![]() |
| Perbezaan dua keping gambar. Yang atas diedit menggunakan teknik crop picture. Yang bawah imej sebenar. |
Kata Abu Islam Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, kebenaran tidak terletak pada berapa ramai penyokongmu atau pada majoriti yang kamu milik, tetapi sejauh mana kamu berpegang pada kebenaran.
Perhimpunan Hijau 2.0 yang diuar-uarkan sebelum ini telah selesai. Notis 24 jam juga telah dikeluarkan kepada kerajaan supaya menghentikan projek Lynas. Jika enggan, Hijau 3.0 pada skala yang lebih besar akan menyusul.
Mantap gila kan pembangkang di Malaysia. Boleh bagi notis 24 jam kepada kerajaan. Tapi SB percaya, kerajaan tak akan goyah sama sekali. Bagi SB, tak perlu dilayan kerenah antiestablishment begini.
Bagi yang mengikuti perkembangan Lynas ini, pasti akan menolak sikap keterlaluan pihak pembangkang kita. Seperti sikap mereka yang seronok berdemonstrasi, kaedah yang sama digunakan dalam isu ini.
SB yakin sebahagian besar adalah orang muda dan golongan mahasiswa sendiri. Selebihnya ialah penyokong-penyokong tegar pembangkang. Puak ni kalau pemimpin minta berhimpun bila-bila masa sahaja akan turun, tak kiralah apa isu sekali pun.
Persoalannya, adakah pimpinan pembangkang telah berlaku adil dalam memberikan kesedaran tentang bahaya kilang ini? Bagaimana agaknya kualiti penyampaian sewaktu perhimpunan itu? Adakah semua peserta mendapat gambaran yang jelas?
Sekali pandang, kaedah yang digunakan ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam iaitu tarbiyah yang membentuk jemaah. Kaedah yang digunakan mereka ialah bentuk jemaah kemudian baru tarbiyah. Ada perbezaan yang jelas dalam kaedah-kaedah ini, iaitu kualiti tarbiyah yang dilakukan. Tarbiyah dalam konteks Lynas ialah memberikan maklumat yang adil dan tepat.
SB amat berharap seluruh anggota masyarakat terutamanya golongan mahasiswa dapat menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu Lynas ini. Lynas bukan untuk dipolitikkan. Ia 100% tentang akademik, bukan politik.
