1. Universiti sepatutnya melahirkan golongan yang terpuji akhlaknya. Tetapi sejak pembangkang di negara ini bermaharajalela pasca PRU-12, golongan mahasiswa pro-pembangkang di universiti juga nampaknya semakin bermaharajalela.
2. Nama-nama seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan Shukri Rembau ialah antara mereka yang dikenali bukan kerana akhlak yang terpuji tetapi lebih kerana sikap biadap dan melampau dalam tindakan dan kata-kata. Namun, bagi pihak pembangkang, mereka ini ialah wira. Kebiadapan melawan pihak universiti yang sering didakwa sebagai anjing UMNO dianggap sebagai sikap yang terpuji yang ditunjukkan oleh golongan mahasiswa ini bagi pihak pembangkang.
3. Kini, muncul seorang lagi mahasiswa yang cuba dijulang sebagai wira kerana kebiadapannya. Dari segi ukuran kebiadapan, jelas sekali sikap biadap mahasiswa bernama Ahmad Syihan Ismail ini sudah sampai ke tahap yang melampau kerana langsung tidak ada rasa hormat kepada Naib Canselornya sendiri.
4. Ahmad Syihan Ismail, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini telah mendesak dengan biadap supaya Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor USIM meletakkan jawatan hanya kerana tidak berpuas hati dengan isu pencerahan insiden Lahad Datu yang disampaikan oleh pihak polis di universiti tersebut baru-baru ini. Lihat kenyataan berbaur hasutan beliau itu seperti di bawah.
5. Kenyataan di bawah ini pula dibuat sejurus selepas sesi pencerahan tersebut berlangsung.
6. Anehnya, apa hak mahasiswa ini mempertikaikan sesi pencerahan tersebut yang disampaikan berdasarkan fakta-fakta dan bukti yang kukuh? Adakah kerana ia menyerang pihak pembangkang di negara ini maka segala fakta dan bukti yang disampaikan itu dilihat bermotifkan politik semata-mata?
7. Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat yang diterima, mahasiswa ini sedang menangguhkan pengajiannya di USIM selama setahun kerana melanjutkan pengajian dalam kursus lain di Riyadh, Arab Saudi. SB tidak pasti sama ada perkara ini dibenarkan ataupun tidak. Sekiranya ia menyalahi peraturan, SB harap ada pihak yang akan bertindak ke atas mahasiswa keldai Pakatan Rakyat ini.
8. Blogger The Most Wanted yang beroperasi di Negeri Sembilan juga turut membuat pendedahan berkenaan mahasiswa ini. Malah, lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini kerana kami berasakan USIM ketika ini sedang diserang secara halus oleh keparat-keparat Pakatan Rakyat dengan tujuan menjadikan universiti tersebut sebagai kubu kedua mereka untuk menjalankan kerja-kerja pengkaderan mahasiswa selepas Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Kuala Lumpur.
9. Mesej kami mudah dan jelas. Kampus universiti bukan tempat merekrut jentera pembangkang. Di mana-mana pun, jika ada unsur-unsur tersebut, krew kami akan serang dan dedahkan secara terbuka.
ALLAH MERAHMATI MALAYSIA
No comments:
Post a Comment