Pages

Showing posts with label GAMIS. Show all posts
Showing posts with label GAMIS. Show all posts

Monday, 13 July 2015

KESATUAN MAHASISWA - PROKSI BARU PAKATAN RAKYAT (PENGENALAN)

PRU-14 yang dijangka berlangsung dalam tempoh 2 atau 3 tahun dari sekarang bakal didominasi oleh golongan muda, dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada kelompok terpelajar yang cakna akan perkembangan politik semasa.

Bercakap tentang hal ini, tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa golongan muda terpelajar ini sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan mahasiswa yang telah, sedang dan akan menuntut di dua puluh buah universiti awam (UA) dan ratusan buah lagi institusi pengajian swasta di seluruh negara. 

Apakah kecenderungan politik golongan ini? Sehingga kini belum ada kajian yang khusus mengukur sokongan mahasiswa-mahasiswi di Malaysia, baik terhadap kerajaan mahupun pembangkang.

Namun, umumnya, mahasiswa di Malaysia pada ketika ini lebih cenderung menaakul isu berbanding menyatakan minat secara spesifik terhadap mana-mana organisasi politik.

Keterbukaan sumber maklumat yang mudah pula diperolehi melalui pelbagai platform media sosial menjadikan mahasiswa lebih kritikal dalam menyatakan sesuatu pendapat atau idea. Tidak dinafikan, suara-suara mahasiswa adakalanya lantang, pedas dan menghiris tetapi itulah sahaja cara golongan ini memberikan signal kewujudan mereka dalam kancah politik negara.

Pun begitu, tatkala rata-rata mahasiswa memilih bersikap ‘bebas’ dan neutral (for whatever reason), terdapat juga segelintir yang lainnya memilih untuk bertindak lebih radikal atau kritikal termasuk menubuhkan gerakan-gerakan sendiri.

Sebagai contoh, muktahir ini wujud gerakan baharu yang menggunakan nama Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) dengan menggabungkan lebih dua puluh buah persatuan atau pertubuhan propembangkang daripada universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara.

Sebahagian daripada aktivis KESATUAN ketika menyertai
Konvensyen Mahasiswa Nasional 2015 di Hotel Armada,
Petaling Jaya pada 9 Mei 2015.

Sehingga kini, KESATUAN masih belum didaftarkan secara sah dan dipercayai akan kekal sebagai gerakan tidak berdaftar yang wujud kononnya sebagai suara ketiga atau pendesak dan pengimbang kepada kuasa-kuasa politik arus perdana.

Adakah gerakan ini bakal meninggalkan impak yang signifikan menjelang PRU-14? Masih terlalu awal untuk memberikan sebarang penilaian. Namun, SB percaya sedikit sebanyak kehadiran mereka akan meninggalkan kesan apatah lagi sejak dari awal penubuhannya iaitu pada 14 Mei 2015, kumpulan ini telah pun berdamping dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti YB Amiruddin Shaari dan A. Samad Said serta beberapa nama lagi. 

Jelas di sini, Pakatan Rakyat sudah menyusun gerakerja awal mereka dalam memenangi hati mahasiswa di Malaysia - sesuatu yang wajar diberikan perhatian secara serius oleh parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya UMNO.

Tuesday, 9 April 2013

CUTI 5 HARI UNTUK MAHASISWA BERKEMPEN


Gamis minta cuti 5 hari untuk terlibat aktif dalam PRU kali ini. SB rasa ada baiknya KPT luluskan cuti 5 hari tersebut. Kalau diteruskan pengajian pun, kemungkinan besar mereka ini tidak masuk kelas adalah tinggi.

PRU kali ini juga sepatutnya menjadi medan penguji kematangan berpolitik mahasiswa selepas Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pengurusan universiti perlu memberikan lebih ruang kepada golongan mahasiswa mempraktikkan kelonggaran tersebut.

Lagi pun, ada baiknya dilayankan saja permintaan golongan mahasiswa macam mereka ni berbanding mewujudkan lebih banyak konfrantasi. Mereka ni sengaja cipta peluang meraih simpati supaya akhirnya menjadi isu dalam kalangan masyarakat.

Dah nak berpolitik sangat, maka silakanlah.

Apa pun, SB dikhabarkan ada kejutan besar daripada sebuah universiti di utara tanah air pada 16 April ini. Sama-sama kita nantikan.


BETTERNATION

Monday, 24 December 2012

LIDAH BERCABANG SAFWAN ANANG

Post kali ini SB ini mendedahkan lagi tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, SB terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.


1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.
2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.
3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.
6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.



7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.
8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!


9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

"REVOLUSI BUNGA RAYA"

LAKONAN TERBARU SAFWAN ANANG!!!

Setelah lama SB tidak menulis. Tetapi hari ini SB digerakkan hati untuk mendedahkan pembohongan Safwan Anang yang tidak habis-habis dengan lakonan gagalnya. Ikuti apa yang SB ingin dedahkan ini.


1. Apa sudah jadi dengan SMM pimpinan Safwan Anang? SMM yang merujuk kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia didakwa oleh Safwan sebagai BUKAN PEMBANGKANG. Dakwaan ini dibuat oleh beliau dalam satu wawancara panjang lebar dengan wartawan Sinar Harian edisi 23 Disember 2012. Boleh lihat link di gambar yang SB sertakan.

2. Ironinya, kenyataan terbaru ini hanya menyerlahkan sikap muka tembok kumpulan pelampau mahasiswa abad 21 di Malaysia ini kerana rakyat negara ini sama sekali tidak akan melupakan kedurjanaan yg pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini termasuk tragedi memalukan dlm Demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.

3. Justeru apakah muslihat sebenar Safwan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

4. Safwan tidak boleh menyembunyikan hakikat penglibatan secara terbuka gerakan tersebut dgn pihak pembangkang terutamanya PKR.

5. Sejak 'berjaya' menurunkan bendera DS Najib di PWTC oleh Adam Adli dan rakan-rakannya pada penghujung tahun 2011, SMM terus mendapat sokongan oleh PKR hingga kumpulan pelampau mahasiswa ini semakin berani mencabar undang-undang negara dan kesabaran orang ramai dlm beberapa siri demonstrasi jalanan.

6. Safwan juga tidak boleh menyembunyikan peranan yang dimainkan oleh beliau dan SMM ketika menganjurkan perkhemahan Occupy Dataran bersama kumpulan pro-sosialis pimpinan Fahmi Reza rentetan Demonstrasi Anti-PTPTN tersebut.

7. Perkhemahan itu jugalah yg membawa kpd penahanan aktivis mahasiswa, Umar Muhammad, yg ketika ini ditahan di Penjara Kajang atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa DBKL.


8. Ironinya juga, kenyataan oleh Safwan ini dibuat ketika SMM semakin lantang berkempen membantah penahanan Umar. Dua hari lepas mereka berkhemah di luar Penjara Kajang dan terkini, perkhemahan dianjurkan sekali lagi di Dataran Merdeka.

9. Pimpinan pembangkang juga turut menyokong bantahan yang dibuat oleh SMM itu. Peguam yg juga aktivis Suaram dari PKR, Latheefa Koya dlm beberapa keyataan di twitternya turut menyokong usaha SMM dan mempertahankan Umar Muhammad. Begitu juga, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Chegu Bard, turut menyokong kempen Solidariti Untuk Umar ini.

10. Sekiranya benar SMM bukan pembangkang, sudah pasti kumpulan ini tidak akan didekati pemimpin pembangkang kerana adalah diketahui, pembangkang sama sekali tidak akan menyokong mana-mana kumpulan, Ngo ataupun gerakan yg tidak membangkang kerajaan!

11. Adakah Safwan cuba bermain tarik tali dgn media arus perdana sedangkan pada masa yg sama, mereka jugalah yg menggerakkan aktiviti 'bawah tanah' dlm menyemai kebencian mahasiswa terhadap kerajaan?


12. Pendedahan ini hanya permulaan. Kami akan menghuraikan lebih banyak puzzle yg dibina oleh Safwan Anang dlm masa terdekat. Ketua pelampau mahasiswa ini wajar ditelanjangkan termasuk kaum keluarganya juga.


Nantikan episod seterusnya siapa keluarga Safwan.

Thursday, 27 September 2012

DALANG BERSIH KAMPUS DAN KEMUNAFIKAN PMI, GAMIS


Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihan raya kampus (PRK) tahun ini tidak menghalang SB meneruskan pendedahan tentang agenda jahat Pakatan Rakyat yang mempergunakan Pro-Mahasiswa untuk menguasai kampus-kampus di seluruh IPTA di Malaysia.

Selepas berjaya memfitnah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menerusi propaganda Konspirasi Ops 2020 (klik SINI), Pakatan Rakyat yang didalangi Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menggerakkan agenda lebih besar menerusi kempen Bersih Kampus.

Caranya mudah. Wujudkan persepsi kononnya Ops 2020 itu benar-benar wujud, kemudian mereka akan counter dengan melancarkan kempen Bersih Kampus bertujuan membersihkan segala ‘agenda’ jahat BN/UMNO seperti yang direkayasa oleh Biro Mahasiswa  dalam Ops 2020.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh salah seorang aktivis Pro-Mahasiswa Nasional (bukan dari kepimpinan GAMIS) yang menceritakan secara terperinci agenda tersebut kepada kami. Beliau turut menyerahkan bukti bergambar beberapa pertemuan sulit melibatkan kepimpinan AMK Pusat  dan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama wakil Pro-Mahasiswa Nasional bertempat di Nuin Café dan beberapa lokasi rahsia yang lain.


Nuin Cafe, Bangi.

Dalam pendedahan yang dibuatnya itu, beliau memaklumkan bagaimana Saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR ditugaskan sebagai penasihat utama agenda Bersih Kampus ini. Ia melalui beberapa proses rundingan yang dihadiri kepimpinan Pro-Mahasiswa Nasional termasuk Saudara Safwan Anang. Idea asal agenda ini lahir melalui ‘kebijaksanaan’ Rafizi ditambah peranan besar yang dimainkan oleh Safwan Anang dan rakan-rakan yang ketika itu masih menjawat jawatan selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional.

Bagi mewujudkan kesan yang lebih besar dan meyakinkan, mereka telah menyenaraikan beberapa nama sebagai pemantau agenda ini melibatkan gabungan kepakaran mahasiswa dan pemimpin parti-parti politik daripada PKR dan PAS. Rujuk gambar di bawah seperti yang didedahkan oleh aktivis mahasiswa tersebut.


BERSIH KAMPUS ATAU TAWAN KAMPUS??

Berdasarkan butiran yang diberikannya ini, jelas sekali wujud pembabitan secara langsung daripada bekas Presiden MPM UM, Saudara Syahid Zaini yang diberikan tugas membina jaringan  dalam kalangan mahasiswa  baru di samping mengepalai demonstrasi.

Perkara ini dibuktikan melalui peranan yang dimainkan oleh Syahid Zaini selaku Pengerusi Sekretarit Malaysia Bangkit yang pernah digerakkan oleh beliau pada awal tahun yang lalu. Agenda Malaysia Bangkit ini antara lain membuat 9 tuntutan yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan Pusat sebelum mengadakan PRU termasuk pendidikan percuma, pengangkutan percuma dan elaun sara hidup percuma kepada setiap rakyat.

Syahid Zaini juga mengepalai beberapa siri demonstrasi seperti Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka bersama Adam Adli, Syukri Razab, Khalid Ismath dan lain-lain serta Demonstrasi Batu Nesan di hadapan bangunan Kementeria Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya pada awal tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan, agenda Bersih Kampus yang kononnya menuntut pilihan raya kampus bebas pengaruh parti politik luar ini turut melibatkan campur tangan langsung daripada Ketua Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saudara Saifullah Zulkifli dan wakil PAS, Ustaz Abdullah Abdul Karim yang sebelum ini diketahui berperanan sebagai moderator Gamis untuk PRK yang dilantik di bawah kuasa Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

Perkara ini menjadi bukti jelas bahawa Pro-Mahasiswa Nasional sememangnya berkerjasama dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Aspirasi Mahasiswa. Ia sama sekali berbeza dengan dakwaan dan tuntutan mereka selama ini untuk mewujudkan pilihan raya kampus yang bebas pengaruh mana-mana parti politik.

Kemunafikan ini juga pernah diulas oleh SB dalam entri terdahulu, klik SINI. Seperti yang kita semua sedia maklum, Presiden GAMIS, Saudara Akram Ikrami turut terlibat dalam perancangan sulit ini. Malah Akram sendiri tahu kewujudan campur tangan langsung PAS dalam gerakan Persatuan Mahasiswa Islam di seluruh kampus dan GAMIS sendiri amnya di peringkat Nasional melalui pendedahan surat bertarikh 9 Mac 2000 seperti di bawah ini.



Tetapi kenapa Akram sanggup menyembunyikan kebenaran ini? Atau atas nama harakah perjuangan maka ia menjadi halal?

Apa-apa pun inilah bukti jelas Konspirasi Bersih Kampus. Penglibatan secara langsung Pakatan Rakyat dalam gerakan Pro-Mahasiswa bukan lagi rahsia. Pelbagai insiden turut dirancang termasuk kejadian ‘serangan’ ke atas Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Saudara Edikoup baru-baru ini. SINI.

Anda masih percaya Pro-Mahasiswa itu bersih dan bebas?

Monday, 24 September 2012

KENAPA PMI TIDAK MAHU DIKAITKAN DENGAN PRO-MAHASISWA?


Tak putus-putus komen dan emel dikirim ke inbox SB susulan pendedahan Konspirasi Bersih Kampus. Ada yang menuduh SB sengaja mereka-reka cerita. Ada juga yang mencela SB kononnya terdesak menutup lubang busuk yang ditinggalkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung isu Konspirasi Ops 2020.

SB tak gentar. Demi mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia, demi kebenaran dan demi perjuangan yang SB pikul ini, SB akan terus membongkar isu ini. Terlalu banyak kepincangan berlaku dalam kumpulan mahasiswa propembangkang (Pro-Mahasiswa) baik di peringkat Nasional mahupun di kampus-kampus.

SB juga teruk dikecam selepas membongkar perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-M di Universiti Sains Malayasia (USM). Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani yang disiarkan di blog ini semalam, klik SINI telah diputarbelitkan semula. 


PMI cuba menafikan perkara tersebut (perpecahan) sebaliknya menyokong kenyataan Saudari Ummul Aiman meskipun sudah diketahui umum bahawa Pro-M di mana-mana universiti pun ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam.

Bagi SB, ini satu strategi terdesak PMI untuk mengaburi mata para pengundi terutamanya pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2. Bukan hanya di USM, di universiti-universiti lain juga menyaksikan hal yang sama turut berlaku termasuk di UKM, UPM dan UM.

Situasi ini berlaku kerana PMI telah diarahkan oleh GAMIS iaitu gabungan induk bagi kesemua PMI dan lain-lain persatuan mahasiswa seumpanya di seluruh IPT supaya bergerak atas platform sendiri. Sementara platform Pro-Mahasiswa pula akan digunakan ketika berkempen dalam pilihan raya kampus sahaja. Klik SINI.


Justeru ramai yang terkejut dengan perkembangan muktahir ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kepimpinan PMI di semua kampus terlalu mengagungkan Pro-M dan mahu dikenali sebagai penggerak utama Pro-M, berbanding sekarang yang mahu dilihat berkecuali.

Analisa SB mudah. Situasi ini berlaku kerana pimpinan PMI sekarang sudah rimas dengan gelagat keterlaluan Pro-M di peringkat nasional yang lebih gemar berpolitik secara keterlaluan. Antara puncanya termasuklah Demonstrasi Liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan penglibatan langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Namun begitu, walau apa pun tindakan yang diambil, Persatuan Mahasiswa Islam baik di USM mahupun di kampus-kampus lain tetap tidak dapat melarikan diri daripada imej dan nama buruk Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa juga sudah sinonim dengan label kumpulan mahasiswa propembangkang, kumpulan mahasiswa kaki demonstrasi dan kumpulan mahasiswa anti-establishment di seluruh IPT di negara kita. Terima sahaja hakikat ini! Anda boleh menipu atas nama harakah perjuangan tetapi kebenaran tidak boleh disembunyikan daripada haknya.


Friday, 21 September 2012

KONSPIRASI PAS DAN GAMIS MENAWAN PILIHAN RAYA KAMPUS?

Hari ini SB bawakan bukti kemunafikan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden, yang kononnya memperjuangkan politik kampus yang bersih daripada pengaruh parti politik luar.


Presiden GAMIS, Akram Ikrami Taib Azamudden.


Adakah GAMIS yang dipimpinnya itu benar-benar bebas dan bersih? Apa kata Akram yang SB maksudkan? Lihat di bawah atau klik SINI.

Kenyataan Akram yang bersifat munafik.

Surat daripada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar seperti di bawah mungkin boleh menjawab persoalan ini.


Walaupun surat ini sudah lama didedahkan, namun ia relevan bagi membuktikan GAMIS mempunyai hubungan secara langsung dengan PAS sejak sekian lama.

Surat bertarikh 2hb Mac 2000 ini antara lain menyeru kepimpinan GAMIS dan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap kampus yang bergabung di bawah organisasi tersebut menggunakan segala kekuatan yang ada demi memastikan kemenangan perjuangan konon suci mereka itu.

Apa yang mengejutkan ialah, Mahfuz Omar secara terbuka menyeru GAMIS mempergunakan sesiapa sahaja termasuk Cina, India, dan kaum bukan Islam yang lain atas nama harakah perjuangan.

Kini tanggungjawab tersebut digalas oleh Akram selaku Presiden GAMIS. Namun seperti biasa, selaku ketua gerakan politik, Akram tidak terlepas daripada bermain sandiwara sama seperti kepimpinan PAS yang lain termasuk menyembunyikan hakikat dan kebenaran.

Buat Saudaraku Akram, ingatlah. Kamu boleh menipu atas nama harakah perjuangan, tapi kebenaran tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan umum selama-lamanya.

SANGAT MEMALUKAN! NAZUBUBILLAH..





Thursday, 20 September 2012

SIKAP MUNAFIK PRESIDEN GAMIS JADI BAHAN JENAKA

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Akram Ikrami Taib Azamudden, menyelar UMNO kononnya campur tangan dalam pilihan raya kampus yang kini sedang berlangsung di seluruh Negara.


Dalam kenyataannya itu, Akram berkata, “..Sangat memalukan. Sepatutnya UMNO perlu menghabiskan masa untuk melakukan persiapan menghadapi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bukannya masuk campur dalam urusan mahasiswa.”

Eh, SB nak tanya, siapa yang sebenarnya dok sibuk berpolitik sekarang ni?

Siapa yang mendalangi gerakan Malaysia Bangkit dahulu? Siapa yang mendalangi pelbagai siri demonstrasi yang kononnya dianjurkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional? Siapa yang melatih demonstran-demonstran mahasiswa di negara ini? 


Presiden GAMIS yang juga anak bekas Imam Besar Masjid Negara,
Ustaz Taib Azamudden iaitu Saudara Akram Ikrami mengepalai demonstrasi
jalanan bersama Pro-Mahasiswa Nasional ketika menuntut pemansuhan PTPTN.


Akram patut malu dengan diri sendiri. Sebagai anak pemimpin PAS, Akram patut tahu membezakan jenis peluru yang nak ditembak, takut-takut berbalik pada diri sendiri!

Satu Malaysia tahu GAMIS yang dipimpinnya itu adalah proksi PAS di peringkat mahasiswa. Semua pun tahu PAS merekrut anggota baru untuk dibentuk menjadi pemimpin masa depan PAS melalui GAMIS. Akram sendiri adalah pemimpin harapan PAS lebih-lebih lagi dia tu ialah anak YB PAS di Baling, Kedah.

Akram sepatutnya bertaubat daripada menggunakan Islam untuk naik lebih cepat. Kamu sendiri yang SANGAT MEMALUKAN! 


Saturday, 28 July 2012

PANAS!!! APA MOTIF ADIK SYAZNI MUNIR HENTAM SMM?

SB pernah menulis tentang keretakan yang berlaku dalam kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Klik SINI.

SMM yang dipimpin oleh Safwan Anang, penuntut kursus Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) ketika ini berhadapan krisis yang teruk berikutan perbezaan pendirian politik dalam kalangan ahli gabungannya membabitkan GAMIS, AKSI,KAMI, LMP dan lain-lain.

Shukri Razab, kiri, melepaskan jawatan selaku Pengerusi SMM kepada Safwan Anang.

Keretakan ini paling ketara berlaku selepas Shukri Razab melepaskan jawatannya selaku Pengerusi dan memberikan laluan kepada Safwan Anang. Shukri dipercayai mahu menumpukan perhatian terhadap pengajian selepas prestasinya merudum teruk di KUIS. Sebelum itu Shukri telah pun gagal menamatkan pengajian di UMS  dan ditendang keluar oleh pihak universiti sebelum dikutip oleh KUIS atas dasar menjaga kepentingan politik mahasiswa pro-pembangkang oleh Kerajaan PKR Selangor.

Perletakan jawatan Shukri Razab telah membuka ruang perebutan yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan mahasiswa haluan kiri itu selepas kemunculan mereka mencetuskan impak yang besar menerusi pelbagai isu yang diperjuangkan.

Ketika ini jugalah nama-nama seperti Syahid Zaini, mantan Presiden MPM UM, Adam Adli (Legasi Mahasiswa Progresif/UPSI), Khalid Ismath (KAMI/UiTM), dan Abdul Haziq (AKSI/UM) muncul memimpin gerakan mahasiswa pro-pembangkang di peringkat nasional.

Namun begitu, keghairahan kelompok ini sebenarnya kurang disenangi oleh satu lagi kumpulan mahasiswa pro-pembangkang iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Nasional (GAMIS) yang dipimpin oleh anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Saudara Akram Ikrami Taib Azamuden. 

Kredibiliti Akram dicemburui pemimpin SMM yang lebih liberal termasuk Adam Adli dan Haziq.
GAMIS sebenarnya proksi PAS dalam kalangan mahasiswa dan lebih menonjol dengan imej Islamik berbanding kumpulan-kumpulan lain yang bernaung di bawah SMM seperti AKSI, KAMI dan LMP yang terkenal dengan imej  liberal.

Kesediaan GAMIS bergabung bersama kumpulan-kumpulan ini di dalam SMM lebih bermotifkan untuk menggulingkan gerakan Pro-Aspirasi Mahasiswa di peringkat kampus dan kerajaan Barisan Nasional di peringkat nasional. Ia sama seperti PAS bergabung dengan PKR dan DAP iaitu tanpa melibatkan persetujuan dalam hal prinsip-prinsip asas parti.

Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran SMM yang dipantau secara langsung oleh pejabat Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR. Krisis ini dipercayai semakin memuncak apabila wujud tekanan daripada kepimpinan GAMIS untuk keluar daripada SMM sebagai protes kepada ahli gabungan yang lain.


Ia berpunca apabila GAMIS melihat SMM semakin tersasar daripada perjuangan asalnya dan tidak mampu lagi membawa agenda mahasiswa di peringkat nasional.  

Tindak-tanduk sebahagian pemimpin SMM ketika berdemonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka juga menjadi punca utama kenapa GAMIS mahu keluar daripada SMM.

Hal ini turut didedahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR), Muhammad Syahmi Hazim yang juga adik kepada Syazni Munir, bekas YDP Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dalam surat yang dikirimkannya kepada Harakah Daily baru-baru ini

Dalam tulisannya itu, Syahmi Hazim membangkitkan beberapa perkara yang disifatkan sebagai masalah dalaman SMM seperti komitmen pemimpin, ego dan perbezaan pandangan yang semakin ketara dalam gabungan tersebut.

Syahmi Hazim ialah adik kepada Syazni Munir iaitu bekas pelajar UM yang gagal dalam pengajiannya sebelum
melanjutkan pelajaran ke KUIS sama seperti Shukri Razab.

Apa yang menarik di sini ialah, status hubungan ‘erat’ antara Syahmi Hazim, abangnya, Syazni Munir dan pemimpin-pemimpin GAMIS terutamanya Akram Ikrami didakwa menjadi faktor pendorong kepada Presiden GEMPUR itu menulis surat secara terbuka kepada Harakah Daily sekali gus membuka pekung di dada SMM sendiri.

Tindakan ini bukanlah sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kalangan mereka kerana ia dianggap merosakkan imej gabungan atau parti yang diwakili. Sindrom penafian juga sudah sebati dengan pemimpin-pemimpin SMM sama seperti yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat daripada Anwar Ibrahim. 

Gempur terkilan atau Syahmi Hazim mewakili abangnya yang terkilan?

Benarkah GAMIS mahu keluar dari SMM?

Justeru SB melihat tindakan Syahmi Hazim ini mempunyai muslihat yang jelas. Antaranya, beliau cuba menggertak kepimpinan SMM dan PKR supaya mengiktiraf peranan GAMIS serta menghormati pendirian politik mahasiswa yang pro-Islami dalam SMM. Dakwaan bahawa GAMIS akan keluar daripada gabungan pula lebih berunsurkan ugutan ‘manja’ sedang hakikatnya, GAMIS masih sayangkan populariti yang dinikmati bersama SMM.

GEMPUR juga sebenarnya tidak layak menggertak SMM kerana gerakan itu sendiri turut menerima bantuan kewangan daripada gabungan tersebut. Hal ini didedahkan sendiri oleh salah seorang pemimpin GEMPUR tidak lama dahulu kepada rakan SB di Pantai Timur.

Adakah ini isyarat jelas bahawa perjuangan mahasiswa pro-pembangkang sekarang semakin tercemar?
Kenapa mesti wujud campur tangan langsung daripada PKR dalam gerakan mahasiswa?

Jika SMM dipantau oleh PKR, siapa pula yang menguasai atau mengawal gerakan politik mahasiswa Cina dan India? Bagaimana corak politik yang dibawa? Apakah muslihat mereka?

Dengan izin Allah, SB akan bongkarkan kemudian.

Thursday, 26 July 2012

GEMPAR!! GAMIS SEDIA BONGKAR PENIPUAN PAS KELANTAN??

PAS Kelantan berbohong selama 20 tahun? Nauzubillah.

Sekali lagi, sahabat blogger Pena Minang mengirim bomnya yang sukar ditangkis oleh cybertroopers Pakatan Rakyat khususnya dari kem PAS.

Kali ini Pena Minang membangkitkan fakta baru yang boleh membuatkan penganut-penganut PAS tersipu malu.

Ternyata selama ini PAS hanya berbohong kononnya kerajaan pusat menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan tetapi berdasarkan kenyataan Hakim Mahkamah Syarie yang dipetik oleh Pena Minang ini, ia sama sekali bukan alasan yang logik.

Hal ini kerana, menurut Hakim tersebut, Datuk Daud Mohammad, Akta Mahkamah Syariah dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan ia dilaksanakan.

Logiknya juga, kalau sekian banyak larangan oleh kerajaan pusat boleh dilanggar oleh PAS, kenapa dalam hal Hudud ini mereka perlu akur?

Contohnya, larangan berdemonstrasi secara haram seperti yang dilakukan dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 baru-baru ini. Sebahagian besar yang berdemonstrasi dan merusuh ialah orang PAS!

Justeru cukuplah bagi PAS berbohong kepada orang Islam selama lebih 20 tahun ini. Usah politikkan hukum Allah semata-mata mahukan kuasa dunia. 

Para pemimpin Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan GAMIS terutamanya Akram Ikrami, Safwan Anang dan Syahid Zaini perlu bersikap jujur dengan menjelaskan perkara ini kepada mahasiswa-mahasiswi di kampus-kampus bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan walaupun tanpa persetujuan kerajaan pusat. Jelaskan juga kebenaran bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah berbohong kepada kita selama lebih 20 tahun! Ada berani? 

Thursday, 19 July 2012

PEMIMPIN GAMIS DAN SMM DALAM BAHAYA


GAMIS, sebuah pertubuhan mahasiswa beracuankan PAS kini dalam situasi yang bahaya kerana sedang dirosakkan secara halus oleh tangan-tangan suruhan PKR melalui beberapa tokoh mahasiswa bermasalah yang diketuai oleh Khalid Ismath. Bukan GAMIS sahaja, malah SMM yang kini dipimpin oleh Safwan Anang turut ‘diasak’ supaya lebih radikal dalam menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram.
Semuanya gara-gara  gila kuasa. Penyakit ini kian menular di kalangan pemimpin siswa yang menganggap diri mereka adalah suci dan ahli syurga. Nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Haziq Abdullah, Ekhsan Bukharee, Safwan Anang, Akram Ikrami dan Edikoup adalah  antara pencacai PKR serta SUARAM yang berjaya dilahirkan oleh Pakatan Haram untuk menjadi keldai tunggangan mereka. Tujuannya hanyalah satu iaitu menimbulkan huru-hara serta menjahanamkan negara. Big Brother (BB) kepada keldai-keldai ini ini tidak lain dan tidak bukan ialah RAFIZI RAMLI, pengarah strategi PKR.


Walaupun mereka "dilahirkan" dari kilang yang sama, namun mereka dilihat gagal mencapai kesepakatan dalam perjuangan sepertimana yang berlaku dalam kalangan uncle-uncle otai Pakatan Haram kerana gilakan kuasa dan punyai cita-cita tinggi menggulingkan kerajaan dengan menyertai BERSIH 3.0.
 Malah dalam kumpulan mereka sendiri terdapat usaha untuk menjatuhkan pemimpin yang Islamik seperti Safwan Anang dan Akram Ikrami kerana pemimpin ini tidak sanggup melakukan kerja kotor sepertimana diarahkan oleh BB.
 Keretakan kumpulan keldai ini mula kelihatan apabila berlaku percanggahan pendapat dalam membuat keputusan sama ada mahu menghantar calon dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti atau sebaliknya. Perkara ini diburukkan lagi apabila pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan GAMIS disisihkan dalam roadtour mansuhkan PTPTN dan pendidikan percuma bersama RAFIZI RAMLI, sebaliknya Khalid Ismat dan Haziq Abdullah diberi peranan besar untuk menjayakan program tersebut.
Bagi menjayakan agenda jahat menyingkirkan pemimpin pelajar Islamik satu pakatan licik dan tersusun telah diatur. Pakatan ini diketuai oleh Khalid Ismath dan dibantu oleh Haziq Abdullah serta Mohd Syukri Razab.
Pada masa sekarang, mereka telah bergerak dan mula berkempen di kalangan pemimpin mahasiswa pro-pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan pemimpin GAMIS dan SMM tersebut. Pada masa sama Khalid sedang berusaha melobi Adam Adli supaya berkerjasama dengannya bagi menyingkirkan Akram Ikrami dan Safwan Anang dari jawatan masing-masing.
Sementara itu Haziq Abdullah dan Ekhsan Bukharee diberi peranan khusus untuk mensabotaj segala aktiviti anjuran SMM dan GAMIS supaya segala aktiviti yang dianjurkan tidak mendapat sambutan. Tindak tanduk Khalid Ismath and the geng ini turut direstui oleh BB dan mahukan ia diselesaikan segera sebelum Pilhanraya Kampus (PRK) akan datang.
Ingatlah Safwan Anang dan Akram Ikrami, orang sekeliling anda sekarang hanya bermain wayang dan menunggu masa untuk menghapuskan anda terutama Khalid Ismath dan Haziq Abdullah. Anda dianggap lembab serta tidak sesuai untuk politik baru dan penghalang kepada cita-cita mereka yang menggunakan teori matlamat menghalakan cara. Wassalam... tumpang simpati terhadap pemimpin isalamik.

Tuesday, 15 May 2012

SEBAB KENAPA PRO-M PERLU SOKONG UMNO DAN BN, BUKAN PAKATAN RAKYAT

Malang nasibmu Tunku Abdul Aziz.

Akhirnya Tunku Abdul Aziz keluar daripada DAP. Begitulah jodohnya bersama parti ultra-rasis itu ditamatkan. Dua hari lepas, SB sudah pun menulis tentang tokoh politik ini dalam konteks kebebasan bersuara sebagai pengajaran kepada rakan-rakan mahasiswa yang begitu kemaruk mahu berpolitik |SINI| tetapi ketika itu, SB langsung tidak menduga beliau akan bertindak meninggalkan DAP yang disertainya pada Ogos 2008.

Media pembangkang juga sebelum ini menuduh bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz berhubung isu BERSIH 3.0 telah diputarbelit oleh media-media arus perdana sekaligus cuba menyembunyikan kekalutan yang sedang berlaku. Namun ia terjawab malam tadi melalui wawancara langsung dengan NTV7 di mana Tunku Abdul Aziz sendiri mengistiharkan keputusannya itu.

Adakah ini satu signal bahawa kebebasan bersuara dalam DAP adalah lebih teruk berbanding PKR dan PAS? Kepada rakan-rakan mahasiswa dari kem Pro-M, anda gunakanlah akal yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu, nilaikan sedalam mungkin, apakah sebenarnya erti kebebasan bersuara? 

Klik SINI untuk kupasan yang lebih berapi!

Sunday, 13 May 2012

LAGI BUKTI KEMUNAFIKAN PMI DAN GAMIS!!

Kartun MIKI yang pernah mencetuskan polemik kerana didakwa menghina ulamak di Malaysia.

Apabila Utusan Malaysia menyiarkan kartun di atas, maka ramailah yang melatah. Tak kurang juga, Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di seluruh kampus, turut lancarkan kempen boikot Utusan Malaysia kononnya kerana menghina ulamak (baca:PAS). Lalu dianjurkan juga kempen KOYAK UTUSAN dan PIJAK UTUSAN seperti dalam gambar di bawah.

KOYAK UTUSAN oleh MAHASISWI PMI/GAMIS 

Tahap mentaliti mahasiswa : Tukang Koyak Utusan Sahaja.

PIJAK UTUSAN oleh MAHASISWA PMI/GAMIS/PRO-M

Syahid Zaini, Safwan Anang dan pimpinan Pro-M UM bangga memijak Utusan Malaysia.

Tapi apa pula reaksi mereka apabila Malaysiakini menyiarkan karikatur seperti di bawah? Apa respon mereka terhadap Malaysiakini? Pijak? Koyak? Atau hempap laptop di jalanan sebagai tanda protes? 

MAJLIS FATWA DIHINA SEBAGAI PENGAMPU PERDANA MENTERI

Zunar hina Majlis Fatwa Kebangsaan, tapi PMI dan GAMIS relakan.

MAJLIS FATWA DIHINA KONONNYA BERPIHAK KEPADA UMNO

Majlis Fatwa Kebangsaan dilabelkan sebagai penghalal yang haram. Nauzubillah..

Anda nilaikan. Antara kartun yang disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Malaysiakini, yang mana sebenarnya lebih dahsyat menghina ulama? Kartun Miki dalam Utusan hanya membangkitkan kekeliruan yang dibuat oleh PAS sendiri |SINI| dan |SINI| tetapi kartun Zunar dalam Malaysiakini langsung menghina sosok Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh 14 orang Mufti Kerajaan Negeri (termasuk Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor) serta ilmuan Islam yang lain di Malaysia.

Yang ditolak ialah fatwa, tetapi kenapa seluruh institusi dihina? Sekalipun tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, tetapi cukuplah jika dapat menghormati profesionalisme Majlis Fatwa dalam memutuskan sesuatu fatwa demi kemaslahatan umat Islam di negara ini. 

Hingga saat ini, belum ada sebarang bantahan dibuat oleh mana-mana ahlul PMI dan GAMIS, apatah lagi pimpinan mereka termasuk Akram Ikrami yang juga anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azemmudin. Kenapa diam? Adakah kerana Malaysiakini melaporkan bagi pihak anda maka segala kesalahan yang dibuat tidak perlu ditegur? Apa guna kamu jadi Presiden GAMIS kalau soal mempertahankan institusi Islam seperti Majlis Fatwa ini kamu tak dapat laksanakan. Memalukan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar