Pages

Showing posts with label Pro-M. Show all posts
Showing posts with label Pro-M. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

#PRKUPM2014 TAHNIAH MP UPM, TAPI.....

Foto dari Internet.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Mahasiswa Putra (Aspirasi UPM) yang memenangi majoriti 28 kerusi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia bagi Sidang Akademik 2014/2015. 

Berikut ialah keputusan penuh pemilihan yang berlangsung pada 3 Disember 2014: 

Mahasiswa Putra (MP) 28
Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) 15
Siswa Penggerak Universiti (SPU) 2

Kemenangan besar Mahasiswa Putra menjadi isyarat jelas sokongan mahasiswa di UPM kepada kumpulan yang mendokong aspirasi universiti selepas kejayaan Aspirasi di beberapa buah institusi pengajian tinggi utama negara yang telah selesai menjalankan pemilihan. 

Namun begitu, di sebalik kejayaan manis ini, banyak yang perlu dilakukan oleh penggerak-penggerak wadah perjuangan Aspirasi di UPM. Antaranya: 

1. Segera bersatu. Hapuskan sengketa lama. Kenapa mesti ada dua kumpulan dengan wadah yang sama tetapi berbeza kaedah dan matlamat perjuangan? SPU sebagai kumpulan serpihan yang cuba bergerak di luar sistem perlu mengendurkan ego dan mula memikirkan secara serius hala tuju dan masa depan perjuangan Aspirasi di UPM. Kembalilah ke dalam sistem. 

2. Perkukuhkan pengaruh. Bina kekuatan. Ketika kumpulan Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) sedang lemah di kebanyakan IPT lain termasuk di UPM sendiri, inilah masanya untuk Aspirasi menyerang hendap melalui strategi yang ampuh dan bersifat jangka panjang. Itu pun jika saranan pertama dipenuhi terlebih dahulu. 

3. Review strategi terutamanya dari segi kaedah berkempen dan perletakan calon yang bersesuaian. 

4. Grooming jentera. Yang ini jangan ditangguh-tangguhkan. 

5. Gerakerja kaderisasi perlu diperluaskan. 

SB tak berniat nak mengajar tetapi selepas analisa dijalankan sejak malam tadi, ternyata banyak kelemahan dalam gerakan Aspirasi di seluruh negara. Tiada yang mampu menang dengan selesa termasuk di UPM.

Dan hari ini, kita nantikan pula keputusan di Universiti Malaya, ibu segala pilihan raya kampus.

Tuesday, 4 November 2014

FAHMI ZAINOL KE USM, APA TINDAKAN PIHAK UNIVERSITI?

"Mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti. Pentadbiran universiti yang patut takut pada mahasiswa," demikian saranan berbaur hasutan daripada bekas mahasiswa yang gagal menamatkan pengajiannya, Fahmi Reza. 

Setelah bertahun-tahun Fahmi pulang ke tanah air tanpa membayar satu sen pun kos pengajiannya yang dibiayai pihak kerajaan menggunakan wang rakyat, kini dia semakin berani menebarkan idealisme songsangnya lantaran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. 

Hasutannya semakin lama semakin berbisa, lebih-lebih lagi dalam menyeru golongan mahasiswa supaya memberontak. Dengan penyataan "mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti" ini misalnya, sudah cukup menggambarkan bahawa mereka langsung tidak menghormati institusi menara gading. 

Malangnya, masih banyak boss atasan di universiti awam kita yang enggan 'beraksi' dalam menangkis pencerobohan kumpulan antiestablisment ini. Lebih malang, ada yang bersikap neutral dengan alasan mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara!  

Soalnya, sampai bila? Adakah hanya hak mereka ini sahaja yang perlu dihormati? Bagaimana dengan hak majoriti mahasiswa lain yang cintakan keamanan dan keharmonian kampus? 

Insiden di Universiti Malaya baru-baru ini yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa universiti tersebut, Fahmi Zainol, sudah sewajarnya dijadikan iktibar untuk semua. Tatkala pihak universiti cuba memilih bersikap neutral, ironinya, pembangkang terus menggasak pagar kampus berkudakan mahasiswa yang cetek akal dan rakus pemikiran. Sikap neutral ini ternyata mengundang padah. 

Namun yang lepas biarkan berlalu. IPTA lain perlu memperkemaskan langkah dan bersedia menerima asakan-asakan yang bakal kunjung tiba. Dalam masa terdekat, khabarnya beberapa IPTA di utara tanah air termasuk Universiti APEX akan 'dicerobohi' kuda-kuda pembangkang ini. Bersediakah anda? 

Tuesday, 26 November 2013

#PRKUM2013 PANAS!! CALON ALAM BINA PRO-M DAPAT RESTU BESAR??

Salah satu modal Pro-M UM setiap kali tiba pilihan raya kampus (PRK) ialah menuduh pihak HEPA sebagai zalim dan tidak adil ke atas mereka. Benarkah begitu?

Seandainya benar, maka Pro-M sepatutnya sudah hilang satu peluang memenangi kerusi Fakulti Alam Bina dalam PRK kali ini. Calon yang bertanding mewakili Pro-M, Saudara Muhammad Zuhaimi bin Kassim sebenarnya telah melakukan kesilapan besar ketika mengisi borang penamaan secara dalam talian apabila tersalah mengisi nombor pendaftaran pelajar (No. Matrix) pihak pencadangnya. Tanpa disedarinya nombor pendaftaran tersebut adalah milik pelajar lain yang sama sekali tidak dikenalinya.

Dalam kekalutan tersebut, calon Pro-M itu cuba berunding dengan pelajar berkenaan namun telah ditolak mentah-mentah kerana pelajar tersebut merupakan penyokong Penggerak Mahasiswa. Dengan masa yang kian suntuk (penamaan ditutup jam 11.00 pagi manakala kesilapan tersebut disedari sekitar jam 10.30 pagi), akhirnya calon Pro-M itu tidak mempunyai pilihan lain selain mengadap Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’ Dr. Rohana bagi merayu supaya dibenarkan bertanding.

Di sinilah berlaku sesuatu yang tidak dijangka sama sekali oleh calon tersebut dan jentera Pro-M Universiti Malaya. Sepatutnya, selepas mengetahui peluang calon mereka untuk bertanding sudah tertutup akibat kesilapan bodoh yang dilakukannya, Pro-M telah merancang untuk memainkan isu zalim dan ditindas oleh pihak HEPA bagi mengaburi mata para penyokong dan pengundi. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk meraih simpati mudah.

Namun, apa yang dirancang tidak berlaku. Tanpa disangka-sangka, TNC telah membenarkan calon tersebut bertanding sekaligus juga menangkis segala tuduhan mereka selama ini kononnya HEPA menzalimi Pro-M. TNC yang digelar zalim selama  ini juga ibarat penjaga kandang harimau yang berjaya menjinakkan sekumpulan harimau yang buas, ganas dan penuh nafsu.

Apakah reaksi Pro-M jika perkara ini berlaku ke atas calon Penggerak Mahasiswa? Sudah tentu satu alam akan dicanang. Sudah tentu tak cukup siang berganti malam mereka akan memburukkan nama Prof. Dato’ Dr. Rohana. Segala macam tuduhan akan dilemparkan ke atas beliau seperti zalim, menindas hak dan kebebasan mahasiswa dan macam-macam lagi.

Sekarang anda fikirkan sendiri. Wajarkah calon begini diangkat sebagai pemimpin mahasiswa?


Monday, 25 November 2013

GAYA KEMPEN MEWAH PRO-M UM JADI PERSOALAN

24hb November 2013, Pro-M Universiti Malaya sekali lagi menganjurkan Konvoi Oren sekitar kawasan kampus menjelang hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kampus (PRK) Sidang 2013/2014. Konvoi kali ini dilihat lebih berjaya berbanding yang pertama khususnya dari penyertaan dan kenderaan yang digunakan.

Namun, apa yang menjadi persoalan kini ialah, bagaimanakah Pro-M boleh mendapatkan beberapa buah trak pick up yang begitu gah bagi menjayakan acara mereka ini?



Salah sebuah trak tersebut turut tertera pelakat khas yang berbunyi "RAKYAT DI HATI KAMI" yang dipercayai merupakan kenderaan rasmi salah sebuah parti politik pembangkang di Melaka yang sering digunakan dalam gerakerja mereka. 




Wah..hebat jaringan nampaknya. Bayangkan kalau kumpulan Penggerak Mahasiswa mendapat kemewahan ini. Mungkin tak cukup 24 jam sehari mereka akan hentam. Mujurlah kumpulan Penggerak Mahasiswa UM lebih berhemah dan mementingkan keharmonian kampus berbanding berpolitik semata-mata. 

Lebih menarik, slogan RAKYAT DI HATI KAMI juga turut digunakan secara rasmi oleh parti politik tersebut pada logo mereka pada PRU ke-13 yang lepas. Adakah ini semua satu kebetulan? Atau sememangnya ada connection khas? Hanya Allah yang tahu apa yang mereka sembunyikan. 



Semoga Pro-M telus dalam perjuangan mereka dan bersikap adil kepada semua pihak termasuk lawan mereka.

#PRKUM2013 #GAMBAR HARI PENAMAAN CALON

Hari ini berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya bagi Sidang Akademik 2013/2014. Berdasarkan pemerhatian awal, peratus penyokong yang turun mewakili kumpulan yang bertanding iaitu Penggerak Mahasiswa (Pro-Aspirasi) dan Pro-Mahasiswa (Pro-Pakatan Rakyat) adalah seimbang. 

KUMPULAN PENGGERAK MAHASISWA


KUMPULAN PRO-M



Hari pengundian akan dijalankan pada 28hb November ini.

Proses berkempen dijangka akan bermula seawal-awalnya tengah hari ini dan berakhir pada jam 12.00 malam, hari Rabu 27hb November. 

Pilihan Raya Kampus UM menawarkan 43 kerusi secara keseluruhan.

Sunday, 24 November 2013

GELAGAT MUSLIMAH MASA DEPAN PAS

Inilah aksi yang boleh kita saksikan apabila kumpulan mahasiswi yang kononnya Islamik turun ke padang politik. 

Manja, mesra, tak ada malu-malu lagi. Berbeza sama sekali dengan muslimah yang dijalurkan adabnya pada sunnah dan hukum Quran, yang menetapkan kaum wanita yang beriman itu di rumah supaya tidak timbul fitnah dan mehnah masyarakat. 

#PRKUM2013 PRO-M & PTM RANCANG KOMPLOT MANIPULASI UNDI??

Matlamat menghalalkan cara.

Pro-M UM dilaporkan sedang menyusun perancangan bersama ‘orang dalam’ daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Universiti Malaya  yang bertanggungjawab ke atas  sistem e-undi yang akan digunakan dalam pilihan raya kampus (PRK) pada 28hb November ini.


Antara lain perancangan tersebut meliputi perjanjian memanipulasi sistem undian elektronik dan mengunci mulut bagi memastikan Pro-M menang selesa.

Maklumat ini didedahkan sendiri oleh sumber dalaman PTM dan satu prosedur tindakan akan diambil bagi menghalang usaha tersebut.

Perkara ini sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ketika mengambil bahagian dalam Debat Presiden dengan Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Saudara Aiman Taslim, telah terpacul kenyataan lisan dari mulut Pengerusi Pro-M UM sendiri, Saudara Muqit, yang yakin akan menang dalam PRK kali ini walaupun menggunakan sistem e-undi yang dituduh sebagai tidak adil.



Kenapa tidak adil? Kalau tidak adil, bagaimana mereka boleh menang? Pro-M UM selama ini amat keras menentang penggunaan sistem e-undi yang disifatkan boleh disabotaj dan dimanipulasi. Namun kali ini, dalam keadaan terdesak untuk menang, mereka telah berpakat dengan pegawai PTM UM sendiri untuk memanipulasi sistem tersebut.

Persoalannya kini, apa sudah jadi dengan  integriti dan amanah dalam perjuangan Pro-Mahasiswa? Pendedahan ini mungkin dianggap karut dan fitnah oleh para penyokong mereka. Kenapa? Semuanya kerana imej Islamik yang ditonjolkan oleh para duta Pro-M baik di dalam mahupun di luar kampus. Tapi anda jangan lupa, mereka sedang beraksi di dalam arena politik yang memungkinkan segala-galanya berlaku. Soal amanah, integriti hanyalah pakaian yang boleh disarungtanggalkan pada bila-bila masa.

Perkembangan ini juga mendedahkan betapa agensi-agensi kerajaan semakin teruk dirosakkan oleh pegawai dan kakitangan yang propembangkang tetapi tidak berintegriti dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

SB tidak membuat sebarang tuduhan atau fitnah di sini. Hal ini terpaksa SB dedahkan supaya pihak-pihak yang terbabit mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan PRK berjalan dengan lancar. 

#PRKUM2013 SIAPA CALON PROGRESIF AMBIL ALIH KERUSI PRO-M?

Keghairahan Pro-M untuk menawan Universiti Malaya dalam pilihan raya kampus (PRK) sidang ini sedikit terencat dengan perkembangan terbaru membabitkan urusan percaturan calon yang akan bertanding.

Calon progresif yang pro-Safwan Anang, Saudara Bukhairy Suffian dilaporkan akan mengambil alih kerusi  Fakulti Perundangan yang sebelum ini telah pun diberikan kepada salah seorang aktivis  yang pro kepada Pengerusi Pro-M Universiti Malaya, Saudara Muqit.

Bukhairy merupakan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dipilih sendiri oleh Safwan Anang. Secara politik, kedudukan Bukhairy sebenarnya lebih tinggi daripada Muqit dan sepatutnya dicaturkan sebagai calon Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) daripada Pro-M bagi mencabar kem Penggerak Mahasiswa.

Perkembangan terbaru ini menjelaskan lagi isu krisis dalaman yang sedang melanda Pro-M UM dan SMM amnya.

Belum pun penamaan calon berlangsung sudah macam-macam masalah berlaku. Bagaimana nanti kalau dah menang? Pasti lebih banyak perebutan kuasa dan kepentingan akan berlaku. Akhirnya yang tergadai ialah kebajikan mahasiswa-mahasiswi UM sendiri. Jadi buatlah pilihan paling bijak demi masa depan anda semua.

#PRKUM2013 PRO-M GAGAL RAIH SOKONGAN ORANG LAMA

Di mana mereka ini? 

Rentetan krisis kepimpinan yang sedang melanda kem Pro-M Universiti Malaya menjelang hari penamaan calon pilihan raya kampus (PRK) yang akan diadakan pada 25hb November ini, suara-suara kecewa dan putus asa semakin tidak terpeda khususnya dalam kalangan penyokong Pro-M di Lembah Klang.

UM yang dianggap sebagai kubu kuat Pro-M di peringkat nasional seharusnya menjadi contoh gerakan haluan kiri di kampus-kampus lain. Namun, dengan perkembangan ini, harapan tersebut seolah-olah semakin pudar. Pro-M ketika ini terdesak untuk menawan baki kampus yang belum mengadakan pemilihan selepas gagal mencipta kejutan dalam PRK Fasa 1 yang diadakan pada bulan Oktober lalu.

Satu-satunya kampus yang berjaya ditawan hanyalah UKM, itu pun selepas jentera Pro-Aspirasi berhadapan pelbagai masalah birokrasi membabitkan pihak pentadbiran hingga mengganggu kelancaran kempen mereka. Ramai yang melihat kemenangan Pro-M di UKM, atau lebih dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa (GM), sebagai kemenangan tanpa seri kerana masalah tersebut.

Satu-satunya harapan Pro-M ketika ini ialah Universiti Malaya yang perlu disapu bersih bagi membuktikan gerakan tersebut benar-benar relevan untuk mahasiswa di negara ini. 

Namun, hingga ke hari ini, Pro-M UM masih berhadapan kemelut dalaman yang sukar diselesaikan membabitkan kepimpinan lama yang masih campur tangan dalam urusan jentera secara tidak langsung seperti yang didedahkan di dalam blog ini semalam |SINI|. 

Timbul juga persoalan, mana pergi nama-nama besar seperti Syahid Zaini dan Syazni Munir yang pernah menjadi kepala Pro-M UM dan nasional? Kenapa mereka tidak turun membantu jentera Pro-M? Syahid Zaini misalnya begitu menonjol melalui Sekretariat Malaysia Bangkit yang dilancarkannya tahun lepas hingga menggegarkan negara. Syazni Munir pula berjaya mencatatkan sejarah tersendiri melalui demonstrasi ganas membantah sistem e-undi di Universiti Malaya hingga merempuh bilik Timbalan Naib Canselor pada tahun 2010.

Para penyokong Pro-M percaya, gerakan mereka akan lebih kuat sekiranya nama-nama besar ini turun membantu. Namun harapan itu pasti tidak akan menjadi realiti. Kenapa? Mereka sepakat menyalahkan Safwan Anang dalam hal ini yang didakwa menjadi punca pergeseran kepimpinan sekarang kerana tersalah mencaturkan orang-orang beliau dalam SMM dan Pro-M. 

Saturday, 23 November 2013

DEDAH KRISIS KEPIMPINAN PRO-M

Seperti yang dijangka, Pro-M kini sedang berhadapan krisis dalaman yang serius yang dikesan berakar punca daripada masalah kepimpinannya di Universiti Malaya. Hal ini didedahkan sendiri oleh sumber yang dekat dengan bekas pimpinan utama Pro-M Nasional sidang lepas yang ternyata kecewa dengan gaya dan pendekatan kepimpinan sekarang.

Menurut bekas pemimpin Pro-M itu, kepimpinan sekarang dilihat gagal menampilkan kelainan serta tandus idea kreatif untuk menarik sokongan mahasiswa. Mereka lebih selesa mengulangi pendekatan kepimpinan lama berbekalkan sokongan aktivis sedia ada. Meskipun ada pertambahan sokongan daripada ahli baharu namun, jumlah yang berjaya dikumpul ternyata amat kecil. Hal ini secara tidak langsung meresahkan para penyumbang dana Pro-M yang ghairah mahukan Pro-M menawan kampus Universiti Malaya dalam PRK yang akan diadakan pada 28hb November ini.

Lebih menarik, Safwan Anang, salah seorang pemimpin utama Pro-M Nasional yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilaporkan tertekan dengan beberapa keputusan yang diambilnya sebelum ini tetapi kini membawa masalah kepada kem mereka. Safwan Anang menjadi pemain utama yang menaikkan Bukhairy Suffian sebagai calon mewakili Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13 (GM13) menentang Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak di Parlimen Pekan sebelum mengarahkan beliau menarik diri bagi menghormati lawan Najib dari Pakatan Rakyat.

Safwan Anang, Bukhairy Suffian, Edikoup Lakip, Muqit dan Khalid Ismath

Tindakan tersebut telah menyebabkan para penyokong GM13 dan Bukhairy sendiri kecewa dan menanggung malu selepas ghairah menguar-uarkan hasrat mereka menentang Najib. Bagi mengurangkan tekanan yang diterima, Safwan Anang akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri daripada SMM dan menyerahkan tampuk kepimpinan utama sebagai Pengerusi kepada Bukhairy Suffian walaupun pada awalnya calon yang menjadi pilihan majlis kepimpinan ialah Saudara Muqit yang kini berperanan sebagai Pengerusi Pro-M Universiti Malaya.

Percaturan Safwan Anang ini didakwa sebagai percaturan politik semata-mata bagi menyelamatkan diri. Kepimpinan baharu SMM kini dilabelkan sebagai lembik dan terlalu mengharapkan campur tangan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sebagai jurucakap mereka. Hal ini dibangkitkan sendiri oleh bekas Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) iaitu Khalid Ismath. KAMI suatu ketika dahulu merupakan salah sebuah pertubuhan haram yang bernaung di SMM dan Pro-M Nasional.

Dalam beberapa isu muktahir membabitkan kepentingan politik kumpulan Pro-M, kepimpinan SMM kerap bergantung kepada suara Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat hingga menunjukkan kelemahan pertubuhan haram tersebut sebagai agen suara mahasiswa. Tambah pahit, tindak-tanduk kepimpinan SMM sekarang telah menjungkirbalikkan segala omongan yang dilaungkan selama ini kononnya pertubuhan tersebut bebas dan berkecuali yang mewakili mahasiswa di Malaysia.

Krisis kepimpinan ini walaupun cuba disembunyikan namun terlalu besar untuk disorok melalui permainan politik oleh Safwan Anang, Bukhairy dan Muqit sendiri. Hingga kini, Safwan Anang belum menunjukkan sokongannya kepada Pro-M UM walaupun kempen PRK semakin dekat. Begitu juga bekas Pengerusi Pro-M UM sidang lepas, Saudara Edikoup Lakip Sediyanto, masih belum menunjukkan sokongan secara terbuka kepada jentera Pro-M UM sebaliknya lebih ghairah membantu jentera Pro-M dari IPT lain. Edikoup diketahui merupakan sahabat baik Safwan Anang yang setia kepada perjuangan SMM.

PMI UM yang merupakan tulang belakang gerakan Pro-M juga dilihat cuba menghindarkan diri daripada SMM kerana kecelaruan identiti pertubuhan tersebut yang mencampur-adukkan persoalan akidah dan sahsiyah politik. SMM sebagai sebuah pertubuhan induk menaungi pelbagai gerakan politik lain termasuk yang berunsur Syiah dan sosialisme seperti KAMI, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) dan sejumlah pertubuhan lagi. PMI dikatakan sukar mencari ruang di celah-celah kewujudan pelbagai pertubuhan haram tersebut kerana bimbang dihentam oleh para penyokong sendiri.

Jika situasi berterusan, menurut sumber tersebut, Pro-M UM bakal berhadapan laluan sukar untuk memenangi majority kerusi dalam PRK kali ini. Berdasarkan sejarah perjuangan Pro-M di UM, kekuatan pergerakan tersebut antara lain berpunca daripada sokongan berterusan yang diberikan oleh senior-senior mereka. Kali ini nampaknya Pro-M UM gagal meyakinkan para senior mereka untuk turun berjuang bersama.  






PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA

SEBAB KENAPA PRO-M TOLAK DEBAT DALAM BI


Patut la Pengerusi Pro-M UM sendiri tak prefer debat dalam Bahasa Inggeris. Choiii der

Friday, 22 November 2013

WAKIL PELAJAR CINA MAHU SUARA MEREKA DIDENGAR PIHAK PENTADBIR

Kumpulan pelajar Cina Universiti Malaya hari ini menyerahkan dua memorandum kepada pihak pengurusan universiti bagi memohon pembukaan gerai makanan vegetarian di dalam kampus dan menghidupkan kembali program-program kebudayaan Cina di setiap kolej kediaman yang sebelum ini telah dihentikan atas sebab-sebab tertentu.

Upacara penyerahan memorandum tersebut telah diketuai oleh Sdr Teh Dick Shen dan disertai rakan-rakan beliau dari kumpulan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya.





Jika dilihat kepada momentum semasa, kumpulan Penggerak Mahasiswa dijangka tidak mempunyai masalah yang besar untuk mendapatkan sokongan undi daripada para pelajar kaum Cina. Hal ini diakui sendiri oleh jentera kaum Cina yang berjuang bersama kumpulan Penggerak Mahasiswa dalam menjaga hel ehwal kebajikan kaum tersebut di kampus-kampus Universiti Malaya. 

Tuduhan Pro-M UM sebelum ini yang mendakwa para pelajar kaum Cina tidak berani mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus ternyata meleset sama sekali. Yang pasti, Pro-M sebenarnya takut kerana masih gagal menarik sokongan para pelajar kaum Cina walaupun pelbagai usaha dan program dijalankan untuk memancing undi mereka. 

Albungkuslah nampaknya Pro-M kali ini.. Siang malam hanya tahu berpolitik sahaja tapi kerja tak pandai buat pun!! 

PRO-M BEBAS DAN BERKECUALI? KAH KAH KAH

Kalau Pro-M declare mereka mewakili suara mahasiswa yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana entiti politik luar kampus, tolong percaya bahawa mereka sedang menipu! Terlalu banyak bukti boleh dikaitkan dengan Pro-M sebagai gerakan mahasiswa propembangkang di dalam kampus terutamanya di Universiti Malaya yang dilabel sebagai kilang menghasilkan pemimpin untuk parti-parti pembangkang di negara ini.

Selain berkongsi ideologi dan matlamat yang sama iaitu menumbangkan pemerintah, mereka juga berkongsi citra yang sama dari segi identiti, tagline perjuangan dan sebagainya lagi.

Bagi menghadapi pilihan raya kampus (PRK) pada tahun ini, Pro-M UM misalnya memperkenalkan tagline A New Hope untuk memancing undi mahasiswa Universiti Malaya. Pakatan Rakyat juga pernah menggunakan tagline New Hope ini ketika berkempen dalam PRU-12 sehingga berjaya mengurangkan kerusi majoriti Barisan Nasional. 


Selain itu, Pro-M UM juga kekal menggunakan warna jingga sebagai warna rasmi pergerakan mereka, sama seperti warna rasmi Pakatan Rakyat. Kalau diperhatikan lebih jauh, simbol tangan yang digunakan oleh Pro-M juga bercitrakan simbol tangan yang digunakan oleh Pakatan Rakyat kononnya mewakili perjuangan rakyat. Iye ke perjuangan rakyat? 

Jadi, sekali lagi, kalau Pro-M declare mereka bebas daripada pengaruh politik, tolonglah percaya bahawa mereka menipu. Banyak lagi bukti akan didedahkan selepas ini. Ramai yang tak tahu dan terus tertipu dengan agenda Pro-M ini terutamanya dalam kalangan para pelajar Tahun 1.  


Thursday, 21 November 2013

SOLAT HAJAT POLITIK PRO-M UM TAK DAPAT SAMBUTAN MAHASISWA

Kumpulan Pro-M UM menunaikan solat hajat di dataran DTC
untuk meraih perhatian politik? 


Salah satu style Pro-M yang sudah menjadi identiti mereka ialah menunaikan solat secara berjemaah di tempat terbuka. Tak tahulah apa niat sebenar mereka. Bukan tak ada tempat yang lebih sesuai dan selesa seperti surau atau masjid. Tapi inilah kegemaran mereka. Soal ragu tentang aspek kebersihan tempat atau pandangan awam tidak menjadi masalah pada mereka. 

Terbaru, sebentar tadi selepas selesai menyusahkan warga kampus dengan deruman enjin kenderaan dan pembesar suara yang diusung ke seluruh pelosok kampus, kumpulan Pro-M UM berkumpul di dataran DTC dan menunaikan solat hajat kononnya untuk memohon kemenangan dalam PRK pada 28hb November ini.

Sampai bila agaknya budaya ini hendak diteruskan? Solat, ambil gambar dan uar-uarkan. Andai mereka ini benar, SB percaya dataran DTC itu akan dipenuhi warga kampus yang pasti bersimpati dengan mereka. Tapi lihatlah, berapa kerat yang ada? 

Cukup-cukuplah memperalatkan agama untuk kepentingan politik sempit kalian.

MISTERI!!! SIAPA CONTENG LOGO HIPPIE DI UM???

Lihat gelagat para penyokong kumpulan mahasiswa propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Universiti Malaya dalam foto di bawah. Kelihatan mereka sedang membersihkan logo Hippie yang diconteng di sekitar kawasan kampus.

Sekumpulan makhluk oren Pro-M UM sedang membersihkan
logo-logo Hippie di salah sebuah lokasi di UM. 

Gelagat ini boleh ditafsirkan sebagai tindakan u-turn oleh Pro-M selepas isu logo Hippie yang dikaitkan dengan kehadiran Fahmi Reza meletus sejak sehari yang lepas. Rata-rata pelajar UM melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang dianggap amat keterlaluan hingga mencemarkan pemandangan warga kampus.

Lepas buat, pakat-pakatlah cuci, kata salah seorang mahasiswi yang ditemui SB petang tadi ketika meninjau gelagat mereka ini. 

Sebelum ini juga pernah berlaku beberapa insiden yang mirip sama gamenya. Ingat peristiwa Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang hilang pada 20 Februari 2011? Masturah ketika itu merupakan salah seorang calon boleh menang Pro-M dilaporkan hilang sewaktu keluar berkempen di blok Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat kediaman pelajar luar UM. Sebaik isu ini meletus, pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas kumpulan Penggerak Mahasiswa. Tidak cukup dengan itu, HEPA juga dikaitkan sama kononnya bersikap acuh tak acuh dalam menjaga keselamatan mahasiswa. Isu ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama Pro-M dan Masturah sendiri. Simpati diraih, perhatian memuncak menjelang hari pembuangan undi hinggalah tiba-tiba sahaja Masturah muncul semula dan diumumkan sebagai calon yang menang undi tertinggi. 

Nampak tak permainannya? Mereka rancang isu supaya kelihatan seperti dianiaya (baca: fitnah) dan mencipta kebencian warga kampus terhadap pihak lawan (Penggerak Mahasiswa). 

Sebelum itu, isu kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademik Pengajian Islam (API) juga telah melonjakkan imej Pro-M sebagai mangsa fitnah walhal surau tersebut ialah markaz utama Pro-M di UM. Selain dikawal 24 jam, surau tersebut juga hampir mustahil dicerobohi oleh pihak musuh kerana kedudukannya yang sukar ditembusi dengan mudah. Jadi logikkah jika Pro-M menuduh ada pihak yang sengaja mensabotaj mereka?

Namun, persoalan tersebut tidak penting dalam merangka strategi operasi hitam. Pro-M UM sememangnya berani mengambil tindakan yang radikal kerana mereka tahu ia akan memberikan impak yang besar kepada perjuangan merebut kerusi MPM yang diidam-idamkan oleh mereka selama ini. 

Dalam insiden terbaru ini juga, tidak mustahil langsung sekiranya logo-logo tersebut diconteng oleh orang mereka sendiri. Modus operandinya amat ringkas : Conteng, kemudian wujudkan persepsi seolah-olah mereka disabotaj kemudian jalankan prosedur pembersihan supaya mahasiswa-mahasiswi UM benar-benar percaya mereka difitnah! 

Akhirnya yang kena troll siapa?? 

Tahniah Pro-M UM!! Anda memang licik!! 

PRO-M UM GELABAH!! PROGRAM GRAND KONVOI TAPI SAMBUTAN HAMBAR

Sepatutnya, ketika ini gerombolan Pro-M UM berkonvoi sekitar kawasan kampus. Jika dilihat kembali program-program seumpamanya yang pernah dijalankan sebelum ini, program konvoi kali ini dijangka akan menarik penyertaan yang lebih besar. Namun apa yang berlaku ketika ini, sambutan yang diterima amat hambar walaupun diuar-uarkan sebagai grand konvoi beberapa hari sebelumnya.

Poster program konvoi yang dilabelkan sebagai GRAND oleh
Pro-Mahasiswa Universiti Malaya.

Menurut sumber di UM, sehingga jam 6.00 petang tadi belum ada makhluk oren berkeliaran di sekitar kampus. Tidak ada remp yang membingitkan telinga warga kampus seperti kebiasaan. Yang kelihatan hanyalah pengawal-pengawal keselamatan berkawal di kawasan-kawasan yang dijangka menjadi tumpuan dalam program ini.

Apa sudah jadi? SB akan mendapatkan maklumat lebih lanjut dari masa ke masa. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 5

Insiden : Pengerusi Pro-M UM Dipukul

Edikoup Lakip Sediyanto, bekas Pengerusi
Pro-M UM yang mendakwa diserang dan
dipukul oleh lima orang lelaki tidak kenali.
Pengerusi Pro-M UM Sidang 2012/2013, Saudara Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis pada 25hb September 2012 mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh lima orang lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum itu, pada 24hb September 2012, Edikoup juga membuat laporan polis mendakwa tiga orang lelaki yang tidak dikenali telah berkunjung ke rumahnya dan mengugut beliau supaya mengingati kembali apa yang telah dilakukannya selama ini. Dalam laporan itu juga, Edikoup turut menyatakan tujuannya membuat laporan kerana bimbang sekiranya diapa-apakan pada kemudian hari selepas didatangi tiga lelaki tersebut.

Mula-mula buat laporan polis mendakwa didatangi tiga lelaki tidak dikenali dan mengugut beliau. Esoknya terus dipukul dan dibelasah oleh lima orang lagi lelaki yang juga tidak dikenali. Seakan sudah dirancang dan terancang skripnya, kan? Sampai ke sudah dia tak kenal lelaki-lelaki tersebut.

Tapi seperti biasa juga, semua cerita yang ini akhirnya menjurus kepada Penggerak Mahasiswa yang dituduh sebagai dalang utama dalam serangan tersebut.

Satu lagi persamaan yang jelas daripada siri operasi hitam yang berlaku di UM ini ialah, semuanya dilancarkan pada saat-saat akhir menjelang hari pembuangan undi. Insiden kepala babi, Masturah hilang, Edikoup dipukul berlaku ketika kempen PRK berada di kemuncak dan apabila ia meletus, semua pihak menjadi bingung. Pada waktu itulah Pro-M akan beraksi ligat untuk menarik perhatian dan meraih simpati mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya. 

Yang untung siapa? Yang rugi siapa? 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M SIRI 4

Insiden : Calon Pro-M Diculik atau Hilang?

Sama ada diculik atau hilang, kedua-duanya mencetuskan misteri yang sama. Untuk apa?

Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang.
Salah seorang calon yang bertanding atas platform Pro-M dilaporkan hilang ketika keluar berkempen pada 20hb Februari 2011 di block Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan pelajar luar UM. Calon tersebut, Masturah Abu Bakar yang juga merupakan anak kepada pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor, dilaporkan hilang selepas ‘menerima’ SMS berbaur ugutan seperti yang didedahkan oleh rakan beliau, Nurhanis ketika membuat laporan polis.

Anehnya, Masturah dilaporkan ditemui semula sebaik selesai pengundian yang dijalankan sehari kemudian iaitu pada 21hb Februari 2011. Dan lebih aneh lagi, Masturah diumumkan sebagai calon yang mendapat undian tertinggi atau lebih tepat, undi popular!

Modus operandinya kelihatan cukup mudah tetapi amat Berjaya. Hilang, berkempen untuk raih simpati, dan menang besar! Yang kena check mate siapa? Seperti biasa, cakap-cakap politik tetap menjurus kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa yang cuba dikaitkan sebagai pihak yang bertanggungjawab menculik Masturah.

Masturah bersama ibunya, Mariam Abdul Rashid, pemimpin
Dewan Muslimah PAS Selangor ketika sidang media selepas
kemunculan semula Masturah daripada 'kehilangannya'.


Paling mencuit hati ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pro-M ketika itu, Saudara Farid Jalpah, yang mengugut akan memboikot PRK sidang tersebut sekiranya kes tersebut tidak diselesaikan segera oleh pihak HEPA.


Akhirnya siapa yang kena troll? Sendiri jawab ye.. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 3

Insiden : Bantahan Sistem E-Undi

Sistem E-Undi atau E-Voting telah dilabel sebagai alat untuk memanipulasi undi oleh HEPA. Siapa yang label sedemikian? Tidak ada orang lain kecuali Pro-M UM. Ibarat takut akan bayang-bayang sendiri, apabila berasakan mereka akan kalah barulah Pro-M akan membangkitkan isu ini. Namun jika menang, mereka akan diam membisu. Hanya cerita kemenangan sahaja yang akan didendangkan. Hipokrit kan?

Namun ketika PRK UM Sidang 2010/2011, Pro-M telah bertindak melampaui batas apabila melancarkan bantahan secara agresif terhadap pihak HEPA hingga menceroboh pejabat TNC. Mereka menjerit, memaki hamun, sumpah seranah jadah, melaung-laungkan pelbagai perkataan kesat terhadap TNC hingga mendesak TNC letak jawatan.

Demonstrasi yang dilancarkan itu telah diketuai oleh Saudara Shazni Munir, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM. Saksikan video di bawah. 


Adakah ini akhlak pemimpin mahasiswa Islam? Di mana jalan toleransi yang sepatutnya diambil oleh golongan ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam? Dan akibat terlalu taksub dengan politik jugalah akhirnya Shazni Munir gagal menamatkan pengajiannya di UM. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 2

Insiden : Rosmah Puaka


24 Jun 2009 mencatatkan satu lagi sejarah hitam lagi memalukan buat mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya. Akademik Pengajian Islam (API) UM yang sepatutnya menjadi pusat ilmu untuk mahasiswa telah menjadi mangsa kebiadapan aktivis-aktivisi Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlalu taksub dengan politik dan kuasa.

Pada tarikh tersebut, lima orang pelajar dari API telah menconteng dinding dewan kuliah utama dengan lakaran imej Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak kerana dirasuk perasaan benci dan marah terhadap pemimpin Negara.

Mereka yang terlibat dalam kerja khianat laknat ini ialah ;

Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Aizat Roslan
Muhammad Saufi Jelani
Mohd Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli

Adakah ini yang mereka belajar sebagai mahasiswa API UM? Di mana rasa hormat dan tatasusila sebagai pelajar jurusan Pengajian Islam? Insiden ini telah mendapat perhatian besar seluruh negara sekaligus mencemarkan imej Universiti Malaya sebagai universiti terulung di negara ini.  


PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar