Pages

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Monday, 1 December 2014

AKSI BANGANG NAJIB

Bangang. 

Najib sekarang pun dah pandai sebut perkataan tidak sopan macam ni. Ingatkan Anwar je yang suka menyebut perkataan-perkataan low class dalam ceramahnya. 

Macam ni lah Najib, kalau tak nak blogger prokerajaan hentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang lain, apa kata you buat checklist dan senaraikan berapa ramai pemimpin kerajaan terutamanya menteri-menteri kabinet yang bangang terlebih dahulu. 

Blogger tak ada masalah untuk backup kepimpinan sekarang sekiranya tiada masalah yang ditimbulkan lebih-lebih lagi jika kesannya ketara ke atas rakyat. 

Blogger prokerajaan pada dasarnya terdiri daripada mereka yang berprinsip. Yang membezakan mungkin dari segi kaedah menegur dan mengkritik. Ada yang direct hentam. Ada yang sipi-sipi tapi tetap kena pada sasaran. 

Sebagai Ketua, you sepatutnya bangga ada jentera yang berprinsip dan sentiasa cakna terhadap sebarang dasar atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan you. Ini bukan zamannya mengampu sepanjang masa. Berak busuk takkan nak cakap wangi, kan? 

Wednesday, 15 May 2013

OBAMA TIDAK IKTIRAF KEMENANGAN NAJIB?



He he.. Anwar je yang belum boleh terima kekalahannya. Tambah meroyanlah lepas ni. Mungkin Obama pula akan dituduh kena beli dek UMNO.

Monday, 6 May 2013

KITA MENANG

SB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meneruskan legasi pemerintahan Barisan Nasional, juga jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera dan para penyokong Barisan Nasional, dan tentu sekali kepada para pengundi PRU-13 yang memberikan undi kepada Barisan Nasional. 

Malam yang sukar, hari yang panjang, minggu-minggu yang mencemaskan, sepenggal yang penuh dengan cabaran. Semuanya telah berjaya kita tempuhi. Langkah demi langkah  seterusnya ini pasti akan dipenuhi lebih banyak duri dan ranjau. Tapi apalah sangat kerana kita ini pejuang yang setia.

Blog ini sendiri diwujudkan bertujuan membantu Barisan Nasional walaupun impaknya cuma dalam skala yang cukup kecil. In shaa Allah, SB akan terus bersama perjuangan ini hingga ke akhir hayat.


Tuesday, 30 April 2013

FOTO DR. MAZLAN YANG DIBIMBANGI ANWAR KINI TERSEBAR

Ini gambar Dr. Mazlan Ismail, calon BN Parlimen Permatang Pauh yang sedang menyampaikan khutbah di sebuah masjid di kawasan beliau.

Gambar ini sebenarnya sudah cukup untuk menjelaskan keperibadian unggul Dr. Mazlan yang sukar disanggah oleh sesiapa khususnya para penduduk Permatang Pauh sendiri. Anak tempatan, boleh jadi imam dan pemimpin masyarakat sekaligus. Bukan setakat pencapaian akademik yang tinggi, tetapi juga akhlak, syariat dan akidahnya juga cukup terpuji.

SB dimaklumkan, jentera Anwar di Permatang Pauh mati akal untuk melawan kempen Dr. Mazlan ketika ini. Imejnya yang bersih dan senang didampingi penduduk kampung hingga digelar "calon orang kampung kita" oleh masyarakat setempat ternyata telah merencatkan sebahagian besar perancangan kempen PKR yang diatur sebelum ini.

Perkembangan ini juga telah mengganggu program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara hingga mendorong beliau pulang lebih awal ke Permatang Pauh bagi menaikkan semula momentum PKR menjelang hari pengundian yang tingga kurang 5 hari sahaja lagi.

Buat penyokong PAS, jika anda benar-benar mahukan Islam, buktikan sekarang dengan menyokong Dr. Mazlan sepenuhnya. Tidak ada sebab lagi untuk anda menolak Dr. Mazlan kerana beliau memiliki segala kualiti yang diperlukan oleh seorang pemimpin Melayu Islam di Permatang Pauh.

Ingat tiga perkara ini dan bandingkan dengan Anwar. Akhlak, syariat dan akidah. Siapakah yang lebih berkualiti?

Monday, 29 April 2013

#P.044 - HARAPAN BARU PERMATANG PAUH

Kami dengan penuh rasa rendah diri, tawadhuk dan penuh keinsafan ingin menawarkan diri untuk bertanding dalam PRU 13 ini di DUN serta Parlimen Permatang Pauh.

Kami dengan penuh iltizam dan rasa ikhlas juga ingin menyerah diri untuk dinilai dan diundi oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam pilihan raya ini. Insya Allah jika kami semua menang dan diberi mandat, maka besarlah harapan dan niat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menyempurnakan hasrat dan akurjanji berikut demi kelangsungan perpaduan, kesejahteraan serta masa depan kita bersama yang lebih sempurna dan terjamin di Permatang Pauh:

1. Membantu, melaksana dan memastikan semua AkuJanji BN peringkat Pusat dan Negeri dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sampai dan menepati sasarannya bagi semua penduduk.

2. Penambahbaikan keseluruhan kemudahan asas untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

3. Pengukuhan semangat 1Malaysia, Perpaduan, Setia Kawan, Kerjasama dan Ukhwah sesama umat Islam dan muhibah dengan masyarakat berbilang kaum kita - Cina, India, Siam dan lain-lain.

4. Peningkatan Taraf Ekonomi Rakyat melalui pelbagai projek, program, aktiviti dan bantuan yang bersesuaian.

5. Pembaikan sistem saliran, perparitan dan jalan dalam kampung bagi mengatasi masalah banjir kilat.

6. Memastikan Integriti Pemimpin sebagai teras pegangan setiap pemimpin agar nikmat pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

7. Pewujudan 'Pusat Transformasi Insan Permatang Pauh' untuk khidmat nasihat kerjaya dan langkah dalam menguruskan kehidupan pada masa hadapan.

8. Penubuhan 'Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Wanita Permatang Pauh' dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita pemangkin ke arah membina keluarga bahagia.

9. Peningkatan dakwah dan pendidikan, ilmu serta kefahaman dengan memakmurkan masjid, surau serta pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah yang sedia ada.

10. Peningkatan kualiti dan kejayaan pada masa hadapan setiap insan warga Permatang Pauh melalui pelbagai projek, kaedah, program dan aktiviti.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan  matlamat ini demi bumi kita Permatang Pauh tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ke arah kesejahteraan bersama.

Warga Permatang Pauh yang mulia,

Sokonglah orang kampung kita


Satu Barisan Mencapai Harapan Baru Permatang Pauh.

Monday, 15 April 2013

# BetterNation KENAPA NAJIB LEBIH POPULAR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI? @NajibRazak



Sesungguhnya, Dato' Seri Najib telah memberikan satu definisi baru kepada istilah manifesto. Kalau Pakatan Rakyat kata manifesto bukan janji, tapi Najib bagitahu, manifesto ialah AKU JANJI.

Rakyat!! 

Adakah anda masih keliru??

Sunday, 14 April 2013

LAGI RAMALAN BARISAN NASIONAL AKAN MENANG


Alhamdulillah. Semakin hari semakin ramai penganalisis politik yang meramalkan Barisan Nasional akan menang dalam PRU ke-13 ini.

Kali ini, pakar geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan menyatakan hal sedemikian secara terbuka. Bagi beliau, masalah yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat ketika ini seperti perebutan kerusi akan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional.

Berpeluh lagilah Anwar ini kali.

PRU 13 menjadi peluang terkahir untuk gerombolan tua dalam PR untuk melunaskan cita-cita politik masing-masing. Anwar punya peluang terakhir, sama seperti Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan Hadi Awang. Do or die, itulah pegangan mereka ketika ini.

Atas sebab itu, maka kita bakal melihat pelbagai bentuk serangan akan dilancarkan dengan arahan dari gerombolan tua ini terhadap Barisan Nasional.

Tunggu apa lagi kawan-kawan? Bulatkan tekad, pangkah hanya Barisan Nasional for a Better Nation!

Thursday, 11 April 2013

PRU 13 : SIRI 5 ( STRATEGI PAKATAN RAKYAT VS STRATEGI BN )


Kalau PR telah memulakan strategi 100( 1+1) + 30% = Putrajaya, tetapi pada masa sekarang BN  juga melancarkan perang psikologi dengan mengunakan strategi "membendung" atau "menghalang" . PR telah mulakan dengan mengumumkan pemimpin "the giant" Pakatan Rakyat untuk keluar dari "kubu" mereka dan bercadang untuk bertanding di "kubu" BN ataupun kawasan yang mempunyai peluang 50-50. Persoalannya, sekiranya pengumuman ini adalah satu strategi "untuk test market" maka jawapannya mereka sudah dapat membaca "mood" pengundi di kawasan yang lama dan juga di kawasan yang baru.

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan DSAI bertanding di Perak dan meninggalkan Permatang Pauh, DSAI telah mendapat maklum balas yang jelas bahawa pengundi Perak terkejut dan para strategis BN telah berjaya memainkan isu "ketidaksetiaan DSAI" terhadap pengundi-pengundi Permatang Pauh dan DSAI takut kepada pengundi Melayu, akhirnya DSAI terpaksa membuat "U-turn" untuk kembali ke Pulau Pinang. Apakah impaknya kepada DSAI? Beliau sekarang sudah mendapat satu mesej yang jelas iaitu para strategis BN di Perak begitu hebat dan benteng strategis BN begitu kuat. DSAI akan kembali ke "drawing board" untuk memikir strategi baru. Para strategis BN belum boleh meraikan kemenangan lagi kerana DSAI memang bijak dalam mengatur strategi balas.

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Lim Kit Siang( LKS ) untuk bertanding di Gelang Patah dan meninggalkan Ipoh Timur juga telah mendapat maklum balas yang jelas dari BN Johor, dengan BN juga "membuat test market" untuk meletakkan Menteri Besar Johor  bertanding melawan Penasihat DAP itu . Strategi DAP dan Pakatan Rakyat adalah untuk memberi mesej kepada Johor bahawa Johor menjadi sasaran utama mereka. Oleh kerana itulah LKS dihantar ke Johor . Mesej yang dihantar ibarat satu cubaan untuk memasukan mesej ke dalam minda pengundi-pengundi Johor terutamanya di Gelang Patah. Yang jelas mesej LKS dan DAP telah dibaca oleh para strategis  BN. Strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya perlu dihalang dan dibendung dengan cara dan kaedah yang sama dipakai oleh PR. Oleh BN telah meniupkan cadangan yang Dato Ghani MB Johor akan menentang LKS. Strategi BN ini begitu berkesan sekali hingga LKS juga rasa tergugat dan terpaksa kembali ke “drawing board” untuk berfikir semula .


Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya dan meninggalkan kerusi DUN di Kelantan. Husam mungkin sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi Menteri Besar Kelantan. Ini juga satu strategi "test market" PAS dan PR yang sangat menarik . Malah menjadi lebih menarik lagi kerana Putrajaya adalah sasaran PRU 13 PR. Juga akan menjadi terlalu "menawan" sekiranya SU Agong UMNO Tengku Adnan bertanding kembali di Putrajaya.  Strategi PAS dan PR meletakkan Husam Musa adalah satu cubaan "mendilemaKAN" para pengundi Putrajaya kerana majoriti pengundi adalah kakitangan awam yang tinggal di Putrajaya . Strategi ini mungkin boleh memberikan kesan yang negatif kepada Husam Musa tapi mungkin kerana Husam sudah diumumkan lebih awal, maka para strategis PAS dan PR boleh menilai "mood" pengundi Putrajaya samada ke arah PAS/PR ataupun tetap kepada BN. Setakat rekod dalam pilihan raya yang lepas-lepas, pengundi-pengundi Kakitangan Awam masih setia mengundi BN di Putrajaya. Oleh kerana itu mungkin Husam juga akan kembali ke “drawing board" untuk berfikir semula .

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Chua Jui Meng (CJM) untuk bertanding di Segamat dan meninggalkan tempat asalnya di Gelang Patah yang telah pun DSAI serahkan kepada LKS. Strategi DSAI dan para strategis PR untuk meletakkan CJM bertanding di Segamat adalah agenda untuk "merosakkan" imej penyandangnya iaitu S. Subramanian, Timbalan Presiden MIC yang juga seorang Menteri. Strategi ini amat menarik kerana kawasan Segamat adalah kubu kuat BN dan bukan PR . Ini bermakna PR cuba memberi "mesage " kepada pengundi Johor dan Segamat yang PR sangat serius untuk menjadi kerajaan baru di Johor dan juga mengambil ahlih Putrajaya. Perang Saikologi ini juga telah di halang oleh para strategi BN dengan kenyataan S.Subramania yang bergitu lembut dan tidak emosi . Beliau berkata " Personally,he (Chua) is a good friend of mine. When I first contested in Segamat,he strongly campaigned for me. Now he is going to campaign againt me. So,let the people decide " dan katanya lagi " As far as I'm concerned, Im looking forward to a very good and healthy fight and I think we ( The BN ) stand a good chance of winning the seat "( Sun 10/4/2013). Strategi lembut BN ini mungkin akan menyebabkan Chua Jui Meng juga perlu kembali " ke drawing board " untuk berfikir semula .

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Salahuddin Ayub untuk bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusanjaya Johor dan meninggalkan tempat Kubang Kerian Kelantan. Salahuddin Ayub adalah calon Menteri Besar Johor sekiranya PR memerintah Johor ,ini adalah strategi PR untuk menarik para pengundi Johor bahawa PR bergitu bersedia sehingga mereka sudahpun menyediakan seorang pemimpin untuk jawatan Menteri Besar . Strategi PAS dan PR adalah juga cuba bermain "persepsi " dengan para pengundi bahawa Salahuddin Ayub adalah calon yang terbaik untuk Johor .Sebagai membalas " offer " BN juga telah menghantar mesage kepada para pengundi Johor bahawa Johor juga akan mendapat Menteri Besar baru selepas PRU 13 . Mesage ini juga cukup jelas memberi impak besar kepada BN kerana ia juga boleh menjadi "counter attack" kepada strategi Pas dan PR . Kemudian didalam media juga telah di gembar-gembur kan yang Khalid Nordin Menteri KPT akan bertanding di DUN ,maka timpul persepsi bahawa ini lah pilihan BN untuk MB baru Johor. Strategi BN ini juga menyebabkan para strategist PAS dan PR sesak nafas seketika. Oleh itu mungkin Salahuddin Ayub juga perlu kembali "ke drawing board " untuk berfikir semula.

"Kita renung kata-kata seorang penduduk kampung Mengkuang kawasan Parlimen Permatang Pauh - "Apa ertinya seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat ? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat" (Berita Harian 4/4/2013). Apakah strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya masih relavan untuk PR ? Kita tunggu hari penamaan calon pada 20 April nanti."



Artikel ini disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.


GEMPAR!! NOH OMAR MERAJUK TIDAK DICALONKAN?


Agak mengejutkan. Itulah yang boleh SB katakan selepas melihat senarai calon Barisan Nasional yang digugurkan. Senarai penuh calon yang digugurkan itu antara lain termasuklah Dato' Seri Noh Omar, bekas ahli Parlimen Tanjung Karang.

Noh Omar termasuk dalam kalangan 23 orang tokoh hard core UMNO/BN yang digugurkan walaupun ramai yang melihat beliau telah berusaha keras membantu jentera Barisan Nasional merampas kembali Selangor sebelum ini.

Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional yang digugurkan :

1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

Jika melihat senarai yang dikeluarkan ini, jelas sekali bahawa Barisan Nasional begitu serius dalam mengenengahkan muka baharu untuk bertanding dalam PRU ke -13 yang ditetapkan berlangsung pada 5hb Mei 2013.

Sunday, 7 April 2013

PRU 13 : SIRI 3 ( STRATEGI MENYALAHKAN UMNO SEBAGAI STRATEGI SURVIVAL GUAN ENG DAN DAP DI PULAU PINANG )


Kajian-kajian " Tsunami Politik PRU 12 di Pulau Pinang " ada menjelaskan kekalahan BN Pulau Pinang adalah kerana dakyah perang psikologi " anti UMNO " yang agresif yang telah dimainkan oleh Guan Eng dan para strategist DAP Pulau Pinang pada ketika itu. Perang psikologi tersebut telah berjaya memasuki minda pengundi Cina dan sebilangan minoriti pengundi Melayu Islam untuk " anti UMNO " dan menolak BN. Dalam beberapa analisa yang dibuat di dalam blog Pak Zad  melalui tajuk " Pemikiran Lim Guan Eng ( Part 1)- 23/9/2010)", "Provokasi Guan Eng kepada UMNO - (25/3/2012) dan "Adakah Guan Eng dan DAP masih kuat di Pulau Pinang - 31/10/2013), jelas membuktikan Guan Eng telah mengunakan " UMNO" sebagai "perisai" nya untuk menghalang " attacking " daripada musuh-musuhnya.



Dalam PRU 12 lalu, penanaman benih " anti UMNO " telah di buat sejak september 2007 lagi sehinggalah pada masa pilihanraya kedua belas pada 8 Mac 2008 oleh Guan Eng dan para strategist DAP. Strategi mereka ketika itu ialah menyalahkan UMNO kerana terlalu "dominant"dan menyatakan Ketua Menteri dan Gerakan tunduk kepada UMNO. Dengan ertikata mereka cuba melahirkan suasana " anti UMNO " kepada terutamanya pengundi-pengundi Cina dan rakyat Cina di Pulau Pinang. Strategi ini sangat berjaya( baca article bertajuk Pemikiran Lim Guan Eng (part 1 ) bertarikh 23/9/2010 Blog Pakzad) dan dengan strategi yang agresif ini ia merupakan antara faktor yang menyebabkan Guan Eng dan DAP diangkat menjadi Kerajaan Pertama DAP di Malaysia .

Oleh itu pada jangkaan untuk PRU 13 , Guan Eng dan DAP masih akan mengunakan strategi untuk melahirkan perasaan menebal " anti UMNO " dan "anti semua Parti Komponen BN kerana duduk bersama dengan UMNO ". Bagi Guan Eng dan Para Strategist DAP masih melihat "UMNO" lah yang menjadi penghalang besar kepada DAP untuk terus memerintah Pulau Pinang . Ini adalah kerana Guan Eng dan DAP sangat mengetahui yang kekuatan BN adalah terletakkan kepada UMNO . Oleh itu tidak hairan lah apa yang cuba di lakukan oleh Guan Eng dan para strategist DAP ialah mengunakan " strategi Divide and Rule " dalam memecahkan benteng kekuatan BN Pulau Pinang . Mungkin pada masa ini Guan Eng dan DAP masih berjaya untuk menyerapkan strategi kedalam minda pengundi Cina tapi mungkin tidak kepada pengundi Melayu dan India. Tetapi mengikut berapa kajian-kajian yang di buat telah menunjukkan sudah ada pergerakan " pengundi Cina " kearah BN yang mula menghormati usaha-usaha bersungguh Najib dan BN untuk menarik pengundi Cina kepada BN.



Sebagai membuktikan strategi "anti UMNO " yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP ,beberapa petikan kenyataan Guan Eng dalam isu cabar mencabar untuk pertandingan anatara Guan Eng vs Teng dalam PRU 13,yang mana Teng telah berjaya menunjukkan siapakah yang cerdik dalam berstrategi politik ? Yang jelas ialah Teng Pengerusi BN Pulau Pinang adalah yang cerdik dan Guan Eng telah mengaku yang beliau telah terperangkap dengan helah Teng. Bayangkan seorang Ketua Menteri yang mendakwa telah memajukan Pulau Pinang dalam sekelip mata( 5 tahun) boleh di permainkan oleh seorang " boy scout " ( Teng yang dilabelkan oleh Karpal Singh ) ,banyak mana pula Guan Eng telah dipermainkan oleh orang-orang disekelilingnya dan juga dengan orang luar ?. Apapun sebagai jawapan ringkas dan standard Guan Eng ialah menyalahkan UMNO dan BN dan ini juga strategi " anti UMNO " yang sudah mula di tanam menjelang PRU 13 .

Cuba kita renung petikan-petikan ini - " Tidak kira bagaimana pandai Teng Chang Yeow melakukan helah politiknya,dia tidak boleh lari hakikat bahawa beliau sendiri melihat dirinya wakil UMNO DAN BUKAN WAKIL RAKYAT, yang jelas berbeza daripada prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat dari hadapan dan bukan daripada BELAKANG UMNO " (Blog Guan Eng). Jelasnya Guan Eng tetap menyalahkan UMNO walaupun kesilapannya dalam berstrategi dengan Teng . Perasaan " anti UMNO " menjadi strategi Guan Eng.




Kata Guan Eng lagi - " saya mengharapkan pentandingan antara kami akan memberi pilihan yang jelas kepada rakyat - sama ada UNTUK KEMBALI KEPADA UMNO DAN MEMILIH KERAJAAN YANG DI KEPALAI OLEH KRONI BN atau memilih kerajaan mesra rakyat,oleh rakyat dan terdiri daripada rakyat " ( Blog Guan Eng). Strategi Guan Eng untuk meminta pengundi Cina berfikir dan membuat perbandingan seolah DAP adalah terbaik sebagai kerajaan walaupun hakikatnya tidak ( baca article bertajuk Pesanan untuk pengundi Cina Pulau Pinang dalam blog Pakzad boleh menjelaskan perkara ini ).

Seterusnya Guan Eng menyatakan - " Janji untuk " bangkit dari tempat dia jatuh tidak mempunyai makna sekiranya Teng menolak menunjukkan keberanian dan " kepimpinan melalui teladan " dengan bertanding semula kerusi lamanya di Padang Kota tetapi MEMILIH UNTUK IKUT TELUNJUK UMNO DI MANA BOLEH DAN DI MANA TIDAK  UNTUK BERTANDING.

Semua orang tahu Teng sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang bukan pilihan utama Gerakan dan dia bukan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang tetapi pilihan PM Najib dan UMNO " (Blog Guan Eng). Strategi dalam pemikiran Guan Eng tetap sentiasa menyalahkan UMNO dalam setiap kesilapan dan kesalahannya ataupun untuk melepaskan nya daripada kesalahannya. Bagi Guan Eng semua adalah kerana UMNO dan BN.

Sebagai renungan akhir  Guan Eng berkata - " Sekiranya Teng menolak untuk bertanding di Padang Kota maka saya tidak akan membuang masa melayannya memandangkan telah terbongkar bahawa dia hanya BONEKA UMNO YANG LEBIH BERMINAT BERMAIN POLITIK KEBUDAK-BUDAKAN " (Blog Guan Eng). Secara kesimpulan Guan Eng dan Para strategist masih mengunakan strategi " anti UMNO " untuk menyerap dalam minda para pengundi Cina dan pengundi atas pagar PRU 13 Pulau Pinang, oleh itu para strategist BN Pulau Pinang perlu mengambil langkah untuk agresifkan memberi penerangan jelas kepada para pengundi Cina dan pengundi atas pagar , ini kerana kekalahan BN pada PRU 12 antara sebabnya kerana BN tidak sempat membuat penerangan balas kepada isu-isu yang di pupuk oleh DAP di Pulau Pinang.

 Nota : Artikel ini telah dikirim oleh Pak Zad. Untuk mengikuti tulisan-tulisan dan wacana Pak    Zad yang lain, sila kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.

Thursday, 4 April 2013

PAK ZAD DEDAHKAN KEMELUT DALAMAN KOMTAR??


Ada orang tanya SB, siapa Pak Zad? SB cuma mampu jawab, beliau seorang pemikir dan penganalisis politik yang teliti dan banyak menulis berkenaan hal ehwal politik negara. Sejak akhir-akhir ini, Pak Zad banyak menyentuh iklim politik di Pulau Pinang yang kian hangat sehangat cuaca di negeri ini sendiri.

Sebelum ini Pak Zad mendedahkan strategi 100 (1+1)+30% yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat, dan hingga saat ini, strategi tersebut kelihatan berjalan seperti yang dirancang. Klik SINI dan SINI.

Dalam artikel lain, Pak Zad mendedahkan pula konflik  yang berlaku antara Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. SINI dan SINI

Dan hari ini Pak Zad menulis lagi. Kali ini Pak Zad mengirim pesan nasihat kepada masyarakat Cina di Pulau Pinang menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Klik SINI untuk mengikuti tulisan terbaru Pak Zad!

Juga jangan ketinggalan mengikuti analisis pra-PRU oleh Pak Zad di SINI.

KENAPA LIM GUAN ENG TAKUT LAWAN TENG CHANG YEOW?

Peperangan dalam PRU 13 di Pulau Pinang bakal menempa satu lagi sejarah apabila penyandang jawatan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, tidak berani menentang Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, secara satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan ditetapkan oleh Chang Yeow sendiri.

Kenapa Guan Eng takut?



Dalam laporan media bertarikh 3 Februari 2013, Guan Eng dianggap sudah angkat tangan tanda mengaku kalah walaupun dia sendiri yang terlebih dahulu bertanggungjawab mengemukakan cabaran tersebut kepada Cheng Yeow. 

Guan Eng mengaku kalah selepas Cheng Yeow mengenakan syarat seperti pertandingan haruslah berlaku di kawasan pelbagai kaum dan kerusi ditentukan sendiri oleh Cheng. Soalnya, kenapa Guan Eng takut dengan syarat yang dikemukakan oleh Cheng Yeow kalau dia sendiri sudah begitu yakin dengan sokongan orang Pulau Pinang terhadap DAP?

Sama ada Guan Eng tahu akan kalah, atau memang DAP menang pada 2008 hanya semata-mata kerana undi sabotaj. Dua faktor inilah yang sebenarnya sangat menghantui Guan Eng serta DAP ketika ini.

Baca ulasan yang lebih jitu daripada penganalisis politik tanah air, Pak Zad. Klik SINI dan SINI

Wednesday, 3 April 2013

19 BULAN CATATAN DOSA NAJIB TERHADAP ANWAR DIDEDAHKAN!!




#GE13

Pada Julai 2009, Najib telah lancarkan AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA (AS1M).

Pada Januari 2010, Najib telah melancarkan KLINIK 1MALAYSIA, TABUNG PENYELENGGARAAN 1MALAYSIA (TP1M) dan program 1AZAM (AKHIRI ZAMAN MISKIN).

Pada September 2010, Najiblancarkan PROGRAM SUSU 1MALAYSIA.

Pada November 2010, Najib lancarkan SKIM KESELAMATAN MAKANAN 1MALAYSIA (SK1M).

Pada Disember 2010, Najib lancarkan KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA.

Pada Januari 2011, Najib lancarkan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M). Psstt..yang ni Anwar cukup marah!

Pada Februari 2011, Najib lancarkan Transformasi Kedai Runcit (TUKAR).

Pada Jun 2011, Najib lancarkan MENU RAKYAT 1MALAYSIA, KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) dan SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M).

Pada Julai 2011, Najib lancarkan PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA).

Pada Disember 2011, Najib lancarkan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).

Pada Januari 2012, Najib lancarkan PUSAT BERSALIN BERISIKO RENDAH 1MALAYSIA, 
BANTUAN BUKU 1MALAYSIA, SKIM AMANAH RAKYAT  1MALAYSIA.

Pada Februari 2012, Najib lancarkan PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC).

Pada Mac 2012, Najib lancarkan PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT  1MALAYSIA (KAR1SMA).

Pada Mei 2012, Najib lancarkan RAWATAN PERUBATAN PERCUMA BAGI WARGA EMAS.

Pada Jun 2012, Najib lancarkan INTEREKTIF TUISYEN 1MALAYSIA (i-TR1M), TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA (TR1Ma) dan PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC).

Pada Julai 2012, Najib lancarkan KEDAI KAIN 1MALAYSIA (KK1M) dan KAD DISKAUN PELAJAR 1MALAYSIA.

Pada Ogos 2012, Najib lancarkan KAD KEISTIMEWAAN 1MALAYSIA.

Pada Januari 2013, Najib lancarkan INISIATIF KEMBALI KE SEKOLAH.

Pada Februari 2013, Najib lancarkan PASAR BERGERAK 1MALAYSIA dan BANTUAN LESEN 1MALAYSIA (BL1M).


Apa pula Anwar buat? 

Jawapan : Produce lebih banyak video ehem ehem ler.. :p

#GE13 - MALAYSIA DI AMBANG PEPERANGAN!!!

Foto ehsan daripada Blog Nogori Most Wanted

Parlimen dah bubar. Segala teka-teki dah terjawab. Terima kasih Perdana Menteri Dato' Seri Najib kerana dalam empat tahun ini, anda telah banyak mencetuskan transformasi buat negara.

Waktu pengumuman tadi, kelihatan wajah Perdana Menteri sangat ceria dan gembira. Ini menunjukkan beliau sangat yakin untuk menghadapi PRU 13 yang juga PRU pertama beliau sebagai Perdana Menteri. 

Dengan izin Allah SWT, kami juga akan menggandakan usaha dan kudrat untuk membantu kemenangan Barisan Nasional kali ini. Serentak dengan itu, blog ini mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13. Sesungguhnya, kami teruja!

Thursday, 28 March 2013

PROGRAM BARISAN NASIONAL PULAU PINANG DICEROBOH??

1. 24 Mac 2013, Barisan Nasional Pulau Pinang telah menganjurkan program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bertempat di Speaker Corner Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

2. Media melaporkan sekitar 10 ribu orang menghadiri program tersebut.

3. Namun, dalam ramai-ramai yang datang tu, rupa-rupanya terselit juga sekumpulan keldai Anwar Ibrahim dari sebuah pertubuhan mahasiswa tidak berdaftar di USM iaitu Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) atau lebih dikenali sebagai Geng Cap Ayam.

4. SB telah menerima beberapa keping gambar dari seorang rakan yang turut hadir dalam himpunan tersebut. Beliau mengirimkan gambar-gambar kumpulan mahasiswa ini yang dikatakan berkeliaran dalam program yang dianjurkan khusus untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. Paling kelakar, mereka ini turut berada di atas pentas utama. Entah apalah yang dibuatnya.

5. Berikut antara aksi mahasiswa Cap Ayam yang dikirimkan kepada SB. 




6. Nampak apa yang dipakai di pergelangan tangan dan kepala mereka seperti yang ditandakan dengan bulatan merah dalam gambar-gambar di atas? Ia ialah kain pengikat kepala yang tertera slogan SAYA SOKONG BARISAN NASIONAL. 

7. Entah apa mimpi tiba-tiba budak-budak ini sokong Barisan Nasional? SB telah membuat tinjauan singkat ke atas beberapa akaun Facebook (berdasarkan maklumat yang dikirimkan) milik budak-budak ini dan hasilnya, memang didapati mereka ini bukanlah penyokong Barisan Nasional. Salah seorang daripada budak yang terpampang di dalam gambar ini ialah bekas MPP USM dari Pro-Mahasiswa yang pernah aktif bersama Persatuan Mahasiswa Islam USM. Kalau nak tahu, PMI ini ialah cawangan PAS di dalam kampus-kampus di seluruh negara.

8. Mungkin pelajar-pelajar ini sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Mungkin mereka sudah terima hidayah untuk melihat kebenaran. Justeru mereka digerakkan hati untuk melangkah ke Padang Kota dan bersama-sama warga Pulau Pinang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional. Siapa tahu, kan? 

Monday, 25 March 2013

GEMPAQQ!! LIM GUAN ENG DISERANG PENYAKIT JANTUNG!!

1. Semalam SB berkesempatan turun ke Padang Kota Lama, Pulau Pinang bagi merasai sendiri kehangatan Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Barisan Nasional dan pelbagai NGO lain.

2. Memang ramai. Sumpah SB tak tipu. SB tak pandai buat anggaran tapi secara kasar, tak kurang 8 ribu orang hadir berhimpun di hadapan pentas utama sudut pidato di situ.

3. Ucapan-ucapan yang disampaikan juga amat menggegar. Paling mencuri tumpuan ialah ucapan oleh wakil mahasiswa Pulau Pinang. Sayangnya SB tak ingat namanya sebab SB datang bukan untuk membuat liputan. Sekadar nak memeriahkan suasana sambil bercuti. 

4. Di bawah ada beberapa keping gambar yang sempat SB rakam. Jom saksikan! 

#TukarToBN
#Rempuh243














Wednesday, 20 March 2013

PENGISYTIHARAN SOKONG PAKATAN RAKYAT!! SEBAB KENAPA SAYA MEMILIH PAKATAN RAKYAT!!!


1. Kata kaum Pakatan Rakyat, hidup terbeban selagi Barisan Nasional berkuasa. Seorang kawan yang memang totok PAS, ketika makan bersama SB tengah hari tadi, mengajukan soalan ini kepada SB:

"Kau makan ayam. Aku makan ikan. Kau mampu ambil ayam sebab belanja kau lebih, tapi aku hari ini pagi-pagi lagi motosikal pancit. Belanja kena potong," muka dia agak sugul. SB hanya memerhatikan wajahnya itu.

"Agak-agak kaulah kan, tengah hari ni, Rosmah makan apa?" tiba-tiba dia ajukan soalan ini kepada SB. Apa SB nak jawab?

2. Maka atas sebab itulah, barangkali, orang macam kawan SB ni beriya-iya sangat nak tukar Kerajaan Pusat.

3. Mungkin dia juga sudah lama terbeban dengan kehidupan hari ini yang serba-serbi perlukan duit. Tetapi adakah wajar untuk kita salahkan kerajaan atas setiap perkara yang menghimpit kehidupan ini, dan pada masa yang sama, tak mahu berterima kasih jika terdapat perkara-perkara yang menyenangkan (misalnya pemberian BR1M, Baucar Buku, Kedai Rakyat dan sebagainya lagi)??

4. Mungkin kawan SB ini perlu baca entri menarik yang dikeluarkan di blog Simpang Kayu ini. Klik SINI ya kawan!

KISAH TOK GURU YANG DISAYANGI RAKYAT

1.  Sebuah kisah menyayat hati dan menyentuh perasaan sesiapa saja yang membaca. Inilah kisahnya, tentang seorang lelaki yang kononnya zuhud apabila ditawarkan jawatan besar. Tapi itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya seperti di bawah: 


Rombongan Yang Gagal

Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.

Kemudian menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.

Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya. Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok hari.

Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar

Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.


 2. Pada SB, ini usaha pemurnian tahap dewata ke atas sosok Bentara Guru yang diagung-agungkan oleh ahli PAS   yang dikhabarkan akan terus bertanding dalam pilihan raya selagi mampu.

3. SB teringat satu lagi kisah di mana Bentara Guru ini pernah mencabar Tun Dr. Mahathir supaya meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Tun Dr. Mahathir berbuat demikian, dia juga akan turut serta meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

4. Kini sudah lebih 10 tahun berlalu. Tun Dr. Mahathir telah lama bersara. Tapi apa jadi dengan Bentara Guru kita ni? Kelihatan seolah-olah semakin enak bersemayam di takhta pemerintahannya. Adakah Kelantan begitu ketandusan pemimpin yang boleh diangkat menjadi Menteri Besar?

5. Adakah Bentara Guru masih relevan atau perlu diganti dengan yang baru? Hanya orang Kelantan yang boleh jawab persoalan ini. Satu undi kepada Pakatan Rakyat bermakna anda masih mahukan beliau sebagai Menteri Besar, atau anda mahu TUKAR dengan mengundi Barisan Nasional?





Sunday, 17 March 2013

TERBAIK DARI LADANG!! BARISAN PEJUANG SIBER BARU!!

Sempena hujung minggu yang damai ini, SB ingin mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan baru blogawan yang akan membantu perjuangan alif, ba & ta kita sekaligus memastikan hasrat menang 2/3 dalam PRU ini dapat dicapai dengan lebih mudah, dengan izin Allah. 

Klik pada setiap link yang disediakan pada headers yang tertera di bawah dan anda akan dipautkan terus ke blog mereka. Ini baru permulaan. Lebih banyak akan menyusul selepas ini. Nantikan!! Kumpulan blogawan ini pasti menawarkan kelainan berbanding kumpulan-kumpulan sedia, namun matlamat kita tetap sama.

http://breakingpuzzle.blogspot.com/

http://nogorimostwanted.blogspot.com/

http://penangmostwanted.blogspot.com/

http://mrmansuh.blogspot.com/

http://whybeemama.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar