Pages

Showing posts with label Dewan Pemuda PAS. Show all posts
Showing posts with label Dewan Pemuda PAS. Show all posts

Monday, 29 April 2013

AKHLAK PEJUANG PAS YANG DIPUJI

Apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki-lelaki berbaju hijau terhadap wanita-wanita bertudung pink dalam foto di bawah? Siapakah mereka?



Akhlak.
Syariat.
Akidah.

Anda nilaikan sendiri sejauh mana keperibadian orang-orang PAS yang sebenar. Inikah yang dikatakan pejuang yang memperjuangkan Islam di Malaysia? Inikah yang diharapkan oleh tok-tok guru mereka? Inikah hasil didik tarbiyah terhadap para pengikut mereka?

Wednesday, 10 April 2013

PANAS!!! MENANTU HADI AWANG DITOLAK PENGUNDI N.05???


Siapa berani sanggah kenyataan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengamalkan bentuk kepimpinan diktator dalam partinya?

Penyokong-penyokong PAS di Parlimen Larut dan Dun Selama khususnya, telah merasai kediktatoran tersebut. Menurut maklumat yang diterima, Hadi Awang telah mengarahkan PAS Larut dan Selama mencalonkan menantunya di salah satu kerusi di Parlimen tersebut dalam PRU 13 ini.

Calon PAS P056 Datuk Fauzi Shaari dan Calon N.05 Akmal Kamaruddin


Akibat percaturan yang luar biasa itu, sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 14 telah bertindak berpaling arah dan menyokong Barisan Nasional.

Kemelut PAS di Larut berpunca selepas bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari menyertai parti tersebut dalam satu majlis yang diumumkan oleh Hadi Awang sendiri di Batu Kurau, Perak pada tahun lepas.


Datuk Fauzi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang
dalam satu majlis di Batu Kurau pada tahun lepas.



Penyertaan Datuk Fauzi ini telah digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk menaikkan momentum sokongan penduduk di Larut terhadap parti tersebut. Namun, perkara ini sebenarnya tidak begitu disenangi oleh Dr. Dhari Othman, calon boleh menang PAS yang disebut-sebut akan bertanding semula. (Untuk rekod, Dr. Dhari pernah bertanding di P.056 Larut dua kali tetapi kalah)

Kemelut bertambah meruncing apabila kumpulan penyokong Dr. Dhari mengadakan sidang akhbar khas menyatakan sokongan padu mereka kepada Dr. Dhari sebagai calon Parlimen Larut pada pertengahan tahun lepas. Hal ini bagaimanapun tidak diendahkan oleh Hadi Awang kerana beliau telah pun mempunyai rencananya sendiri bersama Anwar Ibrahim.

Menurut sumber SB di Larut, Hadi Awang telah mengaturkan kedudukan calon-calon PAS di sana sambil memasukkan juga nama menantunya, Ustaz Akmal, sebagai calon Dun Selama sekaligus mengenepikan Dr. Dhari Othman yang ibarat hilang segalanya dalam sekelip mata selepas kehadiran Datuk Fauzi.

Jika mengikut perancangan asal, Ustaz Akmal sepatutnya dicalonkan P056 Larut manakala Dr. Dhari pula di N.05 Selama tetapi percaturan itu telah berubah kerana Anwar Ibrahim telah pun mempunyai perancangan lain yang memerlukan Datuk Fauzi dicalonkan di Parlimen. Sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Datuk Fauzi akan ditawarkan jawatan penting dalam kerajaan Anwar kelak.

Menantu Hadi Awang, Ustaz Akmal Kamaruddin bertanding di N.05 Selama.


Kumpulan penyokong Dr. Dhari ternyata tidak dapat menerima keputusan ini. Satu proses pengundian dalaman kemudiannya dijalankan bagi menentukan siapakah individu paling layak diketengahkan sebagai calon mewakili PAS. Dalam pengundian tersebut, Ustaz Akmal Hj. Kamaruddin mendapat 9 undi berbanding Dr. Dhari yang mendapat 14 undi. Namun, atas desakan pucuk pimpinan PAS, akhirnya Ustaz Akmal dipilih sebagai calon meninggalkan Dr. Dhari Othman sekadar berputih mata.

Menurut sumber SB itu lagi, PAS Larut ketika ini ibarat jasad yang dihias dengan aneka kosmetik luaran yang indah-indah tetapi hakikatnya, bergelora hebat di dalam. Peluang untuk menang juga terlalu tipis. Kaum India juga dilaporkan sudah kembali menyokong Barisan Nasional sementara kaum Cina pula masih setia bersama MCA yang aktif berkempen hampir setiap masa khususnya di Selama.


Kumpulan 14 bersama Dato' Hamzah Zainuddin dan Dato' Mohd Daud.

Tindakan Kumpulan 14 mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional pastinya menambahkan beban kepada PAS Larut menjelang PRU 13 ini. Malah, salah seorang ahli Kumpulan 14 itu juga merupakan adik kepada Setiausaha Politik Timbalan Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komiditi, Dato' Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.



BETTERNATION

VIDEO ULAMAK PAS NAIK MINYAK

Banyak ulamak, tapi pastinya ini bukan kategori ulamak walaupun dilabelkan oleh pengikut-pengikut PAS sebagai ulamak.


Ulamak pewaris Nabi paling comel jika turut mewarisi akhlaknya Nabi SAW, bukan sekadar ilmu-ilmu yang dikutip daripada kitab-kitab di pondok-pondok. Akhlakul karimah, akhlak yang terpuji. 



BETTERNATION

Wednesday, 20 March 2013

WTH LAH!!! HANYA PAS SAHAJA PARTI ISLAM???

1. Panas hati! Memang panas hati bila SB baca satu blog ni. Dengan yakin, dia kata HANYA PAS SAHAJA PARTI ISLAM


2. Islamnya PAS hari ini dianggap mencapai kemuncak apabila bersatu dengan pakatan kuffar DAP dan PKR, yang cuba ditonjolkan sebagai satu gabungan atau sepakatan rakyat Malaysia dalam  mengubah pemerintahan negara.

3. Anehnya, kenapa PAS nak bergabung dengan pakatan kuffar ni sedangkan selama ini PAS beriya-iya mahu tubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia?

4. Apa-apa pun SB kurang bersetuju dengan dakwaan blogger ini bahawa hanya PAS SAHAJA PARTI ISLAM. Kenapa? Jom baca sepenuhnya di SINI.

Sunday, 17 March 2013

PESANAN KEPADA IMAM-IMAM MUDA PAS


1. Wajah ceria sekumpulan Imam Muda selepas mengumumkan "menyertai" PAS ini ligat berlegar dalam blog-blog pro-PAS sejak petang kelmarin.

2. Tahniah diucapkan kepada imam-imam muda tersebut. Akhirnya mereka menyerlahkan identiti sebenar selepas sekian lama berselindung di sebalik jubah Imam Muda.

3. Seorang kawan bertanya kepada SB semalam, sejak bila mereka ni bukan orang PAS? Soalannya tajam, tapi ada benarnya. 

4. Berdasarkan maklumat dari jabatan yang diterima SB, data memang menunjukkan mereka ini sememangnya menyokong PAS sejak sekian lama.

5. Motif penyertaan mereka ke dalam program realiti Imam Muda juga boleh diragukan. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini ialah projek khas PAS untuk menarik sokongan golongan muda yang cintakan Islam kepada PAS menjelang PRU 13.

6. Apa-apa pun, khususan kepada Imam-imam Muda popular seantero dunia ini, SB cadangkan buat sedikit bacaan terhadap buku Kafirkah Aku dan Asam Pedas PRU 13 tulisan CN Al-Afghani, individu yang pernah menyerahkan seluruh hidupnya kepada PAS lama sebelum anda semua menyertai parti tersebut.

7. SB juga mendoakan semoga perjalanan politik mereka cemerlang hingga ke akhirnya. Kita tidak mahu CN Al-Afghani kedua, ketiga, keempat dan seterusnya lagi selepas ini. Yang kita mahu dengar ialah PAS baru yang lebih tegas dan kembali kepada landasan Islam.

Wednesday, 16 January 2013

MAT SABU KACAU BILAU


Hampir 2 tahun yang lalu Barisan kepimpinan Tertinggi PAS membenarkan Kristian menggunakan Khalimah Allah di dalam kita bible versi Bahasa Melayunya. SB masih ingat ketika itu Pak Ajis dan yang paling lantang bersuara menyokong penggunaan Khalimah Allah ini ialah Mat Sabu. Disebabkan membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada Kristian, perpecahan dan pertelingkahan berlaku di kalangan umat Islam. 

Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang berlaku pada 12 Jan 2013, PAS di dalam Majlis Syuranya menarik balik kebenaran itu. SB menyelidik apa yang berlaku sebenarnya di dalam Majlis Syura tersebut. Dapat disimpulkan hasil bedah siasat HKR yang dijalankan mendapati sokongan akar umbi PAS mula goyah di sebabkan isu ini. Lantas disebabkan itu PAS menarik balik kebenaran Kristian menggunakan Khalimah ALLAH.



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Dek kerana undi, habis agama digadaikan. 


Artikel blogger kapak yang terbaru di sini dan sini.

Friday, 21 September 2012

KONSPIRASI PAS DAN GAMIS MENAWAN PILIHAN RAYA KAMPUS?

Hari ini SB bawakan bukti kemunafikan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden, yang kononnya memperjuangkan politik kampus yang bersih daripada pengaruh parti politik luar.


Presiden GAMIS, Akram Ikrami Taib Azamudden.


Adakah GAMIS yang dipimpinnya itu benar-benar bebas dan bersih? Apa kata Akram yang SB maksudkan? Lihat di bawah atau klik SINI.

Kenyataan Akram yang bersifat munafik.

Surat daripada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar seperti di bawah mungkin boleh menjawab persoalan ini.


Walaupun surat ini sudah lama didedahkan, namun ia relevan bagi membuktikan GAMIS mempunyai hubungan secara langsung dengan PAS sejak sekian lama.

Surat bertarikh 2hb Mac 2000 ini antara lain menyeru kepimpinan GAMIS dan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap kampus yang bergabung di bawah organisasi tersebut menggunakan segala kekuatan yang ada demi memastikan kemenangan perjuangan konon suci mereka itu.

Apa yang mengejutkan ialah, Mahfuz Omar secara terbuka menyeru GAMIS mempergunakan sesiapa sahaja termasuk Cina, India, dan kaum bukan Islam yang lain atas nama harakah perjuangan.

Kini tanggungjawab tersebut digalas oleh Akram selaku Presiden GAMIS. Namun seperti biasa, selaku ketua gerakan politik, Akram tidak terlepas daripada bermain sandiwara sama seperti kepimpinan PAS yang lain termasuk menyembunyikan hakikat dan kebenaran.

Buat Saudaraku Akram, ingatlah. Kamu boleh menipu atas nama harakah perjuangan, tapi kebenaran tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan umum selama-lamanya.

SANGAT MEMALUKAN! NAZUBUBILLAH..





Saturday, 11 August 2012

LOGO MERDEKA PAKATAN RAKYAT DISAHKAN BERUNSUR KRISTIAN?

Jarum halus kristianiti?

Kesumat politik. Itulah yang boleh disimpulkan daripada gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang memboikot tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-55 negara kita pada tahun ini.

Lantaran itu mereka menawarkan logo dan tema alternatif yang kononnya lebih disukai oleh rakyat Malaysia. Sayangnya, ramai yang tertipu dengan helah tersembunyi di sebalik logo dan tema yang dikeluarkan oleh pembangkang ini.

Apa helah yang dimaksudkan? Klik SINI.

Monday, 30 July 2012

NAUZUBILLAH!!! PAS SORAK ARTIS SOROK ULAMAK!!


Kebelakangan ini kita melihat satu fenomena yang begitu mengujakan apabila begitu ramai golongan artis berlumba-lumba memasuki arena politik kononnya sudah insaf dan ingin bertaubat dari kehidupan artis yang mereka dakwa penuh lagho dan melekakan. Baguslah kalau betul-betul dah insaf tambahan lagi dengan bulan keberkatan bulan Ramadan ini.

Dakwa mereka kononnya dengan menceburi bidang politik mereka telah menemui cahaya hidayah yang selama ini terlindung dengan hijab glamour dunia artis. Kalau dulu halal-haram, kahwin-cerai, dedah aurat dan pergaulan bebas menjadi darah daging mereka, kini setelah insaf dihina pula  kelekaan mereka dahulunya kononnya kerana salah pihak penguasa yang tidak islamik. Hairan ya sendiri cipta skandal dan kontroversi, orang lain pula senang-senang nak dipersalahkan. Masa glamour tak ingat dunia, bila kena gam dan diboikot media lantaran maksiat, khalwat dan kerja jahat mereka, mulalah hidup terumbang ambing, menagih kerja sana sini, timbullah rasa keinsafan. 

Tetapi malangnya keredhaan Allah yang dicari namun kefasikan yang ditemui. Inilah salahnya kalau memilih wasilah (jalan) yang salah. Sepatutnya setelah bertaubat iman akan menjadi lebih mantap, akidah semakin terpelihara dan paling utama terpelihara dari terjebak dengan dosa-dosa maki hamun dan menabur fitnah.

Namun apa nak buat, keceluparan dan kelancangan mulut inilah menjadi daya penarik segelintir pendengar kononnya makin celupar mulut si artis makin dekat dirinya dengan Allah dan dah terjamin pahala dan surga buat mereka. Ingatlah tiada gunanya bertudung litup, berjubah panjang dan berserban besar kalau pahala yang dicari dengan memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w;

Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

Bila kita kaji sirah Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang memeluk Islam setelah mendengar alunan Al-Quran yang begitu indah di samping kagum dengan keperibadian umat dan ajaran Islam.

Antaranya Kaab bin Zuhair, Abu Zuaib al Huzali dan Hisan bin Tsabit. Namun yang paling masyur adalah Kaab bin Zuhair yang pernah dihalalkan darahnya kerana begitu lancang menghina Rasulullah melalui syair-syairnya. Beliau diampunkan setelah memeluk Islam, namun Baginda tidak mengutamakan golongan penyair ini meskipun menyedari golongan penghibur ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat jahiliyah ketika itu. Baginda mengutamakan jasa dan kerja para sahabat dan mujahid yang lebih lama berjuang meskipun ada di kalangan mereka yang tidak popular.

Berbeza dengan para artis yang datang kepada jemaah Islam yang sepatutnya mentarbiyah diri sendiri bukannya memandai-mandai mentarbiyah orang lain. Berapa tinggi sangat ilmu yang mereka ada. Kita mudah menjulang mereka sebagai ustaz, ustazah dan ulama berceramah sana sini seolah-olah mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Bertambah malang lagi, ada kalangan artis yang kononnya insaf ini membawa budaya Islam liberal baru bernyanyi dengan alunan gitar di dalam masjid dan surau seolah-olah kita bagai berada di dalam sebuah gereja…nauzubillah!

Kita mula lupakan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang kampung yang tidak mempunyai nama yang selama ini bermati-matian berjuang untuk Islam dan hanya menerima upah ala kadar hasil dari kutipan-kutipan derma yang dilakukan. Sebaliknya golongan artis yang menjadi ustaz, ustazah dan ulama segera ini bebas menuntut bayaran tinggi minimum RM2,500.00 setiap ceramah yang hanya mengisahkan kehidupan mereka yang terlampau! Mana nilai Islam dan ilmu dalam perjuangan kini. Pejuang-pejuang Islam dianggap sebagai sampah, sedangkan artis-artis segera ini dapat upah melimpah-ruah hanya untuk menabur finah membangkit amarah sambil-sambil menutup aib silam mereka yang penuh bersejarah!

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, terpesona memasang angan mendapatkannya walaupun terpaksa berpoligami. Terbukti telah ada beberapa artis yang datang kepada jemaah dengan berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya mencari glamour dan wang di atas pentas sambil-sambil memperaga diri mencari jodoh!

Saturday, 21 July 2012

|VIDEO| SAKSIKAN KEBIADAPAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS!!!

PAS MALU BESAR!!! WAJIB BERTAUBAT!!

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memfitnah Karpal Singh? 

PAS dan MENIPU memang tak boleh dipisahkan. Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pula kantoi menipu selepas mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh sedia berbincang semula tentang perlaksanaan Hudud bersama PAS.

Nampaknya, kali ini Nasrudin benar-benar kantoi teruk. Tak sampai 24 jam selepas kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika membalas hujah CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari dari UMNO dalam debat bertajuk PRU 13 : Orang Muda Pilih Siapa? anjuran Sinar pada 19 Julai 2012, Karpal Singh terus melenting.

Masakan tidak, Karpal Singh tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya ia kekal sebagai agenda PAS semata-mata.

Mana nak letak muka kali ini? Bukan sekali dua pemimpin PAS kantoi dalam kerja penipuan yang dibuat. Tak lama dahulu, bekas MB boneka Perak, Nizar Jamaluddin turut kantoi apabila mendakwa Hudud tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana  manifesto PAS sedangkan sebelum itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Harun Din sendiri mengisytiharkan Dokumen Negara Islam PAS yang menggariskan Hudud sebagai teras perlembagaan persekutuan.

Lebih menarik, Nasrudin Hassan dalam penipuannya itu telah menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan hujah atau kenyataan sedemikian sedangkan rakaman sepanjang perdebatan itu berlangsung jelas membuktikan sebaliknya.

Apa ni Ustaz? Mana sifat jujur dan amanah kamu? SB tidak kisah dengan permainan politik yang Ustaz cuba jayakan tetapi tolonglah jangan menipu atas nama Islam. Ia sangat memalukan dan menjijikkan. 

Di kesempatan ini juga, SB ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Fathul Bari kerana berjaya berhadapan kefasikan penyokong-penyokong PAS sepanjang perdebatan itu berlangsung. Lebih hebat, Ustaz Fathul Bari turut berhadapan dengan ketua mereka sendiri iaitu Nasrudin Hassan. 

Allah Bersama UMNO. Allahuakbar!!

Sunday, 15 July 2012

MAZLAN ALIMAN KINI ANAK DERHAKA


Pengerusi Anak yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman sepatutnya sudah boleh berkira-kira menarik diri daripada bertanding dalam PRU 13 selepas kegagalannya menarik sokongan para peneroka FELDA menyertai Himpunan Oren semalam.

Walaupun publisiti besar-besaran sudah dibuat, realitinya yang hadir berhimpun hanya kira-kira 4000 orang. Itu angka yang diberikan sendiri oleh Mazlan kepada para wartawan.

4000 orang itu pula adakah kesemuanya warga peneroka?

Berdasarkan statistik terkini, terdapat kira-kira 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 94, 423 ialah peneroka manakala 18, 212 lagi ialah penerokawati sementara lebih 800,000 lagi ialah generasi kedua dan ketiga |Sumber|.

Mana pergi mereka ini? Adakah mereka tidak takut akan kebangkrapan yang digembar-gemburkan oleh Mazlan?

PAS juga patut malu kerana parti itu sendiri mempunyai rekod kegagalan yang amat teruk dalam menguruskan koperasi apabila KOHILAL yang pernah ditubuhkan tidak lama dahulu kini muflis dan wang peserta hilang entah ke mana.

Justeru Himpunan Oren semalam bolehlah disifatkan sebagai tindakan menghina diri sendiri oleh PAS dengan kerjasama padu oleh golongan Melayu dalam Pakatan Rakyat yang lain. Kenapa Melayu? Sebab Cina dan India DAP sememangnya tidak pernah menyokong FELDA jadi mereka tak perlu bersusah payah turun berdemonstrasi!

Saturday, 16 June 2012

KENAPA MAT SABU DITEMPELAK PELAJAR USIM??

Dua hari lepas SB terima kiriman emel dari seorang pembaca dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Kiriman emel itu berupa sekeping gambar printscreen berserta sedikit penerangan berkenaan kenyataan salah seorang pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terhadap pemimpin agung Syiah Iran, Ayatollah Khomeini.

Pelajar berkenaan dikatakan salah seorang penyokong kuat PAS yang teguh prinsip Islaminya. Lantaran itulah beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walaupun mungkin tidak meninggalkan apa-apa impak kepada PAS, namun pelajar terbabit ternyata berani menegur pimpinan pusat parti Islam terbesar itu. Lihat prinstscreen tersebut di bawah.

Pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Mat Sabu terhadap Imam Agung Syiah Iran.

Mat Sabu sememangnya diketahui amat menyanjung tinggi ketokohan Imam Syiah tersebut. Dalam data profilnya yang dimuatnaik dalam website peribadi Timbalan Presiden PAS itu, Mat Sabu secara terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya dalam perjuangan Islam walaupun mengetahui kesesatan akidah Syiah. Lihat bukti di bawah.

Kenyataan dalam profil Mat Sabu yang dimuatnaik dalam website Timbalan Presiden PAS itu secara
terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya. 


Selain itu, Mat Sabu juga beberapa kali secara terbuka, mengulangi kekagumannya terhadap Ayatollah Khomeini terutamanya ketika bercemarah di pentas PAS. 

Harakahdaily juga pernah menyiarkan kenyataan Mat Sabu yang mengagumi usaha Ayatollah Khomeini mengagih-agihkan hadiah kepada penganut Kristian ketika sambutan Hari Krismas di Iran. Lihat bukti di bawah.

Petikan foto dari blogger Pena Minang. Mat Sabu kagum berlebih-lebihan terhadap Ayatolah
Khomeini walaupun tahu Syiah itu sesat.

Walaupun bagi sesetengah pihak ia sesuatu yang bersifat diplomatik, namun tindakan Imam Agung Syiah itu sebenarnya telah menyanggahi prinsip-prinsip akidah Islamiah. 

Ironinya, Syiah bukanlah satu cabang mazhab Islam tetapi ia lebih kepada satu bentuk agama baru mengikut pandangan jumhur ulamak. Jadi kenapa Mat Sabu boleh meletakkan individu yang tidak sepatutnya sebagai idola dalam perjuangannya di negara ini? Klik SINI untuk memuaturun fail fatwa yang mengharamkan Syiah.

Mungkin itulah yang bermain di hati dan fikiran pelajar USIM berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika beliau sendiri mengharapkan Mat Sabu tidak dipilih lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar akan datang. 

Kepada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) di seluruh negara, adakah anda redha dengan hal ini? Buktikan kebebasan bersuara yang anda laung-laungkan selama ini!

Wednesday, 6 June 2012

K-POP / KELANTAN POP - KENAPA DIBIARKAN?

Keghairahan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya lebai-lebai cybertroopers PAS menghentam Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi K-POP akhirnya memakan diri. 

Mereka seolah-olah lupa, di Kelantan, negeri yang ditadbir oleh PAS, juga dihimpit masalah yang sama. K-POP versi Kelantan atau lebih mesra disebut Kelantan POP sebenarnya sama teruk atau mungkin lebih teruk jika dibandingkan dengan K-POP versi Korea Selatan ketika sambutan Hari Belia Negara itu. 


Jika anda tak percaya, boleh cari sendiri di You Tube. Pelbagai judul lagu berserta klip video yang memaparkan imej dan aksi seksi akan muncul. Kalau tak percaya juga, mainkan klip video di bawah. Memang serabut menontonnya.


K-POP ini mungkin sukar dibendung kerana dikhabarkan ia adalah bisnes 'segelintir' pihak yang buta hati dan cetek ilmu agamanya. Tapi sebagai penguasa negeri, Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya mempunyai kemampuan untuk membendung budaya ini daripada terus menular.

Justeru kepada penyokong-penyokong PAS dan para cybertroopers Pakatan Rakyat, sebelum anda nak lancarkan serangan, kaji dulu supaya peluru yang dilepaskan tidak berpatah balik ke muka sendiri.

SB tidak menghina sesiapa. SB juga sayangkan ulamak. SB juga mahukan sebuah negara yang lebih baik. SB mahu negara ini ditadbir dengan adil dan saksama. Tetapi sebelum semua itu berlaku, kita sendiri perlu bertindak adil dan saksama. Jangan kuman di Korea nampak, tapi gajah di negeri Tok Guru kita buat tak nampak!

Di sebelah sini, Ustaz Fathul Bari sudah pun bersuara. UMNO sama sekali tidak menghalang beliau membuat teguran |SINI|. Begitu juga Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kononnya didakwa pro-UMNO oleh cybertroopers PAS, turut menegur K-POP semasa HBN 2012 |SINI|. Tapi mana suara ulamak-ulamak PAS dalam isu Kelantan POP ini?

SB sangat berharap isu ini ditangani secara Islamik, sama seperti yang dilaung-laungkan selama ini oleh PAS. Begitu juga dalam isu K-POP PKR Bertam Nite 2012. Apa isunya? Klik SINI.

Kita tidak mahukan fatwa berkenaan isu ini kerana yang haram hukumnya tetap haram. Apa yang kita mahu dengar ialah secebis pandangan yang ikhlas seperti mana yang disuarakan oleh Ustaz Fathul Bari.

Mungkin dengan cara itu sahaja PAS akan lebih dihormati.

Klik juga pautan di bawah :


#AntiSemuaSalahUMNO - RESTU LEBAI PAS PUNCA SEBENAR?

Perhatikan betul-betul. Adakah ini juga salah UMNO?

Gambar di atas mungkin boleh memperjelaskan apa yang berlaku dalam rakaman video di bawah. Pentasnya sama. Audiennya sama. VVIP yang hadir juga sama. Jadi kenapa juak-juak Pakatan Rakyat masih cuba menafikan hakikat sebenar? Adalah lebih mulia jika mengakui kesalahan yang dilakukan seperti mana Menteri Belia dan Sukan yang memohon maaf di atas isu K-POP semasa Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya tempoh hari.



Orang tua-tua kata, Allah bayaq cash!!

Tuesday, 5 June 2012

UFB - Guna Dalil Secara Batil Halal Tegur Pemerintah Dikhalayak Ramai


BOLEHKAH PENGANUT PAS DAN KHAWARIJ MENERIMA PESAN DAN 
NASIHAT USTAZ FATHUL BARI INI?

RED ALERT!!! KHALID ISMATH DALAM TEKANAN??

Khalid Ismath mengakui Syiah. Adakah dia juga ahli PAS?

SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

Sumber : Sinar Harian Online.

Kata Khalid Ismath, ketika ini dia ambil keputusan menangguhkan pengajian sebab nak cari ketenangan. Eloklah tu. Ketenangan yang hakiki hanya boleh didapati jika kita kembali ke jalan yang benar, jalan Islam. Bukan dengan Syiah!

Apa pun, tahniah diucapkan kepada UiTM yang sudah mula bertindak tegas. Kes yang dihadapi oleh Khalid Ismath ini tidak boleh dibiarkan tanpa perbicaraan kerana ia melibatkan kepentingan banyak pihak serta mencemarkan nama baik mahasiswa di negara ini.

Semoga Khalid menemui ketenangan yang dicarinya itu sementara menantikan hukuman yang lebih berat. Lu buat, lu tanggunglah brader!

Monday, 4 June 2012

BUKTI PAS KEMARUK DEBAT!


Orang nak bermuzakarah demi kepentingan orang Islam dan orang Melayu, tapi yang sebelah sana asyik nak berdebat, nak tunjuk siapa lebih hebat dan cerdik agama!

Sunday, 20 May 2012

KENALI SYAITAN BETINA IRSHAD MANJI

Irshad Manji berkongsi fahaman yang sama seperti Salman Rushdie, penulis
novel The Satanic Verse yang diharamkan oleh negara-negara Islam.

Kenapa PAS diam membisu apabila Irshad Manji, seorang pluralis-lesbo dari Kanada, memperlekeh mufti di Malaysia? Adakah kerana PAS setuju bahawa kritikan Irshad itu ditujukan susulan fatwa oleh mufti-mufti bahawa menyertai perhimpunan yang boleh mencetuskan kerosakan adalah haram di sisi Islam?

Mungkin ahlul PAS terutamanya pemimpin-pemimpin mereka terlupa tentang fakta ini : Irshad Manji sebenarnya ialah syaitan yang sering mengeluarkan fatwa berlandaskan akal logik dan nafsu seks songsangnya!

Penulis buku  The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith itu diketahui sering menghalalkan pelagai perkara yang difikirkannya tidak selari dengan konsep kebebasan hak asasi manusia zaman moden.

Misalnya, Irshad membenarkan perkahwinan campur antara agama (inter-faith marriage) melibatkan orang Islam dan bukan Islam tanpa perlu mematuhi ketetapan syarak.

Alasan Irshad cukup mudah, semua agama menuju The One, atau Tuhan Yang Esa yang sama walaupun berbeza jalan. Konsep ini dipegang oleh semua penganut fahaman pluralisme agama terutamanya di Barat dan rantau Asia Tenggara termasuk pemikir-pemikir di Institut Kajian Dasar (IKD) yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim.

Konsep ini bertentangan sama sekali dengan Islam. Menurut Islam, kepelbagaian kepercayaan atau pluraliti agama adalah sesuatu yang lumrah, tetapi fahaman pluralisme yang mempercayai semua agama menuju kebenaran yang sama, adalah menyesatkan akidah Islamiah.

Selain itu, Irshad Manji juga amat menyokong budaya seks songsang dan seks bebas atau LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) walaupun dilarang oleh syarak. Bagi Irshad yang turut mengamalkan seks sejenis (lesbian) ia adalah fitrah semula jadi manusia dan tidak sepatutnya dihalang.

Fahaman yang berteraskan akal logik begini sebenarnya melanggar fitrah kejadian manusia yang dicipta berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita oleh Allah SWT.

Di Malaysia, gerakan LGBT ini turut disokong oleh pelbagai NGO yang bertunjangkan hak asasi manusia seperti Majlis Peguam, Amnesty dan Human Right Watch yang turut ditaja oleh NGOs Barat.

Apa yang menghairankan kita ialah, sehingga kini PAS langsung tidak menyatakan pendirian mereka berhubung kedatangan Irshad Manji ke negara ini walaupun sudah dua hari berlalu. Ia sama sekali berbeza ketika mereka menentang keras kedatangan penyanyi Jason Marz yang didakwa sebagai gay ke Malaysia tidak lama dulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar