Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.
Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.
Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.
Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.
Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan?
Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.
Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?
Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.
Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat.

