Pages

Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

WANITA INI TAK MALU MENGAKU DIRI SEHEBAT TUN M

Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.

Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.

Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.

Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.

Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan? 

Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.

Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?  

Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.

Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat. 


Tuesday, 20 May 2014

MAT SABU ENJOY TENGOK AURAT DYANA SOFYA SAMBIL MENIPU ALLAH

Apa hukumnya memakai tudung? Dan apa hukumnya tidak memakai tudung? Soalan ini ditujukan kepada para pentaksub PAS, dan khas kepada TIMBALAN PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA a.k.a PAS, Mat Sabu.

Jangan bila bercakap bab hukum, anda hanya nampak Rosmah dan Puteri-puteri UMNO sahaja. Cuba fahami maksud kata-kata penuh bongkak dan fasik daripada calon DAP beragama Islam ini : 
“Saya pakai selendang semalam (kerana) saya berada di markas PAS dan saya hanya menyatakan hormat saya (dengan pakai selendang). Masa di Gelang Patah (Johor) pun saya buat perkara yang sama (kerana) program PAS," Dyana Sofya, DAP.
Ini Dyana Sofya bertudung tapi masih terdedah aurat.


Dan ini pula, Dyana Sofya tanpa tudung sekaligus membogelkan auratnya.


Yang mana satu PAS suka? Kalau Mat Sabu, dia lebih suka gambar kedua. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini pula : 


Bukan main lagi Mat Sabu bila dapat peluang duduk sebelah perempuan mongel macam Dyana Sofya ni. Jarang jumpa dalam PAS spesis mongel tak bertudung macam ni. Yang ada pun hipokrit je banyak. Sekali sekala dapat peluang, Mat Sabu pun enjoy sakanlah. 

Maaf PAS, anda perlu bermuhasabah sekarang. Cek balik rukun dan tertib perjuangan anda yang selama ini diagung-agungkan dalam tamrin tahap tiga kepada mahasiswa-mahasiswi yang menyokong anda. Betulkan dulu akhlak pemimpin anda sebelum bercakap bab hukum. 

Akhir soalan, adakah PAS hanya bijak menipu Allah? 

Monday, 19 May 2014

I AM KARPAL SINGH ATAU I AM KAFIR HARBI?

Maaf pakcik, makcik. SB terpaksa menulis di sini. Jika pakcik dan makcik punya anak di luar sana, SB harap mereka akan menegur pakcik dan makcik.

Mungkin pakcik dan makcik tak tahu apa-apa dalam perjuangan DAP kerana pakcik dan makcik sudah tentu mengikut sahaja rentak parti pakcik dan makcik. 

Tapi pakcik dan makcik tentu tak pernah lupa akan hakikat betapa mendiang Karpal Singh dahulu sangat keras menentang Hudud dan Negara Islam. 

Jadi kenapa pakcik dan makcik ingin jadi Karpal Singh? Ia sama seperti I AM KARPAL SINGH itu ialah I AM KAFIR HARBI! Astaghfirullah.. 

Pakcik dan makcik, dan pakcik-pakcik makcik-makcik sekalian di luar sana. Usia ini seharusnya mematangkan kalian untuk berfikir dan menilai atas neraca agama, bukan politik kepartian semata-mata.

Benar, itu cuma slogan dalam kempen PRK Bukit Gelugor yang diperkenalkan oleh DAP. Tapi pakcik dan makcik tahu tak, dalam fahaman politik mereka, Karpal Singh itu sudah sampai ke tahap dewa. Sebab itulah mereka menggunakan slogan ini. 

Allah Maha Pengampun. Pakcik dan makcik bertaubatlah. 

Tuesday, 16 July 2013

REMAJA CINA DITELANJANGKAN KERANA HINA ISLAM!!

Percayalah, gambar di bawah ini akan jadi epik. Mulut para Cina lahanat yang selama ini menghina Islam akan diam tak lama lagi. Pengajaran yang berguna kepada mereka yang tidak berguna. 


Walaupun kedengaran seperti melampaui batas undang-undang, namun pada SB, tindakan sekumpulan lelaki misteri itu lebih penting daripada tunduk hormat kepada undang-undang ciptaan manusia. Mereka mempertahankan maruah Islam daripada terus dihina. Salahkah?

Cerita lanjut di SINI.

Peringatan kepada Najib juga, tolong lebih bertegas demi kesucian Islam. 

Thursday, 27 June 2013

PENYOKONG PR SESAT DOAKAN KEMATIAN YB BARISAN NASIONAL


Apa nak jadi dah ni. Makin sesat dan terpesong akidah para penyokong taksub Anwar Ibrahim. Nauzubillah.

Saturday, 27 April 2013

PANAS!!! PROF. SIDEK BABA DEDAHKAN RAMBUT PALSU ANWAR IBRAHIM!!


Alhamdulillah. Semalam SB sempat turun ke Padang Awam Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk mengikuti Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim. Antara panel yang dijemput khas oleh Gabungan Bela Hak Rakyat Pulau Pinang dan Jalur Tiga (JATI) itu ialah Presiden JATI sendiri, Datuk Dr. Hasan Ali, Timbalannya, Dato’ Aidit Ghazali dan Naib Presiden JATI, Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba.

Tiga orang pemimpin utama Jalur Tiga (JATI) yang kini berjuang menyedarkan
rakyat Malaysia tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Dari kiri, Timbalan
Presiden JATI, Dato' Aidit Ghazali, Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Ali dan Naib
Presiden JATI, Prof. Dato' Dr. Sidek Baba.

Secara keseluruhan, program semalam sangat memberangsangkan. Dipengerusikan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS P. Pinang, Ustaz Hafiz bin Nordin, ia dihadiri lebih 5000 orang penduduk sekitar Permatang Pauh dengan sebahagian besarnya ialah penyokong PAS dan Barisan Nasional.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketiga-tiga orang panel tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Misalnya, Dato’ Aidit, salah seorang bekas sahabat Anwar Ibrahim, menggariskan tiga perkara yang amat mustahak untuk diambil perhatian oleh rakyat Malaysia dan para pengundi di Permatang Pauh sendiri amnya. Ia menyentuh persoalan akhlak, syariat dan akidah yang dimiliki oleh kedua-dua calon yang bertanding kali ini iaitu Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) dan Dr. Mazlan bin Ismail (BN).

Dato' Aidit Ghazali.
Berdasarkan analisa yang dibuat oleh beliau, Dato’ Aidit memberikan skor 3 kepada Dr. Mazlan di atas kualiti yang dimiliki dalam ketiga-tiga perkara yang digariskan sementara 0 (kosong) kepada Anwar Ibrahim. Menurut beliau, Anwar Ibrahim mempunyai kualiti akhlak yang sangat teruk kerana terpalit dengan pelbagai isu moral yang bukan lagi menjadi rahsia umum. Anwar juga dilihat sangat lemah dalam hal bersyariat berbanding Dr. Mazlan yang diketahui mempunyai kualiti muslim mukmin yang cukup tinggi dan boleh menjadi imam kepada penduduk di Permatang Pauh yang baik. Dr. Mazlan juga mempunyai keluarga yang hidup berlandaskan syariat, malah jika hendak dibandingkan dari segi kualiti keluarga sekali pun, Anwar terlalu jauh ketinggalan.

Namun, perkara paling utama yang perlu diberikan perhatian ialah aspek akidah. Para penduduk Permatang Pauh perlu, bahkan wajib membandingkan aspek akidah antara kedua-dua tokoh kerana Anwar Ibrahim diketahui seorang pemimpin Islam yang sangat liberal. Anwar mendokong kuat prinsip pluralisme akidah, yakni mempercayai semua agama adalah setaraf dan menyembah Tuhan yang sama. Menurut Dato’ Aidit, perkara berkaitan akidah inilah yang menjadi titik tolak kepada mereka serta ramai lagi bekas sahabat Anwar yang pernah berjuang dalam Angkatan Belia Islam (ABIM) suatu ketika dahulu, meninggalkan Anwar. Antaranya termasuklah Ustaz Ismail Mina yang begitu lantang menentang pluralisme akidah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di Malaysia ketika ini.

Prof. Sidek Baba
Sementara itu, Prof. Sidek Baba pula menggunakan peluang berucap secara langsung di hadapan audien untuk menjelaskan faktor-faktor yang mendorong beliau meninggalkan Anwar Ibrahim. Ia masih berkisar kepada persoalan akhlak, syariat dan akidah Ketua Pembangkang itu. Prof. Sidek Baba telah menghabiskan masa bersama Anwar selama 30 tahun, malah pernah ditahan di bawah ISA suatu ketika dahulu.

Hadirin tergamam seketika apabila Prof. Sidek Baba membuka cerita berkenaan rambut palsu Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah menggemparkan negara melalui pendedahan yang dibuat oleh seorang lagi bekas sahabat karib Anwar iaitu Nallakarupan. Pendedahan oleh Prof. Sidek Baba ini seolah-olah penegasan dan pengesahan yang lebih konkrit kepada pendedahan yang dibuat oleh Nallakarupan sebelum ini. Rambut palsu yang diceritakan oleh Nalla dan Prof. Sidek Baba sememangnya wujud dan pernah digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika menjalankan aktiviti songsangnya sewaktu masih berada dalam kabinet.




Sidek Baba dan Anwar Ibrahim - dua sahabat yang
melahirkan ABIM

Namun, oleh kerana terlalu taksub terhadap Anwar, Prof. Sidek Baba mengakui beliau tidak percaya sama sekali dengan segala bukti yang ditampilkan ketika berada dalam tahanan ISA itu. Namun kini, selepas membuat kajian mendalam dan mendengar cerita daripada bekas pengikut setia Anwar Ibrahim termasuk Senator Ezam Mohd Noor, akhirnya beliau percaya bahawa Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang bersih dan tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali pula menyeru seluruh rakyat supaya menolak Anwar Ibrahim secara total dan menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Seruan beliau itu telah menggamatkan suasana. Orang ramai bertepuk tangan tanda sokongan kepada beliau. Malah, penyokong-penyokong PAS turut bertepuk tangan sebagai menyokong calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang pernah berjuang bersama PAS sebelum menyertai Barisan Nasional.

Dr. Mazlan bin Ismail, calon BN P.044 Permatang Pauh.

Kehadiran Dr. Mazlan juga telah menukar mood ceramah kepada mood kempen selepas beliau diberikan slot ringkas untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya itu, Dr. Mazlan menyeru penduduk Permatang Pauh memberikannya peluang menjadi wakil rakyat mereka sambil menolak terus Anwar Ibrahim yang dilihat gagal meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat Permatang Pauh.

Secara keseluruhan, program Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar semalam telah membangkitkan momentum baru dalam kalangan penduduk Permatang Pauh untuk menolak pemimpin yang bercelaru akhlak, akidah dan syariat hidup seperti Anwar Ibrahim.

SB sangat tertarik dengan seruan oleh Dr. Mazlan sebelum beliau mengakhiri ucapannya. Beliau menyeru supaya para penduduk membuat pilihan yang seadil-adilnya, dan menunaikan solat sunat Istikharah pada malam sebelum hari mengundi bagi mendapatkan hidayah serta petunjuk untuk memilih pemimpin terbaik di tempat mereka itu.

SB percaya, ini satu bentuk serangan psikologi yang cukup halus dan berkesan terutamanya kepada penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh. Ia seolah-olah satu catatan sejarah kerana Anwar Ibrahim bakal ditentang oleh bekas pemimpin PAS yang sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang.

Tahniah, syabas dan selamat berjuang kepada Dr. Mazlan bin Ismail. Allah pasti bersama perjuangan anda!


Thursday, 4 April 2013

SOLAT 3 JUTA UMAT ISLAM MALAYSIA DIDAPATI TIDAK SAH SELAMA LEBIH 65 TAHUN??


SB ni walaupun tak baik sangat, tapi tidaklah jahil sangat. Seingat SB, tak pernah mana-mana guru agama yang mengajar hukum-hakam kepada SB dahulu dan kini, termasuk ayah SB sendiri, memberitahu bahawa ada rukun Islam yang ke-6.

Apa rukun Islam yang ke-6 tu? Sokong PAS, baru Islam. Sokong PAS, maka segala amal ibadat akan diterima terutamanya solat, puasa dan haji. Sokong PAS, maka sempurnalah Islam kita. Tak pernah SB diajarkan begitu.

Jadi, dalam kenyataan Tok Guru Nik Aziz ni, macam mana letak hukumnya?

Monday, 23 April 2012

UNTUNGNYA JADI MAHASISWA PRO-ANWAR IBRAHIM!!


Selain sumbangan yang mencurah-curah daripada parti-parti politik pembangkang, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka juga beruntung kerana turut dibantu dari sudut khidmat guaman percuma.

Mereka tidak perlu takut untuk melanggar undang-undang kerana sudah siap pasukan peguam yang diupah oleh PKR untuk menyelamatkan mereka, at all costs.

Buktinya, Fahmi Reza dan Umar Mohd Azmi, dua orang peserta perkhemahan yang ditahan sebelum ini telah dibantu oleh peguam pro-pembangkang iaitu Syahredzan Johan, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini semalam.

Kedua-dua mereka telah ditahan mengikut Seksyen 40 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 tetapi dalam kenyataan daripada peguam tersebut, pihak polis tidak boleh menahan mereka melebihi tempoh 24 jam seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Jadi tak hairanlah kalau mereka ini sentiasa bersedia bertindak bukan-bukan hingga ke tahap yang tak masuk dek akal orang awam yang lain. Jumlah mereka kecil tapi di belakang mereka tersedia pelbagai bentuk bantuan. Tapi sayang, mereka hanya mampu jadi keldai Anwar Ibrahim. Sampai bila?


Sunday, 22 April 2012

Ustaz Nasha Bercakap Soal LGBT

Dr. Uthman El-Muhammady (kiri) dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Siapakah mereka?

Ketika ini sedang berlangsung wacana yang bertajuk "Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah" bertempat di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Wacana anjuran Pertubuhan Permuafakatan Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini menampilkan beberapa orang tokoh panelis seperti Prof. Dr Uthman El-Muhammady dari Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan wakil dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan.

Wacana sebegini amat penting bagi meningkatkan kefahaman orang ramai tentang bahaya budaya seks songsang yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta negara keseluruhannya dalam jangka panjang.

Isu ini bukan sahaja menyentuh soal sosial, malah turut melibatkan kepentingan akidah umat Islam ketika dunia semakin diasak dengan fahaman liberalisme dan kebebasan hak asasi manusia yang kian melampau. 

Justeru menjadi tanggungjawab kita sebagai mahasiswa untuk sama-sama membantu menyebarkan dakwah ini termasuk mendedahkan agen-agen parasitnya yang kini menumpang di sebalik parti-parti politik berpengaruh di negara kita. Sudah sampai masanya kita bertindak!

Friday, 20 April 2012

GAMIS dan PMI Dicemari Parasit AKIDAH

Dalam kalangan mereka di bawah ini..


 Ada juga yang ini..


Demi matlamat... 

Jemaah diutamakan, Tarbiyah dikemudiankan!!

HIDUP HIDUP!!!

Thursday, 19 April 2012

PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM DEMO ANTI-PTPTN


Klik SINI untuk versi pegun.

11 SOALAN KEPADA AKRAM IKRAMI, ANAK BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGARA

Ada beberapa perkara penting yang perlu dihighlight selepas demonstrasi 1404 anti-PTPTN oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Dataran Merdeka. Ia juga menjadi concern penting dalam kalangan rakyat yang menolak kaedah perjuangan kumpulan mahasiswa jalanan ini. 















Selain 11 perkara yang SB senaraikan di atas, pastinya terdapat pelbagai lagi persoalan dalam minda kita semua. Sebagai mana mereka melaungkan hak bersuara, kita juga ada hak untuk bertanya dan mendapatkan jawapan. 

VIDEO ADAM ADLI DISUMPAH RAKYAT

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: 

Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.

Sahih Muslim

Jika Nabi Muhammad sendiri menegah para sahabat daripada duduk berbincang di tepi jalan, bagaimana pula mahasiswa-mahasiswi dalam rakaman video di bawah? Mereka bukan sahaja mengganggu pengguna jalan raya, bahkan menafikan terus hak orang ramai untuk menggunakan jalan raya dengan selesa. 

Adakah mereka ini lebih besar daripada para sahabat? Adakah pemimpin-pemimpin mereka lebih besar daripada Rasulullah SAW?

Bayangkan jika anda berada di dalam salah sebuah kereta sewaktu demonstrasi tersebut, anda ingin cepat dan perlu selesaikan urusan yang mustahak, tiba-tiba jalan anda dihalang oleh tindakan mahasiswa seperti dalam video di bawah. Apa perasaan anda?


TOLAK MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN MEREKA MELAMPAUI BATAS LAGI!!

Wednesday, 18 April 2012

ANGPOW PUTIH DAN PARASIT AKIDAH - MANA FATWA PAS??

29 Januari 2012, negara kecoh apabila masyarakat Cina mempertikaikan tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang dipimpin oleh Dato’ Ibrahim Ali menyerahkan angpow berwarna putih dalam satu majlis sambutan Tahun Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Angpow putih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat Cina kerana menyentuh soal kematian.

Isu ini telah digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang termasuk PAS untuk menghentam kerajaan atas alasan PERKASA mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan kerajaan sendiri.

Angpow putih biasanya digunakan oleh kaum Cina ketika upacara kematian atau pengkebumian berbanding angpow merah untuk meraikan perayaan Tahun Baru. Tindakan itu dibesar-besarkan dengan alasan telah menghina sensitiviti masyarakat Cina walaupun PERKASA meminta maaf dan menjelaskan ia hanya satu kesilapan yang tidak disengajakan.

14 April 2012, negara sekali lagi dikejutkan apabila kumpulan mahasiswa pro-pembangkang bertindak melampau dengan mengusung potret Perdana Menteri DS Najib dan Menteri Pengajian Tinggi DS Khaled Nordin yang dikalungkan dengan bunga kematian dalam demonstrasi anti-PTPTN di ibu negara.

Pemuda Islam mengusung potret 'kematian' pemimpin negara yang masih hidup
mengikut adat dan budaya Hindu. Di mana silapnya?

Lebih mengaibkan, potret kematian mengikut budaya agama Hindu itu ‘dikebumikan’ dalam satu ritual khas menggunakan batu nesan yang biasanya melibatkan pengkebumian orang Islam di negara ini. |SINI|

Potret dikalungkan dan ditabur dengan bunga dalam ritual kematian
mengikut agama Hindu sebelum diletakkan batu nesan mengikut
amalan pengkebumian orang Islam. Simbolik pluralisme? 

Berbanding isu angpow putih, isu kalungan bunga kematian pada potret kedua-dua pemimpin negara dan ritual pengkebumian mengikut adat Hindu dan Islam itu seolah-olah dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ketua Dewan Ulama’ dan Ketua Dewan Pemudanya.

Adakah kerana yang melakukan itu ialah kader-kader PAS dalam kalangan mahasiswa |SINI| maka ia dipandang tidak penting meskipun menyentuh persoalan akidah Islamiah?

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin PAS yang mengulas isu ini dari sudut akidah sehingga menjadi tanda-tanya besar dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Adakah akidah boleh diolok-olokkan hanya kerana ia dilihat memberi untung kepada parti tersebut?

Jika dalam isu angpow putih PAS ke hadapan mempertahankan maruah kaum Cina, kenapa dalam soal akidah yang begini besar PAS hanya membisu? Sampai bila PAS mahu bermain dengan sentimen politik sehingga meremehkan sentimen agama? Di mana asas perjuangan PAS, PMI dan GAMIS yang selama ini teguh dengan perjuangan Islamiahnya?





28 April ini, apa pula yang akan berlaku? Bersediakah kita menerima bentuk penghinaan yang lebih dahsyat atas nama perjuangan menguasai Putrajaya? 

ANAK CINA MAIN SOLAT-SOLAT, ANAK MELAYU HINA AKIDAH UMAT


Ada apa dengan video ini? Ramai yang melatah bila SB muatnaik video pendek ini di saluran Suara Baru di YouTube. Ramai yang marah dan menghantar pelbagai kecaman peribadi ke petimasuk SB baik di YouTube mahupun di Facebook.

Baik. Sama ada anda faham atau tidak, video ini bukti betapa murahnya nilai akidah Islamiah bagi puak-puak mahasiswa yang makin masuk air ni. Bagi mereka, matlamat lebih utama. Kekuatan dan jumlah ahli lebih penting. Latar belakang akidah dan kepercayaan bahkan amalan dalam ibadat tak penting langsung bagi mereka.

Buktinya, Syahid Zaini, Pengerusi Malaysia Bangkit tanpa rasa bersalah memperlihatkan kesombongannya apabila mengatakan tindakan mengusung dan meraikan potret DS Najib dan DS Khaled Nordin mengikut adat kematian masyarakat Hindu sebagai satu simbolik semata-mata, tiada yang salah.

Justeru apa nak hairan kalau video di atas ini turut dipandang sepi? Syahid Zaini, Safwan Anang, Shazni Munir dan Akram Ikrami, semuanya dari Persatuan Mahasiswa Islam dan Gamis, tapi apa peranan mereka dalam membetulkan akidah dan ibadat seorang budak Cina yang katanya baru masuk Islam ni?

Soalnya benarkah budak Cina ini muallaf seperti yang didakwa? Seorang kenalan di Utara mengakui budak Cina ini ialah mahasiswa dari USM. Kelibatnya biasa dilihat di Masjid Al-Malik Khalid. Justeru kalau benar dia muallaf, kenapa soal asas dalam ibadat solat pun cacamerba lagi?

Setelah diperhatikan, maka benarlah, kumpulan mahasiswa Islam seperti PMI di negara ini terlalu taksub dengan fikrah politik mengikut jalan Hassan Al-Banna yang mementingkan kekuatan jemaah yang dijana melalui jumlah ahli yang ramai tapi tidak menitikberatkan soal kualiti jemaah itu.

Menerusi fikrah ini, jemaah yang besar mampu mencapai matlamat dengan lebih mudah meskipun bertentangan dengan jalan sunnah yang sebenar. Rasulullah SAW mementingkan kualiti jemaah terlebih dahulu melalui proses tarbiyah yang berterusan. Lantaran itulah jemaah Islam pada zaman Baginda amat berkualiti termasuk pada zaman-zaman pemerintahan para Sahabat.

Hal ini tidak berlaku lagi pada kebanyakan jemaah Islam pada hari ini terutamanya yang cuba mengambil jalan politik seperti PAS dan PMI  dalam merealisasikan matlamat mereka. Mereka mengumpul ahli terlebih dahulu dan dalam proses itu, sesiapa saja boleh diterima asalkan mempunyai semangat dan fikrah yang sama. 

Jadi tidak hairanlah jika persoalan akidah sebegini dipandang rendah kerana bagi mereka, matlamat atau objektif perjuangan mengatasi segala persoalan lain. Kalau tak percaya, lihatlah gelagat mereka yang boleh ditonton dalam video-video lain di saluran Suara Baru.

Monday, 16 April 2012

DBKL PUN DAH MENYAMPAH!!

Tak nak bauar hutang ye? Nah sebijik!!

15 April 2012, grup gelandangan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang merempat di Dataran Merdeka menyebarkan berita kononnya mereka dikasari oleh kakitangan DBKL. Kononnya juga ada kalangan gelandangan ditumbuk dan dipukul. 

SB kata, apa nak hairanlah. Sesiapa pun yang berada di tempat DBKL tidak mungkin boleh bersabar dengan sikap melampau gelandangan-gelandangan muda yang tak mahu bayar hutang ni. 

Bukan setakat DBKL disusahkan, bahkan polis dan orang awam juga dapat susah kerana mereka. Sampai bila?? SB tak terkejut kalau lepas ni muka mereka diludah di khalayak ramai pula. Hidup sepanjang masa dimaki dan disumpah seranah masyarakat! 

Peristiwa Adam Adli Si Penari Tiang ditumbuk dua minggu lepas di Kerinchi membuktikan betapa benci dan meluatnya orang ramai terhadap kumpulan mahasiswa ini. Hanya mereka yang masih perasan bagus dan fikir kebal di sisi undang-undang.


GILA!!! Anak Bekas Imam Besar Masjid Negara Redha Rakan-rakanya Murtad??


Video pendek ini dirakamkan pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka ketika mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang mengadakan demo membantah PTPTN.

Di dalam rakaman ini, beberapa pemimpin mahasiswa kelihatan dengan jelas mengalungkan bunga kematian pada potret Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Khaled Nordin.

Pada awal rakaman, pelajar tahun pertama dari UiTM, Khalid Ismath atau Khalid Syiah menggunakan kalimah suci "Allahyarham" untuk kedua-dua pemimpin negara tersebut, tetapi menukarkannya kepada "mendiang" tidak lama kemudian apabila rakannya iaitu Syahid Zaini, bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya dan Shukri Razab, pelajar yang gagal menghabiskan pengajiannya di UMS dan KUIS mula mengalungkan bunga kematian tersebut.

SB begitu kesal dengan kelakuan mereka. Adakah ini selari dengan ajaran Islam? Perbuatan Khalid Syiah tidak mengejutkan kerana dia sememangnya mengagumi Syiah, tetapi bagaimana dengan Syahid Zaini dan Shukri Razab?

Anak bekas Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzemudin iaitu Sdr Akram Ikrami yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) juga turut terlibat dalam ritual sesat lagi menyesatkan ini.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Khaled ialah penganut Islam, dan fakta bahawa kedua-duanya masih hidup juga dimaklumi oleh seluruh rakyat. Justeru kenapa tindakan sebegini boleh dibenarkan dan dimaafkan begitu saja?

Apa hukumnya jika seorang muslim dikebumikan mengikut upacara keagamaan Hindu? Tidakkah Akram, Syahid dan Shukri Razab serta Safwan Anang yang kini menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, tahu akan hakikat ini?

Kesimpulan SB dalam hal ini mudah, kumpulan mahasiswa ini sebenarnya tidak akan bertindak keterlaluan tetapi akibat adu domba dan hasutan berterusan daripada pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang telah mendorong mereka melampui batas dalam bersuara.

Politik hanya sebahagian daripada sistem sosial kita, tapi akidah menempati seluruh kehidupan orang Islam walaupun berbeza fahaman dan ideologi. Jangan sesekali terjebak dengan fahaman kebebasan dan terlalu ikutkan nafsu semata-mata, kerana kesannya terhadap akidah amatlah dahsyat.

Saturday, 14 April 2012

SMM Hina Akidah Umat Islam. WAJIB MINTA MAAF!!

Laporan terkini. Kehadiran demonstran hasil didikan sekolah pemikiran IKD dan dimoderator oleh Fahmi Reza sekitar 500 orang sahaja. Keadaan menjadi sesak kerana kawasan sekitar turut dipenuhi orang ramai yang berkunjung ke ibu kota sempena cuti hujung minggu.

Dalam pada itu, orang ramai mula meradang dan memaki hamun para demonstran muda ini. SB akan siarkan video luahan orang ramai selepas ini bagi membuktikan budaya demonstrasi amat dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Lihat gambar-gambar di bawah, adakah ini budaya yang kita mahukan?

Pemimpin SMM mempermainkan sentimen agama orang Islam?? Nauzubillah.

Syahid Zaini, bekas Presiden MPM UM bersekongkol mempersendakan akidah  Islamiah.
Bertaubatlah.

Kenapa ini berlaku? Di mana Gamis? Di mana PMI? Di mana Pemuda PAS? Di mana Mat Sabu?

Bukankan ini budaya agama Hindu? Kenapa sampai begitu sekali SMM dan mahasiswa pro-pembangkang tergamak mempermainkan aib pemimpin negara? Inikah contoh pemimpin mahasiswa dan bakal pemimpin masa depan kita?

Tolak SMM. Tolak Adam Adli. Hancur Pro-M! Semoga Allah ampunkan dosa-dosa syirik yang mereka lakukan, nauzubillah.

TERKINI DARI DATARAN : ORANG RAMAI MAKI MAHASISWA??




Mereka sudah mula bergerak. Jalan terpaksa ditutup semata-mata nak bagi laluan kepada puak-puak yang tak reti bersyukur ni. Hari minggu begini hanya mengganggu orang ramai saja.

Ikuti juga laporan ekspres dari SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT di SINI dan SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar