Pages

Showing posts with label MANIFESTO PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label MANIFESTO PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Monday, 15 April 2013

# BetterNation KENAPA NAJIB LEBIH POPULAR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI? @NajibRazak



Sesungguhnya, Dato' Seri Najib telah memberikan satu definisi baru kepada istilah manifesto. Kalau Pakatan Rakyat kata manifesto bukan janji, tapi Najib bagitahu, manifesto ialah AKU JANJI.

Rakyat!! 

Adakah anda masih keliru??

Thursday, 11 April 2013

BUKTI BARISAN NASIONAL AKAN KALAH TERUK!!


Kalau tengok statistik yang kononnya dikeluarkan oleh Sinar Harian Online kat atas ni, maka Barisan Nasional boleh dianggap sudah kalah sebelum bertandinglah. Bukan main seronok juak-juak Pakatan Rakyat mendapat perkhabaran kononnya manifesto mereka lebih disukai berbanding manifesto Barisan Nasional.

Tapi tahukah anda, majoriti pembaca portal dan akhbar Sinar Harian ialah juak-juak pembangkang sendiri? Maknanya, yang ikut serta mengundi dalam bancian tersebut pun majoritinya (lebih 2/3) ialah juak-juak pembangkang. Penyokong Barisan Nasional yang membaca dan ikut mengundi memang kecil jumlahnya seperti mana yang tertera dalam keputusan yang dipaparkan tersebut.

Sinar Harian sendiri diketahui sebuah akhbar mainstream yang mesra pembangkang atau condong menyebelahi pembangkang. Atas sebab itu jugalah ia menjadi kitab rujukan juak-juak PAS dan PKR (juak-juak DAP mungkin tak baca sangat Sinar Harian ni) selepas Harakah dan Suara Keadilan.

Jadi bolehkah kita ambil keputusan bancian ni sebagai kayu ukur penentu pilihan sebenar rakyat Malaysia? Bolehlah. Apa pula tak boleh. Boleh buat sampah! Ibarat Harakah buat bancian yang sama dalam akhbar tersebut. Keputusannya kita dah tahu sebelum bancian dibuat lagi.

Apa-apa pun, biarlah juak-juak pembangkang berseronok buat sementara. Biarlah mereka meraikan kemenangan awal tersebut kerana kekalahan sebenar nanti tak dapat tidak, pasti akan merentap segala semangat mereka selama ini. Kita hukum kebodohan dan ketaksuban mereka pada PRU nanti, dengan izin Allah SWT jua.

Tuesday, 9 April 2013

KHAIRY JAMALUDDIN KETUK RAFIZI RAMLI LAGI!!

PRU 13: INVESTMENTS!!!



Rakyat nak tahu secara spesifik sasaran BN dan juga Pakatan untuk menjana ekonomi. Salah satu ukuran adalah sasaran pelaburan yang spesifik.

Sasaran ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana ia menggambarkan perancangan yang teliti untuk menarik pelaburan dari luar negara dan juga dari syarikat-syarikat tempatan.

Sasaran BN bukanlah angka yang tidak berasas. Kalau rajin boleh melayari etp.pemandu.gov.my Maklumat terperinci semua ada, menjelaskan bagaimana sasaran BN dapat ditepati. Inilah maksud perancangan yang teliti yang meningkatkan keboleh percayaan rakyat terhadap BN.

Bandingkan ini dengan Pakatan. Berapa banyak pelaburan yang mereka janji boleh menarik jika menang? Err... langusung tak sebut. Kenapa? Tiada perancangan yang teliti. Manifesto pakai hentam, tabur janji populis. Tapi perkara asas - bagaimana nak menjana eknomi untuk membiayai janji-janji manis mereka, langsung tak sebut.

Oh, ya. Mugkin mereka akan jawab: "Hey! Pelaburan tu semua datang ke Selangor dan Penang la der!" Tidak dinafikan Selangor dan Penang banyak dapat pelaburan. 

Tapi kena ingat: Zaman BN memerintah negeri Selangor dan Penang pun negeri-negeri ini selalu menerima pelaburan yang paling banyak! Ini disebabkan polisi kerajaan pusat membangunkan negeri-negeri ini sebagai pusat industri dan perdangangan. So, tak perlu la pakai hujah tu...

Jadi, inilah dia perbandingan Akujanji BN dan Manifesto Pakatan mengenai pelaburan. 


Sumber : Facebook Khairy Jamaluddin.




BETTERNATION



MANIFESTO : SIAPA TIRU SIAPA? BAHAGIAN DUA (AKHIR)





Kereta api laju

Manifesto PR

Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN

Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut. 

Lebuh raya Sabah dan Sarawak

Manifesto PR

Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

Manifesto BN

Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.

Royalti Petroleum

Manifesto PR

Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Permit Teksi

Manifesto PR

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.


Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?

Pangkalan data 

Manifesto PR

Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan Statistik.

Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Memang diakui bahawa manifesto PR lebih indah daripada manifesto BN. Justeru PR tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam manifesto PR turut diambil kira oleh BN.

Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti rakyat akan mempercayai manifesto yang 'menjanjikan bulan dan bintang' tersebut?

Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.

Jadi, untuk apa dipercayai?


Sumber : Sinar Harian Online


BETTERNATION

MANIFESTO : SIAPA TIRU SIAPA?? BAHAGIAN 1


TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.



BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. 

Manifesto harus dilihat secara keseluruhan bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.


Harga kereta

Manifesto PR

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.


Manifesto BN


Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.


Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.


Dasar Perumahan


Manifesto PR

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.


Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.

Sumber : Sinar Harian Online.



BETTERNATION

Thursday, 4 April 2013

BENARKAH RAFIZI RAMLI BODOH SOMBONG?




Mitos Harga Kereta Murah (Bahagian 1)

Bayangkan anda memandu Masereti buatan Itali, BMW buatan Jerman atau Honda buatan Jepun dengan ‘keperlahanan’ tidak sampai 10km sejam di pusat bandar seperti latar sesak padat di Jakarta, Bangkok atau Manila. Ini adalah realiti dalam Manifesto Rakyat dan Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) yang menawarkan pemansuhan cukai eksais kereta pada kadar 70peratus ke atas sehingga harga kereta menjadi serendah RM25,000, penghapusan tol lebuh raya serta penurunan harga minyak petrol dan diesel.

Ya, anda boleh memiliki kereta idaman dengan harga murah tetapi terpaksa berbelanja lebih dengan membuang lebih masa untuk sampai ke destinasi dalam kesesakan trafik. Ini bukanlah tujuan kereta idaman dibuat, “berkelajuan seperti ribut tetapi pergerakan seperti semut”.

Dalam 24 jam sehari, empat jam paling kritikal ialah julat masa antara 7 hingga 9 pagi dan 5 hingga 7 petang bagi mereka yang berulang-alik dari kediaman ke tempat kerja. Jika seorang graduan yang mula bekerja seawal usia 23 tahun menghabiskan masa tiga jam sehari berulang alik ke tempat kerja, apabila bersara pada usia 55 tahun, dia menghabiskan 14,145 jam atau 235 hari seumur hidupnya dijalan raya!

“Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian,” justifikasi Manifesto Rakyat bagi merombak dasar automatif sememangnya mempunyai asas dan logik.

Ironisnya Malaysia mempunyai pemilikan kenderaan tertinggi selepas Amerika Syarikat! Dengan 28 juta rakyat, kita mempunyai 11 juta kereta. Jika diperinci dengan kira-kira 4 juta keluarga maka setiap isi rumah mempunyai lebih daripada dua buah kereta!

Hutang pembiayaan kereta adalah hutang kedua tertinggi di Malaysia, mencecah RM134.2 bilion setakat Mei 2012. Malah rekod Jabatan Insolvensi bagi tahun 2005 hingga April 2012 menunjukkan bahawa hutang sewa beli kenderaan menjadi penyebab utama kebangkarapan dengan 25 peratus iaitu 29,338 daripada 116,379 kes.

Justeru, adakah dengan gimik populis pemansuhan cukai eksais semata-mata akan menyelesaikan masalah ini? Hakikatnya pemberian kereta percuma sekalipun tidak akan menyelesaikan masalah kos sara hidup dan kesesakan jalan raya. Sememangnya kadar cukai eksais yang tinggi pada kadar 70 peratus ke atas perlu disemak semula untuk meliberalisasikan industri automatif negara tetapi bukan dengan menghapuskan sepenuhnya. Perlu juga disemak semula kadar faedah pinjaman lebih 35 peratus yang dikenakan oleh pihak bank.

Kajian Jabatan Perangkaan Malaysia bagi perbelajaan isi rumah pada 2009/2010 mendapati perbelanjaan pengangkutan menjadi prioriti ketiga sebanyak 13.1 peratus berbanding makanan 21.8 peratus serta perumahan dan utiliti sebanyak 21.8 peratus. Tahun 1957, perbelanjaan pengangkutan hanya melibatkan 3.7 peratus perbelanjaan isi rumah dan menjadi prioriti ketujuh daripada sembilan indikator.

Dari segi peningkatan perbelanjaan, kos pengangkutan naik ketara iaitu 94.6 peratus selepas perumahan dan utiliti sebanyak 102 peratus berbanding makanan hanya 60.9 peratus. Perbelanjaan pengangkutan ini meliputi perbelanjaan membeli kenderaan baru, petrol, pembelian alat ganti dan selenggara kenderaan, cukai jalan, insuran dan tambang pengangkutan awam.

Ini bermakna kos pengangkutan persendirian bukan sekadar harga pembelian sebuah kereta semata-mata tetapi termasuk kos-kos selepas sokongan pengangkutan. Oleh itu, sudut tumpuan utama bukanlah mengurangkan kos pemilikan kereta secara individu tetapi mengurangkan kos sara hidup untuk pengangkutan melalui fasiliti dan aksesibiliti pengangkutan awam yang efektif dan efisien. PR sepatutnya belajar daripada kegagalan dan tidak mengulangi kesilapan tumpuan untuk memperkasakan pengangkutan awam oleh kerajaan BN sebelum 2009.

Namun tiga preskripsi yang dicadangkan berasaskan diagnosis awal tersebut lebih banyak menunjukkan falasi iaitu salah faham tentang masalah sebenar dan hubung kait antara sebuah kereta, seliter minyak, sebatang jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

Ini adalah satu polisi dualisme yang menjadikan dasar automatif dan dasar pengangkutan awam saling bertentang haluan dan tidak bergerak sehaluan. Sasar masa pendek yang tidak selari iaitu pemansuhan tol lebuh raya dan penurunan harga minyak secara serta merta dan pemansuhan cukai eksais secara berperingkat selama lima tahun; tetapi dalam masa yang lama meletakkan sasar masa panjang selama 10 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Rakyat mengalu-alukan penyelesaian primier bukan sekunder atau tertier baik dari PR atau BN. Manifesto Rakyat dan Buku Jingga PR sepatutnya beradu dengan politik idea iaitu menyaingi Program Transformasi Kerajaan BN dengan Transit Aliran Massa (MRT), Terminal Pengangkutan Bersepadu dan Terminal Transit Antara Bandar serta bas percuma GoKL dan tempat letak kenderaan RM3 Park & Ride.

PR sepatutnya memberikan jawapan lebih baik daripada BN. Pemansuhan cukai eksais kereta, penurunan harga minyak petrol dan diesel serta penghapusan tol lebuh raya hanya jawapan sementara yang kemudiannya akan menimbulkan persoalan baru pada masa depan. Apa yang lebih penting ialah ‘membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa’ dengan menjadikan pengangkutan awam dan bukan kenderaan persendirian sebagai keperluan asas!

Jalan bertambah, kenderaan berlambak

Masa hadapan penduduk bandar yang dijangka mencecah 10 juta pada 2020 akan memberikan tekanan terhadap rangkaian jalan raya yang akan mengakibatkan kesesakan yang lebih teruk. Di Amerika Syarikat dasar lebih awal diperkenal pada 1970 melalui Institut Jurutera Lalulintas yang mendefinasikan bidang kejuruteraan lalu lintas sebagai, “Suatu bahagian kejuruteraan yang terlibat dengan perancangan, reka bentuk geometri dan operasi lalu lintas bagi jalan raya dengan lebuh raya, rangkaian jalan raya, terminal pengangkutan, tanah-tanah yang bersempadan dengan jalan raya, hubungan dengan mod-mod pengangkutan yang lain untuk pencapaian dari segi keselamatan, kecekapan dan kemudahan pergerakan bagi orang perseorangan dan barangan.”

Makna sebatang jalan raya berbeza bagi penduduk luar bandar sebagai satu keperluan berbanding di bandar yang menjadi satu kehendak. Seperti jalan raya seawal transisi urbanisasi negara, jalan raya lengang dengan kapasiti kenderaan yang terhad. Jalan raya kekal sebagai satu keperluan kepada 35 peratus penduduk luar bandar yang hampir lapan peratus daripadanya masih belum dihubungi dengan jalan berturap atau jalan kerikil.

Pembinaan jalan raya di luar bandar sepanjang 3,349.6 km pada 2010-2012 menurut laporan NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI) menjadikannya lebih panjang dari keluasan semenanjung Malaysia atau bersamaan tiga kali ganda jarak Lebuh Raya Utara–Selatan dari Kedah ke Johor. Dengan hampir 66.5 peratus bajet RBI diperuntukkan bagi Malaysia Timur, masih terdapat 17.3 peratus penduduk luar bandar di  Sabah dan 11.3 peratus lagi di Sarawak tidak mendapat kemudahan jalan raya.

Seperti jalan raya sekarang yang panjang dan bersimpang siur, begitulah sejarah pembinaaan jalan raya pertama seawal 1860 oleh Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dengan menggunakan kayu balak yang diikat rotan bagi laluan bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang, Perak). Kemasukan British telah membawa kemajuan jalan raya yang lebih baik untuk tujuan ekploitasi sumber alam negara.

Seiring dengan pembangunan infrastruktur dan perbandaran negara sejak merdeka, hari ini negara boleh berbangga dengan rangkaian jalan raya meliputi jalan persekutuan dan jalan negeri sepanjang 123,007.8 km pada 2009. Ianya adalah pengingkatan lebih 1,000 kali ganda daripada rekod jalan raya sepanjang 10,406.10 km pada zaman pra kemerdekaan 1955.

Pertambahan jalan raya ini membawa kepada permintaan tinggi terhadap kenderaan darat bermotor. Menurut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, sehingga 2011 sebanyak 21.4 juta kenderaan menggunakan jalan raya seluruh negara. Kenderaan persendirian memonopoli jalan raya dengan 49 peratus iaitu 594,610 kereta dan 45 peratus iaitu 542,308 motosikal telah didaftarkan pada 2011 dan keseluruhannya motosikal menjadi raja jalan raya dengan 9.9 juta atau 47 peratus dan kereta sebanyak 9.7 juta atau 45 peratus. Peningkatan ini seiring dengan jumlah pemandu baru seramai 527,198 yang dilesenkan pada 2011 menjadikan jumlah terkumpul pemandu seramai 12,763,452 orang!

Sumber : MySuara.Net

Tuesday, 2 April 2013

KENALI KAFIR HARBI MALAYSIA YANG BERJAYA ROSAKKAN PAS

24 Disember 2008, di Kuala Lumpur, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan  pedas terhadap PAS.

"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum Hudud kerana DAP akan menentangnya."

Pada 30 Julai 2012, sekali lagi Karpal mengulangi kenyataan tersebut. Kali ini lebih tajam, keras dan tepat ke muka Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Hadi Awang.

Lihat kenyataan tersebut dalam petikan berita seperti di bawah :



Karpal tegaskan tiga perkara di sini. Pertama, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat. Kedua, ia juga tidak dimasukkan dalam Buku Jingga. Dan ketiga, TIDAK MUNGKIN ia akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin itu maksudnya tidak akan sama sekali! 

Kerana ketegasan Karpal Singh itu, maka pada 11 Jun 2011, Nik Aziz secara rasmi mengubah hala tuju PAS daripada memperjuangkan negara Islam kepada sebuah negara kebajikan sebagaimana yang diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana akhirnya anda tunduk kepada kafir harbi ini.

Tuesday, 26 March 2013

POLITIK TIKAM MENIKAM DALAM PAKATAN RAKYAT SEMAKIN TERSERLAH

1.  Semalam, SB menerima kiriman emel dari seorang kenalan di Negeri Sembilan yang meminta pandangan SB berkenaan 12 perkara yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat. 

2.   Bersama emel tersebut, beliau kepilkan sebuah poster berwarna hijau yang tertera gambar-gambar para pemimpin utama Pakatan Rakyat di sudut atas sebelah kiri. Melihat sahaja poster ini, SB sudah dapat agak, ini pasti dari versi PAS.

3. Sebelum SB ulas berkenaan manifesto tersebut dengan memberikan fokus terhadap PENDIDIKAN PERCUMA, SB ingin mengajak kita semua melihat bukti jelas dalam poster ini bahawa tiada kesepakatan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri untuk menampilkan siapa pemimpin utama mereka. Dalam poster ini jelas sekali yang ditonjolkan ialah spiritual leader PAS, Nik Aziz. Kenapa bukan Anwar Ibrahim yang katanya akan menjadi Perdana Menteri? Bagaimana pula dalam poster-poster yang diterbitkan oleh war room PKR dan DAP? Adakah Nik Aziz tetap akan ditonjolkan sebagai pemimpin paling kanan? Kita tinggalkan dulu persoalan tersebut.

4.  Di bawah ini ialah kutipan fakta berkenaan Pendidikan Percuma. Kenapa kita mesti cakna? Ikuti kupasannya.

Apa Itu Pendidikan Percuma?

Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu.

Dalam konteks pendidikan hari ini, benarkah wujud satu sistem pendidikan yang percuma secara holistik bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi di mana-mana negara di dunia? Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan percuma itu sendiri? Relevankah sistem ini?

Secara mudah, percuma bermaksud tidak dikenakan apa-apa bayaran atau caj. Jika justifikasi ini diambil kira, maka secara mudah juga kita akan bersetuju bahawa tidak ada satu sistem pendidikan di mana-mana negara yang diberikan secara percuma. Sebaliknya, pasti ada pihak yang mendanai sistem tersebut dari segenap sudut dan perkara.

Definisi umum yang diberikan di peringkat global juga menjelaskan bahawa pendidikan percuma sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan atau dibiayai melalui hasil percukaian negara, atau disokong (secara biasiswa) oleh organisasi tertentu yang tidak berorientasikan keuntungan jangka pendek. Hal ini bermakna, ia tidaklah benar-benar percuma kerana kos tersebut ditanggung melalui sumber lain oleh pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi yang terlibat secara langsung menyediakan pendidikan tersebut.

Terdapat beberapa buah negara yang memberikan pendidikan secara percuma di setiap peringkat kepada rakyatnya. Namun begitu, meskipun negara-negara tersebut menyediakan pendidikan secara percuma, kadar cukai yang dikenakan pula adalah tinggi hingga mencecah lebih 50% berbanding purata pendapatan dalam negara.

Salah sebuah negara tersebut ialah Finland yang mengenakan cukai hingga 49.2% iaitu kesembilan tertinggi di dunia. Hasil cukai inilah yang sebenarnya menampung perbelanjaan pendidikan di negara tersebut seperti membayar gaji para pensyarah, staff universiti, tukang sapu, pengawal keselamatan dan pelbagai lagi.

Negara-negara Yang Menyediakan Pendidikan Percuma

Berikut merupakan negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat kepada rakyatnya:

  1. Brunei
  2. Argentina
  3. Finland
  4. Norway
  5. Jerman



10 Negara Dengan Cukai Tertinggi

Berikut ialah senarai negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas rakyatnya:

  1. Aruba (58.95%) / Purata pendapatan – Tidak diperolehi
  2. Sweden (56.6%) / Purata pendapatan -  $48,800
  3. Denmark (55.4%) / Purata pendapatan - $64,000
  4. Netherlands (52%) / Purata pendapatan - $57,000
  5. Austria (50%) / Purata pendapatan - $50,700
  6. Belgium (50%) / Purata pendapatan- $52, 700
  7. Japan (50%) / Purata pendapatan - $53,200
  8. United Kingdom (50%) / Purata pendapatan - $52,320
  9. Finland (49.2%) / Purata pendapatan  - $49,000
  10. Ireland (48%) / Purata pendapatan - $40,900


Adakah Malaysia Menyediakan Pendidikan Secara Percuma?

Malaysia telah melaksanakan sistem pendidikan percuma secara berperingkat baik di tahap primer (rendah) mahupun sekunder (menengah). Namun begitu, atas faktor ekonomi, Malaysia masih belum mampu menyediakan pendidikan tinggi atau tertiari secara percuma kepada rakyatnya kerana ia melibatkan kos yang amat besar.

Sektor pendidikan tinggi atau tertiari ini dilihat sebagai pelaburan individu terhadap negara. Tidak semua orang layak atau mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Atas sifat fundamental selektif ini, maka tidak wajar sekiranya pendidikan tinggi turut diberikan percuma kerana ia melibatkan cukai daripada duit rakyat berbanding pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan ke atas pendidikan primer dan sekunder. 

Namun begitu, pihak kerajaan tetap berusaha meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari ini melalui pelbagai insentif lain. Misalnya, kerajaan pusat menanggung antara 85% hingga 95% kos yuran pengajian bagi setiap pelajar di universiti awam manakala bakinya ditanggung oleh pelajar sendiri melalui pinjaman pendidikan tinggi, biasiswa dan bantuan-bantuan lain.

Sebagai contoh, kos keseluruhan bagi setahun pengajian untuk kursus perubatan di UiTM ialah RM47, 278. Yuran asas yang perlu dibayar oleh pelajar pula hanyalah RM400 sahaja manakala bakinya ditampung oleh pihak kerajaan sendiri.

Walaupun kos yuran pengajian berbeza di setiap universiti, namun secara relatif kos yang ditampung oleh pihak kerajaan berada pada kadar yang sama iaitu antara 85% hingga 95% daripada kos sebenar.

Hal ini sudah cukup untuk membuktikan sistem pendidikan negara kita berada pada landasan yang cukup baik, bersifat sejahtera dan kondusif ke arah melahirkan lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Muktahir ini juga kita dapat lihat iltizam pihak kerajaan membantu para penuntut di institusi pengajian tinggi  melalui pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, diskaun kemudahan pengangkutan dan pelbagai bentuk bantuan lagi yang kesemuanya bertujuan meringankan beban para pelajar kita.


Kronologi Isu Pendidikan Percuma di Malaysia

Isu pendidikan percuma kembali timbul selepas Pakatan Rakyat memasukkannya dalam manifesto mereka bagi menghadapi PRU-13.

Sebelum itu, isu ini telah dibawa oleh sebuah gerakan mahasiswa pro-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sekretariat Malaysia Bangkit yang dipimpin oleh bekas mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Syahid Zaini. Agenda pendidikan percuma ini merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan gerakan ini yang kemudiannya menjadi polemik panjang dalam kalangan rakyat dan ahli politik di Malaysia.

Kemuncak tuntutan ini ialah Demonstrasi Menuntut Pemansuhan PTPTN anjuran Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang ketika itu dipimpin oleh penuntut KUIS, Saudara Ahmad Syukri Razab, dan Sekretariat Malaysia Bangkit sendiri.

Demonstrasi ini berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 April 2012. Hampir 1000 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan orang ramai telah berarak di sekitar Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka disusuli pelancaran kempen Occupy Dataran yang berkhemah di Dataran Merdeka selama dua minggu diketuai aktivis mahasiswa haluan kiri, Fahmi Reza.

Polemik pendidikan percuma ini turut melibatkan pemimpin politik negara. Selepas demonstrasi liar tersebut, beberapa pihak daripada parti politik mula membincangkan hal ini dengan lebih serius. Satu debat terbuka juga turut dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Pakatan Rakyat kemudiannya telah memasukkan idea pendidikan percuma ini sebagai salah satu manifesto mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.  

Betulkah Finland Menawarkan Pendidikan Percuma?

Ya, memang Finland menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat. Tetapi ia tidak datng dengan mudah.

Finland dengan enrolmen pelajar setinggi 169,000 orang telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan enrolmen pelajar IPTA seramai 508,256 orang mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Finland juga dengan kadar cukai maksimum 53% telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan kadar cukai maksimum 26% mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Dalam erti kata lain, di Finland, pendidikan percuma dibiayai oleh dana awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi di Malaysia dengan kadar cukai separuh daripada apa yang dikenakan oleh Finland mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95% kepada lebih 500,000 orang pelajar IPTA dalam setahun.

Malaysia juga membelanjakan lebih RM20 bilion setahun untuk subsidi bahan api dan keperluan harian rakyat seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain.

Bagaimana Pula Dengan Turki?

Dakwaan pembangkang kononnya Turki menyediakan pendidikan tinggi percuma adalah suatu fitnah yang nyata.

Turki sebenarnya mengenakan yuran pengajian tinggi baik di peringkat tertiari mahupun pasca siswazah dan amalannya sama seperti di negara kita. Kadar yuran di Turki boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

Kos Yuran Mengikut Kursus di Tukri.

Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari gred 1 hingga 12 dan Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

Di Turki, sebahagian besar pelajar menerima pinjaman pendidikan menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution yang ditubuhkan pada 1961. Kadar faedah yang dikenakan ialah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengikut kadar inflasi semasa.

Justeru dengan pencerahan ini, adalah diharapkan semua pihak terutamanya para mahasiswa tidak lekas terpengaruh dengan godaan pendidikan percuma tersebut.

Kita sebenarnya sudah berpeluang menikmati pendidikan percuma. Majoriti daripada kita sekarang ialah penerima pinjaman PTPTN yang kini boleh ditukarkan kepada biasiswa penuh sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang. Inilah pelaburannya. Jika kita berusaha lebih, kita akan mendapat keuntungan lebih. Jika sebaliknya, kita masih boleh mendapat keuntungan iaitu dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan ijazah yang kita miliki selepas bergelar graduan.

Jadilah kaum yang bersyukur dan berusaha untuk membaiki kehidupan sendiri.

Sumber : 1Aspirasi


5. Pada SB, idea yang dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk melaksanakan Pendidikan Percuma ini hanyalah mitos dalam imaginasi mereka sendiri. Ia tidak pernah wujud di negara ini, dan mustahil akan berlaku dalam dekad ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar