1. Sekarang berlegar di alam maya satu lagi pendedahan berat. Kononnya, ada pihak yang telah mengedit poster sebenar yang membariskan ulamak-ulamak muktabar dunia dengan memasukkan ulamak yang tidak tersenarai pada asalnya dari sebuah parti politik berteraskan Islam di Malaysia.
2. Jika perkara ini benar, maka SB amat mengutuk tindakan jahat, zalim dan tidak Islamik sebegini.
3. Mohon pihak yang bertanggungjawab terutamanya JAKIM menyiasat dakwaan ini. Kita tidak mahu nama baik para ulamak muktabar dunia dicemari oleh ulamak-ulamak politik duniawi.
4. Malah, jika ditelitikan sekali pun, barisan ulamak yang dipalsukan itu masih boleh diragui tahap keilmuan mereka berbanding barisan ulamak yang disenaraikan dalam poster asal.
SB : Teringat kata seorang sahabat yang mengaji kitab tinggi, di Malaysia ni, tak ada ulamak dalam erti kata yang sebenar. Ilmuan Islam ramai tapi belum sampai tahap Ulamak seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW. Sampai hari ni SB masih pegang kata-katanya ini.
No comments:
Post a Comment