Pages

Showing posts with label Adam Adli. Show all posts
Showing posts with label Adam Adli. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

ADAM ADLI TOUCHING HABIS KALI NI


Sedih kan baca statemen Adam Adli kali ni. Macam tak bersemangat dah dia nak melawan. Kalau dulu, mungkin dah roboh pintu pagar UPSI dia gegar bersama suku-sakatnya. Tapi kali ni Adam seolah-olah sudah tahu untung nasibnya dan masa depannya di UPSI.

Nak salahkan siapa dalam hal ini? Pihak pengurusan berhak melanjutkan penggantungan Adam Adli kerana dia ada kes lain membabitkan mahkamah dan pihak polis. Dalam perlembagaan universiti dan AUKU sekali pun perkara ini sudah cukup jelas. Sebab tu Adam tak bising panjang lebar sangat. Dia memang tahu dia di pihak yang salah. 

Tahniah UPSI kerana berani bertindak demi masa depan universiti dan 99.99% mahasiswa yang lain. Adam Adli cuma 0.01% sahaja, tak rugi apa-apa pun kepada UPSI kalau tak ambil dia ni sebagai pelajar. 

Monday, 24 June 2013

Wednesday, 22 May 2013

DEMOKRASI MATI? LAA TAHZAN


Demokrasi mati? Bukankah itu yang lebih bagus untuk Islam? Demokrasi bukan wadah sebenar yang boleh menjulang Islam seperti yang kita semua harapkan. 

SB fikir, gadis berpurdah dalam foto di atas ini tidak mengerti apakah itu demokrasi. Yang dia faham mungkin, perjuangan menjatuhkan Barisan Nasional ialah perjuangan rakyat. Gadis ini masih mentah. Belum kenal dunia sebenar yang penuh tipu helah ini.

Tuesday, 26 March 2013

BUKTI ADAM ADLI BAWA PERPECAHAN KEPADA KUMPULAN MAHASISWA


1. Seperti yang SB uar-uarkan sebelum ini, semalam telah berlangsung Forum Pendidikan Percuma membabitkan mahasiswa penggemar tiang bendera, Adam Adli dan rakan-rakan malas belajarnya di USM Kampus Induk, Pulau Pinang.

Adam lalok ketika berhujah? 

2. Namun, apa yang menarik, semalam juga dilaporkan telah berlangsung satu lagi program mahasiswa anjuran Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) di Masjid Al-Khalid Malik. Apa yang menariknya?

3. Forum Pendidikan Percuma tersebut dilaporkan dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) iaitu sebuah gabungan haram yang menghimpunkan sekumpulan pelajar anti-establishment termasuk bekas pemimpin pelajar dari PMIUSM sendiri.

4. SB dimaklumkan, kumpulan mahasiswa ini tidak disenangi oleh PMIUSM sendiri kerana menjadi faktor kepada kekalahan calon-calon persatuan tersebut dalam pilihanraya kampus (PRK) yang lalu. Lebih mengecewakan, terdapat segelintir calon yang kalah ini dikatakan telah beralih arah dengan menyertai MMB yang berideologi sosialis.

5. Salah seorang bekas pemimpin pelajar yang sebelum ini aktif bersama PMIUSM tetapi telah menyertai MMB turut dikesan menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang berlangsung di Padang Kota pada 24 Mac 2013 yang lepas. Kehadiran beliau itu amat dikesali oleh pimpinan PMIUSM yang amat totok menyokong PAS.

Dua orang aktivis MMB Cap Ayam dikesan menyokong
Barisan Nasional ketika hadir dalam
Program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang.

Lagi aktivis MMB Cap Ayam memakai pengikat kepala
yang tertera Jom Sokong BN.

6. Perseteruan antara PMIUSM dan MMB bertambah jelas apabila tidak ada wakil utama PMIUSM yang hadir dalam program MMB semalam. Hanya dua, tiga orang sahaja hadir, itu pun atas kapasiti sebagai pengikut MMB.

7. Malah, lebih mengejutkan, mantan Yang DiPertua PMI USM sendiri turut hadir dalam program MMB. Kenapa dia tak sertai program anjuran PMI di masjid sebaliknya turun dalam program bersama pendokong sosialisme?

Mantan YDP PMI USM juga hadir dalam forum
Pendidikan Percuma.
Anehnya, kenapa dia tak turun ke program PMI?


Untuk ulasan yang lebih pedas dan berbisa, sila kunjungi blogThe Most Wanted dan Penang Most Wanted. Klik SINI dan SINI.

Tuesday, 19 March 2013

GEMPAQ!!! APAHAL SISWA UNIVERSITI MALAYA MINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA MAHASISWA UiTM??

Tertanda ialah Khalid Ismath dan Safwan Anang sewaktu ditahan oleh polis
bantuan UiTM.


Liputan penuh, klik SINI dan SINI.

SB juga dimaklumkan bahawa Adam Adli tidak terlibat dalam kejadian yang berlaku di UiTM Shah Alam pada malam semalam. Dalam satu kenyataan yang dihantar di Twitternya, Adam tegas menafikan bahawa beliau terlibat sama. Apa dah jadi ni? Selalunya, di mana Khalid Ismath dan Safwan Anang ada, di situ jugalah Adam  SiTiang Bendera ni ada.


AHLAN WA SAHLAN ADAM ADLI

1. SB terima berita dari USM berkenaan satu program membabitkan Tokoh Perusuh Mahasiswa Jalanan si Adam Adli yang akan berlangsung pada 25 Mac ini. Detail berkenaan program ini boleh rujuk di SINI.

Selamat datang ke USM.


2. Beberapa pihak di USM khabarnya sudah bersiap sedia menyambut kedatangan Adam Adli bersama-sama rakan-rakannya dari SUARAM. Yang pasti, ia bukan sambutan yang diinginkan oleh Adam Adli mahupun pihak penganjur.

3. Pada SB, mereka berhak bertindak sekiranya Adam Adli masuk ke kampus kerana dia tidak mewakili apa-apa platform yang sah. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang konon diwakili olehnya itu pun bukanlah sebuah organisasi berdaftar, malah status Adam Adli sendiri sebagai mahasiswa sedang digantung di UPSI kerana kes disiplin yang dilakukannya sebelum ini.

4. Jadi siapa yang Adam Adli wakili? Untuk makluman semua, mahasiswa bermasalah ini ialah anak ikan Anwar Ibrahim yang sangat taksub dengan Anwar dan PKR. Dia hanya membawa ideologi dan pemikiran Anwar Ibrahim untuk disebarkan di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Keakraban Adam-Anwar.


5. Jika dahulu Adam dilihat mempunyai pengaruh yang besar selepas insiden menurunkan bendera Perdana Menteri Dato' Seri Najib di perkarangan Ibu Pejabat UMNO, PWTC, Kuala Lumpur, namun hari ini dia tidak lagi menjadi daya penarik rakyat terutamanya orang muda dan mahasiswa untuk mendekati Pakatan Rakyat.

Adam Adli mewakili PKR, bukannya mahasiswa.


6. Situasi yang sama dijangkakan akan berlaku di USM. Namun sebagai 'tanda hormat' dari warga USM, Adam Adli pasti akan 'disambut' mesra. Ramai yang berhajat ingin bersemuka dengan mahasiswa anak ikan Anwar Ibrahim ini.


SELAMAT DATANG ADAM ADLI KE USM PULAU PINANG!!


1. SB diberitahu pada 25 Mac ini Adam Adli akan 'menyerang' kampus induk Universiti Sains Malaysia untuk menghasut para pelajar supaya percaya dengan agenda pendidikan percuma Pakatan Rakyat.

2. Terdapat dua perkara yang SB rasa perlu diberikan perhatian di sini. Pertama, siapa Adam Adli nak bercakap soal pendidikan? Pelajarannya sendiri pun masih tergantung dan tiada hala tuju yang jelas. Kedua, bagaimana pihak USM boleh membenarkan program sebegini dijalankan di dalam kampus? Pada SB ini bukan program ilmiah tetapi satu bentuk kempen pilihanraya oleh Pakatan Rakyat yang menggunakan mahasiswa robot seperti Adam Adli ini.

3. Selain Adam, seorang lagi panelis ialah Ong Jing Cheng yang merupakan seorang aktivis tegar SUARAM Pulau Pinang beribu pejabat di Sg. Dua, Batu Uban. Lokasi pejabat SUARAM ini betul-betul di hadapan pintu pagar USM di Sg. Dua.

4. Begitu juga panelis bernama Haris Zuan yang turut aktif bersama SUARAM sejak di UKM lagi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana di USM. Haris ketika ini juga aktif bersama Penang Institute dan menjadi orang kepercayaan Zairil Khir Johari dan Lim Guan Eng.

5. Kumpulan aktivis ini dipercayai dibawa masuk oleh Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) yang ditubuhkan secara haram oleh sekumpulan mahasiswa yang tewas dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini. Mereka ini sememangnya menjadi suara dan tangan Pakatan Rakyat di dalam kampus USM.

6. Justeru jika ada mana-mana pihak yang ingin bersemuka dengan Adam Adli, dipersilakan hadir di lokasi dan masa seperti yang tertera di dalam poster di atas. Sila bawa bersama peranti kamera masing-masing supaya setiap detik dapat dirakam dan dijadikan bukti sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kelak.

Monday, 24 December 2012

LIDAH BERCABANG SAFWAN ANANG

Post kali ini SB ini mendedahkan lagi tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, SB terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.


1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.
2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.
3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.
6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.



7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.
8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!


9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

"REVOLUSI BUNGA RAYA"

Thursday, 6 September 2012

ADAM ADLI BENGANG DENGAN MAHASISWA TUNJUK PUNGGUNG!!



Adakah benar apa yang SB dengar ini?  Khabarnya, pengaruh Adam Adli dalam kalangan pemimpin PKR terutamanya si Ketua Umum, semakin pudar.

Kemunculan hero punggung ternyata menggembirakan Anwar Ibrahim dan membuatkan Ketua Pembangkang itu senyum puas.

Masakan tidak, jika Adam hanya mampu menggertak Perdana Menteri dengan menurunkan bendera yang tertera wajah pemimpin negara itu, hero punggung sebaliknya lebih berani kerana terus melondehkan seluar dan menayangkan kegebuan punggungnya terhadap potret DS Najib!

Thinkers yang beroperasi di ibu pejabat PKR di Tropicanna Damansara tahu inilah yang dimahukan oleh ketua mereka.  

Habislah Adam Adli. Sudahlah pengajiannya terbantut gara-gara digantung selama tiga semester, kini masa depannya bersama PKR pula kian kelam.

Adam perlu lakukan sesuatu yang lebih hebat, barulah Anwar akan senyum lebih puas!

Tuesday, 14 August 2012

ADAM ADLI DIKECUALIKAN PTPTN? TAHNIAH!! KEBANGGAAN KIMAK


Tahniah diucapkan. Seramai 4,430 orang lagi graduan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan melalui PTPTN menjadikan jumlah terkini hingga 30 Jun 2012 sebanyak 13,011 orang secara keseluruhannya.

Mereka ini tidak perlu pun berdemonstrasi siang dan malam. Apa yang dicapai oleh mereka ialah manifestasi hasrat rakyat yang bersyukur dan berusaha merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan. 

SB yakin, tidak seorang pun yang terlibat dalam Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka berada dalam senarai 13,011 orang ini. Apatah lagi mahasiswa UPSI yang biadap si Adam Adli Tiang Bendera ni.  


Thursday, 9 August 2012

LAGU UNTUK ADAM ADLI DAN RAKAN-RAKAN...



Lagu: PTPTN
Lagu original:PULANGKAN(Lagu misha omar)
[Dinyanyikan oleh Pegawai PTPTN dan Ex-student]

(Ex-Student)


Sedikit buku yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)


Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

*

Pulangkan hutang-hutangku (Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku (Ex-student)
Oh pulangkn oh pulangkn padaku (Pegawai PTPTN)

Kupulangkn semua hutangku (Ex-student)

Yang kau peram tanpa relaku (Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih (Ex-student)

(Pegawai PTPTN)


Tiada kemaafan disini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir masa..oo sayangg

* Ulang

Bagi memudahkan nyanyian anda, sila mainkan klip video di bawah =)




Hehe.. Edisi selingan ini sekadar mengingatkan perusuh-perusuh yang berdemonstrasi pada 14 April 2012 lalu di Dataran Merdeka menuntut pemansuhan PTPTN. Dah pinjam tak bayar ye?? 

Nota : Lagu versi ubahsuai ini SB cilok dari FB seorang kenalan.

Wednesday, 30 May 2012

KHAIRY JAMALUDDIN TAHU BILA PILIHAN RAYA?



Pengumuman DS Najib berkenaan tarikh pembentangan Bajet 2013 yang akan diadakan pada 28 September ini tidak bermakna PRU-13 akan dibuat selepas tarikh tersebut.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin (gambar) dalam twitternya semalam, beliau yakin PRU-13 akan diadakan sebelum Bajet dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri.

Tujuan pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri juga menurutnya lebih kepada aspek perundingan dan perundangan seperti kebiasaan yang dibuat oleh kerajaan. Untuk rekod, pembentangan Bajet kebiasaannya dilakukan pada bulan September atau Oktober mengikut kesesuaian.

Desas desus sebelum ini kuat mengatakan PRU akan diadakan pada bulan Julai. Melihat kepada situasi semasa, jangkaan itu nampaknya tinggal spekulasi sahaja. Kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa ketika ini masih mempunyai mandat hingga April 2013, jadi masih banyak masa lagi untuk DS Najib membuat keputusan.

Kepada Adam Adli dan rakan-rakan, anda juga masih banyak masa untuk bertelagah mencari keputusan siapa yang akan bertanding kelak.

Roadshow Rafizi Ramli Bakal Tarik Undi Mahasiswa Kepada Pakatan Rakyat?

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli  (gambar) yang dilanyak teruk oleh Khairy Jamaluddin (KJ) baru-baru ini ketika berdebat tentang isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, diberitakan akan mengepalai roadshow bersama mahasiswa pro-Anwar ke seluruh universiti bagi menerangkan idea pendidikan percumanya itu.

Berbekalkan modal seperti isu rasuah, hutang syarikat yang dilupuskan oleh kerajaan, pembaziran wang kerajaan dan sebagainya, beliau kini dilihat semakin terdesak untuk menggerakkan kempen tersebut kerana ia satu-satunya peluang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Rafizi sebelum ini beberapa kali menerima padah apabila pendedahan-pendedahan yang dibuat akhirnya memakan dirinya sendiri. Terbaru apabila beliau mendedahkan dokumen sulit milik sebuah bank dalam isu NFC hingga mencetuskan kemarahan banyak pihak ke atas bank tersebut.

Dalam roadshow itu juga, Rafizi akan menggunakan sepenuhnya kumpulan mahasiswa yang lantang menuntut pemansuhan PTPTN ketika Demonstrasi 14 April 2012 iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro-Mahasiswa Nasional.

Antara yang dijangka akan turut membantu roadshow tersebut termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Syahid Zaini dan Khalid Ismath.

Monday, 21 May 2012

ADAM ADLI TAGIH JANJI ANWAR IBRAHIM!

Adam Adli bakal bertanding di DUN di Pulau Pinang? Orang Penang
get ready!


Hasrat SMM meletakkan calon dalam PRU ke 13 kelak dilihat sebagai cubaan terbaru Anwar Ibrahim mengukuhkan kedudukan dan sokongannya dalam kalangan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini.

Tidak ramai yang tahu, Anwar Ibrahimlah yang menawarkan ‘penyertaan’ tersebut kepada sekumpulan mahasiswa yang dilihat ke depan dalam menentang kerajaan Barisan Nasional. Tawaran itu dibuat secara bersyarat, iaitu mana-mana mahasiswa yang berani turunkan bendera Dato’ Seri Najib, akan diberikan satu tempat dalam PRU nanti.

Ia akhirnya menjadi kenyataan apabila Adam Adli dan rakan-rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertindak menurunkan bendera yang tertera gambar Dato’ Seri Najib di perkarangan PWTC yang juga ibu pejabat UMNO.

Kejayaan Adam Adli itu telah diraikan oleh pembangkang dan dia lantas dijulang sebagai hero baru. Sejak itu, demografi mahasiswa Malaysia terus berubah secara mendadak. Mahasiswa menjadi subjek dalam perdebatan masyarakat kita sama ada dalam kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim. Hanya dengan satu tindakan yang di luar jangkaan ramai itu, akhirnya pembangkang mendapat untung yang besar. Sejak peristiwa itu juga, survivor politik Pakatan Rakyat terus bertahan di sebalik asakan transformasi yang diusahakan oleh Dato’ Seri Najib di negara ini.

Namun adakah Anwar ikhlas? Dalam situasi pemimpin pembangkang sendiri berebut-rebut tempat, adakah Anwar rela menyerahkan satu atau dua kerusi kepada mahasiswa yang masih belum teruji kemampuan dan pengaruh mereka?

Apa yang pasti, tiada laluan mudah untuk SMM! Ini ikrar kami.
  

ADAM ADLI SAHKAN AKAN BERTANDING DALAM PRU-13??

Syahid Zaini, Haziq dan Safwan Anang. Tiga orang mahasiswa pro-pembangkang
yang terlibat dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan kini, sedang
digantung pengajian. 


Beberapa buah blog pagi ini memainkan berita tentang hasrat kumpulan mahasiswa pro-pembangkang menyertai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Penyertaan mereka bukan setakat berkempen untuk pembangkang atau membantu mengadakan rapat umum, tetapi mereka sendiri nak hantar calon! Maknanya, mereka cuba mencari tempat dalam kem Pakatan Rakyat untuk menghantar wakil. Agak-agak, diterima atau tidak?

Selepas menganjurkan demonstrasi liar menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 dan mengadakan perkhemahan Occupy Dataran di Dataran Merdeka, kumpulan mahasiswa ini sudah mendabik dada kononnya mereka layak menjadi wakil rakyat.

Menurut Haziq Abdullah, pelajar UM yang sedang menjalani hukuman penggantungan satu semester, mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat bagi mendapatkan laluan yang sesuai. 

Besar sungguh cita-cita mereka ini. SB harap mereka mengambil iktibar daripada sejarah apabila Parti Mahasiswa Negara (PMN) tiba-tiba muncul menjelang pilihan raya umum ke-12 tetapi terus menyepi selepas kalah dalam semua penyertaan. 

Rakyat Malaysia tidak memerlukan perjuangan yang bersifat sementara. Malah rakyat semakin bijak menolak perjuangan yang hanya bergantung kepada isu untuk meraih simpati. Tanpa sebarang rekod pencapaian yang bagus, adalah sukar bagi mana-mana individu atau parti merebut undi dalam mana-mana pilihan raya di negara ini.

Inikan pula mahasiswa seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan rakan-rakan yang lain. Apakah rekod mereka? Panjat pagar? Turunkan bendera? Usung keranda? Atau batu nesan? 

11, 764 TAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN - ADAM ADLI MEROYAN LAGI

Mahasiswa universiti menunggu giliran menerima ijazah masing-masing.

Seramai 11, 764 orang graduan menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohammed Said, pelepasan yang diberikan itu juga merupakan salah satu bentuk penghargaan daripada kerajaan kepada mahasiswa di atas usaha gigih yang ditunjukkan di samping membantu mengurangkan bebanan selepas menamatkan pengajian mereka.

Berita ini juga seharusnya menyuntik semangat mahasiswa lain yang masih menuntut untuk berusaha lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan meraih anugerah biasiswa yang ditawarkan oleh PTPTN itu. 

Kepada SMM, anda juga sewajarnya mengambil iktibar daripada berita ini. Tidak semua perkara boleh dipercumakan kerana kita mengejar kualiti, bukan kuantiti.

Thursday, 19 April 2012

SAH!! PENYERANG SEBENAR TELAH DITAHAN, AHLI AMK SENDIRI??

Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan.

Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.

Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.

Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.

Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.

Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.

Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.

Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.

SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.

Tanyakan sejenak :

Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?


VIDEO ADAM ADLI DISUMPAH RAKYAT

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: 

Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.

Sahih Muslim

Jika Nabi Muhammad sendiri menegah para sahabat daripada duduk berbincang di tepi jalan, bagaimana pula mahasiswa-mahasiswi dalam rakaman video di bawah? Mereka bukan sahaja mengganggu pengguna jalan raya, bahkan menafikan terus hak orang ramai untuk menggunakan jalan raya dengan selesa. 

Adakah mereka ini lebih besar daripada para sahabat? Adakah pemimpin-pemimpin mereka lebih besar daripada Rasulullah SAW?

Bayangkan jika anda berada di dalam salah sebuah kereta sewaktu demonstrasi tersebut, anda ingin cepat dan perlu selesaikan urusan yang mustahak, tiba-tiba jalan anda dihalang oleh tindakan mahasiswa seperti dalam video di bawah. Apa perasaan anda?


TOLAK MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN MEREKA MELAMPAUI BATAS LAGI!!

Wednesday, 18 April 2012

SEBARKAN!! PETUALANG RAKYAT!! ANDA KENAL??


KEPADA :

Naib-naib Canselor
Timbalan-timbalan Naib Canselor
Pendaftar-pendaftar
Timbalan-timbalan Pendaftar
Pegawai-pegawai HEP
Bendahari-bendahari Universiti
Staf-staf Jabatan Bendahari Universiti
Dekan-dekan
Timbalan-timbalan Dekan
Timbalan-timbalan Pedaftar Pusat Pengajian/Fakulti
Pensyarah-pensyarah
Tutor-tutor
Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Pengurus-pengurus Asrama
Penghulu-penghulu
Ketua-ketua Kampung
Jiran tetangga
Sanak saudara.
Dan seluruh rakyat Malaysia.

Mereka ini dicari. SB dah tolong sebarkan, dah tolong mudahkan kerja kalian. Nak tunggu apa lagi.

Lupa, satu lagi:

Dato Ismail Mohammed Said, Pengerusi PTPTN
Staf-staf PTPTN

dan 

Pegawai-pegawai di KPT.

Pastikan mereka ni pulangkan pinjaman dengan segera kalau ada yang meminjam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar