1. Barangkali tak ramai yang tahu bahawa rumah tangga yang
dibina oleh Khalid Ismath bersama isterinya, Nurul Jannah binti Aziz sudah
berakhir. Hal ini didedahkan sendiri oleh Khalid Ismath dalam beberapa
kenyataan di ruangan Facebook dan twitternya.
2. SB tidak berniat mengaibkan sesiapa. Setiap penceraian
yang berlaku dikatakan akan menggoncangkan Arrasy sekaligus menunjukkan betapa
seriusnya urusan tersebut di sisi Islam.
3. Khalid Ismath bernikah dengan Nurul Jannah pada 21 April 2012
iaitu seminggu sebelum Rusuhan 28 April berlangsung di ibu kota yang turut
melibatkan kaum keluarga Khalid sendiri.
4. Beberapa orang ilmuan telah mengulas perkahwinan mereka
dari segi syarak memandangkan Khalid Ismath diketahui seorang penganut Syiah
manakala isterinya pula penganut Islam mazhab Syafie. Antara yang lantang bersuara
ialah Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman yang
menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai tidak digalakkan dari segi syarak.
5. Baru-baru ini, Khalid membuat pengakuan di Facebooknya
bahawa isterinya itu telah memfailkan fasakh yang tidak boleh dirujuk. Rujuk kenyataan
tersebut seperti di bawah.
6. Berdasarkan hukum syarak, seseorang isteri atau suami
boleh memfailkan fasakh (permohonan membatalkan nikah) sekiranya berlaku
situasi-situasi seperti berikut:
- Suami tidak memberikan nafkah, tempat tinggal atau mas kahwin.
- Isteri tidak mengetahui kedudukan suami yakni samada suami hilang lebih daripada 6 bulan, atau tidak pulang ke rumah dan tidak memberikan nafkah zahir dan batin.
- Suami berpenyakit yang tidak boleh diubati.
- Salah seorang daripada suami atau isteri itu berpenyakit.
- Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
- Berlaku persetubuhan syubahat (terlarang).
- Kecatatan.
- Tidak bernafsu dengan lelaki.
- Suami yang zalim.
Nota : Fasakh ialah kuasa kadi dan hukumnya harus jika
berlaku sebarang sebab seperti yang dinyatakan.
7. Jika diambil kira kesemua sebab atau alasan yang
dikemukakan ini, di manakah agaknya kedudukan kes antara Khalid dan Jannah?
8. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ismath sebelum
ini, beliau mendakwa isterinya tidak memahami perjuangannya. Dalam satu
kenyataan yang lain pula, Khalid mendakwa Jannah berbeza pegangan. Apakah yang dimaksudkan dengan berbeza
pegangan tersebut?
9. Adakah Jannah baru sedar Khalid Ismath seorang Syiah
tegar? Atau Khalid membohongi isterinya sejak dari awal?
10. SB juga pelik kerana dalam kenyataan terbaru yang dibuat
Khalid Ismath pada pagi tadi ketika menjawab soalan yang diajukan di
twitternya, beliau memberitahu bahawa Jannah tidak menuntut fasakh, berbeza
dengan kenyataan asalnya sebelum ini. Rujuk screenshot di bawah.
11. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka?
12. Adakah Jannah mengambil keputusan menuntut fasakh
(berdasarkan kenyataan awal Khalid Ismath) dengan menggunapakai alasan
nombor 5? Ini kerana, jumhur ulamak ASWJ
mengklafikasikan Syiah sebagai agama baru yang bertentangan sama sekali dengan
ajaran Islam, atau lebih tepat, ia bukan mazhab seperti yang dipegang oleh
kelompok tersebut.
13. Apa-apa pun, marilah kita mendoakan semoga ada sinar
buat Jannah yang telah dianiayai oleh Khalid Ismath itu.



