Pages

Showing posts with label Pluralisme. Show all posts
Showing posts with label Pluralisme. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

PANAS!!! PROF. SIDEK BABA DEDAHKAN RAMBUT PALSU ANWAR IBRAHIM!!


Alhamdulillah. Semalam SB sempat turun ke Padang Awam Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk mengikuti Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim. Antara panel yang dijemput khas oleh Gabungan Bela Hak Rakyat Pulau Pinang dan Jalur Tiga (JATI) itu ialah Presiden JATI sendiri, Datuk Dr. Hasan Ali, Timbalannya, Dato’ Aidit Ghazali dan Naib Presiden JATI, Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba.

Tiga orang pemimpin utama Jalur Tiga (JATI) yang kini berjuang menyedarkan
rakyat Malaysia tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Dari kiri, Timbalan
Presiden JATI, Dato' Aidit Ghazali, Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Ali dan Naib
Presiden JATI, Prof. Dato' Dr. Sidek Baba.

Secara keseluruhan, program semalam sangat memberangsangkan. Dipengerusikan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS P. Pinang, Ustaz Hafiz bin Nordin, ia dihadiri lebih 5000 orang penduduk sekitar Permatang Pauh dengan sebahagian besarnya ialah penyokong PAS dan Barisan Nasional.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketiga-tiga orang panel tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Misalnya, Dato’ Aidit, salah seorang bekas sahabat Anwar Ibrahim, menggariskan tiga perkara yang amat mustahak untuk diambil perhatian oleh rakyat Malaysia dan para pengundi di Permatang Pauh sendiri amnya. Ia menyentuh persoalan akhlak, syariat dan akidah yang dimiliki oleh kedua-dua calon yang bertanding kali ini iaitu Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) dan Dr. Mazlan bin Ismail (BN).

Dato' Aidit Ghazali.
Berdasarkan analisa yang dibuat oleh beliau, Dato’ Aidit memberikan skor 3 kepada Dr. Mazlan di atas kualiti yang dimiliki dalam ketiga-tiga perkara yang digariskan sementara 0 (kosong) kepada Anwar Ibrahim. Menurut beliau, Anwar Ibrahim mempunyai kualiti akhlak yang sangat teruk kerana terpalit dengan pelbagai isu moral yang bukan lagi menjadi rahsia umum. Anwar juga dilihat sangat lemah dalam hal bersyariat berbanding Dr. Mazlan yang diketahui mempunyai kualiti muslim mukmin yang cukup tinggi dan boleh menjadi imam kepada penduduk di Permatang Pauh yang baik. Dr. Mazlan juga mempunyai keluarga yang hidup berlandaskan syariat, malah jika hendak dibandingkan dari segi kualiti keluarga sekali pun, Anwar terlalu jauh ketinggalan.

Namun, perkara paling utama yang perlu diberikan perhatian ialah aspek akidah. Para penduduk Permatang Pauh perlu, bahkan wajib membandingkan aspek akidah antara kedua-dua tokoh kerana Anwar Ibrahim diketahui seorang pemimpin Islam yang sangat liberal. Anwar mendokong kuat prinsip pluralisme akidah, yakni mempercayai semua agama adalah setaraf dan menyembah Tuhan yang sama. Menurut Dato’ Aidit, perkara berkaitan akidah inilah yang menjadi titik tolak kepada mereka serta ramai lagi bekas sahabat Anwar yang pernah berjuang dalam Angkatan Belia Islam (ABIM) suatu ketika dahulu, meninggalkan Anwar. Antaranya termasuklah Ustaz Ismail Mina yang begitu lantang menentang pluralisme akidah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di Malaysia ketika ini.

Prof. Sidek Baba
Sementara itu, Prof. Sidek Baba pula menggunakan peluang berucap secara langsung di hadapan audien untuk menjelaskan faktor-faktor yang mendorong beliau meninggalkan Anwar Ibrahim. Ia masih berkisar kepada persoalan akhlak, syariat dan akidah Ketua Pembangkang itu. Prof. Sidek Baba telah menghabiskan masa bersama Anwar selama 30 tahun, malah pernah ditahan di bawah ISA suatu ketika dahulu.

Hadirin tergamam seketika apabila Prof. Sidek Baba membuka cerita berkenaan rambut palsu Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah menggemparkan negara melalui pendedahan yang dibuat oleh seorang lagi bekas sahabat karib Anwar iaitu Nallakarupan. Pendedahan oleh Prof. Sidek Baba ini seolah-olah penegasan dan pengesahan yang lebih konkrit kepada pendedahan yang dibuat oleh Nallakarupan sebelum ini. Rambut palsu yang diceritakan oleh Nalla dan Prof. Sidek Baba sememangnya wujud dan pernah digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika menjalankan aktiviti songsangnya sewaktu masih berada dalam kabinet.




Sidek Baba dan Anwar Ibrahim - dua sahabat yang
melahirkan ABIM

Namun, oleh kerana terlalu taksub terhadap Anwar, Prof. Sidek Baba mengakui beliau tidak percaya sama sekali dengan segala bukti yang ditampilkan ketika berada dalam tahanan ISA itu. Namun kini, selepas membuat kajian mendalam dan mendengar cerita daripada bekas pengikut setia Anwar Ibrahim termasuk Senator Ezam Mohd Noor, akhirnya beliau percaya bahawa Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang bersih dan tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali pula menyeru seluruh rakyat supaya menolak Anwar Ibrahim secara total dan menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Seruan beliau itu telah menggamatkan suasana. Orang ramai bertepuk tangan tanda sokongan kepada beliau. Malah, penyokong-penyokong PAS turut bertepuk tangan sebagai menyokong calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang pernah berjuang bersama PAS sebelum menyertai Barisan Nasional.

Dr. Mazlan bin Ismail, calon BN P.044 Permatang Pauh.

Kehadiran Dr. Mazlan juga telah menukar mood ceramah kepada mood kempen selepas beliau diberikan slot ringkas untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya itu, Dr. Mazlan menyeru penduduk Permatang Pauh memberikannya peluang menjadi wakil rakyat mereka sambil menolak terus Anwar Ibrahim yang dilihat gagal meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat Permatang Pauh.

Secara keseluruhan, program Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar semalam telah membangkitkan momentum baru dalam kalangan penduduk Permatang Pauh untuk menolak pemimpin yang bercelaru akhlak, akidah dan syariat hidup seperti Anwar Ibrahim.

SB sangat tertarik dengan seruan oleh Dr. Mazlan sebelum beliau mengakhiri ucapannya. Beliau menyeru supaya para penduduk membuat pilihan yang seadil-adilnya, dan menunaikan solat sunat Istikharah pada malam sebelum hari mengundi bagi mendapatkan hidayah serta petunjuk untuk memilih pemimpin terbaik di tempat mereka itu.

SB percaya, ini satu bentuk serangan psikologi yang cukup halus dan berkesan terutamanya kepada penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh. Ia seolah-olah satu catatan sejarah kerana Anwar Ibrahim bakal ditentang oleh bekas pemimpin PAS yang sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang.

Tahniah, syabas dan selamat berjuang kepada Dr. Mazlan bin Ismail. Allah pasti bersama perjuangan anda!


Thursday, 4 April 2013

KEBABIAN ANWAR IBRAHIM - KEKAL PENDIRIAN BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH



Maka Anwar Ibrahim kekal dengan pegangan pluralisme akidahnya. Mana suara PAS? Tak kan nak diam lagi??

PETALING JAYA – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Januari lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

“Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua “insya-Allah”. Ini bukanlah satu yang menghina,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.

Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988.

Dipetik daripada Suara.net

Maka, haram undi Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini.

Monday, 11 March 2013

Khalid Ismath Iktiraf Anwar Ibrahim Sebagai Peliwat?


1.  Beberapa blog hari ini memetik kenyataan Khalid Ismath, Pengerusi Kumpulan Aktivisis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang menyokong pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menjadi Perdana Menteri.

2.    Minggu lepas, Khalid Ismath yang pernah mengaku secara terbuka sebagai penganut Syiah (Syiah bukan mazhab tetapi satu bentuk fahaman baru yang bertentangan sama sekali dengan Islam), turut mencetuskan polemik apabila menyifatkan pluralisme (baca: akidah) sebagai perkara yang sihat.

      Khalid Ismath juga menyerlahkan kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah apabila mendoakan Hugo Chavez mendapat rahmat Allah (rahmatullah) meskipun menyedari pemimpin Venezuela itu bukan penganut Islam ketika meninggal dunia pada minggu lepas.

3.    Apa yang mengejutkan dalam kenyataan-kenyataan Khalid Ismath ini? Pada SB, tidak ada apa-apa yang aneh pun. Khalid hanya menyerlahkan belang sebenarnya sebagai penganut tegar Syiah dan pada masa yang cuba mengecat semula imej busuk boss besarnya yang diketahui menyokong kelompok LGBT di negara ini.

4.    Pun tentu, kenyataan menagih publisiti murahan oleh Khalid Ismath itu seolah-olah bertujuan mengocak semula episod pengakuan Azlan Lazim, bapa mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari yang mendakwa Liwat 2 membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi pihak tidak bertanggungjawab (baca:UMNO).

5.    Usaha terdesak PKR mengheret Azlan Lazim itu sebenarnya tidak membekas sebarang kesan, malah gagal menarik perhatian massa lantaran insiden pencerobohan di Lahad Datu yang masih hangat dibicarakan. Maka pada kesempatan inilah, Khalid Ismath cuba mencetuskan polemik baru melalui kenyataan tersebut.

6.    Namun begitu, umat Islam yang cintakan kebenaran dan menyayangi Rasulullah SAW tidak boleh mengambil mudah sebarang kenyataan oleh pemuda Syiah ini. Golongan ini bukan sahaja licik menyirat fahaman Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, malah turut mencampur-adukkan dengan pelbagai unsur fahaman lain seperti sosialisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam kempen freedom, justice and equality.

7.    Sebagai individu yang memantau rapat perkembangan gerakan Syiah dan ideologi sosialisme serta pluralisme di negara ini, SB percaya satu ancaman besar terhadap akidah bakal melanda masa depan generasi kita kelak.

8.      Gerakan-gerakan ini perlu sentiasa ditentang kerana mereka bergerak sangat aktif di segenap sudut dan penjuru negara, bahkan telah pun menyerap masuk ke dalam haraki politik berteraskan Islam di Malaysia.

Sunday, 3 June 2012

ADAKAH ANWAR TOKOH PEMBAHARU AGAMA?

Apa yang tak kena?

Sambil menantikan hari cerah, SB berjalan ke dinding Facebook rakan-rakan. Tinjau-tinjau perkembangan terkini, lalu terjumpa gambar printscreen seperti di atas. SB percaya, ia gambar lama. Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar ini. 

Pluralisme dan agama. Satu isu yang sentiasa relevan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam muktahir ini, bahkan menjadi semakin penting untuk kita ambil maklum. 

Hari ini Islam ditentang dari pelbagai sudut. Pencerahan atau tanwiri ke atas Islam cuba dilaksanakan oleh golongan pluralis agama. Mereka berbicara tentang Islam dengan begitu lunak. Tetapi percayalah, mereka bukan individu yang layak membawa pembaharuan, atau digelar pembaharu. Mereka menyimpangi jalan sunatullah, bahkan!

Islam tidak menolak sama sekali kepelbagaian agama atau kepercayaan kerana ia bersifat natural, alami. Kerana sifat fundamental itulah justeru Rasulullah SAW diutus untuk menyelamatkan umat manusia bersama kerahmatan yang tiada tandingan.

Tetapi Islam menolak kepercayaan bahawa semua agama menuju kebenaran yang sama, atau dalam istilahnya disebut pluralisme agama. Ironinya pula, inilah yang cuba didendangkan oleh golongan pluralis agama global termasuk di negara kita. Insya-Allah, SB akan kupas isu ini dalam entri-entri selepas ini.

SB tolak Anwar Ibrahim bukan kerana namanya Anwar Ibrahim, tapi kerana sekian banyak bukti yang ditampilkan oleh sekian banyak orang yang mengenalinya secara peribadi yang menunjukkan bahawa pemimpin utama Pakatan Rakyat ini sedang menuju jalan yang salah.

Rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswa, bukalah mata dan pintu hati kalian untuk melihat bukti-bukti yang ditampilkan ini.

Sunday, 20 May 2012

KENALI SYAITAN BETINA IRSHAD MANJI

Irshad Manji berkongsi fahaman yang sama seperti Salman Rushdie, penulis
novel The Satanic Verse yang diharamkan oleh negara-negara Islam.

Kenapa PAS diam membisu apabila Irshad Manji, seorang pluralis-lesbo dari Kanada, memperlekeh mufti di Malaysia? Adakah kerana PAS setuju bahawa kritikan Irshad itu ditujukan susulan fatwa oleh mufti-mufti bahawa menyertai perhimpunan yang boleh mencetuskan kerosakan adalah haram di sisi Islam?

Mungkin ahlul PAS terutamanya pemimpin-pemimpin mereka terlupa tentang fakta ini : Irshad Manji sebenarnya ialah syaitan yang sering mengeluarkan fatwa berlandaskan akal logik dan nafsu seks songsangnya!

Penulis buku  The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith itu diketahui sering menghalalkan pelagai perkara yang difikirkannya tidak selari dengan konsep kebebasan hak asasi manusia zaman moden.

Misalnya, Irshad membenarkan perkahwinan campur antara agama (inter-faith marriage) melibatkan orang Islam dan bukan Islam tanpa perlu mematuhi ketetapan syarak.

Alasan Irshad cukup mudah, semua agama menuju The One, atau Tuhan Yang Esa yang sama walaupun berbeza jalan. Konsep ini dipegang oleh semua penganut fahaman pluralisme agama terutamanya di Barat dan rantau Asia Tenggara termasuk pemikir-pemikir di Institut Kajian Dasar (IKD) yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim.

Konsep ini bertentangan sama sekali dengan Islam. Menurut Islam, kepelbagaian kepercayaan atau pluraliti agama adalah sesuatu yang lumrah, tetapi fahaman pluralisme yang mempercayai semua agama menuju kebenaran yang sama, adalah menyesatkan akidah Islamiah.

Selain itu, Irshad Manji juga amat menyokong budaya seks songsang dan seks bebas atau LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) walaupun dilarang oleh syarak. Bagi Irshad yang turut mengamalkan seks sejenis (lesbian) ia adalah fitrah semula jadi manusia dan tidak sepatutnya dihalang.

Fahaman yang berteraskan akal logik begini sebenarnya melanggar fitrah kejadian manusia yang dicipta berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita oleh Allah SWT.

Di Malaysia, gerakan LGBT ini turut disokong oleh pelbagai NGO yang bertunjangkan hak asasi manusia seperti Majlis Peguam, Amnesty dan Human Right Watch yang turut ditaja oleh NGOs Barat.

Apa yang menghairankan kita ialah, sehingga kini PAS langsung tidak menyatakan pendirian mereka berhubung kedatangan Irshad Manji ke negara ini walaupun sudah dua hari berlalu. Ia sama sekali berbeza ketika mereka menentang keras kedatangan penyanyi Jason Marz yang didakwa sebagai gay ke Malaysia tidak lama dulu.



LESBO IRSHAD MANJI DAN FAHAMAN PLURALISME AGAMANYA YANG BAHAYA


Irshad Manji (gambar) dikenali bukan sahaja kerana orientasi seksnya yang menggemari kaum sejenis (lesbian) tetapi turut terkenal kerana fahaman pluralisme agamanya yang cukup kuat.

Antara ciri fahaman ini ialah menghalalkan perhubungan sejenis dan perkahwinan antara agama (inter-faith marriage).

Pada tahun 2007, adik Irshad Manji misalnya telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang dituntut oleh syarak.

Dalam kenyataannya berhubung perkahwinan ini, Irshad Manji menganggap ia sebagai lambang kebebasan beragama yang sebenar menurut Islam berdasarkan prinsip bahawa tiada paksaan terhadap orang bukan Islam untuk menerima Islam.

Di Malaysia, fahaman ini turut dipopularkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD)  melalui penyebaran buku berjudul Kahwin Campur |SINI| yang diterjemah secara langsung oleh badan pemikir yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim itu untuk edaran di negara ini.

Idea pluralisme agama ini sebenarnya amat berbahaya dan boleh menjerumuskan seseorang ke lembah murtad atau kegelinciran akidah kerana percaya bahawa setiap agama menuju Tuhan atau The One yang sama meskipun berbeza jalan dan konsep akidah.

Fatima, adik Irsad Manji berkahwin dengan seorang doktor bukan Islam
dikenali sebagai Eric pada 2007 tanpa melalui proses pertukaran agama.

Menurut fahaman ini juga, Allah sama sahaja dengan konsep God seperti yang digunakan dalam agama Kristian. Konsep God atau Tuhan ini akan membawa seseorang kepada The One atau Tuhan Yang Esa, sedangkan menurut Islam, hanya Allah SWT sahaja Zat Yang Esa. Bahkan, God juga sepatutnya dieja sebagai god, bukan God (atau tuhan, bukan Tuhan) kerana konsepnya yang terlalu umum.

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya tegas dalam mempertahankan hak akidah Islamiah. Jangan sesekali bertolak ansur dengan anasir syaitan begini walau atas nama kebebasan hak asasi manusia sekali pun! 

Saturday, 19 May 2012

SIAPA IRSHAD MANJI MAHU PERLEKEHKAN MUFTI?

Allah, Kebebasan dan Cinta. Itulah judul buku terbaru yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia hasil karya pengamal lesbian tegar dari Kanada, Irshad Manji. Untuk edaran Malaysia, hak diberikan kepada ZI Publishing melalui wakilnya, Ezra Zaid.

Buku ini juga merupakan buah tangan kedua Irshad Manji yang berada dalam pasaran Malaysia selepas bukunya yang pertama, The Trouble With Islam Today : A Muslim's Call For Reform In Her Faith diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (selepas 8 tahun berada dalam edaran).

Walaupun Jakim telah mengharamkan sebarang aktiviti penulis dan penganut fahaman Pluralisme dan Liberalisme Agama ini di Malaysia, namun kehadirannya sejak dua hari lalu nampaknya dialu-alukan oleh segelintir pihak termasuk Malaysiakini yang membantu mempromosikan acaranya sejak bebera hari yang lalu.

Dalam kenyataannya berhubung sekatan mengadakan aktiviti oleh Jakim itu, Irshad Manji secara terbuka memperlekehkan Jakim dan menganggap hanya KDN berhak mengeluarkan sebarang larangan ke atasnya.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini semalam, Irshad juga memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh para mufti dengan menganggap mufti-mufti hanya mengeluarkan pandangan mereka tetapi tidak mewakili perintah Allah SWT.

Irshad Manji, penulis dan pengamal seks sejenis (lesbian) tegar dari Kanada kini
berada di Malaysia untuk mempromosikan bukunya yang terbaru, Allah, Kebebasan dan Cinta.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Irshad itu tidaklah mengejutkan kerana penulis tersebut diketahui memiliki pemikiran yang sealiran dengan Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verse yang menganggap Nabi Muhammad sebagai palsu dan berbahaya.

Kedua-dua mereka menganut fahaman pluralisme agama, satu bentuk fahaman yang mempercayai semua agama dan kepercayaan berkongsi Tuhan yang sama tetapi berbeza kaedah atau jalan dalam menuju Tuhan tersebut. Walaupun Irshad dan Salman mempunyai latar belakang sebagai orang Islam, tetapi mereka jelas sekali telah jauh terpesong dari landasan ad-din yang sebenar.

Malangnya, di Malaysia, aliran pemikiran dan kefahaman mereka turut dikongsi oleh segelintir pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang. Dato' Seri Anwar Ibrahim misalnya, pernah menganggap The Satanic Verse yang diharamkan oleh seluruh negara Islam itu sebagai penulisan yang bermutu tinggi dan perlu diterima sebagai sebuah karya sastera yang hebat.

Jika Salman Rushdie diharamkan di Malaysia, maka KDN juga perlu bertindak tegas dengan mengharamkan Irshad Manji dari menjejakkan kakinya di negara ini. Kedua-dua mereka tidak layak bergelar muslim dan menyebarkan ideologi di sini.

Thursday, 10 May 2012

SIAPA PARASIT DALAM PERJUANGAN GAMIS DAN PMI?

Pluraliti VS Pluralisme
 Pluralisme agama, atau fahaman bahawa semua agama secara asasnya adalah sama, kini dikenalpasti sedang menulari budaya dan pemikiran golongan mahasiswa di Malaysia. Walaupun ia tidak dizahirkan secara nyata, tetapi bunga-bunga kefahaman itu sebenarnya kian mekar sama seperti yang berlaku di luar pagar kampus.

Ia berlaku antara lain kerana wujudnya hubungan komunikasi secara langsung dan praktikal dengan ejen-ejen penyebar fahaman ini terutamanya melalui sebuah badan pemikir yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar (IKD) yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Melalui IKD, fahaman ini disebarkan melalui kuliah-kuliah khas yang mengajar idea-idea kesaksamaan dan keadilan menurut jurus pandang pluralisme agama dan budaya yang kononnya bersandarkan kepada pluraliti komposisi masyarakat di dunia, dan kononnya, perlu ada kesefahaman antara komponen masyarakat tersebut ke arah kehidupan yang harmoni.

Bekas sahabat sahkan Anwar penganut fahaman Pluralisme?

Sekali imbas, idea ini kelihatan amat cantek dan sepadan dengan realiti masyarakat kita hari ini. Bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana pun, ia kelihatan amat cocok dan wajar dipraktikkan. Tetapi tanpa kita sedar, fahaman ini sebenarnya amat menyalahi hakikat dan kebenaran akidah umat Islam.

Islam menghormati dan mengiktiraf konsep pluraliti termasuk dalam soal kepercayaan teologikal dan beragama, tetapi tidak pernah sama sekali mengiktiraf sebarang bentuk fahaman bahawa semua agama itu benar dan membawa kepada kebenaran yang satu. Seandainya konsep fahaman ini diterima oleh Islam, maka kenapa Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul terakhir untuk umat manusia dan menyebarkan ad-din Islam ke seluruh alam?

Secara asas, fahaman pluralisme agama ini percaya bahawa semua agama adalah sama kerana dikatakan berakar umbi daripada satu sumber (Pencipta) yang sama yang disebut sebagai Yang Mutlak (The Absolute, The Ultimate and The Real One).

Tujuan akhir setiap agama pula difahami dan difahamkan, kononnya, untuk menuju kepada hakikat yang sama (kepada Pencipta itu tadi) dan menyerah diri kepada  the Ultimate, the Truth meskipun diistilahkan dengan pelbagai nama mengikut agama masing-masing.

Sebagai contoh, IKD baru-baru ini telah menerbitkan dan mengedarkan secara percuma buku bertajuk Kahwin Campur yang antara lain kandungannya menganjurkan perkahwinan campur antara orang Islam dan bukan Islam tanpa melibatkan proses pertukaran agama kepada Islam (bagi pasangan non-muslim yang mahu berkahwin dengan orang Islam). Klik SINI

IKD juga pernah menterjemah sebuah buku  bertajuk Apa Itu Pencerahan yang dikarang oleh tokoh falsafah pluralisme agama dari Jerman iaitu Immanuel Kant dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep Islam Tanwiri atau Pencerahan. Idea ini bahkan menarik minat sebuah NGO penaja demokrasi Barat pro-Zionis iaitu Konrad Adenuer Foundation (KAF) yang berpangkalan di Jerman untuk menyumbang dana kepada IKD.

Justeru SB amat berharap rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi di luar sana supaya berhati-hati dengan penyebaran idea ini. Ia menggalakkan kita berfikir, tetapi jangan sesekali berfikir mengikut cara mereka. Rujuklah kepada orang yang lebih arif jika anda keliru tentang sesuatu perkara.



Friday, 20 April 2012

GAMIS dan PMI Dicemari Parasit AKIDAH

Dalam kalangan mereka di bawah ini..


 Ada juga yang ini..


Demi matlamat... 

Jemaah diutamakan, Tarbiyah dikemudiankan!!

HIDUP HIDUP!!!

Wednesday, 18 April 2012

ANAK CINA MAIN SOLAT-SOLAT, ANAK MELAYU HINA AKIDAH UMAT


Ada apa dengan video ini? Ramai yang melatah bila SB muatnaik video pendek ini di saluran Suara Baru di YouTube. Ramai yang marah dan menghantar pelbagai kecaman peribadi ke petimasuk SB baik di YouTube mahupun di Facebook.

Baik. Sama ada anda faham atau tidak, video ini bukti betapa murahnya nilai akidah Islamiah bagi puak-puak mahasiswa yang makin masuk air ni. Bagi mereka, matlamat lebih utama. Kekuatan dan jumlah ahli lebih penting. Latar belakang akidah dan kepercayaan bahkan amalan dalam ibadat tak penting langsung bagi mereka.

Buktinya, Syahid Zaini, Pengerusi Malaysia Bangkit tanpa rasa bersalah memperlihatkan kesombongannya apabila mengatakan tindakan mengusung dan meraikan potret DS Najib dan DS Khaled Nordin mengikut adat kematian masyarakat Hindu sebagai satu simbolik semata-mata, tiada yang salah.

Justeru apa nak hairan kalau video di atas ini turut dipandang sepi? Syahid Zaini, Safwan Anang, Shazni Munir dan Akram Ikrami, semuanya dari Persatuan Mahasiswa Islam dan Gamis, tapi apa peranan mereka dalam membetulkan akidah dan ibadat seorang budak Cina yang katanya baru masuk Islam ni?

Soalnya benarkah budak Cina ini muallaf seperti yang didakwa? Seorang kenalan di Utara mengakui budak Cina ini ialah mahasiswa dari USM. Kelibatnya biasa dilihat di Masjid Al-Malik Khalid. Justeru kalau benar dia muallaf, kenapa soal asas dalam ibadat solat pun cacamerba lagi?

Setelah diperhatikan, maka benarlah, kumpulan mahasiswa Islam seperti PMI di negara ini terlalu taksub dengan fikrah politik mengikut jalan Hassan Al-Banna yang mementingkan kekuatan jemaah yang dijana melalui jumlah ahli yang ramai tapi tidak menitikberatkan soal kualiti jemaah itu.

Menerusi fikrah ini, jemaah yang besar mampu mencapai matlamat dengan lebih mudah meskipun bertentangan dengan jalan sunnah yang sebenar. Rasulullah SAW mementingkan kualiti jemaah terlebih dahulu melalui proses tarbiyah yang berterusan. Lantaran itulah jemaah Islam pada zaman Baginda amat berkualiti termasuk pada zaman-zaman pemerintahan para Sahabat.

Hal ini tidak berlaku lagi pada kebanyakan jemaah Islam pada hari ini terutamanya yang cuba mengambil jalan politik seperti PAS dan PMI  dalam merealisasikan matlamat mereka. Mereka mengumpul ahli terlebih dahulu dan dalam proses itu, sesiapa saja boleh diterima asalkan mempunyai semangat dan fikrah yang sama. 

Jadi tidak hairanlah jika persoalan akidah sebegini dipandang rendah kerana bagi mereka, matlamat atau objektif perjuangan mengatasi segala persoalan lain. Kalau tak percaya, lihatlah gelagat mereka yang boleh ditonton dalam video-video lain di saluran Suara Baru.

Monday, 16 April 2012

GILA!!! Anak Bekas Imam Besar Masjid Negara Redha Rakan-rakanya Murtad??


Video pendek ini dirakamkan pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka ketika mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang mengadakan demo membantah PTPTN.

Di dalam rakaman ini, beberapa pemimpin mahasiswa kelihatan dengan jelas mengalungkan bunga kematian pada potret Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Khaled Nordin.

Pada awal rakaman, pelajar tahun pertama dari UiTM, Khalid Ismath atau Khalid Syiah menggunakan kalimah suci "Allahyarham" untuk kedua-dua pemimpin negara tersebut, tetapi menukarkannya kepada "mendiang" tidak lama kemudian apabila rakannya iaitu Syahid Zaini, bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya dan Shukri Razab, pelajar yang gagal menghabiskan pengajiannya di UMS dan KUIS mula mengalungkan bunga kematian tersebut.

SB begitu kesal dengan kelakuan mereka. Adakah ini selari dengan ajaran Islam? Perbuatan Khalid Syiah tidak mengejutkan kerana dia sememangnya mengagumi Syiah, tetapi bagaimana dengan Syahid Zaini dan Shukri Razab?

Anak bekas Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzemudin iaitu Sdr Akram Ikrami yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) juga turut terlibat dalam ritual sesat lagi menyesatkan ini.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Khaled ialah penganut Islam, dan fakta bahawa kedua-duanya masih hidup juga dimaklumi oleh seluruh rakyat. Justeru kenapa tindakan sebegini boleh dibenarkan dan dimaafkan begitu saja?

Apa hukumnya jika seorang muslim dikebumikan mengikut upacara keagamaan Hindu? Tidakkah Akram, Syahid dan Shukri Razab serta Safwan Anang yang kini menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, tahu akan hakikat ini?

Kesimpulan SB dalam hal ini mudah, kumpulan mahasiswa ini sebenarnya tidak akan bertindak keterlaluan tetapi akibat adu domba dan hasutan berterusan daripada pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang telah mendorong mereka melampui batas dalam bersuara.

Politik hanya sebahagian daripada sistem sosial kita, tapi akidah menempati seluruh kehidupan orang Islam walaupun berbeza fahaman dan ideologi. Jangan sesekali terjebak dengan fahaman kebebasan dan terlalu ikutkan nafsu semata-mata, kerana kesannya terhadap akidah amatlah dahsyat.

Sunday, 8 April 2012

SMM dan Ancaman Baru Malaysia

Sejak insiden himpunan menuntut Kebebasan Akademik yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di hadapan Universiti 


Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada malam tahun baru 1 Januari 2012 yang lalu, pertubuhan tidak berdaftar ini dilihat semakin ghairah berpolitik melangkaui sempadan kampus.

Baru-baru ini, SMM muncul dengan pelancaran kempen Malaysia Bangkit yang didakwa memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan rakyat Malaysia. |SINI|

18 Feb 2012, satu seminar diadakan sebagai langkah awal untuk mendapatkan sokongan mahasiswa di Dewan Abdul Jalil Hassan, Kompleks Masjid UIAM, Petaling Jaya, Selangor dengan tajuk “Malaysia Bangkit : Kebangkitan Baru Pra Syarat Kemenangan Rakyat.” Forum ini dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa pro-PAS iaitu GAMIS.

Tidaklah menghairankan sebuah organisasi berdaftar seperti GAMIS yang terkenal dengan hubungan eratnya dengan pemimpin-pemimpin PAS |SINI| boleh duduk bersekongkol bersama aktivis pro-sosialis seperti Adam Adli, Khalid Ismath |SINI| dan sebagainya di dalam SMM kerana mereka juga sudah mula mencerap fahaman politik baru yang sama seperti PAS.

Buktinya boleh dilihat apabila pimpinan GAMIS sedia berkongsi ideologi liberal seperti yang dibincangkan dalam seminar tersebut. Dua orang panelis yang diundang iaitu Prof. Abu Hassan Hasbullah dan Azlan Zainal dalam komentar mereka secara terang-terangan mengajak mahasiswa supaya turun ke jalanan menggerakkan revolusi bagi menukar kepimpinan negara, satu bentuk fahaman demokrasi liberal yang kian menular di seluruh dunia.

Walaupun seminar itu dihadiri cuma 27 orang peserta dari UIAM Gombak, UTM dan UM, namun ruang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Prof. Abu Hassan, Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaya untuk menyeru mahasiswa  mengadakan revolusi yang menyeluruh termasuk mencipta isu-isu krisis di Malaysia dengan mencontohi revolusi di Timur Tengah.

Azlan Zainal pula dalam ucapannya menyatakan PAS melakukan kesilapan untuk mendapatkan sokongan bukan Islam kerana baik PAS mahupun UMNO, kedua-dua parti itu masih bergantung kepada sokongan orang Melayu. Justeru peranan GAMIS diperlukan untuk membetulkan kesilapan PAS.

Semua ini membangkitkan persoalan yang ligat di kepala SB selama ini, benarkah SMM dan GAMIS ini bebas pengaruh parti politik luar? Kita imbau semula, apa yang berlaku dalam demo tuntutan pilihanraya kampus disegerakan di hadapan KPT baru-baru ini. |SINI|,  

Dalam demonstrasi itu, SMM menyerahkan memorandum tiga tuntutan mereka yang antara lain mendesak supaya pilihanraya kampus dibebaskan daripada sebarang pengaruh parti politik luar. Namun, hakikatnya merekalah yang paling ghairah bersekongkol dengan parti-parti politik pembangkang. Buktinya, klik |SINIdan |SINI|  . Malah mereka juga menerima peruntukan dana secara langsung daripada parti-parti politik tersebut. |SINI|

Justeru bolehkah kita mempercayai janji-janji atau kata-kata golongan munafik seperti mereka? SB tidak menghukum. SB bukan menghukum. Mereka yang menyerlahkan kemunafikan melalui pelbagai bukti dan tindak-tanduk yang dilakukan selama ini.

Siapa Prof. Abu Hassan Hasbullah?


Beliau ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Salah seorang peneraju Merdeka Centre yang menjalankan kajian kecenderungan sokongan rakyat terhadap parti politik di Malaysia. Menggunakan mahasiswa untuk menjalankan kajian dengan berselindung di sebalik jabatannya. Hasil kajian kemudiannya diserahkan kepada neger-negeri Pakatan Rakyat khususnya negeri Selangor untuk tujuan politik. Beliau juga merupakan salah seorang pemikir dalam think tank kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.



Siapa Azlan Zainal?

Merupakan bekas penuntut Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pernah bercita-cita untuk menubuhkan Parti Mahasiswa Nasional (PMN) bersama-sama Zainulfaqar Yaakob, (bekas aktivis mahasiswa yang dibisukan oleh Dr. Novandri dalam satu perdebatan terbuka di USM baru-baru ini berhubung isu himpunan Kebebasan Akademi di UPSI) dan bertanding di Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tapi PMN tidak datang pun pada hari penamaan kerana parti itu tidak pernah didaftarkan. Tujuannya hanyalah untuk menyalahkan pihak SPR dan kerajaan kononnya tidak telus.


Thursday, 15 March 2012

KONRAD ADRENAUER STIFTUNG

SB ada dedahkan secara sepintas lalu tentang tangan ghaib di belakang gerakan Malaysia Bangkit yang saling berkait rapat antara SMM, AIC dan IKD di negara ini SINI. Sumber yang SB perolehi mengatakan terdapat sekurang-kurangnya dua organisasi asing yang membayangi gerakan kumpulan-kumpulan ini. 

Dua organisasi yang dimaksudkan itu ialah Konrad Adrenauer Stiftung Foundation dan  Fredrich Naumann Stiftung yang berpangkalan di Jerman.

Konrad Adrenauer Stiftung (KAS) ialah penyumbang dana secara tetap untuk badan pemikir (think tank) Anwar Ibrahim iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) yang mempunyai sebuah sekolah politik bertujuan melahirkan pemikir-pemikir pro-pembangkang.

KAS merupakan sebuah Yayasan Kristian Jerman iaitu badan pemikir terbesar kepada parti The Christian Democratic Union (CDU), Jerman yang ditubuhkan sejak tahun 1955.

Nama asal KAS adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, yang kemudiannya ditukar kepada Konrad Adenauer Foundation/Stiftung pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman, Konrad Hermann Joseph Adenauer (Konrad Adenauer).

KAS turut menaja program dan penerbitan buku yang mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia yang menjadi asas kepada perjuangan Interfaith Commission (IFC), sebuah badan yang berperanan sebagai majlis antara agama di Malaysia tetapi bertujuan menghapuskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

KAS mula masuk ke Malaysia secara rasmi selepas membina hubungan dengan Anwar Ibrahim tidak lama selepas Anwar menubuhkan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam tahun 1980-an.

Selain IKD, KAS juga menaja beberapa pertubuhan lain seperti Majlis Peguam, KOMAS iaitu sebuah agensi yang banyak terlibat dalam penghasilan video kreatif untuk penyebaran ideologi kebebasan di Malaysia dan Asia Tenggara, Academy of Responsible Management (ARM), Malaysian Institute of Management (MIM) dan portal  The  Nut Graph.

Kesemua NGO terbabit ialah pertubuhan pro-pembangkang di Malaysia dan mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar Ibrahim.

Jaringan antarabangsa Anwar Ibrahim dan pluralisme. Hingga hari ini Anwar Ibrahim tidak
menafikan pembabitannya, sebaliknya lebih banyak berdolak dalih apabila ditanya tentang perkara tersebut.


Dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh wakil KAS di Malaysia, Peter Schier, memberitahu bahawa KAS menaja IKD kerana tertarik dengan pemikiran pengarah IKD iaitu Khalid Jaafar yang membawa Islam baru yang dinamakan sebagai Islam Tanwiri (Pencerahan).

Konsep Islam baru ini sebenarnya lebih berbahaya berbanding ajaran sesat kebatinan kerana ia mengajar Islam yang ditafsir semula berasaskan pemikiran manusia dan cuba meneguhkan fahaman liberalisme serta pluralisme agama di rantau ini.

KAS menjalankan aktiviti ini melalui organisasi naungannya. BAR Council atau Majlis Peguam misalnya, terkenal kerana agenda kebebasan hak asasi termasuk dalam beragama. KOMAS pula aktif dalam penghasilan bahan berbentuk media interaktif seperti video yang menyebarkan fahaman liberalisme.

Di bawah IKD pula, usaha lebih tertumpu kepada penggubalan idea-idea dan dasar yang lebih liberal yang kemudian akan disuarakan oleh Anwar Ibrahim. Justeru tidak hairanlah jika kita sering dikejutkan dengan kenyataan demi kenyataan yang pelik terbit dari mulut Anwar Ibrahim kerana think tank di belakangnya ialah IKD.

Gerakan mereka bahkan meliputi golongan mahasiswa seperti yang dapat kita lihat dalam SMM ketika ini. Di bawah SMM sendiri terdapat beberapa lagi pertubuhan haram seperti AKSI, KAMI dan LMP yang turut dibayangi fahaman yang sealiran dengan IKD.

SB akan kongsi lebih banyak selepas ini khususnya berkaitan KAS dan FNS. Siapa di belakang NGO ini dan benarkah mereka mendanai pergerakan Malaysia Bangkit di negara kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar