilih orang Melayu sendiri, daripada keluarga UMNO sendiri, dan daripada bekas pelajar UiTM sendiri. 

DAP tidak kisah jika mereka kehilangan kerusi Teluk Intan dan tidak bertelagah sesama sendiri demi memberi laluan kepada seorang anak muda seperti Dyana kerana ia risiko yang berbaloi untuk ditanggung dalam jangka panjang. Anehnya, kenapa UMNO tidak pernah fikir akan permainan politik DAP ini? 

Sekarang, Dyana tetap Dyana yang menyokong DAP. UiTM pula kian dicabar. Melayu sedang diperalatkan untuk agenda DAP menawan tampuk pemerintahan negara. Tiada apa yang boleh dilakukan pada tahap ini, kecuali UMNO memperkemaskan semula rentak mereka daripada segenap sudut. Usah bermimpi lagi. Lakukanlah rombakan secara besar-besaran.

Wednesday, 15 January 2014

LEBIH BANYAK PENUMBUK BAKAL TERBANG KE MUKA MENTERI

Di sebalik isu Timbalan Menteri Pelajaran II, YB P. Kamalanathan ditumbuk oleh Setiausa Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, sebenarnya ada perkara yang lebih penting untuk ditelitikan oleh pihak kementerian beliau.

P. Kamalanathan tidak akan ditumbuk jika isu asasnya tidak berlaku. Masalah guru memohon pertukaran bukan isu baharu. Dalam kalangan guru masalah ini ibarat rantai besi yang menjerut leher mereka khususnya dalam kalangan guru yang berhajat memohon pertukaran.

Bagi mereka yang mempunyai kabel atau orang dalam, proses pertukaran mungkin lebih mudah. Untung nasib, akan diproses segera. Namun bagi guru yang tak kenal siapa-siapa pun yang berkuasa di dalam kementerian, pasti terpaksa menunggu empat lima tahun sebelum permohonan diproses.

Pihak kementerian tidak boleh lagi menggunakan alasan tiada tempat atau opsyen tidak kena apabila berhadapan guru-guru ini. Kementerian sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut dengan melakukan rombakan secara besar-besaran, bukannya membiarkan ia berlarutan dari tahun ke tahun.

Guru-guru memerlukan motivasi yang tinggi dan konsisten untuk terus berbakti. Secara psikologi, guru yang berkahwin tetapi terpaksa duduk berjauhan dengan pasangan masing-masing pasti akan mengalami kemerosotan motivasi dan emosi. Tanyalah guru-guru yang terlibat. Mereka tidak memohon pertukaran kerana suka-suka tetapi lebih memikirkan hal keluarga masing-masing.

Sampai bila isu dan masalah ini hendak dibiarkan? Menteri sepatutnya lebih cergas menyelesaikan permohonan pertukaran para guru dengan memberikan fokus yang sewajarnya.


Jangan nanti lebih banyak penumbuk hinggap di muka menteri baru nak bertindak.  

Wednesday, 4 December 2013

NAJIB, TANGGUHKAN DULU PAU 2013!

Bah kian parah
Rakyat makin gelisah
Ibu ayah resah
Peniaga kira-kira harta musnah


Media-media hari ini melaporkan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya di Pahang, semakin parah.

Sana-sini tenggelam.

Hujan yang turun sehingga 400mm sehari hampir menyamai kuantiti hujan dalam sebulan di Pahang.

Pada masa yang sama, di Kuala Lumpur, para pemimpin rakyat sedang sibuk dengan persiapan untuk bersidang. Entah apa yang hendak disidangkan tak tahulah.  

Sewajarnya dalam situasi sebegini, Perdana Menteri selaku si Presiden menangguhkan persidangan ke satu tarikh lain. Perdana Menteri perlu bawa semua gerombolan orangnya ke kawasan-kawasan banjir dan bantu apa yang patut.

Aktifkan segera bantuan kesukarelawanan supaya rakyat yang menjadi mangsa banjir benar-benar melihat anda sebagai pejuang rakyat, parti rakyat!!


Situasi Terkini Banjir di Kuantan 





Foto ehsan blog WZWH, klik SINI.

Monday, 12 August 2013

BASMI UMNO YANG KOTOR


Mesej ini jelas. Cukup jelas. Ditujukan khas kepada elitis UMNO. Ini adalah masa untuk mengukuhkan sebuah parti yang menjadi harapan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia. 

Pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi perlu digunakan sebagai ruang terbaik memberdayakan UMNO yang teruk dilanyak oleh Pakatan Rakyat. Prestasi BN yang merosot dalam dua PRU yang lepas sebahagian besarnya disumbang oleh tampalan imej busuk terhadap UMNO oleh pihak lawan, meskipun UMNO sendiri mencatatkan pertambahan kerusi secara keseluruhan dan berjaya merampas kembali Kedah.

UMNO ialah jantung kepada Barisan Nasional. UMNO perlu kekal sihat dan aktif. Untuk mencapai kondisi ini, UMNO mesti dirawat seberapa segera. Buang segala kotor yang memusibatkan UMNO selama ini. Ada banyak nama. Ada banyak tokoh. Kalau boleh, basuh sekali jawatan Presiden. Tukar saja yang baru, yang jelas Melayu dan Islamnya. 


#najibstepdown

Wednesday, 8 May 2013

NASIB ISLAM SELEPAS PRU-13



"Kita lebih obses dengan tuntutan ultra kiasu. Apa yang mereka mahu semua kita beri. Nasib baik kita tidak menjanjikan bulan dan bintang. Jika tidak, itupun kita akan beri. Lebih menyedihkan, sehingga perkara yang sudah dilupakan dan tidak dituntut lagi pun kita beri. Malah, ada projek pembangunan yang sedang berjalan terpaksa dibatalkan, gara-gara mahukan undi. Apakah kita berada di landasan yang betul?" - Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.


Selanjutnya, klik SINI.

NIK AZIZ MAHU LUDAH SIAPA?



Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz

KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.

"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.

Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.

..................................................................................................................................................................

Rujuk artikel di bawah (klik pada tajuk) :

Sunday, 7 April 2013

PRU 13 : SIRI 3 ( STRATEGI MENYALAHKAN UMNO SEBAGAI STRATEGI SURVIVAL GUAN ENG DAN DAP DI PULAU PINANG )


Kajian-kajian " Tsunami Politik PRU 12 di Pulau Pinang " ada menjelaskan kekalahan BN Pulau Pinang adalah kerana dakyah perang psikologi " anti UMNO " yang agresif yang telah dimainkan oleh Guan Eng dan para strategist DAP Pulau Pinang pada ketika itu. Perang psikologi tersebut telah berjaya memasuki minda pengundi Cina dan sebilangan minoriti pengundi Melayu Islam untuk " anti UMNO " dan menolak BN. Dalam beberapa analisa yang dibuat di dalam blog Pak Zad  melalui tajuk " Pemikiran Lim Guan Eng ( Part 1)- 23/9/2010)", "Provokasi Guan Eng kepada UMNO - (25/3/2012) dan "Adakah Guan Eng dan DAP masih kuat di Pulau Pinang - 31/10/2013), jelas membuktikan Guan Eng telah mengunakan " UMNO" sebagai "perisai" nya untuk menghalang " attacking " daripada musuh-musuhnya.



Dalam PRU 12 lalu, penanaman benih " anti UMNO " telah di buat sejak september 2007 lagi sehinggalah pada masa pilihanraya kedua belas pada 8 Mac 2008 oleh Guan Eng dan para strategist DAP. Strategi mereka ketika itu ialah menyalahkan UMNO kerana terlalu "dominant"dan menyatakan Ketua Menteri dan Gerakan tunduk kepada UMNO. Dengan ertikata mereka cuba melahirkan suasana " anti UMNO " kepada terutamanya pengundi-pengundi Cina dan rakyat Cina di Pulau Pinang. Strategi ini sangat berjaya( baca article bertajuk Pemikiran Lim Guan Eng (part 1 ) bertarikh 23/9/2010 Blog Pakzad) dan dengan strategi yang agresif ini ia merupakan antara faktor yang menyebabkan Guan Eng dan DAP diangkat menjadi Kerajaan Pertama DAP di Malaysia .

Oleh itu pada jangkaan untuk PRU 13 , Guan Eng dan DAP masih akan mengunakan strategi untuk melahirkan perasaan menebal " anti UMNO " dan "anti semua Parti Komponen BN kerana duduk bersama dengan UMNO ". Bagi Guan Eng dan Para Strategist DAP masih melihat "UMNO" lah yang menjadi penghalang besar kepada DAP untuk terus memerintah Pulau Pinang . Ini adalah kerana Guan Eng dan DAP sangat mengetahui yang kekuatan BN adalah terletakkan kepada UMNO . Oleh itu tidak hairan lah apa yang cuba di lakukan oleh Guan Eng dan para strategist DAP ialah mengunakan " strategi Divide and Rule " dalam memecahkan benteng kekuatan BN Pulau Pinang . Mungkin pada masa ini Guan Eng dan DAP masih berjaya untuk menyerapkan strategi kedalam minda pengundi Cina tapi mungkin tidak kepada pengundi Melayu dan India. Tetapi mengikut berapa kajian-kajian yang di buat telah menunjukkan sudah ada pergerakan " pengundi Cina " kearah BN yang mula menghormati usaha-usaha bersungguh Najib dan BN untuk menarik pengundi Cina kepada BN.



Sebagai membuktikan strategi "anti UMNO " yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP ,beberapa petikan kenyataan Guan Eng dalam isu cabar mencabar untuk pertandingan anatara Guan Eng vs Teng dalam PRU 13,yang mana Teng telah berjaya menunjukkan siapakah yang cerdik dalam berstrategi politik ? Yang jelas ialah Teng Pengerusi BN Pulau Pinang adalah yang cerdik dan Guan Eng telah mengaku yang beliau telah terperangkap dengan helah Teng. Bayangkan seorang Ketua Menteri yang mendakwa telah memajukan Pulau Pinang dalam sekelip mata( 5 tahun) boleh di permainkan oleh seorang " boy scout " ( Teng yang dilabelkan oleh Karpal Singh ) ,banyak mana pula Guan Eng telah dipermainkan oleh orang-orang disekelilingnya dan juga dengan orang luar ?. Apapun sebagai jawapan ringkas dan standard Guan Eng ialah menyalahkan UMNO dan BN dan ini juga strategi " anti UMNO " yang sudah mula di tanam menjelang PRU 13 .

Cuba kita renung petikan-petikan ini - " Tidak kira bagaimana pandai Teng Chang Yeow melakukan helah politiknya,dia tidak boleh lari hakikat bahawa beliau sendiri melihat dirinya wakil UMNO DAN BUKAN WAKIL RAKYAT, yang jelas berbeza daripada prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat dari hadapan dan bukan daripada BELAKANG UMNO " (Blog Guan Eng). Jelasnya Guan Eng tetap menyalahkan UMNO walaupun kesilapannya dalam berstrategi dengan Teng . Perasaan " anti UMNO " menjadi strategi Guan Eng.




Kata Guan Eng lagi - " saya mengharapkan pentandingan antara kami akan memberi pilihan yang jelas kepada rakyat - sama ada UNTUK KEMBALI KEPADA UMNO DAN MEMILIH KERAJAAN YANG DI KEPALAI OLEH KRONI BN atau memilih kerajaan mesra rakyat,oleh rakyat dan terdiri daripada rakyat " ( Blog Guan Eng). Strategi Guan Eng untuk meminta pengundi Cina berfikir dan membuat perbandingan seolah DAP adalah terbaik sebagai kerajaan walaupun hakikatnya tidak ( baca article bertajuk Pesanan untuk pengundi Cina Pulau Pinang dalam blog Pakzad boleh menjelaskan perkara ini ).

Seterusnya Guan Eng menyatakan - " Janji untuk " bangkit dari tempat dia jatuh tidak mempunyai makna sekiranya Teng menolak menunjukkan keberanian dan " kepimpinan melalui teladan " dengan bertanding semula kerusi lamanya di Padang Kota tetapi MEMILIH UNTUK IKUT TELUNJUK UMNO DI MANA BOLEH DAN DI MANA TIDAK  UNTUK BERTANDING.

Semua orang tahu Teng sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang bukan pilihan utama Gerakan dan dia bukan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang tetapi pilihan PM Najib dan UMNO " (Blog Guan Eng). Strategi dalam pemikiran Guan Eng tetap sentiasa menyalahkan UMNO dalam setiap kesilapan dan kesalahannya ataupun untuk melepaskan nya daripada kesalahannya. Bagi Guan Eng semua adalah kerana UMNO dan BN.

Sebagai renungan akhir  Guan Eng berkata - " Sekiranya Teng menolak untuk bertanding di Padang Kota maka saya tidak akan membuang masa melayannya memandangkan telah terbongkar bahawa dia hanya BONEKA UMNO YANG LEBIH BERMINAT BERMAIN POLITIK KEBUDAK-BUDAKAN " (Blog Guan Eng). Secara kesimpulan Guan Eng dan Para strategist masih mengunakan strategi " anti UMNO " untuk menyerap dalam minda para pengundi Cina dan pengundi atas pagar PRU 13 Pulau Pinang, oleh itu para strategist BN Pulau Pinang perlu mengambil langkah untuk agresifkan memberi penerangan jelas kepada para pengundi Cina dan pengundi atas pagar , ini kerana kekalahan BN pada PRU 12 antara sebabnya kerana BN tidak sempat membuat penerangan balas kepada isu-isu yang di pupuk oleh DAP di Pulau Pinang.

 Nota : Artikel ini telah dikirim oleh Pak Zad. Untuk mengikuti tulisan-tulisan dan wacana Pak    Zad yang lain, sila kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.

Tuesday, 26 March 2013

UMNO AKAN DIHARAMKAN - CHEGU BARD




1. Kempen Solidariti Anak Muda Malaysia untuk mengharamkan UMNO dilihat sekadar usaha terdesak yang bersifat populis semata-mata bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap  pelbagai isu membabitkan Pakatan Rakyat ketika ini.

2. Isu utama sudah tentulah berkait dengan dakwaan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Semakin hari semakin banyak bukti didedahkan. Anwar, Tian Chua, Sivarasah dan SUARAM ialah antara nama yang dikaitkan berserta pelbagai bukti yang sukar disanggah oleh blogger Pakatan Rakyat sejak insiden ini mula meletus.

3. Selain itu, Pakatan Rakyat juga kelihatan terdesak kerana kemungkinan DAP akan diharamkan menjelang PRU 13 atas dakwaan penyelewengan undi dalam CEC yang diadakan baru-baru ini. Pendaftar Pertubuhan (ROS) dijangka akan memuktamadkan siasatan dalam masa terdekat sekaligus memberikan tekanan kepada parti tersebut.

4. Jika SAMM serius sangat, apa kata gegarkan dulu Pakatan Rakyat yang hingga kini masih belum ditubuhkan secara sah, atau lebih tepat PAKATAN HARAM.

5. SAMM juga perlu maklum bahawa terdapat ratusan NGO haram yang ditubuhkan semata-mata mahu menguatkan Pakatan Rakyat termasuk BERSIH yang diagung-agungkan oleh kaum PAS itu.

6. Dan paling wajib didedahkan ialah penyelewengan dalam pemilihan jawatan tertinggi PKR sendiri yang hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Chegu Bard sebagai Pengerusi SAMM yang dicalonkan bertanding jawatan Ketua AMK juga disingkirkan akibat penyelewengan yang berlaku di peringkat dalaman parti tersebut.

7. Jika SAMM ada pasukan blogger yang dibayar untuk kempen ini, kami ada ribuan blogger yang sedia menggempur Pakatan Rakyat dari bulu kaki sampai hujung rambut. Lawan tetap lawan!!



SB : Ada dua jenis samdol. Pertama badigol, kedua Chegu Bard. 

Wednesday, 29 August 2012

KHAIRY JAMALUDDIN DISANGGAH TOKOH AKADEMIK

Hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menubuhkan kelab penyokong di kampus-kampus IPTA seluruh negara nampaknya bakal berdepan jalan sukar. Awal-awal lagi cadangan tersebut ditentang oleh kepimpinan universiti seperti yang disiarkan dalam media semalam.  Soalnya sekarang, adakah PPUM terutamanya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, sudah berbincang dengan pihak universiti sebelum membuat keputusan ini?


Prof. Adnan Hussein
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan langkah kurang tepat kerana ia akan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Husseinberkata, ia bukan sahaja akan menjejaskan suasana seimbang di kampus malah, pada masa sama bertentangan dengan perkara asas dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

"Berdasarkan pindaan AUKU, politik kepartian tidak boleh dibawa ke dalam kampus.

"Sekiranya kelab itu ditubuhkan, saya yakin lebih banyak perkara negatif akan timbul kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada parti-parti politik lain untuk turut sama menjadikan kampus sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di setiap IPT sebagai langkah proaktif mendampingi golongan penuntut sekali gus meraih sokongan mereka terhadap parti.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, cadangan penubuhan kelab tersebut perlu dikaji secara mendalam kerana ia dikhuatiri mengganggu proses pengajian mahasiswa.

"Paling dibimbangi, kehidupan dan tumpuan penuntut akan terganggu kerana agenda politik kelab itu yang lebih mengutamakan kepentingan masing-masing dan bukannya pembangunan mahasiswa.

"Apatah lagi jika wujud golongan yang taksub dan tidak boleh berfikir secara rasional dalam berpolitik, keadaan itu boleh memecahbelahkan mahasiswa selain mewujudkan suasana tidak harmoni," katanya.

Utusan.


Pihak Pemuda UMNO seharusnya mengambil maklum kebimbangan yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh dari USM dan UPSI ini.

Pindaan yang dibuat terhadap AUKU hanya membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik tetapi itu tidak bermaksud parti-parti politik boleh mengambil kesempatan ke atas mahasiswa atau mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan tertentu mereka.

Sila hormati zon intelektual kampus!

Monday, 9 July 2012

AGENDA HUDUD : BUKTI UMNO TIDAK TOLAK ISLAM. PAS MUNAFIK!!


Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) hari ini mengeluarkan surat sokongan penuh mereka kepada UMNO Johor terhadap usaha melaksanakan Hudud di negeri tersebut. 

Ia susulan kenyataan terbuka ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang menyokong usaha menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan Hudud sepenuhnya di Malaysia.

Dalam surat sokongan yang disiarkan dalam laman web ILMU itu, Pengarah Urusannya, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan hasrat UMNO Johor itu sebagai satu iltizam yang benar, agung dan berhak dipertahankan. 

Justeru bagi menjayakan hasrat ini, ILMU melihat perlunya penglibatan pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud ini seperti Sultan, para cendekiawan, pihak PDRM, pakar perundangan, badan kehakiman dan institusi mahkamah, pihak penjara dan paling utama, kumpulan ulamak antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada ILMU dan Ustaz Fathul Bari yang mewakili pimpinan tertinggi UMNO. Perkembangan muktahir ini ternyata amat positif sekali gus menafikan segala tuduhan PAS selama ini yang mendakwa UMNO menolak Islam di Malaysia. Allahuakbar!!

Teks penuh surat sokongan boleh dibaca di website ILMU. Klik SINI. 

Thursday, 5 July 2012

FATHUL BARI SEMAKIN MENJADI-JADI!!


Adakah kali ini PAS akan berdolak-dalih lagi? Keberanian UMNO melalui Sekretariat ILMU seharusnya membuka mata PAS bahawa kerjasama terbaik untuk umat Melayu dan Islam hanya dengan UMNO sahaja.

Dalam soal ini, pimpinan UMNO sendiri tidak menghalang ILMU bersuara kerana ia menyentuh kepentingan agama Islam di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Fathul Bari. Berani kerana benar. Perjuangan yang tulen ialah perjuangan yang teguh berpaksikan pada prinsipnya!

Tuesday, 12 June 2012

BUKTI MAHASISWA UiTM TOLAK KHALID ISMATH DAN SMM

10 Jun 2012, Tukang Cakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengeluarkan kenyataan kononnya hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas Khalid Ismath, pelajar jurusan perundangan UiTM Shah Alam Tahun 2, sebagai usaha terancang UMNO untuk mendiamkan pelajar tersebut daripada terus bersuara.

Tinjauan SB sebelum itu iaitu pada hari perbicaraan ke atas Khalid di UiTM Shah Alam sendiri, rata-rata pelajar UiTM yang lain tidak kenal langsung siapa Khalid Ismath. Malah, mereka langsung tidak tahu pada hari tersebut diadakan prosiding tatatertib ke atas Khalid.

Hal ini sama sekali menyanggahi dakwaan Edikoup kononnya Khalid Ismath mempunyai pengaruh besar di IPTA milik penuh kerajaan itu. 

Kiriman emel yang SB terima semalam juga membuktikan perkara sebenar yang berlaku di UiTM Shah Alam membabitkan individu bernama Khalid Ismath ini. Lihat gambar-gambar di bawah :








Kain-kain rentang yang dinaikkan ini mengingatkan SB pada peristiwa yang hampir sama pada minggu peperiksaan semester lepas. Khalid Ismath jugalah orangnya yang menjadi sasaran. Kalau benar Khalid Ismath disanjung di UiTM, kenapa ada banner yang mengecamnya sebegini rupa?

Monday, 4 June 2012

UMNO DALANG POTONG KABEL MALAYSIAKINI??

Malaysiakini, portal pro-pembangkang paling istiqamah menyerang kerajaan, semalam membuat laporan polis selepas mendapati salah satu kabel gentian optiknya 'dipotong' oleh pihak tertentu.

Menurut Pengurus Teknologi Maklumat portal tersebut, Danny Hong, mereka tidak menolak ia adalah satu perbuatan sabotaj.

"Lama berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut merupakan
satu perbuatan sabotaj" - Mkini.

Persoalannya, siapa yang nak sabotaj? Benarkah ia dipotong oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan portal tersebut, atau ada muslihat lain? Belum pun selesai siasatan polis, mereka sudah buat telahan sendiri. 

Tak cukup dengan itu, ruang komentar yang dibuka juga menjadi medan kepada penyokong-penyokong pembangkang menjadi penyiasat tidak bertauliah.

Walaupun hal ini bersifat terpencil, namun polisi portal tersebut yang membenarkan pembaca menghantar komen secara bebas dan terbuka hanya mengeruhkan keadaan ini. 

Anda boleh lihat sendiri komen-komen yang dilontarkan. Semuanya menuduh UMNO dan Barisan Nasional tetapi tiada siapa pun yang tampil mengemukakan bukti.

Jika hal ini ditanyakan kepada orang UMNO atau Barisan Nasional, maka sudah tentulah dinafikan keras-keras. Maka wujudlah polemik, kau tuduh aku, aku tuduh kau. Sampai bila?

Pada titik ini, kita akan kehilangan punca dalam perkelahian yang sebenarnya dicetuskan oleh pihak lain. Tanpa hujung pangkal, kita bercakaran sesama bangsa.

Wednesday, 23 May 2012

DEBAT PTPTN - DETIK-DETIK PENTING!

Debat PTPTN Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli


Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah pengangguran di negara ini berlaku bukan kerana tiada peluang pekerjaan tetapi sikap pencari kerja sendiri yang terlampau memilih.

Kenyataan ini jelas sekali gagal ditancap oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR ketika membentangkan hujah balasnya ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin dengan tajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara malam tadi.

Menurut beliau, faktor utama kegagalan peminjam PTPTN membuat bayaran balik adalah kerana mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Hal ini disanggah oleh Khairy Jamaluddin yang kemudiannya membentangkan hujah bahawa pihak kerajaan hari ini komited menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Dengan memberikan beberapa contoh seperti penetapan gaji minimum untuk perkerja sektor awam dan swasta dan perlaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan peluang pekerjaan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yakin masalah yang dibangkitkan oleh Rafizi itu boleh diatasi dengan baik.

Di sini kita dapat lihat bahawa Rafizi Ramli lebih banyak menghentam pihak kerajaan berbanding merasionalkan manifesto pendidikan tinggi percuma seperti yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Adakah Rafizi Ramli lupa bahawa tujuan sebenar PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tertiari dan bergraduasi dalam tempoh yang ditetapkan mengikut perjanjian?

Selain menampung lebih 2/3 kos yuran pengajian sebenar, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan potongan yuran yang minima daripada pinjaman yang diterima pelajar supaya mereka dapat menggunakan bakinya untuk tujuan lain termasuk mengurus perbelanjaan harian.

Sebagai mahasiswa, adakah kita begitu lemah hingga mengharapkan segala-galanya dibantu oleh kerajaan? Di mana daya saing kita kalau semuanya terhidang di depan mata sahaja? Insaflah, kita di sini masih beruntung. Di kebanyakan negara membangun yang lain, mereka hanya mampu bermimpi untuk memiliki apa yang kita miliki hari ini. 

Khas untuk mahasiswa pro-pembangkang, ini video yang perlu anda saksikan.


Thursday, 19 April 2012

PRO-M JIJIK!! SERANGAN SAMSENG HANYA PROPAGANDA!!


Video di atas merupakan rakaman ketika sekumpulan samseng didakwa menyerang mahasiswa yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka jam 4 pagi, 19 April 2012.

Insiden ini juga digunakan sebaik mungkin oleh pihak pembangkang untuk menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Tanpa sebarang bukti, mereka terus membuat tuduhan.

Jika kita tonton video ini secara teliti, kelihatan penyerang-penyerang ala-samseng tersebut menyerang tanpa sebab yang kukuh, atau  sekadar suka-suka. Mereka bertindak seperti diupah dengan hanya merobohkan khemah-khemah gelandangan ini dan menjerit supaya suasana jadi tegang.

Jika benar mereka ini SAMSENG, kenapa tiada kayu atau parang yang dibawa bersama? Dan apa untungnya UMNO jika benar pemuda dari parti itu yang lakukan? Tidakkah ia hanya membawa implikasi buruk kepada UMNO?

Sejak hari pertama lagi kawasan perkhemahan mereka dikawal rapi hampir 24 jam termasuk pihak polis yang sentiasa memantau kawasan sekitar. Jadi tak masuk akal jika ada serangan tersebut daripada pihak luar, MELAINKAN ia dirancang oleh mereka sendiri. 

Cubaan demi cubaan untuk mencetuskan provokasi dan ketegangan terhadap pihak berkuasa sebelum ini gagal. Jadi tak mustahil serangan ini dirancang bagi membuka episod baru dalam demonstrasi anti-PTPTN tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar