Pages

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

RISE OF THE 'REJECT SHOP' OF PAS - MAT SABU TUNJUK POWER

Cepat benar PAS terima balasan. 

Kalau arwah Tuan Guru Nik Aziz masih ada, tentu dia boleh lihat dengan mata kepala sendiri akan hakikat bahawa PAS kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. 

Legasi perjuangan parti Islam ini yang begitu sinonim dengan Tuan Guru Nik Aziz semasa hayatnya, dengan mudah dirosakkan oleh segelintir anak-anak fikrahnya sendiri seperti Mat Sabu dan Ustaz Ahmad Awang. 

Mat Sabu & gerombolan 'barang rejek' ketika mengumumkan
penubuhan Gerakan Harapan Baru.

Selepas tewas teruk dalam pemilihan parti pada Jun 2015 yang lalu, kini mereka mengemudi gelombang perpecahan dalam PAS dengan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) disusuli dengan penubuhan sebuah parti politik baharu tidak lama lagi sebagai alternatif kepada PAS yang didakwa mereka sebagai tidak lagi relevan dalam kancah politik di Malaysia. 


Sementara itu, sejumlah pemimpin mahasiswa propembangkang turut dijangka akan menyertai kumpulan serpihan PAS ini. Antara muka yang telah dikenalpasti komited membantu Mat Sabu setakat ini ialah Shazni Munir, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan rakan-rakan beliau yang pernah aktif dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang turut kecewa dengan PAS.  

Selamat maju jaya diucapkan kepada GHB dan takziah kepada PAS. 


BOIKOT LOW YAT 

Monday, 13 July 2015

RAFIZI RAMLI PENYELAMAT LOW YAT


Ni apahal pula si Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin yang direjek oleh ahli PAS tiba-tiba nak jadi hero dalam kes penipuan peniaga Cina Low Yat? 

Siapa yang nak dibela oleh mereka? Peniaga yang menipu atau pembeli yang dizalimi? 

SB tak kisah kalau Cina-cina DAP back up kumpulan peniaga Low Yat yang menipu. Memang itu sudah menjadi sebahagian daripada JD mereka sebagai pemimpin DAP. 

Tapi bila muncul muka-muka Melayu seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khalid Samad, SB fikir ini sudah jadi isu lain. 

Sejak insiden ini bermula lagi para pemimpin pembangkang sudah bermain politik dengan mendakwa ia sengaja dirancang bagi menutup isu 1MDB. Tidakkah ini satu tuduhan yang terkutuk, semberono dan lebih dahsyat daripada menghasut? 

Tidakkah mereka melihat sendiri punca sebenar insiden ini adalah isu antara pembeli yang ditipu dan peniaga yang menipu? 

Asasnya dalam kes ini ialah penipuan oleh peniaga-peniaga Cina di Low Yat yang semakin berleluasa. Amukan 7 pemuda Melayu itu pula adalah manifestasi kekecewaan pengguna yang cepat mengesan penipuan yang dilakukan oleh Cina-cina Low Yat. 

Justeru, kepada pemimpin Melayu pembangkang khususnya Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khalid Samad, anda janganlah menangguk di air keruh dengan menafikan hak pengguna dalam kes ini. Malu! 


BOIKOT LOW YAT


Wednesday, 18 March 2015

HUDUD BAKAL PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT

Hari ini sejarah bakal tercipta di bumi Kelantan. Dengan izin Allah SWT, Kerajaan Negeri akan membentangkan usul pelaksanaan Hudud di negeri tersebut selepas tertangguh akibat banjir hujung tahun lepas, juga di sebalik polemik berpanjangan dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menentang usaha PAS ini. 

Perkembangan ini juga seharusnya membuka mata para penyokong PAS untuk melihat siapakah sebenarnya yang memusuhi Hudud. Sejak sekian lama mereka dimomokkan kononnya UMNO menentang undang-undang Allah ini sehingga dikafirkan parti terbesar orang Melayu itu. 

Ironinya, seperti dalam gambar di atas, Menteri Besar Kelantan sendiri telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus memungkinkan pembentangan hari ini berjalan seperti yang dimahukan oleh PAS.

Dalam pertemuan ini, TPM telah berjanji untuk menyokong pembentangan usul tersebut melalui undi yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dan PAS, boleh teruskan usaha mereka tanpa atau dengan sokongan rakan pembangkang kerana jumlah ADUN UMNO dan PAS sendiri sudah mencukupi. 

Tahniah diucapkan kepada UMNO dan PAS kerana berjaya mencapai persefahaman dalam perkara ini. 

Tuesday, 11 November 2014

YB KAMARUL BAHRIN NAK AJAR PARA PENSYARAH

YB PAS Kuala Terengganu, Kamarul Bahrin tiba-tiba nak mengajar kerajaan dan pihak universiti supaya tidak mengongkong mahasiswa serta para pensyarah daripada mengeluarkan pendapat.

SB nak tanya, sejak bila pihak kerajaan atau mana-mana universiti mengamalkan polisi sedemikian?

Selama ini para pensyarah diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk mengajar di dalam dewan kuliah, bebas menghasilkan kandungan pembelajaran masing-masing. Malah, tak keterlaluan dikatakan, para pensyarah propembangkang lebih ramai yang menggunakan kemudahan universiti untuk berpolitik secara 'intelektual' termasuk menyediakan tugasan ilmiah yang berbaur politik propembangkang. 

Pindaan AUKU 2012 pula membenarkan mahasiswa menyuarakan pendapat seluas-luasnya, termasuk menganggotai mana-mana parti politik di luar kampus. Syaratnya mudah, jangan bawa masuk ahli politik untuk berpolitik di dalam kampus. Takkan benda ni pun tak faham? 

Ada sebabnya kenapa syarat ini dikuatkuasakan. Untuk makluman tuan YB, berapa kerat je mahasiswa yang kemaruk sangat dengan politik. Pihak universiti perlu menjaga kepentingan majoriti pelajar lain yang tidak mahu terlibat dengan politik keterlaluan berbanding menjaga hak seorang dua seperti Fahmi Zainol, Adam Adli atau Safwan Anang. 

Wake up YB. Dont be so stupid. 

Tuesday, 4 November 2014

PEMIMPIN PAS BELA SISTERS IN ISLAM, APA KATA NIK AZIZ?

Sejak mengamalkan 'nikah muta'ah' dengan parti sekular PKR dan parti komunis DAP, PAS yang dulunya merupakan parti Islam totok, semakin menyimpang jauh. 

Terkini, sekumpulan Ahli Parlimen PAS diketuai YB Mujahid Yusof,  mempertikaikan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memfatwakan kumpulan Sisters In Islam (SIS) sebagai sesat kerana menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme akidah. 

Adakah YB Mujahid menyokong SIS secara tidak langsung dan menentang usaha MAIS dalam menangani pengembangan fahaman sesat tersebut? 

Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat PAS ini menyedari bahawa liberalisme dan pluralisme sudah didefinisikan sebagai suatu fahaman yang sedang berkembang di seluruh dunia dan menjadi anutan sebahagian besar umat Islam moden sehingga dilabelkan sebagai agama baharu yang sesat lagi menyesatkan? 

Semoga perkembangan muktahir membabitkan pemimpin-pemimpin PAS ini diambil maklum oleh Mursyidul Am parti tersebut, YB Nik Aziz Nik Mat yang selama ini lantang mengkafirkan UMNO siang dan malam. 

Wednesday, 21 May 2014

WANITA INI TAK MALU MENGAKU DIRI SEHEBAT TUN M

Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.

Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.

Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.

Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.

Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan? 

Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.

Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?  

Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.

Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat. 


Tuesday, 20 May 2014

MAT SABU ENJOY TENGOK AURAT DYANA SOFYA SAMBIL MENIPU ALLAH

Apa hukumnya memakai tudung? Dan apa hukumnya tidak memakai tudung? Soalan ini ditujukan kepada para pentaksub PAS, dan khas kepada TIMBALAN PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA a.k.a PAS, Mat Sabu.

Jangan bila bercakap bab hukum, anda hanya nampak Rosmah dan Puteri-puteri UMNO sahaja. Cuba fahami maksud kata-kata penuh bongkak dan fasik daripada calon DAP beragama Islam ini : 
“Saya pakai selendang semalam (kerana) saya berada di markas PAS dan saya hanya menyatakan hormat saya (dengan pakai selendang). Masa di Gelang Patah (Johor) pun saya buat perkara yang sama (kerana) program PAS," Dyana Sofya, DAP.
Ini Dyana Sofya bertudung tapi masih terdedah aurat.


Dan ini pula, Dyana Sofya tanpa tudung sekaligus membogelkan auratnya.


Yang mana satu PAS suka? Kalau Mat Sabu, dia lebih suka gambar kedua. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini pula : 


Bukan main lagi Mat Sabu bila dapat peluang duduk sebelah perempuan mongel macam Dyana Sofya ni. Jarang jumpa dalam PAS spesis mongel tak bertudung macam ni. Yang ada pun hipokrit je banyak. Sekali sekala dapat peluang, Mat Sabu pun enjoy sakanlah. 

Maaf PAS, anda perlu bermuhasabah sekarang. Cek balik rukun dan tertib perjuangan anda yang selama ini diagung-agungkan dalam tamrin tahap tiga kepada mahasiswa-mahasiswi yang menyokong anda. Betulkan dulu akhlak pemimpin anda sebelum bercakap bab hukum. 

Akhir soalan, adakah PAS hanya bijak menipu Allah? 

Monday, 19 May 2014

I AM KARPAL SINGH ATAU I AM KAFIR HARBI?

Maaf pakcik, makcik. SB terpaksa menulis di sini. Jika pakcik dan makcik punya anak di luar sana, SB harap mereka akan menegur pakcik dan makcik.

Mungkin pakcik dan makcik tak tahu apa-apa dalam perjuangan DAP kerana pakcik dan makcik sudah tentu mengikut sahaja rentak parti pakcik dan makcik. 

Tapi pakcik dan makcik tentu tak pernah lupa akan hakikat betapa mendiang Karpal Singh dahulu sangat keras menentang Hudud dan Negara Islam. 

Jadi kenapa pakcik dan makcik ingin jadi Karpal Singh? Ia sama seperti I AM KARPAL SINGH itu ialah I AM KAFIR HARBI! Astaghfirullah.. 

Pakcik dan makcik, dan pakcik-pakcik makcik-makcik sekalian di luar sana. Usia ini seharusnya mematangkan kalian untuk berfikir dan menilai atas neraca agama, bukan politik kepartian semata-mata.

Benar, itu cuma slogan dalam kempen PRK Bukit Gelugor yang diperkenalkan oleh DAP. Tapi pakcik dan makcik tahu tak, dalam fahaman politik mereka, Karpal Singh itu sudah sampai ke tahap dewa. Sebab itulah mereka menggunakan slogan ini. 

Allah Maha Pengampun. Pakcik dan makcik bertaubatlah. 

Saturday, 28 December 2013

GEMPAR!!! BLOGGER PAS BERJAYA BUKTIKAN ROSMAH MANSOR PINDAH ASET BERBILION RINGGIT

Hebatnya gaya fitnah blogger PAS sorang ni. Penuh berseni gaya fitnahnya. Kalau ye pun bencikan Rosmah, beragaklah juga dengan Allah SWT. Bencikan Rosmah, kau jemput Allah datang jenguk bagaimana cara kau memfitnah. Kau ingat Allah tak alert ke dengan posting kau ni? 


                                  

Kasihan. Sedih. 

Beginilah Islam di tangan para pejuang PAS. Matlamat sentiasa menghalalkan cara mereka berjuang. 

Thursday, 19 December 2013

PAS JANGAN JADI BODOH MACAM LEMBU

Blogger The Unspinners tak pernah gagal dalam membuat pendedahan dan pembongkaran tentang sisi jahat pembangkang di Malaysia, termasuk yang terbaru ini. Seperti yang kita sedia maklum, pembangkang ketika ini sedang menggerakkan demonstrasi besar-besaran Bersih 4.0 dalam usaha terdesak mereka menggulingkan pemerintah. 

Bersih 4.0 yang dicanangkan sebagai aman dan tiada provokasi hanyalah helah semata-mata. Sejak awal mereka telah menyemai amarah dan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Tujuan mereka tidak lain hanyalah mahu mencetuskan porak peranda yang akhirnya akan memudahkan usaha mereka merampas pemerintahan negara.

Namun, apa yang lebih mengecewakan ialah sikap ahli PAS, satu-satunya parti yang mengaku mereka sahaja layak memperjuangkan Islam di Malaysia, turut terlibat dalam usaha laknat ini. Atas alasan sempit mereka menyokong demonstrasi tersebut tanpa mengetahui pelbagai agenda tersirat musuh-musuh Islam di sebalik penganjurannya. 


Justeru kepada penyokong-penyokong PAS, disarankan anda mengikuti pendedahan yang dibuat oleh The Unspinners ini di SINI.

Wednesday, 4 December 2013

BLOGGER PAS SILAP TAFSIR TUN DR. MAHATHIR

Pengunduran Tun Dr. Mahathir daripada jawatan Penasihat PETRONAS mendapat reaksi yang pelbagai. 

Ketika rakyat yang sayang dan cinta akan Tun boleh menerima keputusan tersebut, di pihak pembangkang pula, mereka cuba mencetuskan teka-teki dan mencipta persepsi bodoh bagi mengaitkan keputusan Tun dengan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak yang didakwa ada masalah.



Harakah Daily misalnya, menyiarkan analisa artikel tulisan seorang blogger PAS, Shahbudin Husin, yang cuba mempersoalkan faktor sebenar Tun mengundurkan diri daripada PETRONAS selain alasan kesihatan yang merosot yang diumumkan oleh Tun sendiri.

Umum mengetahui usia Tun kini sudah mencecah 88 tahun dan tidak lama lagi akan mencapai 99 tahun. Pada usia ini, Tun pasti menghadapi pelbagai kekangan kesihatan khususnya dari segi fizikal. Namun pada blogger belaan PAS ini, kesihatan bukan satu hal yang penting. Menurut Shahbudin, peranan Tun dalam PETRONAS tidak besar, hanya bertindak sebagai Penasihat yang boleh duduk dan tidur di rumah tanpa perlu ke pejabat.


Adakah Shahbudin lupa, dia bercakap tentang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad? Manusia ini bukan manusia sembarangan yang boleh disamakan dengan manusia-manusia lain. Kalau Shahbudin fikir Tun boleh memilih bekerja dari rumah, itu kesilapan terbesar beliau dalam memberikan sifat kepada sosok tua ini. Tun bukan jenis duduk goyang kaki dan terima gaji tanpa buat apa-apa. Itu mungkin budaya orang PAS dan para pemimpin mereka, bukan budaya kerja Tun!

Hentikanlah usaha nak burukkan Tun wahai Shahbudin dan Harakah. Kenal sikit dosa dan pahala apabila bersangka buruk. 

Tuesday, 3 December 2013

KORBAN KIAN MENINGKAT, PAS PULA PILIH PEMIMPIN PRO-SYIAH

Sehingga kini, sejumlah 126,000 orang  dilaporkan terkorban dalam perang saudara panjang di Syria. 

Perkembangan ini didedahkan oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Syria selepas 33 bulan perang saudara tersebut meletus membabitkan penganut Sunni dan Syiah.

Daripada jumlah itu, dilaporkan orang awam yang terkorban mencecah 44,381 orang dengan 6,626 orang adalah kanak-kanak dan 4,454 lagi adalah wanita.

Sementara itu, pihak kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah dituduh bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai ini oleh Tribunal Perang PBB.

Soalnya, adakah dunia khususnya Amerika Syarikat dan PBB sendiri akan mengambil tindakan tegas ke atas Bashar? Berapa banyak lagi nyawa diperlukan untuk mengukuhkan syarat sebelum tindakan tegas diambil?

Di Malaysia pula, PAS memilih seorang pemimpin mereka yang pro-Syiah dan menyokong kerajaan Bashar  sebagai Timbalan Presiden. Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada parti ini dalam isu Syria? 

Monday, 2 December 2013

MUSTAFA DAN MAHFUZ TEPATI KEHENDAK DAP?


Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang hari ini melantik semula Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong parti tersebut di samping menamakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS baru-baru ini sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baharu. 

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu PAS walaupun hakikatnya banyak muka lama yang dikitar semula untuk memegang jawatan-jawatan penting di dalam PAS Pusat.

Kontroversi mengaibkan membabitkan Mustafa Ali dalam satu skandal video lucah yang didedahkan sebelum PRU-13 nampaknya tidak menggoyahkan keyakinan Hadi Awang terhadap orang kanannya itu. Mungkin PAS sekarang benar-benar ketandusan pemimpin pelapis atau Hadi Awang sendiri gagal dalam menyusun strategi politik.

Pelantikan Mahfuz Omar juga tidak banyak menepati kehendak akar umbi dalam PAS. Tokoh ini dilihat terlalu celopar dalam banyak hal walaupun isinya kosong sehingga mengundang rasa malu pada ahli-ahli PAS sendiri. 

Apa-apa pun, inilah barisan kepimpinan harapan Hadi Awang yang bakal dikerah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-14 kelak. 

Monday, 25 November 2013

PAS KENA ROBEK LAGI

Dr. Muhaimin Sulam, Ketua Lajnah Kebudayaan PAS
atau Ketua Lajnah Rock Metal? 

Apa agaknya yang difikirkan oleh Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr. Muhaimin Sulam ketika membela parti tersebut yang diserang gara-gara persembahan rock metal dalam salah satu slot sambutan muktamar agung PAS?

Dr. Muhaiman kata persembahan tersebut adalah bertujuan menarik sokongan anak muda sesuai dengan slogan PAS For All. PAS, menurut beliau, perlu mengambil kira semua minat dan kecenderungan anak muda termasuk peminat golongan metal yang menyokong PAS.

Apa sudah jadi dengan larangan berhibur secara keterlaluan? Mana pergi garis panduan berhibur mengikut Islam? Adakah PAS mempunyai hak dan kebebasan untuk mengubahsuai atau memanipulasi larangan serta garis panduan tersebut sewenang-wenangnya?

Kalau benar nak ikut slogan PAS For All dalam hal hiburan, PAS kena buat lebih lagi. Hakikatnya rock metal hanya satu juzuk seni yang kecil dan mempunyai pengikut yang sangat kecil di negara ini.

PAS makin lama makin bercelaru.             

Monday, 1 July 2013

VIDEO AKSI ANAK PEMIMPIN PAS JADI TUMPUAN

Klip video ini bakal jadi santapan rohani baru anak-anak muda PAS. Kenapa? Sebab penyanyinya ialah anak salah seorang Ahli Parlimen PAS! Mungkin dah lulus tayang di peringkat pimpinan utama parti tersebut, maka sebab itulah ia disiarkan kepada umum.


Bayangkan kalau ini video anak pemimpin UMNO? Apa reaksi mereka?

Untuk cerita yang lebih pedas, klik SINI.

Monday, 24 June 2013

LAHANAT PAS UBAH SUAI AYAT QURAN!!

Ini bukti PAS rosakkan agama kita. Bukti yang cukup jelas dan nyata. Kenapa sampai ke tahap ini PAS menjual agama Islam?


Adakah PAS juga sudah menjadi seperti kumpulan Syiah yang sewenang-wenangnya menokok-nambah Al-Quran mengikut kemahuan mereka apabila berhujah?


Monday, 10 June 2013

GURU MELAYU HINA YANG DIPERTUAN AGONG DAN PRESIDEN PAS

Ini lagi seorang mangkuk yang tak faham adat bernegara di sebuah negara bernama Malaysia. Nama akaun Faceboooknya ialah Benz Ali. Boleh cari dan bantai cukup-cukup di atas sikap kurang ajarnya ini. Baru-baru ini, mamat ni keluarkan kenyataan yang amat biadap dengan menghina Yang DiPertuan Agong ketika sambutan Hari Keputeraan Baginda.

Antara kata-kata cacian yang digunakan termasuklah melabelkan Sultan Abdul Halim sebagai poyo dan membazirkan duit tanpa perlu bekerja.



Berdasarkan carian di Facebooknya, mamat ni dipercayai seorang guru yang menganut fahaman sosialis tegar. Malah, dia juga terlibat menghasut para pelajarnya di sekolah supaya membenci kerajaan dan UMNO khususnya melalui kempen ABU yang digerakkan ketika waktu Pembelajaran dan Pengajaran (P&P).





Maklumat yang SB terima juga memaklumkan mamat ni begitu lantang mengutuk pimpinan utama PAS termasuk Presiden Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang di Facebooknya susulan tindakan Hadi Awang mengkritik Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan keputusan PAS menentang calon PSM di kerusi Kota Damansara dalam PRU ke-13 yang lepas.

Anehnya, mamat ni tidak pernah ditenyeh oleh mana-mana aktivis atau penyokong PAS walaupun terang-terangan dia dan rakan-rakan menghina 'ulamak' PAS. Bayangkan kalau mamat ni ahli UMNO, apa reaksi yang akan diterimanya?

SB ingin berpesan kepada mamat ni rakan-rakannya, berhati-hatilah.. Gerak geri dan aktiviti kalian sentiasa dipantau.

PAS SEMAKIN MENUJU JALAN SYIAH


Selepas bermain wayang sana sikit sini sikit, akhirnya PAS memutuskan untuk menyertai Himpunan Blackout 505 walaupun sebelum ini, Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Harun Taib berkata PAS menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Individu yang bertanggungjawab mengheret PAS ke himpunan tersebut tidak lain dan tidak bukan pastinya tokoh pro-Syiahnya, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden. Dengan kuasa besarnya sebagai orang Nombor 2 dalam PAS itu, mudah bagi Mat Sabu mempengaruhi sebarang keputusan parti. Dalam hal ini, Mat Sabu ternyata lebih mengutamakan nafsu serakah Anwar Ibrahim berbanding keputusan Ketua Dewan Ulamaknya sendiri.

Tahniah PAS kerana sentiasa berubah dan bertransformasi sekaligus membuktikan parti anda ialah parti yang tidak pernah teguh dengan pendirian yang dibuat.

SB : Syaitan-syaitan demokrasi pasti bergembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar