Pages

Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

MAHASISWA TUNTUT KEBEBASAN SEPERTI DI BARAT?



Apa makna kebebasan kepada puak-puak antiestablishment ni? 

Kepada rakan-rakan semua, jangan bagi peluang kepada mereka ini bermaharajalela. Jangan bagi peluang kepada mereka ini bersuara. Kita serbu dan kita lawan hujah mereka. 

Tuesday, 20 May 2014

SIAPA DYANA SOFYA TANPA UiTM?

Dyana Sofya, calon DAP dalam PRK Teluk Intan, terus menyerang institusi pengajian tinggi bumiputera UiTM yang pernah mendidiknya hingga diangkat menjadi calon DAP.

Ironinya, tanpa UiTM, Dyana belum tentu layak ke mana-mana institusi pengajian lain di negara ini. Dan Dyana perlu ingat, dia diterima masuk ke UiTM bukan kerana keluarganya atau ibunya orang kuat UMNO.

UiTM sememangnya tidak dibina khas untuk orang UMNO. Dyana ini hanya satu contoh tipikal Melayu yang angkuh hasil didikan UiTM di luar sana yang berasakan UiTM itu hanya untuk orang UMNO dan mendoktrin pelajar menyokong UMNO. Tiada sesiapa yang memaksa sesiapa menyertai UMNO atau menyokong UMNO melainkan ia datang daripada kesedaran diri sendiri untuk membantu perjuangan UMNO yang telah berusaha mewujudkan institusi pengajian tersebut.

Namun, pengaruh pemikiran liberal demokratik yang lebih mudah diterima di luar UiTM menyebabkan golongan muda seperti Dyana keliru dengan tujuan penubuhan UiTM itu sendiri. Ini harga yang perlu dibayar apabila kerajaan melaburkan duit yang banyak untuk menghasilkan mahasiswa tetapi akhirnya mereka dirosakkan dengan mudah oleh pihak pembangkang yang menjadikan universiti sebagai kilang merekrut kepimpinan baru. 

Walaupun Dyana menolak dakwaan bahawa dia dijadikan sebagai boneka oleh DAP khususnya Lim Kit Siang, namun ia tidak dapat menyembunyikan agenda jahat parti komunis tersebut dalam percaturan mereka memenangi kerusi Teluk Intan sekali lagi.

Dyana mungkin tidak menyedari, ramai lagi anak muda Cina yang lebih berkelayakan dan mempunyai pencapaian yang hebat untuk diletakkan sebagai calon. Tetapi kenapa dia yang menjadi pilihan? Apakah sumbangannya kepada rakyat Teluk Intan selama ini? Apakah pencapaian peribadinya selama bergelar mahasiswa? Adakah Uncle Kit Siang memilihnya atas faktor dirinya sendiri atau kerana dia Melayu dari keluarga UMNO? 

Dyana sememangnya tidak nampak betapa halusnya agenda Kit Siang dalam percaturan ini. Teluk Intan ialah kerusi selamat DAP, dikenali sebagai kawasan penyokong kuat gerakan komunisme suatu ketika dahulu. Hari ini, Teluk Intan yang mempunyai taburan penduduk majoriti orang Cina, sama sahaja seperti di tempat-tempat lain, sudah beralih menyokong DAP. Jika mereka mengundi Dyana sekali pun, ia bukan kerana Dyana tetapi kerana menyokong DAP dan kerana benci akan Barisan Nasional khususnya UMNO. 

Dyana, hakikatnya, tidak sedar bahawa jika DAP memilih seekor babi betina mongel dan montok sebagai calon di Teluk Intan sekali pun, tetap akan disokong oleh pengundi-pengundi Cina di situ. 

Semua ini merumuskan dengan mudah akan fakta bahawa Dyana bukanlah pilihan terbaik daripada DAP tetapi untuk jangka panjang, Dyana ialah boneka paling cantik dan mulus untuk dijadikan sebagai umpan mengaut sokongan Melayu muda liberal supaya menyokong DAP.

DAP sejak awal lagi menyedari betapa mereka tidak boleh bergantung kepada PKR dan PAS untuk memerintah negara ini. DAP malah menyedari bahawa cabaran sebenar mereka ialah menguasai undi Melayu tanpa melalui kedua-dua parti pakatan tersebut. Bagi DAP, Melayu perlu diselenggara semula supaya melihat DAP sebagai sebuah parti liberal yang memperjuangkan hak semua kaum. Justeru, dengan meletakkan Dyana di Teluk Intan, sebuah kerusi selamat, sekurang-kurangnya orang Melayu muda liberal mula melihat DAP dari satu jurus pandang yang baharu, apatah lagi Dyana sendiri merupakan bekas Puteri UMNO dan keluarganya juga merupakan penyokong kuat UMNO. 

Stretagi DAP ini sebenarnya cukup ampuh dan tidak pernah terfikirkan oleh UMNO sendiri. Ia ibarat memotong berlian dengan berlian. Untuk memusnahkan penguasaan UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional, maka DAP memilih orang Melayu sendiri, daripada keluarga UMNO sendiri, dan daripada bekas pelajar UiTM sendiri. 

DAP tidak kisah jika mereka kehilangan kerusi Teluk Intan dan tidak bertelagah sesama sendiri demi memberi laluan kepada seorang anak muda seperti Dyana kerana ia risiko yang berbaloi untuk ditanggung dalam jangka panjang. Anehnya, kenapa UMNO tidak pernah fikir akan permainan politik DAP ini? 

Sekarang, Dyana tetap Dyana yang menyokong DAP. UiTM pula kian dicabar. Melayu sedang diperalatkan untuk agenda DAP menawan tampuk pemerintahan negara. Tiada apa yang boleh dilakukan pada tahap ini, kecuali UMNO memperkemaskan semula rentak mereka daripada segenap sudut. Usah bermimpi lagi. Lakukanlah rombakan secara besar-besaran.

Sunday, 24 November 2013

#PRKUiTM2013 PENAMAAN CALON BAKAL DISABOTAJ

Adakah benar pihak pentadbiran UiTM menyembunyikan tarikh-tarikh dan notis penting berkaitan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Sesi 2013/2014? 

Perkara ini menjadi viral sejak beberapa hari yang lalu apabila kumpulan haram pimpinan Khalid Ismath, salah seorang pelajar UiTM yang kini sedang digantung pengajian, iaitu Kelab Sosialis UiTM menyebarkan propaganda tersebut melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.

Isu ini menjadi semakin panas apabila seorang lelaki yang mengaku pansyarah Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Shah Alam bernama Dr. Jamaluddin Ahmad, mengirim artikel kepada portal berita propembangkang The Malaysian Insider mendakwa wujud sesuatu yang tidak kena berkaitan sistem pemilihan terutamanya dalam aspek sebaran notis kepada para pelajar |SINI|.

Hal ini bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak pentadbiran UiTM yang menyifatkan tindakan segelintir kecil pelajar ini sebagai salah satu usaha mensabotaj pemilihan JPP yang dijangka akan diadakan pada 28hb November ini atas alasan sentimen politik, bukannya berkaitan teknikal seperti yang digembar-gemburkan.

Bagi menafikan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan ini, SB kongsikan bukti-bukti berikut. Notis-notis pemilihan sebenarnya telah pun dinaikkan melalui kain rentang yang digantung di pintu-pintu pagar utama kampus. Justeru tidak ada alasan lagi kenapa Kelab Sosialis UiTM tidak mendapat info berkaitan hal ini. 


Notis dalam bentuk kain rentang digantung di pintu pagar utama kampus
Shah Alam, Selangor. 

Semua pelajar juga mempunyai hak yang sama untuk bertanding sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan mematuhi peraturan pemilihan. 

Penamaan calon bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM Sesi 2013/2014 akan diadakan pada petang ini (24hb November 2013) jam 3.00 petang dan terbuka kepada semua pelajar. 

AMARAN KEPADA DR. JAMALUDDIN AHMAD

Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad?

Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad? Lelaki ini mendakwa dirinya ialah pensyarah baharu Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam. Namun berdasarkan maklumat yang diterima, nama ini tidak wujud dalam daftar senarai pensyarah di UiTM khususnya di Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Shah Alam.

Justeru secara peribadi, SB lebih suka menggunakan label lelaki palsu sahaja. Baru-baru ini lelaki ini telah mengirim (?) sebuah artikel kepada portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang menyentuh isu pilihan raya kampus (PRK) di UiTM |SINI|. Lelaki ini mendakwa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ berkaitan sistem yang digunapakai oleh pihak HEP universiti tersebut dalam menguruskan pilihan raya kampus.

Dalam artikel tersebut dia mendakwa didatangi seorang pelajar yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus dan meminta bantuannya supaya menyeru para pelajar turun mengundi. Namun pada masa yang sama, lelaki ini juga seolah-olah menyokong kempen boikot PRK yang dilancarkan oleh Khalid Ismath melalui Kelab Sosialis UiTM iaitu sebuah kelab haram yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos yang lalu.

Alasan yang digunakan bagi menyokong kempen ini pula hanya berdasarkan pembacaan beliau mengenai kempen tersebut. Sejak seminggu yang lalu, Kelab Sosialis UiTM telah melancarkan pelbagai fitnah ke atas pihak pentadbiran kononnya menyembunyikan tarikh-tarikh penting dalam pilihan raya kampus sekaligus menghalang peluang mereka untuk bertanding secara sihat. Justeru mereka nekad melancarkan kempen boikot PRK UiTM.

Jika benar lelaki ini pensyarah UiTM, dia sepatutnya berusaha mencari kesahihah terhadap kekeliruan ini, bukannya membuat kenyataan secara terbuka yang hanya menzahirkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif terhadap tempat dia mencari sesuap nasi.

Pihak pentadbiran UiTM juga menafikan tuduhan Kelab Sosialis tersebut. Selain menguar-uarkan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya kampus, pihak pentadbiran juga terikat dengan peruntukan-peruntukan perundangan yang sedia termaktub dalam Akta UiTM 174 dan perkara-perkara dasar berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau lebih dikenali umum sebagai MPP. Justeru amat mustahil sekiranya tarikh-tarikh penting tersebut hendak disembunyikan seperti yang didakwa oleh Kelab Sosialis UiTM pimpinan Khalid Ismath.

Kepada Dr. Jamaluddin Ahmad, ingatlah anda juga terikat kepada perundangan. SB difahamkan pihak pentadbiran UiTM sedang menimbangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil ke atas anda kerana menggunakan identiti palsu dan The Malaysian Insider sendiri yang menyiarkan artikel tersebut.


Friday, 22 November 2013

APA JADAH SO-SIAL-IS UiTM LANCAR KEMPEN BOIKOT PRK??

Khalid Ismath, aktivis sosialis yang juga pelajar UiTM Kampus Shah Alam dikesan semakin berani membawa masuk unsur-unsur sosialisme ke dalam kampus tersebut melalui penubuhan Kelab Sosialis UiTM.

Ketika ini kelab haram tersebut giat melancarkan kempen boikot pilihan raya kampus (PRK) UiTM yang dijangka akan diadakan pada 28hb November ini atas pelbagai alasan kabur dan penuh muslihat.

Khalid Ismath yang sedang menjalani tempoh penggantungan atas tiga kesalahan disiplin pernah mengumumkan penubuhan kelab tersebut melalui laman sosial twitter beliau baru-baru ini. Ia secara tidak langsung telah mendedahkan kesungguhan  kumpulan sosialis untuk menawan kampus-kampus UiTM yang sememangnya dipenuhi mahasiswa Melayu beragama Islam.

Berdasarkan rekod, UiTM merupakan antara sebahagian kecil IPTA yang masih belum dicerobohi oleh mana-mana kumpulan mahasiswa propembangkang yang dikenali sebagai Pro-M. Pun begitu, kampus Shah Alam pernah menyaksikan kemunculan sebuah kelab haram yang juga ditubuhkan oleh Khalid Ismath dikenali sebagai  Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Kumpulan ini bagaimanapun tidak tertumpu di kampus UiTM semata-mata seperti Kelab Sosialis UiTM yang baru ditubuhkan sebaik sahaja Khalid Ismath melepaskan jawatannya dalam KAMI sekitar bulan Ogos yang lepas.

Kelab Sosialis UiTM dipercayai menjadi senjata halus bagi para aktivis sosialis yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Khalid Ismath sendiri untuk menyerang institusi pengajian terbesar orang Melayu itu. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk meracuni pemikiran anak-anak Melayu yang rapuh jati diri supaya menentang pihak pemerintah. Walaupun mereka tahu UiTM ditubuhkan bagi membantu memajukan golongan Melayu yang berpendapatan rendah dan sederhana, tetapi bagi kumpulan ini, suasana ini perlu dirobah supaya anak-anak muda Melayu beralih menyokong mereka sekaligus mempercepatkan usaha menawan Putrajaya dalam PRU ke-14 kelak. Sentimen UiTM sebagai milik orang Melayu pada mereka perlu dihapuskan kerana prinsip perjuangan sosialis ialah kesamarataan, iaitu memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum dan individu.

Tidakkah mereka ini berfikir, sekiranya UiTM dibuka kepada semua kaum, di manakah lagi orang Melayu dari kelompok berpendapatan rendah dan sederhana boleh melanjutkan pelajaran dengan kos yang murah? Adakah orang Melayu dari kelompok ini akan diberikan hak dan peluang yang sama untuk memasuki pusat-pusat pengajian berprestij seperti UNITAR dan sebagainya yang dipenuhi anak-anak orang kaya?   

Ketika ini Kelab Sosialis UiTM dan Khalid Ismath sendiri sedar betapa pengaruh yang mereka ada amat kecil. Atas sebab itulah mereka melancarkan kempen boikot PRK kerana tidak mampu bertanding melalui saluran yang disediakan. Namun dalam jangka panjang, SB percaya gerakan yang dibina oleh Khalid Ismath pasti akan meninggalkan impak terhadap lanskap politik di UiTM seandainya tidak dibendung dari awal.


Tuesday, 19 March 2013

GEMPAQ!!! APAHAL SISWA UNIVERSITI MALAYA MINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA MAHASISWA UiTM??

Tertanda ialah Khalid Ismath dan Safwan Anang sewaktu ditahan oleh polis
bantuan UiTM.


Liputan penuh, klik SINI dan SINI.

SB juga dimaklumkan bahawa Adam Adli tidak terlibat dalam kejadian yang berlaku di UiTM Shah Alam pada malam semalam. Dalam satu kenyataan yang dihantar di Twitternya, Adam tegas menafikan bahawa beliau terlibat sama. Apa dah jadi ni? Selalunya, di mana Khalid Ismath dan Safwan Anang ada, di situ jugalah Adam  SiTiang Bendera ni ada.


Thursday, 20 September 2012

ASPIRASI MAHASISWA KUASAI PENGUNDIAN AWAL DI EMPAT BUAH IPTA, MENANG MUDAH DI UNISZA




Tahniah diucapkan kepada para penggerak Aspirasi Mahasiswa dan Evolusi di empat buah universiti yang telah  mengadakan pemilihan siang tadi iaitu UTeM, UNIMAP, UTHM, dan UiTM. Kesemua IPTA ini menyaksikan calon-calon penggerak Aspirasi menguasai undi majoriti sekaligus mengekalkan kemenangan sidang lepas.

Sebuah lagi IPTA di Pantai Timur iaitu UNISZA turut menyaksikan calon-calon Pro-Aspirasi (Universiti) menang tanpa bertanding dan membentuk MPP menerusi majoriti mutlak.

Ramai yang melihat kemenangan ini sebagai suntikan moral kepada para penggerak di universiti lain yang akan menjalankan pemilihan pada 25hb September ini.

Sementara itu, beberapa universiti lagi akan mengadakan sesi penamaan calon pada esok hari, antaranya, USM, UKM, USIM UPSI UMP, UMK UTM, dan UPNM.

Semoga calon-calon Pro-Aspirasi Mahasiswa terus sukses dan mengekalkan kemenangan di IPTA lain di samping merampas semula tampuk pemerintahan di UM, UKM dan UIAM

Saturday, 11 August 2012

USTAZ AZHAR IDRUS REDHA DIJADIKAN ALAT FITNAH?

Kesilapan teknikal atau SOP?

Kecoh apabila facebookers Pakatan Rakyat memainkan isu pelajar UiTM yang disaman kerana memaparkan pelekat Ustaz Azhar Idrus pada motosikalnya.

Gambar ini yang dikesan dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ainon Mohd telah dikongsi oleh peminat-peminat pendakwah berkenaan sehingga mencetuskan perdebatan hangat sesama sendiri. 

Menariknya, berdasarkan gambar ini, kita dapat lihat dengan jelas beberapa perbezaan yang ketara seperti bentuk atau gaya tulisan tangan dan ruang profil 'pesalah' yang dibiarkan kosong. Adakah ia SOP sebenar di UiTM?

Anda fikirkan.

Menurut maklumat seorang staf keselamatan di UiTM, SB diberitahu ia bukanlah amalan biasa dalam urusan penguatkuasaan undang-undang jalan raya di universiti tersebut. 

Adakah ini cubaan terbaru cybertroopers Pakatan Rakyat menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dengan menggunakan populariti Ustaz Azhar Idrus?

SB : Bukan peminat UAI. Maaf!

Friday, 15 June 2012

KHALID ISMATH UBAH PENDIRIAN??

13 Jun 2012, Khalid Ismath, pelajar UiTM yang digantung pengajian selama 3 semester atas tiga kesalahan berbeza tampil dengan kenyataan akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya itu.


Kenyataan terbarunya ini ibarat menjilat kembali ludah yang telah dilemparkan. Selepas dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM yang bersidang pada minggu lepas, Khalid Ismath menyatakan tidak akan membuat rayuan kerana Akta 174 yang digunapakai dalam prosiding tersebut adalah terlalu jijik bagi dirinya.

Namun selepas ditawarkan pelbagai bantuan termasuk khidmat guaman dan kewangan oleh Kerajaan PKR Selangor, akhirnya Khalid menukar pendiriannya itu.

Khalid Ismath yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut akan mencabar keputusan Jawatankuasa Tatatertib UiTM dengan bantuan peguam-peguam yang akan diupah oleh Kerajaan PKR Selangor kelak.

Apa yang menarik dalam perkembangan terbaru ini ialah tindakan putar belit Khalid sendiri yang mendakwa beliau dikenakan hukuman kerana menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.

Benarkah seperti yang didakwa? Berdasarkan surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh UiTM ke atasnya, tidak ada satu pun daripada ketiga-tiga kesalahan yang dinyatakan menyentuh tentang penyertaannya dalam demonstrasi BERSIH 3.0 itu. Rujuk SINI.

Tiga pertuduhan itu ialah : Kegagalan menghadiri kuliah, tutorial dan ujian dalaman universiti, Mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman iaitu bersetuju sekiranya seluruh anggota polis dibunuh susulan Rusuhan 28 April/BERSIH 3.0, Bertindak liar dan tidak sopan ketika demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di sekitar Dataran Merdeka termasuk menghasut orang ramai bertindak ganas.

Jika dilihat dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut, jelas sekali keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM adalah berasas. Walaupun Khalid berhak membuat rayuan tetapi beliau tidak sepatutnya berterusan memburukkan institusi pengajiannya itu, apatah lagi mengheret kes ini ke dalam kancah politik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pembangkang.

Tuesday, 12 June 2012

BUKTI MAHASISWA UiTM TOLAK KHALID ISMATH DAN SMM

10 Jun 2012, Tukang Cakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengeluarkan kenyataan kononnya hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas Khalid Ismath, pelajar jurusan perundangan UiTM Shah Alam Tahun 2, sebagai usaha terancang UMNO untuk mendiamkan pelajar tersebut daripada terus bersuara.

Tinjauan SB sebelum itu iaitu pada hari perbicaraan ke atas Khalid di UiTM Shah Alam sendiri, rata-rata pelajar UiTM yang lain tidak kenal langsung siapa Khalid Ismath. Malah, mereka langsung tidak tahu pada hari tersebut diadakan prosiding tatatertib ke atas Khalid.

Hal ini sama sekali menyanggahi dakwaan Edikoup kononnya Khalid Ismath mempunyai pengaruh besar di IPTA milik penuh kerajaan itu. 

Kiriman emel yang SB terima semalam juga membuktikan perkara sebenar yang berlaku di UiTM Shah Alam membabitkan individu bernama Khalid Ismath ini. Lihat gambar-gambar di bawah :








Kain-kain rentang yang dinaikkan ini mengingatkan SB pada peristiwa yang hampir sama pada minggu peperiksaan semester lepas. Khalid Ismath jugalah orangnya yang menjadi sasaran. Kalau benar Khalid Ismath disanjung di UiTM, kenapa ada banner yang mengecamnya sebegini rupa?

Friday, 4 May 2012

Khalid Ismath Bakal Dibuang Dari UiTM

Iras-iras apa ya?


Gabungan Mahasiswa UiTM Desak Naib Canselor Bertindak Ke Atas Khalid Mohd Ismath



Shah Alam - 4 Mei : Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.

Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.

Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.

"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. – YY

Sumber : Putrajaya Online.

Tahniah mahasiswa UiTM. Dah lama kami tunggu tindakan begini diambil. Dah lama rakyat Malaysia yang lain tunggu Khalid Istmah Syiah  dikenakan tindakan. Buat apa lagi simpan?

Apa pun, semoga segala tindakan ini tidak mengundang simpati awam terhadap mamat Syiah ini di kemudian hari. Biarlah pihak universiti putuskan tindakan selanjutnya. 

Mahasiswa UiTM tak mahu Khalid Ismath lagi.

Friday, 6 April 2012

PANASSS!! Mahasiswa Zon Utara Kecam Anwar Ibrahim??


Solidariti Palestin Mahasiswa Utara.

Berhimpun secara aman, Mesej disebarluaskan!

Rasional. Toleransi. Realistik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar