Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan bagaimana senjata api begitu mudah didapati di negara ini berikutan peningkatan kejadian tembakan sehingga membunuh banyak nyawa.
Macam biasa, sebagai pemimpin agung pembangkang di Malaysia, menjadi tugas mudah untuk Lim Kit Siang untuk mempersoalkan sambil mencetuskan polemik berhubung sesuatu isu.
Dalam isu ini, Kit Siang seolah-olah menduga kredebiliti pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan negara termasuk mengawal sempadan negara yang saban waktu terdedah kepada pencerobohan pihak asing.
Adakah Kit Siang sedar bahawa terdapat lebih 260,000 orang penjenayah berat sedang bebas di negara ini pasca pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011? Adakah Kit Siang diserang nyanyuk peringkat lapan hingga lupa bahawa dia sendiri merupakan antara pemimpin politik yang cukup lantang menuntut pemansuhan akta tersebut? Kini dia sewenang-wenangnya mempersoalkan kredebiliti pihak berkuasa seolah-olah negara ini tiada jaminan keselamatan langsung.
Paling melucukan bila Kit Siang sendiri cuba mengajar pihak polis tentang bagaimana menjalankan tugas. Menurut Kit Siang, hanya 9% sahaja anggota polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah ketika ini berbanding keperluan kira-kira 56,000 anggota polis bertugas di jabatan tersebut.
Tapi apa mekanisme yang boleh diambil bagi merealisasikan hasrat ini? Adakah Kit Siang sedia mengerahkan anak-anak muda Cina menyertai perkhidmatan polis di Malaysia? Jangan mimpilah.
Tanya Kit Siang, apa lelaki-lelaki Cina di Malaysia buat ketika berhadapan sesuatu insiden jenayah? Adakah mereka berusaha mencegah dengan tangan mereka sendiri? Jawapanya, belum tentu. Yang mereka pandai buat ialah merakamkan setiap kejadian kemudian menyiarkan di media sosial sambil menyalahkan pihak polis semata-mata!
1 comment:
Nama pon bapak komunis...patut dia tanya sapa punyer kerja klu bukan puak2 dia
Post a Comment