Pages

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

CADANGAN SEBAT PERAGUT - ADAKAH COMANGO AKAN MENENTANG?

Cadangan Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia yang mahukan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan ragut wajar disokong oleh semua pihak.

Malah, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga sudah menyatakan sokongan terhadap cadangan ini.

Dalam satu undian dalam talian yang dijalankan oleh portal berita Astro Awani, sebanyak 95% pengundi bersetuju dengan cadangan tersebut. 

Hal ini seharusnya dibawa ke peringkat yang lebih tinggi supaya satu undang-undang dapat digubal segera bagi membela nasib mangsa ragut di negara ini. Buat masa ini tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut sebaliknya pesalah hanya didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak melibatkan kekerasan.

Cadangan oleh Pesatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia supaya peragut disebat dan dipenjara tentunya satu alternatif hukuman yang lebih efektif bagi kesalahan tersebut.

Namun, jangan pula isu ini dipolitikkan oleh pihak-pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia terutamanya COMANGO. Jika jenayah meningkat, mereka hanya tahu menyalahkan pihak kerajaan. Apabila kerajaan mahu bertindak, mereka jugalah yang paling lantang menentang dengan pelbagai alasan yang kadang-kala tidak masuk akal atas nama hak asasi manusia. 

Monday, 12 August 2013

KELAKAR!! LIM KIT SIANG CUBA AJAR POLIS BUAT KERJA

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan bagaimana senjata api begitu mudah didapati di negara ini berikutan peningkatan kejadian tembakan sehingga membunuh banyak nyawa.

Macam biasa, sebagai pemimpin agung pembangkang di Malaysia, menjadi tugas mudah untuk Lim Kit Siang untuk mempersoalkan sambil mencetuskan polemik berhubung sesuatu isu.

Dalam isu ini, Kit Siang seolah-olah menduga kredebiliti pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan negara termasuk mengawal sempadan negara yang saban waktu terdedah kepada pencerobohan pihak asing. 

Adakah Kit Siang sedar bahawa terdapat lebih 260,000 orang penjenayah berat sedang bebas di negara ini pasca pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011? Adakah Kit Siang diserang nyanyuk peringkat lapan hingga lupa bahawa dia sendiri merupakan antara pemimpin politik yang cukup lantang menuntut pemansuhan akta tersebut?  Kini dia sewenang-wenangnya mempersoalkan kredebiliti pihak berkuasa seolah-olah negara ini tiada jaminan keselamatan langsung. 

Paling melucukan bila Kit Siang sendiri cuba mengajar pihak polis tentang bagaimana menjalankan tugas. Menurut Kit Siang, hanya 9% sahaja anggota polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah ketika ini berbanding keperluan kira-kira 56,000 anggota polis bertugas di jabatan tersebut. 

Tapi apa mekanisme yang boleh diambil bagi merealisasikan hasrat ini? Adakah Kit Siang sedia mengerahkan anak-anak muda Cina menyertai perkhidmatan polis di Malaysia? Jangan mimpilah. 

Tanya Kit Siang, apa lelaki-lelaki Cina di Malaysia buat ketika berhadapan sesuatu insiden jenayah? Adakah mereka berusaha mencegah dengan tangan mereka sendiri? Jawapanya, belum tentu. Yang mereka pandai buat ialah merakamkan setiap kejadian kemudian menyiarkan di media sosial sambil menyalahkan pihak polis semata-mata! 

Wednesday, 15 May 2013

TAN SRI KHALID ABU BAKAR PIKUL AMANAH KETUA POLIS NEGARA YANG BARU


SB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar dan Timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin di atas pelantikan mereka selepas persaraan KPN sebelum ini, Tan Sri Ismail Omar.

Semoga dengan kepimpinan mereka berdua, keamanan serta keselamatan negara akan terus dipelihara. 

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Tan Sri Ismail Omar di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh beliau selama ini dalam memastikan keharmonian negara berada pada tahap tertinggi. Jasa beliau ketika menangani ancaman pengganas Sulu cukup besar kepada kita semua, di samping kes-kes jenayah yang lain.

Kami rakyat Malaysia berdiri teguh bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Selamat Maju Jaya.


Tuesday, 14 May 2013

AL-FATEHAH KPL 113248 YUSRI BIN MANSOR


KPL 113248 Yusri Bin Mansor telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim pada tarikh 14.05.2013 bersamaan 4 Rejab 1434 Hijrah. Allayarham telah dilanggar oleh (1)(L)(M) semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah bersama (2) anggota polis serta MPV 8 di Hadapan Balai Bomba Hi-Tech Jalan Kulim-Mahang pada tarikh 13.05.2013. Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allayarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk keluarga Allayarham dan semoga tabah dalam menjalani ujian dari Yang Maha Esa.


Sumber : Kenyataan rasmi FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Monday, 25 March 2013

PERUTUSAN KHAS SEMPENA HARI POLIS DARIPADA RAKYAT BIASA


1. Selamat Hari Polis. Tiga perkataan ini kelihatan mudah untuk diucapkan. Tetapi sejauh mana kita memaknakan setiap perkataan tersebut?

2. Sudah 206 tahun Polis ditubuhkan dan berkhidmat kepada rakyat negara ini. Sudah banyak pahit getir dilalui pasukan Polis hanya kerana mahu menjaga keselamatan kita semua. Dari ancaman komunis hingga ke ancaman kumpulan-kumpulan penjenayah, pasukan Polis terus gah dan megah menjadi benteng hadapan keselamatan negara ini.

3. Hari ini, pasukan Polis kita mendepani satu lagi cabaran amat getir iaitu membendung ancaman pengganas Kiram III yang cuba menceroboh Lahad Datu, Sabah dan berusaha merampas Negeri Di Bawah Bayu itu. Sudah ramai yang cedera dan terkorban tetapi malangnya, masih ada pihak yang menuduh insiden ini sebagai sandiwara semata-mata.

4. Kita juga tentu tidak lupa bagaimana anggota Polis kita diperlakukan seperti anjing oleh perusuh-perusuh Bersih 3.0 dalam insiden Rusuhan 28 April 2012 di Kuala Lumpur. Peristiwa kereta polis dibaling batu, dipijak-pijak sebelum terbabas dan kemudiannya anggota polis di dalam kereta itu dibelasah hingga cedera parah pula, akan kekal sebagai satu set dokumen dalam memori kita ini selama-lamanya.

5. Kita juga tidak lupa bagaimana anggota Polis kita digelar dengan pelbagai gelaran yang amat keji dan hina oleh pihak pembangkang. Antaranya "Polis Anjing UMNO," "Polis Barua UMNO," "Polis Tali Barut UMNO," dan bermacam-macam lagi cerca nista dilemparkan hanya kerana pasukan Polis kita cuba menyekat kebiadapan mereka dalam demonstrasi demi demonstrasi haram yang diadakan selama ini.

6. Inilah tugas Polis. Dihina bila tidak disukai, tetapi dicari bila diperlukan. Nak harapkan pujian daripada pihak-pihak ni, jangan mimpilah. Setiap masa kalau boleh mereka nak cari kesalahan Polis. 

7. Di kesempatan ini, SB ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Polis Yang Ke-206. Semoga para anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa teguh dan setia berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.

Monday, 18 March 2013

NUJ TAK BERANI BELA WARTAWAN DIUGUT ANWAR

1. Dalam kenyataan oleh NUJ ni, kita nak letak dalam kategori apa? Bodoh, atau bangang?


2. Jelas sekali NUJ tidak memahami kekangan tugasan pihak polis dalam menjaga keselamatan negara.

3. NUJ juga telah memutar-belitkan tindakan polis itu sedangkan ia sudah pun mengikut prosedur tugasan yang ditetapkan.

4. Kenapa 'ugutan' sebegitu perlu dikecohkan sedangkan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya soalan kepada beliau diabaikan?

5. Semakin hari semakin jelas sebenarnya bahawa pengamal media kita terlalu sombong dan angkuh kerana berasakan mereka sentiasa diperlukan oleh masyarakat untuk melaporkan sesuatu perkara.

6. SB tidak mempertahankan perkara yang salah tetapi mengecam laporan sebegini yang seolah-olah cuba memperlekehkan tugasan anggota polis. Polis hanya bertindak mengikut keperluan dan laporan demi menjaga keselamatan rakyat dan negara kita.

Thursday, 14 March 2013

GURU MERENG AKHIRNYA DITANGKAP!!


LELAKI TAK GUNA INI TELAH DITANGKAP.

RAKYAT MALAYSIA, PANJATKAN KESYUKURAN SEKARANG.

INILAH DIA, GAMBAR TERKINI : 


SIAP BERGARI. PENGAJARAN BERGUNA. 
SEKALI MENYESAL, SELAMANYA TANGGUNG.

GURU BAKAL TERIMA PADAH

1. Page rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebentar tadi telah berkongsi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung isu seorang guru di Kelantan yang menghina pihak Polis dan Angkatan Tentera Malaysia dalam insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

2. Rujuk kenyataan akhbar tersebut seperti di bawah:


3.   SB percaya pihak kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas guru tersebut. 

4. Ketika ini, boleh dikatakan kelompok guru ialah agen sebenar yang menyebarkan dakyah dan propaganda pembangkang ke dalam masyarakat kita. Jika hal seperti ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang kawalan, dibimbangi institusi keguruan akan tercemar lebih teruk pada masa hadapan.

Tuesday, 12 March 2013

POLIS, TENTERA MULA TERIMA UPAH JADI BARUA UMNO MENJELANG PRU 13??




1. Nampaknya, pihak pembangkang dah cemburu dengan pengumuman 9 Perkara oleh DS Najib Tun Razak kepada penjawat awam kelmarin.

2. Paling kelakar, ada cakap-cakap mengatakan Najib mula bagi upah terakhir kepada anjing-anjing baruanya di atas kejayaan ‘membantu’ UMNO dan Barisan Nasional selama ini dalam pelbagai isu khususnya membabitkan parti-parti pembangkang.

3. Dalam pada itu, Rafizi Ramli yang selalu tewas dalam perdebatan, menganggap Najib sudah kehabisan mandat untuk membuat sebarang janji atau menabur gula-gula politik. SB fikir dia ini ada masalah besar dalam memahami maksud mandat.

4. Apa pun kritikan atau cercaan yang dilemparkan, lantaklah. Pembangkang selamanya akan membangkang setiap usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan.

5. SB percaya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini bertujuan memperkasakan sektor awam dan mengukuhkan pasukan-pasukan keselamatan negara baik PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia.

6. Jangan tanya pembangkang kerana mereka tetap akan menafikan kebenaran kerana ia adalah sifat semula jadi yang sememangnya telah wujud dalam diri mereka sendiri, sebaliknya bertanyalah kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan negara kita ini.

7. Melalui skim penyetaraan yang diumumkan itu, anggota polis dan tentera bakal menikmati penyelarasan gaji yang lebih baik sekaligus membantu meningkatkan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada negara. Bukankah usaha ini sesuatu yang positif?

8. Kita mahu lihat pasukan-pasukan keselamatan negara kita ini sentiasa berada pada tahap terbaik kerana merekalah yang menjadi benteng hadapan negara dan harapan kepada rakyat jika berlaku sebarang konflik seperti di Lahad Datu ketika ini. Justeru sokonglah usaha kerajaan membela kehidupan mereka ini. 

Thursday, 27 September 2012

PANAS!!!! EDIKOUP LARI DARI POLIS??


Edikoup diburu polis? Eh macam mana pula pengadu yang kena buru? Ini pelik.

Pagi tadi sekitar jam 11.30, polis Damansara telah berkunjung ke Universiti Malaya untuk bertemu  mangsa pukul yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa UM itu di fakultinya. Malangnya, Saudara Edikoup Lakip Sediyanto dikatakan tiada di fakulti (tak masuk kelas ke..)

Sekitar jam 3.30 petang tadi pula, polis sekali lagi memburu Edikoup. Kali ini di rumahnya tetapi beliau masih gagal dikesan.

Justeru timbul persoalan. Kenapa orang yang membuat aduan (pengadu) yang diburu pihak polis? Ini sama sekali bertentangan dengan amalan standard pihak polis di mana pengadu biasanya datang sendiri ke balai polis untuk dirakam percakapannya.

Atau lebih tepat, pihak polis hanya memburu pesalah, bukan pengadu! Tapi dalam kes  Edikoup ini, lain pula jadinya.

SB juga hairan. Ke mana Edikoup melarikan diri? Atau bersembunyi? Ishh..ganas betul geng Penggerak UM ni sampai Edikoup yang kaki demo tu pun kecut telur!!

SB yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan kes Si Edikoup ni. Pihak polis juga barangkali sudah meragui kesahihan aduan yang dibuatnya. Kalau tak, kenapa polis terpaksa mencarinya kan? Polis ada kaedah lain yang lebih professional dalam menguruskan pengadu seperti memanggil pengadu datang sendiri ke balai.

Edikoup oh Edikoup…..apa lagi kau ni???


POLIS KENA TEMBAK SIAPA NAK BELA??




SEMPAT BALAS TEMBAKAN WALAUPUN CEDERA PARAH

2 anggota polis MPV dari IPD Brickfields parah selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, lewat petang semalam.

Kedua-dua anggota yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah, menahan sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju (MEX) sebelum 2 lelaki yang berada di dalam kereta tersebut secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan hingga menyebabkan Kpl Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher manakala Kpl R Subramaniam, 52, parah di perut.

Meskipun tercedera, kedua-dua anggota itu sempat melepaskan beberapa das tembakan balas sebelum rebah di tempat kejadian. Kedua-dua mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.


Sumber : Akhbar Berita Harian
Dipetik dari : FB Rasmi PDRM


Mana pejuang-pejuang hak asasi manusia?? SUARAM, BAR, PKR, DAP, PAS...mana anda semua? 

Sunday, 15 July 2012

MARKAS RAHSIA PDRM?


Semalam, fanpage milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memuatnaik sekeping foto yang memaparkan sebuah lokasi yang dinamakan sebagai Bangunan Simulasi.

Jika diperhatikan pada foto ini, jelas sekali PDRM kini sudah jauh lebih maju berbanding dahulu. PDRM juga dikhabarkan memiliki fasiliti dan kemudahan latihan antara yang terbaik di dunia termasuk memiliki senjata-senjata yang tercanggih (salah satu senjata PDRM yang digeruni musuh ketika ini dikatakan hanya digunakan oleh empat buah negara di dunia termasuk Malaysia, dengan tiga daripadanya ialah negara maju!)

SB fikir ini pembaharuan yang amat perlu dan wajar dilaksanakan dari masa ke masa. Pihak Polis hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan termasuk diserang dengan pelbagai persepsi negatif oleh pembangkang.

Kita jangan sesekali lupa akan jasa dan peranan yang diberikan oleh pihak Polis terutamanya dalam membawa kemerdekaan kepada rakyat Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pembentukan Malaysia selepas itu juga banyak bergantung kepada sumbangan pihak Polis terutamanya dalam membanteras ancaman pengganas komunis. 

Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga PDRM di seluruh negara. Kami sentiasa menyokong anda!


Thursday, 10 May 2012

GEMPAR!! KEMALANGAN PALING BESAR MELIBATKAN 76,417 PENUNGGANG MOTOSIKAL!!

Purata kematian pengguna jalan raya di Malaysia.

Berikut adalah statistik terbaru yang dikeluarkan oleh PDRM mengenai jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sepanjang tahun 2007 - 2010. Penunggang motosikal dan pemandu kereta merupakan penyumbang tertinggi dalam kemalangan maut, cedera parah dan cedera ringan dengan peratusan masing-masing, 48% dan 36%.

Daripada angka-angka tersebut, SB percaya sebahagiannya juga melibatkan golongan mahasiswa. Malah sebahagian besar mahasiswa di negara ini turut menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian. Oleh itu marilah kita bersama-sama tingkatkan kesedaran ini. Tunggang cermat, jiwa selamat!

Edisi selingan ini dicilok dari Fanpage Polis DiRaja Malaysia...dengan izin.

Saturday, 28 April 2012

MANGSA LANGGAR POLIS BUAT PENGAKUAN

Kereta polis jadi mangsa.

Gambar di atas telah dijadikan modal besar pihak pembangkang untuk menguatkan dakwaan bahawa POLIS telah bertindak ganas. Soalnya, benarkah seperti yang didakwa?

Kebanyakan blog pro-pembangkang ketika ini menguar-uarkan kononnya kereta polis ini telah merempuh peserta demonstrasi hingga cedera parah. Kereta ini terpaksa diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang kononnya terperangkap di bawahnya.

Dalam rakaman video di bawah, kita boleh lihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku ketika kejadian. Saksikan.



Dalam rakaman ini, kenderaan POLIS tersebut sebenarnya telah diserang bertubi-tubi oleh peserta demonstrasi. Seorang peserta telah memanjat ke atas bumbung dan memijak-mijaknya menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta lain turut membaling batu ke arah pemandu hingga memecahkan cermin hadapan dan sisi.

Dalam situasi yang amat kritikal ini, pemandu dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik di samping cuba mengelak daripada menjadi mangsa balingan batu yang bertalu-talu. Dalam situasi tersebut, kereta yang dipandu akhirnya terbabas ke sisi jalan lalu melanggar dinding  sebuah bangunan berhampiran. Para peserta seterusnya menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut sebelum bantuan tiba.

Justeru dakwaan kononnya pihak POLIS bertindak kejam melanggar peserta demonstrasi adalah tidak benar sama sekali. Rakaman video sebenar akan diupdate dari masa ke masa bagi menangkis fitnah yang dilemparkan terhadap pasukan POLIS.

PANAS!! KEGANASAN POLIS BERJAYA DIRAKAM!!

Footage dibawah dirakam oleh pasukan PDRM. Anda saksikan sendiri gelagat demonstran DUDUK BANTAH siang tadi ke atas pihak POLIS. Percayalah, POLIS bukan lawan mereka. Jika benar POLIS kejam dan zalim, sudah tentu puluhan atau ratusan yang telah terkorban kerana POLIS mampu melakukannya pada bila-bila masa sahaja. 



INI SIAPA PROVOK SIAPA??


KERETA POLIS DIHANCURKAN PESERTA DUDUK BANTAH BERSIH 3.0!!


INIKAH YANG DIKATAKAN DUDUK BANTAH SECARA AMAN???

NIK AZIZ, FATWA KAMU MENGHALALKAN SEMUA INI BERLAKU. JAWABLAH NANTI DI AKHIRAT.

POLIS MALAYSIA PALING BERHEMAH DI DUNIA

JIHAD MENENTANG KEKUFURAN!! 


Polis setia mempertahankan keamanan negara.

Tahniah PDRM kerana berani bertindak. 

NEGARA INI ADA UNDANG-UNDANG

Thursday, 19 April 2012

SAH!! PENYERANG SEBENAR TELAH DITAHAN, AHLI AMK SENDIRI??

Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan.

Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.

Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.

Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.

Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.

Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.

Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.

Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.

SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.

Tanyakan sejenak :

Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar