Pages

Showing posts with label Seks. Show all posts
Showing posts with label Seks. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

ANWAR MENGAMUK DISENARAIKAN PALING POPULAR OLEH GOOGLE??

Kah kah kah... Bukan main gembira para M.A.C.A.I apabila Google mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai individu paling dicari dalam kategori ahli politik bagi tahun 2013.

Mau tak gembira. Pada golongan M.A.C.A.I ni, Anwar Ibrahim memang layak mendapat anugerah tersebut. Sebagai manusia anugerah Tuhan pula, maka pasti pelik sekiranya ada orang lain yang menduduki tempat pertama. Lagi pelik kalau orang itu ialah Najib Razak.

Bertambah ganda gembira bila Google menyenaraikan Najib Razak si seteru utama Anwar di tangga ke-4, jauh ditinggalkan Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Lim Kit Siang di tangga ke-2 dan si katak lompat Aspan Alias di tangga ke-3. 

Alahai apalah nasib Najib kini. Sudahlah popularitinya merosot teruk mengikut survey terkini yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Kali terakhir sebelum laporan tinjauan terkini dijalankan, Najib mendapat 62% tapi kini, jatuh hingga 52% sahaja. 

Kalau tengok angka-angka ni, memang jelaslah Anwar tengah popular. Tengah mencanak naik orang kata. 

Namun pada SB, taklah pelik pun. Anwar memang meletop habis sepanjang 2013 kerana pelbagai skandal dan isu salah saku seksnya didedahkan. Paling hit barangkali ialah skandal bersama China Doll yang masih belum terjawab hingga ke hari ini. Satu dunia sudah menonton rakaman video sulit perlakuan seks tersebut. 

Secara logiknya, memang logiklah Anwar meletop gedebabom di enjin carian Google. Ini kerana, pengguna internet pasti menggunakan enjin carian ini untuk mendapatkan maklumat tentang skandal China Doll itu termasuk mencari video yang dikeluarkan. 

Sama juga dengan kes-kes lain seperti isu liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari. Semua info berkaitan isu-isu ini lebih mudah didapati melalui enjin carian Google. Taip sahaja kata kunci Anwar Ibrahim, Liwat, Homoseksual, China Doll dan beberapa lagi perkataan yang berkaitan dengan isu-isu membabitkan Anwar Ibrahim, anda pasti akan menemui sejumlah besar senarai cadangan. Semuanya berkait antara satu sama lain. Popular tak Anwar Ibrahim? Hanya M.A.C.A.I je yang tak percaya sebab mereka hanya mempercayai cakap Anwar Ibrahim sahaja. 

Apa-apa pun, kita terima fakta ini. Anwar memang hebat, popular dan sentiasa dicari. Hebat dengan skandal jantan betina, popular kerana kemunculan video porno dan dicari oleh kaum songsang yang sangap hahahaha... SB tak tuduh ye. SB cuma ulas balik berasaskan isu-isu yang membabitkan Brader Anwar Bin Ibrahim ni je :) 


Thursday, 18 July 2013

IBU BAPA VIVIAN HILANG?

Rumah orang tua Vivian kini lengang.
Inilah rumah ibu bapa Vivian, pelakon porno Cina paling popular di Malaysia ketika ini yang terletak di Taman Desa Jaya, Johor Bahru.

Namun,  menurut laporan yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini, rumah ini sudah ditinggalkan dipercayai sejak meletusnya isu penghinaan anak perempuan mereka itu dengan pasangan lahabaunya, Alvin, ke atas agama Islam. 

Sejak insiden itu yang menjadi viral di laman-laman sosial dan media perdana, pelbagai pihak mula menyebarkan butiran peribadi mereka berdua termasuk alamat rumah masing-masing. 

Hal ini dipercayai menjadi punca kedua-dua ibu bapa Vivian menghilangkan diri daripada khalayak ramai. Jiran-jirannya juga tidak pasti ke mana mereka pergi.

Inilah penangannya jika tidak dapat mengawal anak yang liar dan bodoh seperti Vivian itu. Bukan sahaja mendapat susah, malah mereka kini menanggung malu akibat kebodohan tersebut. 

Bagaimana pula dengan keluarga Alvin? Kita nantikan berita yang akan menyusul tidak lama lagi. 

Sunday, 20 May 2012

LESBO IRSHAD MANJI DAN FAHAMAN PLURALISME AGAMANYA YANG BAHAYA


Irshad Manji (gambar) dikenali bukan sahaja kerana orientasi seksnya yang menggemari kaum sejenis (lesbian) tetapi turut terkenal kerana fahaman pluralisme agamanya yang cukup kuat.

Antara ciri fahaman ini ialah menghalalkan perhubungan sejenis dan perkahwinan antara agama (inter-faith marriage).

Pada tahun 2007, adik Irshad Manji misalnya telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang dituntut oleh syarak.

Dalam kenyataannya berhubung perkahwinan ini, Irshad Manji menganggap ia sebagai lambang kebebasan beragama yang sebenar menurut Islam berdasarkan prinsip bahawa tiada paksaan terhadap orang bukan Islam untuk menerima Islam.

Di Malaysia, fahaman ini turut dipopularkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD)  melalui penyebaran buku berjudul Kahwin Campur |SINI| yang diterjemah secara langsung oleh badan pemikir yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim itu untuk edaran di negara ini.

Idea pluralisme agama ini sebenarnya amat berbahaya dan boleh menjerumuskan seseorang ke lembah murtad atau kegelinciran akidah kerana percaya bahawa setiap agama menuju Tuhan atau The One yang sama meskipun berbeza jalan dan konsep akidah.

Fatima, adik Irsad Manji berkahwin dengan seorang doktor bukan Islam
dikenali sebagai Eric pada 2007 tanpa melalui proses pertukaran agama.

Menurut fahaman ini juga, Allah sama sahaja dengan konsep God seperti yang digunakan dalam agama Kristian. Konsep God atau Tuhan ini akan membawa seseorang kepada The One atau Tuhan Yang Esa, sedangkan menurut Islam, hanya Allah SWT sahaja Zat Yang Esa. Bahkan, God juga sepatutnya dieja sebagai god, bukan God (atau tuhan, bukan Tuhan) kerana konsepnya yang terlalu umum.

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya tegas dalam mempertahankan hak akidah Islamiah. Jangan sesekali bertolak ansur dengan anasir syaitan begini walau atas nama kebebasan hak asasi manusia sekali pun! 

Sunday, 22 April 2012

ILGA dan GAMIS Bersekongkol di Dataran Merdeka?

Suara rakyat menolak LGBT, tapi PMI dan Gamis bersekongkol dengan LGBT di Dataran?

Sambutan mahasiswa dan orang ramai dalam program Kesedaran Ancaman Seks Bebas dan LGBT Terancang di UPM semalam sedikit cacat kerana tidak mendapat sokongan daripada kumpulan mahasiswa yang pernah berdemo di Dataran Merdeka pada 14 April yang lalu.

Walaupun tanpa kehadiran kumpulan mahasiswa ini tidak menjejaskan langsung perjalanan acara, tetapi ia sedikit sebanyak membuktikan kepada kita sikap sebenar mereka ini yang hanya berminat berdemonstrasi di jalanan berbanding di tempat khas seperti di stadium.

Selain itu, adakah mereka menganggap isu LGBT dan Seks Bebas sebagai isu yang remeh dan tidak membawa keuntungan politik kepada parti-parti pembangkang yang disokong? Atau sememangnya mereka sendiri bersekongkol dengan kumpulan LGBT yang lebih dikenali sebagai ILGA serta Majlis Peguam yang selama ini menyokong kebebasan hak asasi manusia cara Barat?

Ustaz Nasha Bercakap Soal LGBT

Dr. Uthman El-Muhammady (kiri) dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Siapakah mereka?

Ketika ini sedang berlangsung wacana yang bertajuk "Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah" bertempat di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Wacana anjuran Pertubuhan Permuafakatan Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini menampilkan beberapa orang tokoh panelis seperti Prof. Dr Uthman El-Muhammady dari Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan wakil dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan.

Wacana sebegini amat penting bagi meningkatkan kefahaman orang ramai tentang bahaya budaya seks songsang yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta negara keseluruhannya dalam jangka panjang.

Isu ini bukan sahaja menyentuh soal sosial, malah turut melibatkan kepentingan akidah umat Islam ketika dunia semakin diasak dengan fahaman liberalisme dan kebebasan hak asasi manusia yang kian melampau. 

Justeru menjadi tanggungjawab kita sebagai mahasiswa untuk sama-sama membantu menyebarkan dakwah ini termasuk mendedahkan agen-agen parasitnya yang kini menumpang di sebalik parti-parti politik berpengaruh di negara kita. Sudah sampai masanya kita bertindak!

POSTER AMBIGA DIKOYAK DI UPM?

21 April 2012, telah berlangsung satu program kesedaran tentang ancaman Seks Bebas dan LGBT di Universiti Putra Malaysia. Dianggarkan 5000 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, anak-anak muda sekitar Lembah Klang dan masyarakat setempat berkumpul di Stadium Bola Sepak UPM bagi menyatakan sokongan terhadap program ini.

Walaupun perancangan asal untuk diadakan di Dataran Merdeka ditolak oleh pihak DBKL atas faktor-faktor keselamatan, ia sama sekali tidak melemahkan semangat penganjur yang terdiri daripada pelbagai NGO diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk meneruskan program yang bermula jam 3.00 petang itu.

Berikut merupakan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung :






Sementara itu, blogger Dr. MiM turut mendedahkan penglibatan kumpulan yang menyokong LGBT di Malaysia dalam demonstrasi anti-PTPTN baru-baru ini. |SINI| Bagi SB, hal ini amat serius dan perlu dibongkarkan sebaik mungkin supaya mahasiswa sedar ancaman yang sedang menanti kita semua.

Lupakan segala pertelingkahan dan perbalahan sesama kita. Marilah bersatu menentang parasit akidah ini yang boleh menjadi bom jangka paling dahsyat untuk generasi masa depan negara.

Lebih banyak pendedahan selepas ini. Kunjungi juga blog SARFAMS, MALAYSIA BANGKIT, TERATAK BISU, LAUT BIRU dan BANGSA AGUNG untuk mengikuti pendedahan yang sama dari sudut pandang yang berbeza! 

Saturday, 21 April 2012

KEKECOHAN DI UPM PETANG NI JAM 3.00??


TAK TAHU APA NAK BUAT PETANG NI??

Jom berkumpul di UPM jam 3.00 petang dalam program kesedaran ancaman Seks Bebas dan LGBT!

Masuk Percuma, Pulang dengan Ilmu Berharga!!

Thursday, 19 April 2012

BONGKAR !!! LGBT, Agenda Pinkwashing Israel!!

Lesbian remaja Melayu?
 TIDAK pernah terfikir bahawa perjuangan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjalar ke Malaysia dan ironisnya telah ditakrifkan sebagai perjuangan hak kebebasan bersuara yang tidak sepatutnya disekat oleh kerajaan.
Sememangnya itu adalah fenomena global kerana di seluruh dunia kumpulan tersebut begitu lantang memperjuangkan hak mereka dan agak ironis sekali apabila ada antara mereka mengumpamakan kebangkitan LGBT selari dengan revolusi rakyat Arab yang cuba bebas daripada belenggu setelah ditindas oleh pemimpin diktator buat sekian lama.
Timbul kemusykilan mengapa dengan secara mendadak perjuangan LGBT mendapat simpati dan sokongan padu global bukan sahaja dalam kalangan individu atau pertubuhan malahan ada negara dengan secara rasminya menyokong dan memberi bantuan kepada aspirasi perjuangan LGBT.
Gay Melayu?
 Mungkin ada agenda tersirat atau pun sememangnya gerakan LGBT ini mempunyai matlamat yang sah, agak menarik untuk dibahaskan.
Tetapi satu perkara yang agak nyata adalah persepsi yang cuba digambarkan adalah bagi individu, pertubuhan atau negara yang menyokong perjuangan LGBT, mereka ini dianggap sebagai kumpulan yang menghormati proses demokrasi. Sebab itu dikaitkan perjuangan LGBT dengan hak asasi manusia dan revolusi rakyat Arab kerana kedua-duanya adalah sinonim dengan perjuangan demokrasi.
Paling membimbangkan adalah kayu ukuran yang digunakan untuk negara yang mempunyai undang-undang mesra LGBT dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem demokrasi yang matang.
Sebaliknya pula negara yang mengekang golongan LGBT dilabelkan sebagai pemerintahan ala diktator yang langsung tidak mempunyai sifat tolak ansur. Begitu mengaibkan sekali wujud pula masyarakat antarabangsa yang akur dengan persepsi songsang tersebut dan terperangkap dengan agenda yang lebih popular dikenali sebagai pinkwashing.
Salah satu bentuk biseksual di Barat.


Rejim Israel umpamanya telah mengamalkan strategi pinkwashing ini dengan mempergunakan agenda LGBT untuk menggambarkan bahawa sistem demokrasi mereka adalah yang terbaik di rantau Asia Barat.
Tel Aviv dianggap sebagai antara bandar paling mesra LGBT dan rejim tersebut tanpa segan silu mempromosikan gambaran tersebut sebagai benar dan bukannya persepsi semata-mata. Tentera Israel daripada golongan LGBT tidak perlu menyembunyikan kecenderungan mereka kerana hak mereka diiktiraf. Malah Mahkamah Agung Israel turut mengiktiraf hak seperti pewarisan harta keluarga LGBT sama seperti keluarga lain.
Datuk Bandar Tel Aviv Ron Huldai dengan megah menyatakan bahawa Israel cuba membentuk model masyarakat yang mempunyai sifat toleransi, keterbukaan dan pluralisme dengan lebih memahami kehendak LGBT.
Jika kota London, Toronto atau New York dianggap sinonim dengan ungkapan bandar mesra LGBT, tidak keterlaluan jika diandaikan Tel Aviv telah berada jauh di hadapan di antara ketiga-tiga bandar raya tersebut.
Malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika memberi ucapan di hadapan perwakilan Kongres Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas dengan megah mengisytiharkan Israel adalah sebuah negara demokrasi contoh terbaik di Asia Barat berbanding negara lain yang merejam wanita, kumpulan gay dihukum gantung dan penganut agama Kristian dikekang aktiviti mereka.

Transgender?

Begitu jelas sekali strategi Israel yang mengamalkan pinkwashing bukan sahaja untuk menggambarkan demokrasi Israel adalah yang terbaik tetapi dengan sekali gus memburukkan negara Islam.
Rejim Israel sebenarnya mempergunakan isu LGBT sebagai alat perhubungan awam untuk mengaburi persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman yang telah diperlakukan terhadap rakyat Palestin terutama sekali di Tebing Barat dan Genting Gaza. Begitu pintarnya rejim tersebut mengamalkan pinkwashing walaupun undang-undang Yahudi itu sendiri tidak mengiktiraf hak kumpulan LGBT.
Strategi pinkwashing Israel telah diamalkan secara terancang sejak 2005 apabila rejim tersebut menilai isu LGBT boleh dipergunakan untuk menutup segala kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Kempen yang pada asalnya dinamakan Brand Israel disasarkan khas kepada mereka yang berumur di antara 18 hingga 34 tahun untuk menggambarkan Israel sebagai sebuah negara yang moden dan relevan.
Setiap tahun kempen Brand Israel dengan strategi pinkwashing dijalankan dengan begitu agresif kerana mempunyai pembiayaan kewangan yang kukuh dan menerima sokongan daripada kepimpinan tertinggi kabinet Israel. Malah pada tahun lepas Lembaga Pelancongan Israel membelanjakan hampir AS$90 juta secara khusus untuk menonjolkan Tel Aviv sebagai destinasi terbaik untuk percutian golongan gay.
Amat menyedihkan jika ada rakyat Malaysia yang terbawa-bawa dengan isu LGBT dengan mengaitkan dengan faktor hak asasi manusia dan menuduh sesiapa yang menentang hak LGBT adalah berlaku kejam. Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan menilai dengan teliti sama ada tuduhan tersebut berasas atau pun mempunyai agenda tersirat.
Amat mengaibkan pula jika ada masyarakat antarabangsa yang termakan dengan pinkwashing Israel yang cuba menutup kekejaman rejim tersebut terhadap rakyat Palestin yang bukan sahaja menahan atau membunuh rakyat Palestin tanpa usul periksa, malah merampas hak dan kedaulatan Palestin tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa.
Sokongan terhadap kebangkitan LGBT tidak boleh disandarkan semata-mata kepada hak kebebasan bersuara kerana kemungkinan tetap ada ia melanggar hukum agama, adat susila dan kehidupan yang lazim.
Bukan itu sahaja kerana ia mungkin dipergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda global tersirat seperti pinkwashing Israel.
Azmi Hassan
PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara
Sumber : AIDC
Tunjukkan sokongan anda dalam kempen menolak budaya Seks Bebas dan LGBT ini dengan menyertai Himpunan Kesedaran Ancaman Seks Bebas dan LGBT di Stadiuam UPM, 21hb April 2012 (Sabtu) atau klik SINI untuk maklumat lanjut!

Wednesday, 18 April 2012

ANWAR IBRAHIM TURUN DEMO DI UPM SABTU INI??





Klik SINI 

HEBAHAN AWAM : HIMPUNAN KESEDARAN ANCAMAN SEKS BEBAS DAN LGBT DI UPM SABTU INI!!!


PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKS BEBAS DAN LGBT

TEMPAT : STADIUM UPM
MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 21hb APRIL 2012


ANTARA TOKOH YANG AKAN HADIR BERSAMA :

En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru 
YB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI)
Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman, Setiausaha Agung PPIM
Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia.
Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia
En. Sheikh Rizal, Waris Malaya
Sdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS
Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI)
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.


SB mengajak kumpulan PMI, Gamis, SMM dan seluruh mahasiswa tanpa mengira fahaman dan ideologi, kita bersatu demi akidah ummah. Ancaman Seks Bebas dan LGBT semakin bahaya dan bakal merosakkan generasi masa depan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar