1. Nampaknya, pihak pembangkang dah cemburu dengan pengumuman 9 Perkara oleh DS Najib Tun Razak kepada
penjawat awam kelmarin.
2. Paling kelakar, ada cakap-cakap
mengatakan Najib mula bagi upah terakhir kepada anjing-anjing baruanya di atas
kejayaan ‘membantu’ UMNO dan Barisan Nasional selama ini dalam pelbagai isu
khususnya membabitkan parti-parti pembangkang.
3. Dalam pada itu, Rafizi Ramli
yang selalu tewas dalam perdebatan, menganggap Najib sudah kehabisan mandat untuk
membuat sebarang janji atau menabur gula-gula politik. SB fikir dia ini ada
masalah besar dalam memahami maksud mandat.
4. Apa pun kritikan atau cercaan
yang dilemparkan, lantaklah. Pembangkang selamanya akan membangkang setiap
usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan.
5. SB percaya, usaha yang
dilakukan oleh Perdana Menteri ini bertujuan memperkasakan sektor awam dan
mengukuhkan pasukan-pasukan keselamatan negara baik PDRM mahupun Angkatan
Tentera Malaysia.
6. Jangan tanya pembangkang
kerana mereka tetap akan menafikan kebenaran kerana ia adalah sifat semula jadi
yang sememangnya telah wujud dalam diri mereka sendiri, sebaliknya bertanyalah
kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan negara
kita ini.
7. Melalui skim penyetaraan yang
diumumkan itu, anggota polis dan tentera bakal menikmati penyelarasan gaji yang
lebih baik sekaligus membantu meningkatkan motivasi mereka untuk berkhidmat
kepada negara. Bukankah usaha ini sesuatu yang positif?
8. Kita mahu lihat
pasukan-pasukan keselamatan negara kita ini sentiasa berada pada tahap terbaik
kerana merekalah yang menjadi benteng hadapan negara dan harapan kepada rakyat
jika berlaku sebarang konflik seperti di Lahad Datu ketika ini. Justeru sokonglah
usaha kerajaan membela kehidupan mereka ini.
No comments:
Post a Comment