Pages

Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Monday, 12 August 2013

SOSIALIS - SYIAH BERMAHARAJALELA DI KAMPUS, APA TINDAKAN HEPP/HEPA?

Inilah wajah anak muda Melayu bernama Benz Ali yang sering mengeluarkan kenyataan menghina pelbagai pihak termasuk alim ulamak. Jika sebelum ini dia lantang menghina Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Syah dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, |SINI| kini dia hina pula sunnah Baginda Rasullah SAW yang diamalkan oleh alim ulamak kita. 

Apa masalah dengan budak ni? Dia ni banyak masalah. Akalnya bercelaru. Hanyut dengan rasa bijak sendiri sehingga tanpa dia sedar, dia sendiri menjadi rosak akidah. 

Benz Ali Sosialis.

Lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini yang boleh disifatkan sebagai AMAT BIADAP dan KURANG AJAR. 

Ulamak dipukul rata sebagai golongan kuat seks. 

Analogi sesat lagi menyesatkan. 

Budak ni cuba menjadi pejuang rakyat berpaksikan ideologi sosialis tapi sayang, dia tersesat dalam arus perjuangannya itu sendiri sehingga tidak nampak lagi perbezaan antara setiap situasi yang berlaku. Jika Rasulullah SAW masih hidup sekali pun pasti Baginda mengecam fahaman sebegini. 

Sahabat blogger SB dari Team Pena Minang juga telah menyiarkan siri kesesatan budak-budak sosialis ini yang dipercayai berpusat di Bangsar Utama. Klik SINI


Realitinya, kumpulan anak muda berfahaman sosialis sebegini semakin kuat di kampus-kampus utama khususnya di Lembah Klang. Baru-baru ini, Khalid Ismath secara terbuka mengisytiharkan kewujudkan kelab sosialis di UiTM


Bagaimana pula dengan kampus-kampus lain? Selain fahaman Syiah yang kian kukuh bertapak di UM, UIAM dan USIM, kita juga bakal berhadapan dengan kemunculan geng sosialis yang sangat kritikal dari segi hujah dan pendekatan yang diambil khususnya dalam mendepani sesuatu isu berkaitan masyarakat.

Difahamkan, di USM Kampus Induk juga sudah dijajah oleh kumpulan sosialis melalui gerakan Cap Ayam dan Majlis Mahasiswa  Bertindak (MMB) yang mempunyai hubungan erat dengan SUARAM Pulau Pinang

Agaknya sampai bila pihak pentadbiran universiti yang terlibat ini akan berdiam diri? Masih nak tunggu dan lihat? 

Monday, 10 June 2013

PAS SEMAKIN MENUJU JALAN SYIAH


Selepas bermain wayang sana sikit sini sikit, akhirnya PAS memutuskan untuk menyertai Himpunan Blackout 505 walaupun sebelum ini, Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Harun Taib berkata PAS menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Individu yang bertanggungjawab mengheret PAS ke himpunan tersebut tidak lain dan tidak bukan pastinya tokoh pro-Syiahnya, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden. Dengan kuasa besarnya sebagai orang Nombor 2 dalam PAS itu, mudah bagi Mat Sabu mempengaruhi sebarang keputusan parti. Dalam hal ini, Mat Sabu ternyata lebih mengutamakan nafsu serakah Anwar Ibrahim berbanding keputusan Ketua Dewan Ulamaknya sendiri.

Tahniah PAS kerana sentiasa berubah dan bertransformasi sekaligus membuktikan parti anda ialah parti yang tidak pernah teguh dengan pendirian yang dibuat.

SB : Syaitan-syaitan demokrasi pasti bergembira.

Thursday, 28 March 2013

AWAS!!! SYIAH MEREBAK KE USIM??

1. Blogger dari Krew Most Wanted, Nogori Most Wanted dan Brader Mansuh, semalam membuat pendedahan berkenaan gelagat penyokong Syiah yang kini sudah merebak ke Universiti Sains Islam Malaysia, USIM di Nilai.

2. Sebaik membaca pendedahan tersebut, SB lantas geleng kepala.

3. Gerakan Syiah semakin melampau nampaknya. Komuniti ini semakin hari semakin berani tampil terbuka. Jika sebelum ini gerakan mereka sukar menembusi masyarakat, hari ini mereka sudah mula bergerak melalui kampus-kampus, meracuni pemikiran golongan mahasiswa yang kemudiannya menubuhkan pelbagai gerakan aktivisme seperti KAMI yang dipimpin oleh Khalid Ismath.

Siapa Haziq Fikri?

4. Perancangan Syiah di Malaysia sebenarnya amat rapi. Mereka bergerak menggunakan platform mahasiswa bagi membina pengaruh awal. Mereka menanamkan ideologi kebebasan hak asasi manusia bagi memastikan golongan Syiah ini diterima oleh khalayak. Dalam jangka panjang, pada akhirnya kelompok ini berupaya menubuhkan gerakan politik sendiri dan terlibat dalam kancah politik negara secara terbuka.

5. SB percaya di luar sana sudah tersedia pasukan khas Syiah Malaysia yang akan memainkan peranan aktif menjayakan perancangan ini.

6. Jika kita tidak berhati-hati, tidak mustahil satu hari nanti kita akan melihat Syiah memimpin negara ini. Sanggupkah anda?

PENDEDAHAN LEBIH PANAS??

Monday, 24 December 2012

LIDAH BERCABANG SAFWAN ANANG

Post kali ini SB ini mendedahkan lagi tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, SB terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.


1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.
2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.
3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.
6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.



7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.
8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!


9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

"REVOLUSI BUNGA RAYA"

Saturday, 16 June 2012

KENAPA MAT SABU DITEMPELAK PELAJAR USIM??

Dua hari lepas SB terima kiriman emel dari seorang pembaca dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Kiriman emel itu berupa sekeping gambar printscreen berserta sedikit penerangan berkenaan kenyataan salah seorang pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terhadap pemimpin agung Syiah Iran, Ayatollah Khomeini.

Pelajar berkenaan dikatakan salah seorang penyokong kuat PAS yang teguh prinsip Islaminya. Lantaran itulah beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walaupun mungkin tidak meninggalkan apa-apa impak kepada PAS, namun pelajar terbabit ternyata berani menegur pimpinan pusat parti Islam terbesar itu. Lihat prinstscreen tersebut di bawah.

Pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Mat Sabu terhadap Imam Agung Syiah Iran.

Mat Sabu sememangnya diketahui amat menyanjung tinggi ketokohan Imam Syiah tersebut. Dalam data profilnya yang dimuatnaik dalam website peribadi Timbalan Presiden PAS itu, Mat Sabu secara terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya dalam perjuangan Islam walaupun mengetahui kesesatan akidah Syiah. Lihat bukti di bawah.

Kenyataan dalam profil Mat Sabu yang dimuatnaik dalam website Timbalan Presiden PAS itu secara
terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya. 


Selain itu, Mat Sabu juga beberapa kali secara terbuka, mengulangi kekagumannya terhadap Ayatollah Khomeini terutamanya ketika bercemarah di pentas PAS. 

Harakahdaily juga pernah menyiarkan kenyataan Mat Sabu yang mengagumi usaha Ayatollah Khomeini mengagih-agihkan hadiah kepada penganut Kristian ketika sambutan Hari Krismas di Iran. Lihat bukti di bawah.

Petikan foto dari blogger Pena Minang. Mat Sabu kagum berlebih-lebihan terhadap Ayatolah
Khomeini walaupun tahu Syiah itu sesat.

Walaupun bagi sesetengah pihak ia sesuatu yang bersifat diplomatik, namun tindakan Imam Agung Syiah itu sebenarnya telah menyanggahi prinsip-prinsip akidah Islamiah. 

Ironinya, Syiah bukanlah satu cabang mazhab Islam tetapi ia lebih kepada satu bentuk agama baru mengikut pandangan jumhur ulamak. Jadi kenapa Mat Sabu boleh meletakkan individu yang tidak sepatutnya sebagai idola dalam perjuangannya di negara ini? Klik SINI untuk memuaturun fail fatwa yang mengharamkan Syiah.

Mungkin itulah yang bermain di hati dan fikiran pelajar USIM berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika beliau sendiri mengharapkan Mat Sabu tidak dipilih lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar akan datang. 

Kepada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) di seluruh negara, adakah anda redha dengan hal ini? Buktikan kebebasan bersuara yang anda laung-laungkan selama ini!

Tuesday, 5 June 2012

RED ALERT!!! KHALID ISMATH DALAM TEKANAN??

Khalid Ismath mengakui Syiah. Adakah dia juga ahli PAS?

SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

Sumber : Sinar Harian Online.

Kata Khalid Ismath, ketika ini dia ambil keputusan menangguhkan pengajian sebab nak cari ketenangan. Eloklah tu. Ketenangan yang hakiki hanya boleh didapati jika kita kembali ke jalan yang benar, jalan Islam. Bukan dengan Syiah!

Apa pun, tahniah diucapkan kepada UiTM yang sudah mula bertindak tegas. Kes yang dihadapi oleh Khalid Ismath ini tidak boleh dibiarkan tanpa perbicaraan kerana ia melibatkan kepentingan banyak pihak serta mencemarkan nama baik mahasiswa di negara ini.

Semoga Khalid menemui ketenangan yang dicarinya itu sementara menantikan hukuman yang lebih berat. Lu buat, lu tanggunglah brader!

Saturday, 5 May 2012

GENG KHALID ISMATH SYIAH PANAS PUNGGUNG

KENAL MUKA-MUKA NI? KASI REPORT LAH..SIMPAN APA LAGI?


“Kita tidak akan halang tindakan polis mencari pelajar tersebut, jika tahu mereka berada dalam universiti atau hostel, kita akan membantu polis,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin susulan usaha pihak polis memburu perusuh-perusuh dalam demonstrasi paling celaka pada 28 April 2012 baru-baru ini.

Dalam demonstrasi BERSIH 3.0 itu, pihak polis telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 22 orang pelajar universiti terlibat secara langsung dalam keganasan yang dilakukan termasuk memukul anggota polis dan merosakkan aset PDRM seperti motosikal dan kereta peronda.

PDRM dalam satu kenyataan kelmarin mengganggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya lebih daripada RM1 juta yang kesemuanya melibatkan duit orang ramai. Susulan itu pihak polis semalam mengedarkan 49 keping gambar individu termasuk gambar 22 orang pelajar terbabit yang dicari untuk diambil keterangan mereka.

Dalam perkembangan terbaru hari ini, sebanyak 42 keping lagi gambar individu diedarkan dan sehingga kini 172 orang telah dikenalpasti sebagai perusuh yang sedang diburu pihak polis.

SB : Jangan biar mereka bebas lagi. Kami akan bantu pihak polis, at all costs.

DEMO DI HADAPAN BALAI POLIS PUDU JAM 9 MALAM INI

Khalid Ismath Syiah.


Jam 9:00 malam ini, satu ritual candle lite vigil akan diadakan di hadapan balai polis Pudu oleh pertubuhan haram KAMI yang dibiayai Kerajaan Negeri Selangor bertujuan menuntut pembebasan Khalid Ismath Syiah, mahasiswa tahun satu dari UiTM Shah Alam.

Pelajar berkenaan ditahan kerana mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan di dinding Facebooknya yang menyeru orang ramai membunuh anggota polis di negara ini kerana didakwa ganas ketika menangani demonstrasi  BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Perkara ini (ritual) disahkan sendiri oleh Presiden KAMI, Haziq Abdul Aziz, pelajar UM yang telah dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester |SINI| dalam satu kenyataan di twitternya.

Jelas sekali, tindak-tanduk kumpulan mahasiswa ini bukan sahaja semakin biadap, malah sewenang-wenangnya membelakangkan undang-undang negara. Mereka semakin ghairah mencabar pihak berkuasa seolah-olah kebal daripada dikenakan sebarang tindakan.

Kenyataan yang dihantar di dinding FB S/U Kerja YB Tian Chua, Ahli Parlimen PKR Batu.
Memperlekehkan pihak polis adalah biasa bagi mereka.


Adakah tindakan mereka menggambarkan kematangan golongan mahasiswa di negara ini seperti yang diuar-uarkan? Apa yang pasti, mereka berani bertindak kerana sentiasa mendapat sokongan daripada pihak peguam dan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya PKR dan DAP.

Justeru sudah tiba masanya pihak berkuasa  terutamanya Peguam Negara bertindak lebih tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada supaya orang ramai lebih menghormati institusi perundangan di negara ini.

SB : Ajar mereka jangan jadi kurang ajar.

Lebih menarik, kunjungi blog Double-Y di SINI.

Monday, 23 April 2012

PADAN MUKA!! MAKAN PENAMPAR KERANA KEBODOHAN SENDIRI!!!


Suatu hari, seorang bapa duduk termenung di beranda sebuah masjid. Wajahnya murung sekali. Seorang pemuda yang sedari tadi memerhatikan lelaki tua tersebut menghampirinya dan menegur dengan hormat.

“Apakah yang mengganggu fikiran pak cik?” tanya anak muda tersebut.

Lelaki itu diam seketika. Matanya mula bergenang, berat sekali mulutnya untuk meluahkan rasa. Seketika berlalu, akhirnya lelaki tua itu pun bersuara.

“Aku telah gadaikan akidah anak perempuanku sendiri,” katanya. Pemuda tersebut lantas terkejut. Mukanya berubah.

“Bagaimana boleh jadi begitu, pak cik?”

“Dua bulan lalu, seorang pemuda datang ke rumahku dan memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki anak perempuanku itu. Lalu dia memohon untuk mengahwini anakku. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju kerana perwatakannya yang warak dan bijak berkata-kata. Lebih pula, dia itu sudah kenal anakku. Tapi hari ini, baru aku tahu, dia seorang penganut Syiah yang sesat! Anakku juga sudah mengikuti jalan akidahnya itu,” terang lelaki tua itu panjang lebar. Pemuda tersebut diam seketika. Berat rasanya untuk dia beritahu perkara yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.

“Inginkah pak cik tahu satu perkara? Sebenarnya, aku kenal lelaki yang mengahwini anak pak cik itu. Sememangnya dia menganut fahaman Syiah. Ketika pengajiannya di sebuah universiti dahulu, dia pernah membuat pengakuan bawah dia seorang Syiah, malah turut mencelakakan sahabat-sahabat Nabi,” beritahu anak muda tersebut dengan tenang.

Agak-agak apa reaksi orang tua tu??

Kalau SB, memang penampar paling laju SB hadiahkan kepada anak muda tu. Dah jadi baru nak cakap! Jadi marilah kita ambil tanggungjawab ini untuk menyedarkan rakan-rakan mahasiswa di luar sana tentang bahaya fahaman Syiah. Ia bukan mazhab dalam Islam tapi satu bentuk agama baru yang jelas sesat! 

TONTON VIDEO DI BAWAH DAN FAHAMI MAKSUD CERITA DI ATAS!!


Friday, 20 April 2012

PANAS!!! Khatib Seru Umat Islam Tolak Perjuangan Mahasiswa Dataran!!

Fahmi Reza dan Miss Nina, kedua-duanya berfahaman sosialis.
Hasil ideologi yang dipasak ke atas mahasiswa, kini PMI dan Gamis
ikut telunjuk kumpulan sosialis ini termasuk Akram Ikrami, anak bekas
Imam Besar Masjid Negara.

20 April 2012, seorang khatib di Masjid Muqtadim, Taman Equen, Seri Kembangan, Selangor telah menyelar kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menganjurkan demonstrasi mengaibkan di Dataran Merdeka pada 14 April yang lalu.

Khatib itu juga mengutuk kumpulan mahasiswa tersebut yang masih berhimpun di Dataran hingga ke hari ini atas alasan ia bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam khutbahnya, khatib tersebut mempersoalkan tindakan mahasiswa-mahasiswi yang sering bercakap soal Islam ini tetapi tindakan mereka tidak mengikut tuntutan agama yang sebenar.

Malah, khatib tersebut juga melabelkan Khalid Ismath sebagai ‘syiah’ yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. SB sebelum ini berulangkali membuktikan fahaman syiah yang dianuti oleh Khalid Ismath, pelajar tahun satu dari UiTM Shah Alam. |SINI| |SINI|


Bukti Khalid Ismath menganut fahaman Syiah yang sesat dalam video di bawah!!


Justeru sudah tiba masanya kita semua menolak terus perjuangan kumpulan mahasiswa ini atas beberapa sebab yang kukuh :
  1.   Mereka bercakap soal Islam, tetapi tindakan mereka tidak mengikut ajaran agama yang sebenar.
  2. Mereka mencampur-adukkan soal akidah, akhlak dan pemikiran politik semata-mata untuk mencapai matlamat.
  3. Perjuangan mereka menghalalkan cara, membenarkan percampuran lelaki dan wanita dan menerima golongan sosialis yang diketahui tidak percaya dengan Tuhan.


Klik SINI.

Atas dasar tersebut juga, SB menyeru semua pembaca blog ini khususnya mahasiswa-mahasiswi yang rasional, ayuh kita berkumpul secara aman di Stadium Bola Sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 21 April ini (esok) jam 3 petang bagi menyatakan sokongan kita terhadap kempen kesedaran bahaya fahaman liberalisme dan kebebasan yang melampau. |SINI| dan |SINI


Thursday, 19 April 2012

SAH!! PENYERANG SEBENAR TELAH DITAHAN, AHLI AMK SENDIRI??

Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan.

Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.

Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.

Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.

Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.

Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.

Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.

Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.

SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.

Tanyakan sejenak :

Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?


Monday, 9 April 2012

PANGGILAN KECEMASAN!! SYIAH SESAT - Awas..!!! Khalid Ismath Cuba Sebar Agama SYIAH Di Puchong..?

Luahan tulus ikhlas seorang pengagum Syiah.
Mengagumi Khomeini yang mengkafirkan para Sahabat Rasulullah SAW??

Ikuti rakaman kuliah di bawah, dan fahami kenapa SB tekankan perkara ini. Akidah dan prinsip mesti jelas. Jangan bersatu hanya atas dasar semangat sehingga menggadaikan prinsip akidah.


Sesungguhnya, perkahwinan itu salah satu strategi paling berkesan dalam merealisasikan dakwah Syiah
dalam kalangan pengikut Sunnah.

Klik SINI, SINI dan SINI.

Dan SINI, kalau nak bukti lebih jelas.

Thursday, 1 March 2012

PANAS!!! Radiasi Akidah dalam Pro-M. Angkara Siapa? Pendedahan Siri 3

Pro-Mahasiswa atau Pro-Pembangkang?


Kepada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia yang mengagumi perjuangan Pro-Mahasiswa, boleh fikirkan semula penilaian yang anda berikan itu.

Sebuah organisasi konon well managed ini sebenarnya tak ubah seperti sebuah kapal yang membawa pelbagai jenis suku dan puak merentasi lautan yang bergelora. Mereka berkongsi matlamat destinasi yang sama, tapi sering bertelagah dalam soal prinsip dan kaedah dalam pelayaran itu.

Pro-M secara kasar terdiri daripada dua gabungan besar persatuan yang bersifat brotherhood dan kesatuan idealisme.

Gabungan pertama dan dominan ialah Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia atau Gamis. Sebagai sebuah organsasi berdaftar, Gamis menghimpunkan seluruh persatuan berasaskan persaudaraan Islam (muslim brotherhood) di setiap institusi pengajian tinggi. Antara persatuan tersebut, yang dominan ialah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang bergerak aktif hampir di setiap kampus di negara ini.

Gabungan kedua pula iala SMM atau Solidariti Mahasiswa Malaysia. Kumpulan ini tidak berdaftar dan terdiri daripada pelbagai persatuan mahasiswa seperti Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), KAMI, AKSI dan DEMA. Persamaan antara kumpulan ini ialah kesemuanya tidak berdaftar baik di peringkat universiti mahupun dengan Pendaftar Pertubuhan.

Masalah mula timbul sejak akhir-akhir ini apabila wujud perbezaan pandangan, kaedah dan prinsip dalam perjuangan Pro-Mahasiswa di peringkat nasional. SMM memerlukan Pro-M untuk bergerak di peringkat tertinggi seperti yang kita lihat dalam perkembangan muktahir.

Kes Adam Adli misalnya mendapat simpati dan sokongan daripada penyokong-penyokong Pro-M kerana dia bergerak di bawah jenama tersebut.

Tetapi daripada sumber-sumber dalaman yang SB terima, wujud konflik antara pemimpin utama GAMIS dan SMM itu sendiri. Konflik itu berlaku kerana GAMIS masih teguh dengan prinsip dan kaedah Islamis manakalan SMM  pula lebih liberal dan banyak mencerap ideologi sosialis.

Kini timbul pula masalah yang lebih rumit khususnya kepada Gamis sendiri kerana wujudnya anasir Syiah dalam kumpulan Pro-M di peringkat nasional. Gamis akan dipertikaikan kerana membiarkan anasir tersebut bergerak aktif di barisan hadapan bersama pemimpin-pemimpin lain.

Pro-M juga sudah tidak dapat mengaburi campur tangan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam organisasi mereka - suatu perkembangan yang selama ini cuba disembunyikan. Jika selama ini mereka mampu memenangi hati mahasiswa atas pagar dengan imej konon-berkecuali dan bebas politik luar, kini keadaan sudah menjadi sukar. Dalam banyak perkembangan seperti kes Adam Adli, Bersih 2.0, Revolusi Bunga Raya 901 dan terbaru Hijau 2.0, ‘kemesraan’ pemimpin-pemimpin Pro-M bersama tokoh-tokoh politik pembangkang boleh dilihat dengan jelas.

SB akan buat pendedahan susulan khususnya tentang radiasi akidah apabila Gamis bergabung dengan SMM dan anasir Syiah tersebut. Banyak cerita sampai kepada SB termasuk insiden hunus parang di Kedah melibatkan Pemuda PAS dalam isu KUIN. PAS? Apa pula kaitannya?

GEMPAR!! Radiasi Tahap Tinggi Cemarkan Udara Selangor!

Aneh bangat! Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Kilang di sebalik Gunung Tahan diserang, tapi yang dalam kawasan sendiri tak diusik langsung. Atau tak sedar? Atau memang tak tahu?

Pembangkang kita memang berkualiti tinggi. Malangnya, mereka gemar bersikap terpilih dalam memperjuangkan sesuatu isu. Contohnya, kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng diserang habis-habisan kerana bimbang kesan radiasinya terhadap orang awam.

Walaupun sudah diterangkan berulang kali bahawa kilang ini dijamin selamat oleh para pakar kimia dan nuklear malah fakta mengenai kadar radiasinya juga sudah didedahkan SINI namun mereka tetap menolaknya.

Tapi mereka seolah-olah pejam mata apabila wujud kilang seumpamanya dalam negeri mereka sendiri terutamanya di kawasan perindustrian Shah Alam. Sebagai contoh, kilang milik Shin-Etsu Malaysia Group ini yang memproses nadir bumi segmen magnet yang sebenarnya lebih berbahaya dari Lynas.


Shin-Etsu yang kini beroperasi di Shah Alam, Selangor.


Kilang yang beroperasi di Lot 50, Jalan Serendah 26/17, HICOM Industrial Estate, 40000 Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan ini menjalankan operasi pengeluaran dan pemasaran rare earth magnet yang menggunakan bahan-bahan asas seperti neodymium (Nd), iron (Fe), dan boron (B). Aplikasi tiga bahan ini akan menghasilkan rare earth magnet berkualiti tinggi untuk pengeluaran output elektronik.

Shin-Etsu Rare Earths Magnet Department
Struktur industri Shin-Etsu
Aktiviti memproses rare earth magnet

Tidakkah Fuziah Salleh tahu tentang fakta ini? Kenapa beliau tidak anjurkan demonstrasi atau Himpun Hijau di Shah Alam, kawasan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad itu? Secara logiknya tentulah mudah bagi mereka untuk bertindak demi rakyat kerana kilang tersebut terletak dalam negeri yang diperintah oleh PKR ketika ini.

Mana budak rendah moral Adam Adli dan kawan Syiahnya si Khalid Ismath tu?

Apa yang kita dapat simpulkan di sini ialah isu Lynas memang sengaja dipolitikkan untuk keuntungan pihak pembangkang semata-mata. Kita juga tidak diberi jaminan yang konkrit secara hitam putih bahawa Lynas akan ditutup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara kelak. Contohnya sudah ada di Selangor sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Sunday, 26 February 2012

Konflik dan Krisis Dalam Pro-Mahasiswa Menjelang PRK 2012 Siri 2

Seperti yang SB janjikan, siri susulan pendedahan tentang Pro-Mahasiswa akan SB teruskan. Ini perjuangan ikhlas SB sebagai pihak yang tahu kebenaran. Ingat, menyembunyikan kebenaran adalah satu dosar besar.

Pro-Mahasiswa atau Pro-M ini ibarat kedai kosmetik yang nampak indah luaran tapi para pekerjanya tidaklah secantik mana. Pro-M sering melaung-laungkan idea-idea yang hebat dan begitu idealistik, tetapi pada diri penggerak mereka sendiri adakah solid sempurna?

Belum tentu.

Dalam siri ini, SB nak berkongsi dulu tentang figure-figure penting dalam Pro-M yang selalu ditampilkan sebagai pejuang di barisan hadapan dan diangkat sebagai ikon oleh pengikut-pengikut mereka. Selain Adam Adli dan Safwan Anang, ada beberapa lagi nama yang cukup signifikan seperti Shazni Munir, Khalid Ismath dan Syukri Razak.

Apa persamaan mereka? Semuanya Melayu. Melayu yang buta kayu. Melayu yang begitu hasad, cemburu dan sakit hati dengan bangsanya sendiri tapi beriya-iya membantu musuh-musuh Islam untuk berkuasa.

Insya-Allah, dalam siri akan datang SB akan kongsidedahkan pula mengenai tangan-tangan ghaib yang dah tak ghaib lagi dalam kumpulan Pro-M ini. Benarkah Pro-M sekarang bergolak dari dalam? Benarkah berlaku pertindihan arahan dan metod perjuangan sesama penggeraknya walaupun berkongsi matlamat yang sama?

Perkongsian info berikut datang daripada sahabat-sahabat SB yang turut ikhlas berjuang seperti SB.

Kenali individu-individu barisan depan Pro-Mahasiswa


1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah Kerajaan Negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.
Syukri Razak begitu penting di sisi Anwar?
Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dan telah dilantik menjadi Pengerusi SMM.


Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.

Posisi istimewa di sisi Anwar?
Dalam kes penggantungan bekas Profesor UIA, Dr. Aziz Bari, Syukri Razaklah jaguhnya.
Tapi dia ni dari KUIS, bukan UIA.
Candlelite vigil. Budaya mana ni? Wakil PMI tak bersuarakah?

Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Dr. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.
2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.
Mesranya. Adam Adli senyum simpul.
Senyum boleh ditafsirkan dengan bermacam maksud.


Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.
Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.
Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.
Perhatikan siapa di belakang? Tian Chua, Shamsul Iskandar
dan Farah Nadia. Siapa mereka?

Ketika ini Adam Adli mengemudi Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), salah sebuah entiti  haram di bawah pertubuhan harama SMM itu sendiri. Dia jugak sudah dikenakan hukuman gantung pengajian selama 3 semester kerana tindakan tidak cerdiknya itu. 
3.  Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.
Khalid Ismath mengakui dia seorang syiah
seperti yg didedahkan oleh Pena Minang.

Menurut sahabat SB, PenaMinang, kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia.
“Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk menggoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj politik. Dengan politik Syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, katanya. 
Shazni Munir juga gagal di UM kerana terlalu berpolitik tapi diterima
 masuk ke KUIS. Di KUIS, langkahnya semakin besar.

4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS. Menurut Pena Minang, Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu.
Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.
Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus.
Syazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.
Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri.
Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Syazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.
Syazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.
Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.
5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.
Telah berkahwin bersama pasangan yang juga aktivis PMIUM, Masturah Abu Bakar pada 13 November 2011.
Menurut Angin Perubahan emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
Ketika pilihan raya kampus UM sesi 2011, Safwan bertanggungjawab cipta gimik kononnya, bakal isterinya hilang gagal dikesan dan sekali lagi ketika berdemo di UPSI semalam Safwan sendiri buat gimik, dirinya cedera parah dipukul polis, walhal dia sendiri yang mencederakan diri denganmerempuh pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan.
“Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
“Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel”, Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor, HEP UPSI. Klik di sini
Berdasarkan senario terbaru di UPSI, ada unsur-unsur tidak puas hati kenapa hanya Adam Adli sahaja di’nobat’ jadi hero. Siapa Adam Adli ? Presiden GAMIS ? Presiden SMM ? Semuanya zero…
Anwar berjaya menunjukkan skillnya ‘pecah dan perintah’, akhirnya semuanya berlumba-lumba mahu ‘menjadi hero’ untuk dekat dengannya. Akhirnya Anwar juga yang untung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar